Tuesday, December 29, 2009

Jin Merogol... Apakah Hukuman Yang Setimpal...?


Dalam seminggu dua ni ada beberapa kes rawatan saya yang berkenaan dengan masalah jin memperkosa manusia.

Saya menerima sms dari seorang gadis berusia awal dua puluhan merasakan dirinya seolah-olah diperkosa sesuatu yang dia tidak nampak.

"Salam Ustaz, saya ada persoalan, kadangkala bila saya hendak tidur, tiba-tiba badan saya tidak boleh digerakkan, seolah-olah saya ditiup angin yang sangat kuat. Saya rasa ada sesuatu menyetubuhi saya, tapi saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa, kerana tidak boleh gerakkan badan. Sudah hampir dua tahun saya alami perkara sebegini. Saya cuma mampu baca ayat-ayat suci didalam hati, tetapi benda tu semakin kasar dan menyakiti saya. Adakah itu jin biasa atau saya terkena sihir…?"

Saya pun dah tak ingat apa yang saya jawab, pasal sms yang saya balas tu dah kena delete. Cuma saya nasihatkan gadis tersebut supaya mendapatkan rawatan dengan perawat Islam yang mengamalkan kaedah Rawatan Islam. Saya juga mengajar gadis tersebut agar meletakkan perangkap beruang atau perangkap besi bergerigi secara ghaib pada tempat-tempat tertentu ditubuh badannya sebelum tidur. Moga-moga perangkap itu akan meng "kasi" (atau bahasa lembutnya "memotong anu jin tersebut"). Biar padan muka jin tu.

Sebenarnya saya memang geram dengar cerita-cerita macam ni. Kalau lah yang memperkosa tu manusia sudah tentu kita boleh buat report polis. Kalau sabit kesalahan dan jatuh hukum, sudah tentu kena penjara dan beberapa das sebatan.

Masalahnya sekarang yang buat kerja terkutuk ni adalah makhluk yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa. Dan mangsanya pula tidak memahami apa sebenar yang terjadi keatas dirinya. Apa lagi… bermaharajalela la jin terkutuk ni...

Petang itu gadis tersebut menghantar sms kepada saya lagi, kali ini dia seperti ketakutan dan hilang arah…

"Ustaz, sekarang saya rasa lemah dan berat untuk buat apa-apa. Saya rasa macam ada benda cakap dengan saya…. Macam-macam benda tu cakap, dia kata ‘kenapa saya bagitahu kat orang apa yang terjadi pada saya’… Saya cuma mampu menangis, tak larat nak dengar semua tu. Saya tak tahu nak bagitahu kat siapa, saya takut orang kata saya gila, padahal saya masih waras lagi."

Dalam hati saya berkata, "kurang ajar punya jin". Kebetulan ketika itu saya baru saja selesai merotan jin Sarawak yang degil secara rawatan jarak jauh. Saya sms gadis itu, minta dia telefon saya sekarang.

Selang tiga minit, gadis itu menelefon saya. Dan saya menggunakan kesempatan ini untuk memerangkap jin tersebut, setelah saya pasung dan kunci jin tersebut. Saya beri ia pengajaran untuk kali pertama. Saya hukum dia dengan sejuta kali sebatan. Saya kunci "anu"nya. Dan saya beri peringatan terakhir bahawa saya akan jatuhkan hukuman bunuh keatasnya sekiranya dia mengulangi perbuatan keji itu lagi.

Selesai menjatuhkan hukuman keatas jin tersebut, gadis itu mula terasa seperti pening-pening lalat. Sebenarnya ini adalah kesan-kesan sampingan rawatan. Saya minta ia mandi dengan air yaasiin untuk tiga hari berturut-turut dan saya beri ia amalan harian untuk perlindungan diri. Alhamdulillah, Kesembuhan adalah milik Allah swt, selang beberapa hari selepas rawatan, gadis itu menghantar sms pada saya memberitahu bahawa dia tidak diganggu lagi.

Friday, December 25, 2009

Renungan Mata Jin Itu Membuat Aku Kaget...


Satu hari saya didatangi oleh pesakit wanita dari kepulauan borneo dengan ditemani oleh beberapa orang rakan-rakannya. Pesakit itu tidak berkata sepatah pun hanya menundukkan kepalanya kebawah.

Menurut rakannya, sejak kebelakangan ini pesakit sering mengurung dirinya di dalam bilik. Pesakit hanya mengadu beliau sakit dibahagian kaki. Tetapi apabila rakan-rakannya cuba membantu, beliau bertindak ganas. Pernah sekali rakannya dicekik pesakit kerana membacakan ayat-ayat ruqyah untuk membantu pesakit.

Semasa saya minta pesakit minum air yang telah diruqyah, beliau menggenggam gelas tersebut dengan kuat, seolah-olah ingin memecahkannya. Mujur saya cepat merampas gelas itu darinya, jika tidak mungkin gelas itu pecah dan mencederakan tangan pesakit. Ketika itu saya tahu bahawa saya bukan lagi berdepan dengan manusia, tetapi saya sedang berhadapan dengan jin yang begitu marah dan angkuh. Kali ini saya berdepan dengan tujuh jin sihir.

Saya cuba menggunakan teknik diplomasi, dengan harapan supaya jin-jin tersebut melepaskan pesakit. Namun setelah beberapa minit saya memujuk, jin-jin tersebut tidak mahu mengalah. Walaupun ia mengaku kesiankan pesakit, tetapi oleh kerana patuh pada tuannya, jin-jin itu tidak mahu menyerah diri. Saya ancam jin-jin itu dengan hukuman sembelih, tiba-tiba pesakit yang dari tadi tunduk, mengangkat wajahnya dan merenung saya. Mata pesakit yang begitu tajam itu boleh membuatkan sesiapa yang berdepan dengan situasi ini menjadi “kaget” (…pinjam bahasa Indonesia).

Saya bangun dan cuba untuk melakukan penyembelihan, pesakit mula bertindak ganas, mujurlah rakan-rakannya membantu saya memegang pesakit. Itu pun saya mengalami kesukaran mendapatkan lehernya untuk disembelih kerana pesakit meronta-ronta dengan begitu kuat. Selesai disembelih, pesakit tumbang seketika, kemudian ia bangun lagi. Ini adalah jin yang seterusnya.

Pesakit ini adalah pesakit wanita, tetapi kekuatannya seolah-olah menyamai kekuatan tiga orang lelaki yang gagah. Kali ini jin itu mula menunjukkan belangnya, dia menjerit dengan berkata, “jangan engkau campuri urusanku, aku nak dia mati, aku akan ganggu dia sampai dia mati”. Suaranya mirip Hulk Hogan ahli gusti lagenda yang terkenal tu. Dalam hati saya tertanya-tanya, “tak sakit ke tekak dia buat suara macam tu..?”.

Selepas diberi amaran, jin ini juga tidak mahu mengalah. Akhirnya, dengan izin Allah saya tikam jin ini sampai mati. Termasuklah jin yang ketiga dan yang keempat, juga saya tikam sampai mati. Ada tiga lagi jin yang masih tinggal dan berdegil tidak mahu keluar.

Kali ini saya ubah taktik, saya beritahu jin tersebut yang saya tak benarkan dia keluar, saya kunci dan saya pasung jin-jin yang ada didalam tubuh pesakit itu. Kemudian saya siksa dia dengan siksaan ala-ala tentera perang dunia kedua. Ketika itulah jin-jin tersebut merayu, dengan suara yang garau dan parau (kalau dalam alam jin itu standard lemah-lembut la tu), “bagi aku keluar.. bagi aku keluar.. bagi aku keluar…”.

Tadi, bila saya suruh keluar tak mahu keluar, sekarang ni saya tak bagi keluar, sibuk-sibuk nak keluar pulak…

Bila saya tanya mengapa dia menganggu pesakit, jin itu memberitahu dia terpaksa mengikut arahan tuannya yang mahukan pesakit mati, kerana iri hati pesakit telah dinaikkan pangkat di tempat kerja.

Akhirnya saya lepaskan jin tersebut, dan mereka bertiga keluar, insyaAllah pergi tak kembali…

Alhamdulillah pesakit sedar kembali, cuma beliau terpinga-pinga kehairanan, kerana sewaktu datang kemari beliau didalam keadaan tidak sedar sama sekali.

Kursus Urut Tradisional Dan Pulih Tenaga Batin - 02/01/2010


Untuk makluman : Kursus Urut Tradisional dan Pulih Tenaga Batin akan diadakan pada 02/01/2010, jam 09.00 pagi. Sila hubungi saya untuk pengesahan kehadiran.

Diantara kandungan kursus ialah :

- Teori tentang Urut Tradisional

- Teknik mudah memahami kaedah Urut Tradisional

- Teknik Urut Perubatan

- Praktikal Urut Tradisional

- Teori tentang Urut Pulih Tenaga Batin

- Praktikal Urut Pulih Tenaga Batin

- Tips, petua dan amalan

Bagi sesiapa yang berminat sila sms atau emailkan nama, no kad pengenalan dan alamat. Harga Yuran ialah sebanyak RM280. Bertempat di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Kursus Urut - Kami Keletihan...

Gambar peserta bengkel / kursus urut yang lalu termasuk saya nampak keletihan…
Maklumlah masing-masing bersemangat nak tahu rahsia urut tenaga batin…
Selamat mempraktikkan ilmu yang dipelajari…

Isu Muka Masuk Majalah Selesai...

Akhirnya saya berjaya menghubungi ketua pengarang majalah tersebut... saya tidak suka memanjang-manjangkan cerita. Setelah beliau memohon maaf, saya anggap isu ini telah selesai...

Untuk makluman pembaca sekelian, majalah yang dimaksudkan itu ialah Majalah Wawancara edisi - Januari 2010, muka surat 13....

siap bagitau muka surat lagi... :-)

Tuesday, December 22, 2009

Muka Terpampang Di Majalah... Glamour Campur Geram...



Dua hari yang lepas saya dihubungi oleh seorang sahabat dari sarawak, memberitahu bahawa muka saya keluar dalam sebuah majalah yang banyak menceritakan kisah-kisah misteri. Saya agak hairan, macamana muka saya boleh keluar majalah, padahal tidak ada wartawan yang menemuramah saya. Petang itu selesai merawat pesakit, saya ke kedai untuk membeli majalah tersebut..

Sampai di kedai, saya terus menyambar majalah tersebut, saya selak satu mukasurat ke satu mukasurat... mak aiii !!! betul la...!!! terpampang muka saya kat majalah tu... siap tulis kat situ lagi "Kisah benar ......wawancara penulis ..... dengan Azrin Abdul Karim". " Dalam hati saya berkata, "Macam pernah kubaca kisah di dalam majalah ini.. tapi dimana ya...?"

Rupa-rupanya kisah yang dipaparkan dimajalah itu diambil bulat-bulat dari salah satu posting di blog saya. Ini sudah kes cetak rompak...

Saya hairan, kenapa tergamak wartawan tu buat kerja macam ni...? Saya tak marah... kira glamour la jugak muka terpampang kat majalah... tapi sekurang-kurangnya bagitau la saya...

Ada diantara pesakit-pesakit saya yang meminta saya mengambil tindakan mahkamah... siap offer peguam lagi... saya pun belum buat keputusan lagi... tunggu dan lihat siapa nak mengaku...

InsyaAllah saya akan menghubungi ketua pengarang majalah tersebut untuk mendapatkan penerangan.. Kalau ada saguhati tak pe la jugak... boleh buat modal beli Akrionics dengan Ustaz Majid.

...dunia...dunia... macam-macam hal...

Monday, December 21, 2009

Catatan kehadiran saya di Majlis Ijtima' Perawat Akrine...

Hari Sabtu yang lepas saya menghadiri Majlis Ijtima’ Perawat Akrine (MIPA) 2009, di Kuang, Selangor. Pertemuan dengan perawat-perawat AKRINE dan juga perawat-perawat dari Pusat Rawatan Islam lain yang pernah menghadiri kursus anjuran AKRINE begitu bermakna buat saya.


Hampir-hampir saya tidak dapat menghadiri majlis ini kerana jadual rawatan dan kursus yang agak ketat. Pendaftaran juga terpaksa dibuat disaat-saat akhir. Walaupun majlis ini adalah majlis yang pertama diadakan untuk perawat dan pelatih AKRINE, namun pada saya ianya amat berjaya.


Pada pandangan saya, majlis sebegini penting untuk perawat mengeratkan silaturrahim, berkongsi pengalaman, pendapat, nasihat dan dapat meng-islah diri sendiri sejauh mana perawat-perawat masih dilandasan yang sepatutnya atau kita sudah tersasar dari hala tuju yang sebenar sebagai seorang Perawat Islam.


Kata-kata ucapan dan nasihat dari Ustaz Majid, Ustaz Zed, Ustaz Marzuki, Ustaz Wan Asrul (dari TIAF), Cikgu Sarji dari AKRINE Bera dapat memberi semangat kepada perawat-perawat yang hadir untuk meneruskan perjuangan yang penuh dengan onak dan duri ini.


Topik-topik tentang Kuasa Minda dan kaedah rawatan gelombang juga rancak diperkatakan ketika majlis. Ini menunjukkan bahawa perawat-perawat islam memang bersikap terbuka dan boleh menerima apa jua kaedah rawatan alternatif selagi ianya tidak bertentangan dengan syara’.


Masa begitu cepat berlalu, saya terpaksa pulang agak awal dan tidak dapat menunggu lebih lama untuk beramah mesra dengan sahabat-sahabat seperjuangan kerana Kursus Rawatan Islam anjuran saya akan bermula pada jam 2.30 petang.

Thursday, December 17, 2009

Mencari Hantu Di Kubur Cina...


Hari itu saya menziarahi Dr Jamaludin di Klinik AuraMetafizik untuk bertukar-tukar pendapat, banyak yang kami bincangkan terutamanya berkenaan dengan kaedah mind travel dan scanning didalam rawatan.

Tiba-tiba saya mendapat panggilan dari seseorang yang mengadu rakannya diganggu makhluk halus. Setelah temujanji ditetapkan, saya bergegas pulang untuk merawat pesakit.

Pada mulanya pesakit tidak mahu bertemu dengan saya, beliau hanya menunggu dan menangis di kereta. Sehinggalah saya terpaksa mengugut jin tersebut untuk melepaskan pesakit, barulah pesakit turun dari kereta dan bersedia untuk dirawat.

Apabila masuk saja ke bilik rawatan, pesakit yang masih sedarkan diri menangis dan memberitahu beliau tidak tahu kenapa beliau menangis, cuma beliau merasa tidak tenteram dan tidak tentu arah.

Menurut rakan beliau, baru-baru ini pesakit dan kawan-kawan pergi ke kawasan perkuburan cina di waktu malam bertujuan untuk melihat hantu. Ini mungkin akibat pengaruh kisah “seekers” di television la ni...

Hantu Kubur Cina yang menganggu pesakit ini berkepala botak dan agak liat untuk meninggalkan pesakit. Dah la tak mati kena sembelih... cuma luka parah je.. setelah saya dera jin itu dengan jurus “karan otak”.. { nama ni saya reka sendiri ;-p }, akhirnya dia mengaku yang dia tak reti nak balik. Dalam hati saya berkata "iyo ko..?"... macam standard answer je.. Dengan izin Allah saya offer jin tu untuk hantar dia sampai kubur cina.. barulah dia setuju...

Tiba-tiba jin tersebut membuat isyarat sembah dengan kedua-dua tapak tangan di cantumkan di dada… saya lihat macam cerita hantu keranda dalam astro box office la pulak.. Rupa-rupanya jin tu nak keluar..

Nasihat saya pada adik-adik sekelian, jangan main-main dengan kawasan perkuburan, dan jangan mencari-cari hantu. Tak ada faedahnya. Dikhuatiri akan menimbukan masalah pada diri sendiri.

Ada golongan jin yang memang senang kalau nak panggil, kalau panggil main-main pun dia datang, kalau panggil sebab berlakun filem pun dia datang.. apatah lagi kalau panggil betul-betul. Kalau dia datang dan pergi tak mengapa… tapi kalau dia datang dan “menanti” susah dibuatnya..

Kecuali lah kalau anda seorang pengamal perubatan, ianya memang bidang anda untuk mendalami ilmu secara praktikal. Setakat orang awam nak cuba-cuba cari hantu tak payah la... banyak kerja lain lagi...

Kursus Urut Tradisional Dan Pulih Tenaga Batin - 20/12/2009

Untuk makluman : Kursus Urut Tradisional dan Pulih Tenaga Batin akan diadakan pada 20/12/2009, jam 10.00 pagi. Sila hubungi saya untuk pengesahan kehadiran.

Diantara kandungan kursus ialah :

- Teori tentang Urut Tradisional
- Teknik mudah memahami kaedah Urut Tradisional
- Teknik Urut Perubatan
- Praktikal Urut Tradisional
- Teori tentang Urut Pulih Tenaga Batin
- Praktikal Urut Pulih Tenaga Batin
- Tips, petua dan amalan

Bagi sesiapa yang berminat sila sms atau emailkan nama, no kad pengenalan dan alamat. Harga Yuran ialah sebanyak RM280. Bertempat di Taman Keramat, Kuala Lumpur.



Sunday, December 13, 2009

Urut Tradisional Melayu - Urut Guna jin...?


Ada yang bertanya kepada saya samada kemahiran mengurut yang ada pada saya ini diperolehi melalui keturunan atau melalui belajar. Ini adalah kerana, ada diantara masyarakat kita begitu takut untuk berurut, kononnya dikhuatiri tukang-tukang urut mempunyai saka, dan berkemungkinan mereka mengurut dengan mendapatkan bantuan jin saka.

Untuk makluman semua, saya belajar mengurut dari peringkat asas. Dari saya tidak mengerti apa-apa tentang Urut Tradisional Melayu, sehinggalah ketahap kini dimana saya sendiri ada menganjurkan Kursus Urut Tradisional Melayu bagi mereka-mereka yang berminat. Kesimpulannya, saya tidak mengurut dengan menggunakan jin.

Seperti mana bidang-bidang ilmu yang lain, pelajaran mengurut ini adalah terlalu luas. Didalam yang kita tahu ada banyak lagi yang kita tidak tahu. Oleh itu, saya sentiasa meletakkan diri saya didalam keadaan ingin belajar dan sentiasa ingin menambah ilmu dari sesiapa saja yang sudi mencurahkan ilmu.

Walaupun Urut Tradisional Melayu tidak dapat dipisahkan dengan doa dan jampi serapah, ini tidaklah bermakna semua tukang urut itu mempunyai saka atau menggunakan jin ketika mengurut.

Perlu kita ambil perhatian, kebiasaannya mengurut boleh mengakibatkan kita terdedah kepada "perpindahan tenaga" (transfer energy) secara terus (direct) dari tukang urut kepada orang yang di urut. Ataupun dari orang yang di urut kepada tukang urut itu sendiri. "Perpindahan Tenaga" (transfer energy) itu pula terbahagi kepada dua, iaitu samada tenaga yang positif atau tenaga yang negatif.

Kesimpulannya, samada tukang urut mahupun orang yang ingin berurut, kedua-duanya perlu membaca doa perlindungan sebelum urutan dijalankan.

Didalam Rawatan AuraMetafizik pula, kaedah "touch healing" boleh digunakan untuk memecahkan batu, bisul, mengecutkan bengkak, masalah saraf dan merawat bermacam-macam masalah lagi. Ini adalah salah satu contoh "perpindahan tenaga secara terus" (direct transfer energy). Oleh itu, gabungan diantara Urut Tradisional Melayu dan penggunaan Kuasa Minda untuk rawatan dapat membantu merawat penyakit dengan lebih berkesan.

Bagi kaum lelaki yang ingin berurut , saya menyediakan Perkhidmatan Urut Tradisional Melayu , untuk urut seluruh badan , urut persediaan berkahwin , urut pulih tenaga batin , Urutan Perubatan untuk masalah seperti sakit kepala / migrain , sakit pinggang , sakit lutut , bisa-bisa atau lenguh-lenguh badan , stroke / lumpuh dan lain-lain masalah.

Sila hubungi saya di talian 013-3239822 untuk Temujanji Urut.

Urut Tradisional Melayu - Urut Seluruh Badan...

Mengurut adalah cara utama yang digunakan untuk memulihkan urat saraf menurut rawatan Melayu tradisional. Urut seluruh badan adalah kaedah yang biasanya dilakukan keatas seseorang yang mengalami kesakitan dan lenguh-lenguh badan akibat melakukan kerja-kerja berat, stress atau akibat kemalangan seperti terjatuh dan sebagainya.

Urut seluruh badan juga dilakukan keatas seseorang yang mengidap sakit lumpuh seluruh badan dan wanita selepas bersalin. Kebiasaannya, masalah ini berpunca dari kerosakan urat saraf yang tidak dapat berfungsi seperti biasa. Akibatnya seseorang itu mungkin tidak dapat melakukan kerja-kerja biasa atau tidak dapat bergerak langsung.

Kerosakan saraf boleh terjadi akibat urat saraf telah putus, atau salur darah disaluti lendir dan lemak yang menyebabkan aliran darah tersekat.

Ada diantara pesakit-pesakit saya yang datang untuk berurut begitu teruja dan gembira apabila merasakan badan mereka ringan dan bertenaga setelah di urut. Ada yang terus melakukan aktiviti-aktiviti lasak sejurus selepas di urut. Kadangkala mereka terlupa bahawa sakit urat mereka sebenarnya baru pulih dan mereka perlu berhati-hati serta masih perlu berehat.

Pada pandangan saya, kita perlu berehat sejurus selepas berurut dan elakkan dari melakukan kerja-kerja berat sehingga benar-benar sembuh, terutamanya bagi mereka yang datang berurut kerana masalah sakit pinggang.

Bagi kaum lelaki yang ingin berurut , saya menyediakan Perkhidmatan Urut Tradisional Melayu , untuk urut satu badan , urut persediaan berkahwin , urut pulih tenaga batin , Urutan Perubatan untuk masalah seperti sakit kepala / migrain , sakit pinggang , sakit lutut , bisa-bisa atau lenguh-lenguh badan , stroke / lumpuh dan lain-lain masalah.

Sila hubungi saya di talian 013-3239822 untuk Temujanji Urut.

Monday, December 7, 2009

Pontianak Terbang, Mengilai Dan Menyeramkan...


Paparan video diatas adalah diantara aksi-aksi dramatik yang sempat dirakam ketika rawatan. Sebenarnya pesakit ini datang dengan membawa suaminya yang disyaki terkena sihir. Sewaktu saya merawat suami beliau, ketika jin sihir dan jin saka keluar, tiba-tiba pesakit ini berkelakuan seperti terkena renjatan elektrik.

Setelah itu barulah pesakit ini menceritakan bahawa beliau sebenarnya mengalami masalah gangguan jin yang sudah agak lama. Dia sudah berikhtiar untuk berubat di banyak tempat, tetapi gangguan yang beliau hadapi masih tidak selesai. Video yang dipaparkan diatas telah saya edit dan hanya beberapa babak sahaja yang disiarkan.

Pada pandangan saya pesakit ini mengalami gangguan yang bercampur-campur diantara jin saka, jin sihir dan jin pendamping.

Babak yang pertama adalah jin sihir dari Medan, Indonesia. Jin tersebut memberitahu bahawa ahli sihir yang mengutusnya telah membuatkan beliau mati didalam tubuh pesakit, Saya tidak faham apakah maksud jin tersebut apabila ia mengatakan bahawa ia “mati” didalam tubuh pesakit.

Mungkin jin tersebut dikunci atau dilumpuhkan atau telah ditanam atau dikuburkan didalam badan pesakit, ini menyebabkan ada diantara perawat yang tidak dapat mengeluarkan jin tersebut. Dengan izin Allah swt, saya “menghidupkan” kembali jin tersebut, dan akhirnya ia keluar.


Babak yang kedua pada saya agak menyeramkan, hilaian tawa jin pontianak boleh menaikkan bulu hidung sesiapa yang berada disitu. Pada mulanya ia mengaku sebagai jin sihir yang dihantar oleh bapa tiri pesakit.

Jin tersebut bersetuju untuk keluar, tetapi ia mengancam untuk mengganggu anak perempuan pesakit. Hampir-hampir saya bercadang untuk membunuh jin tersebut dengan izin Allah, tetapi baru saja saya mengugut hendak membunuhnya, tiba-tiba jin pontianak itu terbang dan keluar. Aksi pesakit yang seolah-olah terbang sambil mengilai ketawa membuatkan saya tergamam sebentar.

Oleh kerana saya khuatir jin tersebut akan datang mengganggu pesakit lagi, maka saya menarik jin tersebut kembali untuk mendapatkan pengakuannya. Pontianak itu berjanji untuk kembali ke alamnya dan tidak mengganggu manusia lagi.

Pesakit ini, telah saya bekalkan dengan air rawatan untuk minum, mandi dan beberapa amalan khusus untuk merawat tenaga dalaman beliau.

Friday, December 4, 2009

Ramuan Untuk Memulihkan Tenaga Batin...

Oleh kerana salah satu dari perkhidmatan yang saya sediakan ialah urut pulih tenaga batin untuk lelaki, maka insyaAllah saya kongsikan beberapa ramuan untuk dijadikan makanan bagi menguatkan tenaga syahwat untuk lelaki.

Saya pun tak tahu macamana saya boleh terjebak dengan perkhidmatan urut tenaga batin ni.. padahal dulu saya tak berminat langsung nak ambil tahu hal-hal berkenaan dengan rawatan tenaga syahwat…

Selain dari mendapatkan khidmat urut untuk memulihkan tenaga batin dari tukang-tukang urut yang dipercayai, amalan senaman, pemakanan dan pengambilan ramuan-ramuan tradisional perlu diambil kira untuk meningkatkan prestasi tenaga batin. Ada juga amalan-amalan berupa doa dan zikir yang khusus untuk tenaga lelaki.

Walaubagaimanapun perlu diingatkan amalan-amalan doa atau zikir tersebut perlu diteliti dan diamalkan dengan kaedah dan i’qtikad yang betul supaya tidak memesongkan akidah pengamalnya atau mengundang kehadiran makhluk-makhluk yang tidak diingini.

Ramuan pertama
Tujuh biji buah badam dihancurkan dan dicampur dengan segelas susu lembu, diminum setiap pagi. Jika tiada buah badam susu lembu itu boleh dicampur dengan kismis.

Ramuan kedua
- madu lebah asli 1 cawan
- minyak sapi 1 cawan
- serbuk lada hitam ½ sudu
- bawang merah (ambil airnya) 5 ulas
- kuning telur ayam kampong 1 biji

Gaul semua bahan-bahan tersebut dan dimakan setiap pagi atau selang sehari.

Semua amalan-amalan ini hanyalah untuk mereka yang sudah berumah tangga atau yang nak bernikah lagi seminggu. Amalan-amalan ini hanyalah digunakan untuk tujuan kebaikan dan perkara-perkara yang dibenarkan oleh syara’. Tidak boleh digunakan untuk tujuan maksiat.

Ada banyak lagi petua, amalan dan ramuan-ramuan untuk kekuatan tenaga lelaki, insyaAllah ada masa kita sambung lagi.

Petua Menguatkan Tenaga Batin...




Ramai di kalangan kaum lelaki pada masa kini mengeluh kerana mengalami masalah lemah tenaga syahwat dan secara tidak langsung menyebabkan keupayaan “tenaga lelakinya” terjejas.

Ramai yang berikhtiar seperti mendapatkan rawatan dengan kaedah urut dan sebagainya untuk tujuan mengatasi hal tersebut. Namun demikian banyak juga yang mengalami kegagalan.

Pada umumnya, kegagalan itu berpunca dari tidak mengenal terlebih dahulu apakah sebab-sebab sebenar berlakunya lemah syahwat yang menimpa dirinya itu. Diantara perkara-perkara yang perlu diambil berat untuk memiliki tenaga kelelakian yang mantap adalah seperti berikut :

- Elakkan membuang air kecil dengan berdiri. Sebaik-baiknya bertinggung atau mencangkung. Selepas habis buang air kecil cuba tekan dengan jari pada bahagian ari-ari atau pundi-pundi kencing sambil berdehem-dehem.

- Amalkan memakan ramuan-ramuan tradisional atau makanan-makanan yang dapat membantu menguatkan tenaga syahwat seperti sayur rebung, ubi merah, lobak merah, buah badam dan lain-lain.

- Elakkan minum air ais atau air batu. Banyakkan minum air suam atau air masak setiap hari.

- Kurangkan jenis-jenis makanan yang mengandungi MSG (Monosodium Glutamate), bahan perasa, bahan pengawet, gula, ragi, pewarna dan cuka.

- Pilih buah-buahan atau sayur-sayuran yang membesar secara semulajadi, bukan yang telah disembur atau dibaja dengan bahan kimia, atau yang diperam dengan menggunakan carbide.

- Biasakan makan kuning telur ayam kampung dicampur dengan madu lebah asli atau dicampur serbuk halia atau air halia bercampur madu berserta dua atau tiga biji telur puyuh.

- Jenis makanan ringan yang baik sekali adalah buah kurma, kismis, kacang arab atau kacang kuda.

- Amalkan minum air tawar suam, air halia, air susu dicampurkan dengan kismis, atau minum air madu yang dicampur dengan kacang kuda dan ketumbar yang telah ditumbuk halus.

- Amalkan minum satu atau dua gelas air masak panas atau air suam selepas bangun tidur.

- Sentiasa bersenam atau beriadah.

Monday, November 30, 2009

Urut Tradisional Melayu - rawatan warisan nusantara...

Mengurut adalah cara utama yang digunakan untuk memulihkan urat saraf menurut rawatan Melayu tradisional. Mengurut atau urut, dikenali dengan berbagai-bagai istilah, seperti picit, gosok, gonyoh, dan sebagainya.

Mengurut dilakukan ke atas seseorang yang sakit gangguan saraf, sama ada yang melibatkan seluruh badan, kaki, tangan atau sebagainya, terutama urat saraf dan otot untuk mengurangkan kesakitan dan ketegangan yang dilakukan secara berulang-ulang.

Mengurut melibatkan sentuh dua anggota badan, iaitu antara perawat (tukang urut) dengan pesakit. Pada kebiasaannya, tukang-tukang urut menggunakan anggota-anggota tertentu untuk mengurut, seperti tangan dan kaki. Walaupun demikian hanya bahagian-bahagian tertentu daripada anggota tangan dan kaki digunakan.

Semuanya ini bergantung kepada bahagian-bahagian yang diurut. Kebanyakan tukang urut menggunakan anggota tangan untuk mengurut, seperti ibu jari, tapak tangan, hujung jari, lengan dan siku.

Pada kebiasaannya rawatan pemulihan urat saraf menurut kaedah mengurut seluruh badan, dilakukan ke atas orang yang mengalami sakit lenguh-lenguh badan kerana penat bekerja, sakit pinggang,lumpuh separuh atau seluruh badan (stroke / angin ahmar).

Manakala mengurut yang dilakukan terhadap anggota tertentu dilakukan ke atas mereka yang mengalami sakit gangguan saraf, seperti sakit lemah tenaga batin, kebas, bengkak urat peranakan, lumpuh separuh badan, lumpuh mata atau mulut, sakit perut, sakit kepala dan sakit tengkuk.

Bagi kaum lelaki yang ingin berurut , saya menyediakan Perkhidmatan Urut Tradisional Melayu , untuk urut satu badan , urut persediaan berkahwin , urut pulih tenaga batin , Urutan Perubatan untuk masalah seperti sakit kepala atau migrain , sakit pinggang , sakit lutut , stroke atau lumpuh dan lain-lain masalah urat saraf.

Sila hubungi saya di talian 013-3239822 untuk temujanji rawatan.

Berita Baik!!!.. Bekam Untuk Lelaki Dan Wanita…

Bekam adalah satu kaedah rawatan yang dirumuskan untuk menggalakkan pembersihan darah melalui kulit. Melalui kaedah ini kita boleh mengeluarkan kotoran toksin daripada darah.

Kaedah ini bebas daripada sebarang pantang larang, adat istiadat dan kesilapan. Bekam juga adalah sejajar dengan kehendak masyarakat moden. Bekam adalah selamat, hampir tiada kesakitan, tidak berbahaya namun amat berkesan untuk menghapuskan kesakitan.

Dengan berbekam juga, kita boleh mengembalikan fungsi fizikal dalam pencegahan dan penyembuhan penyakit. Melalui kaedah bekam kita dapat membuang kotoran toksin di dalam pembuluh darah dan otot di bawah kulit.

Dalam jangkamasa panjang, kaedah rawatan bekam dapat membaik-pulih tubuh badan kita secara beransur-ansur dan membuahkan kesihatan yang optimum, dengan itu bekam dapat menyumbang kepada pencegahan penyakit untuk jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang..

Bagi kaum lelaki, selain dari berurut, berbekam adalah satu rawatan tambahan yang efektif untuk melancarkan perjalanan darah dan membantu merawat pelbagai jenis masalah dan penyakit.

Tidak ketinggalan juga pada kaum wanita yang ingin berbekam, kami ada menyediakan Pembekam Wanita. Sila hubungi kami di talian 013-3239822 untuk temujanji rawatan.

Saturday, November 28, 2009

Menangani Masalah Sihir Yang Berulang-Ulang...

Ramai perawat yang menelefon saya untuk berkongsi-kongsi pengalaman disamping bertukar-tukar pendapat. Bagi saya ini adalah satu suasana yang sihat. Jika ahli sihir boleh bergabung untuk menyihir mangsa, mengapa perawat-perawat Islam tidak boleh bersatu dan saling tolong menolong diantara satu sama lain.

Diantara soalan-soalan yang kerap dibincangkan adalah berkenaan dengan masalah sihir yang berulang-ulang. Pada pandangan saya, kadangkala mereka yang mengalami masalah sihir yang berulang-ulang ini mempunyai masalah saka atau jin asyik (jin yang menyintai / mendampingi manusia). Biasanya saya akan selesaikan masalah saka dan jin asyik terlebih dahulu , sebelum saya menyerang jin-jin sihir. Itupun setelah saya pastikan kekuatan dalaman pesakit sudah agak pulih dan kuat, barulah saya merawat masalah sihir.

Diantara kaedah untuk merawat kekuatan dalaman, pesakit perlu beramal dengan amalan-amalan khusus. Lain orang, lain dos amalannya, tak semuanya sama. Ada diantara perawat yang meminta pesakit beramal dengan amalan yang berat-berat, sedangkan pesakit itu selalu meninggalkan solat fardhu, dan selalu berada di dalam maksiat. Jadi kalau boleh, kita scan terlebih dahulu, apa dos amalan yang sesuai dengan masalah pesakit.

Cerita mengenai scan ini pun selalu diperbincangkan. Ada perawat yang boleh scan, ada yang belum berkemampuan. Dan scan ini pula ada peringkat-peringkatnya. Ada yang hanya dengan merasa tetapi tidak nampak. Ada yang mengetahui melalui lintasan hati. Ada pula yang sudah boleh nampak tetapi tidak tahu hendak buat apa.

Ada diantara mereka, menilai ilmu seseorang perawat dengan kemampuan scan-nya. Jika perawat itu tak boleh scan, maka perawat itu dikatakan tidak bagus. Dan jika perawat itu boleh scan maka perawat itu dikatakan terlebih aula. Ada yang berpendapat, kemampuan scan adalah perkara pertama yang perlu dipelajari oleh perawat sebelum mempelajari perkara-perkara lain berkenaan dengan rawatan. Pada saya... apa pun boleh... yang penting tidak melanggar syara'.

Ada juga diantara masalah gangguan yang berterusan adalah akibat dari keengganan pesakit sendiri untuk melepaskan ilmu-ilmu salah yang diamalkannya. Samada dengan cara terang-terangan mahupun dengan sembunyi-sembunyi. Mereka yang sebegini, akan saya nasihatkan dengan apa yang termampu, selebihnya terserah kepada mereka, "tepuk dada, tanya jin anda..."

Sahabat saya yang juga seorang perawat Islam dari timur tengah, pernah menelefon saya dan bertanya samada boleh atau tidak kita membalas kembali kezaliman ahli sihir atau mereka-mereka yang sewaktu dengannya. Pada saya tumbangnya seorang ahli sihir, mungkin boleh menyelamatkan beratus atau beribu insan yang tidak bersalah. Jadi pada saya, terpulanglah pada mereka yang berkemampuan untuk melakukannya. Ukurlah baju dibadan sendiri. Cuma nasihat saya... " berhati-hati di jalanraya"...

Monday, November 23, 2009

Kursus Kuasa Minda Untuk Menjana Tenaga Dalam


Baru-baru ini ada seorang sahabat yang meminta saya mengadakan kursus yang khusus untuknya iaitu Kursus Kuasa Minda. Sebenarnya silibus ini adalah sangat penting sebagai asas untuk kita mengaktifkan dan mempertingkatkan tenaga dalaman. Ia juga membantu meransang perkembangan deria keenam atau sixth sense.

Semasa kursus dijalankan sahabat saya itu agak kehairanan bagaimana kisah-kisah contoh yang saya berikan banyak yang ada kena mengena dengan kisah hidupnya, mungkin beliau risau saya scan dirinya… :-)

Cerita pasal scan ni, teringat saya pada satu kisah. Pernah seorang wanita menelefon saya meminta saya scan suaminya yang bermasalah. Macam-macam soalan yang ditanya mengenai suaminya. Adakah suaminya itu menyayanginya… adakah suaminya masih ingin kembali kepadanya… adakah suaminya itu ada perempuan lain… dan berbagai-bagai soalan sensitif yang tak patut saya tulis di sini...

Kadangkala saya serba-salah untuk menjawab soalan-soalan yang sebegini, kerana jika tidak kena gaya cara menjawab, mungkin nampak macam tukang tilik atau tukang tenung. Mungkin jawapan itu boleh dijadikan panduan, tetapi ianya tidak harus diterima bulat-bulat sehingga boleh mendatangkan fitnah. Kerana ada yang tidak dapat bersabar dengan pendedahan yang diberi sehingga mereka menyerang pihak ketiga.

Saya teringat kata-kata seorang ulama’ sufi yang terkenal, ibn Atha’illah ;

“Siapa yang dapat melihat rahsia-rahsia manusia padahal ia tidak meniru sifat rahmat Allah, maka pengetahuan itu menjadi bala bagi dirinya, dan sebab untuk tibanya bahaya bagi dirinya sendiri.”



Hari Ini Kursus Esok Jadi Superman...


Ada diantara mereka yang menelefon saya menanyakan tentang kursus-kursus rawatan, tahap-tahap dan kelebihan-kelebihannya. Untuk makluman, setiap pertanyaan akan saya jawab dengan “berlapik”.

Bagi saya ilmu yang saya ada bukan untuk dikempen-kempen seperti pilihanraya. Bak kata pepatah iklan barangan elektrik... “BARANGAN YANG BAIK TIDAK MEMERLUKAN KATA-KATA YANG INDAH”.

Ada juga yang bertanya “ hari ini saya kursus esok saya dah boleh merawat ke..?”. Pada pandangan saya, siapa-siapa pun boleh merawat, kanak-kanak yang berumur empat tahun pun boleh merawat. Tetapi adakah kita suka untuk menjadi “perawat instant”, macam mee segera. Boleh dimakan selepas dua minit. Tetapi kalau dibiarkan melebihi masa ia akan kembang dan sudah tidak enak lagi.

Ada juga yang bertanya “ hari ini saya kursus esok saya dah boleh kasyaf ke? Dah boleh pukul orang dari jarak jauh ke? Dah boleh tangkap dan ikat jin ke?”… Pada saya elok juga dia bertanya, sebab saya boleh betulkan tanggapannya yang sukakan ilmu-ilmu instant atau segera ini.

Walaupun ilmu-ilmu yang diajar semasa kursus mempunyai berbagai-bagai kelebihan yang menarik dan "menjolok mata". Namun saya akan tetap mengatakan itu semua berlaku dengan izin Allah. Ini adalah i’tiqad dan adab kita kepada Allah swt. Jika anda makan ubat, adakah anda mengatakan ubat itu sebagai penyembuh..? sudah tentu tidak… jadi, adakah kita tidak perlu makan ubat… sudah tentu tidak… Adakah jika hari ini anda menanam benih, esok anda sudah memetik buahnya..? wallahu’alam.

Pada saya didalam proses pembelajaran “keikhlasan” adalah sangat penting. Samada keikhlasan pelajar mahupun keikhlasan pengajar.

Saya hanyalah seorang manusia biasa yang mengajar mereka yang berkeinginan sekadar yang termampu. Di dalam yang saya tahu.. banyak lagi perkara yang saya tidak tahu. Bukankah ilmu Allah itu luas. Saya sendiri masih suka untuk belajar dan menambah ilmu.

Tuesday, November 17, 2009

Amalan Ayat Tujuh - Untuk Pelbagai Masalah




Ayat ini biasanya dikenali dengan panggilan Ayat Tujuh. Ianya merupakan gabungan dari ayat-ayat Al-Quran yang terdiri dari beberapa surah. Jika anda mencetak ayat ini untuk diamalkan, pastikan kesemuanya mempunyai tujuh ayat, kerana imej diatas mempunyai dua bahagian.

Kebiasaannya saya menganjurkan mereka-mereka yang tertekan dengan masalah-masalah duniawi untuk mengamalkan Ayat Tujuh ini selepas solat subuh dan selepas solat maghrib, atau sebelah siang sekali dan malam sekali.

Menurut ulama’-ulama’ yang mu’tabar, barangsiapa yang mengamalkan ayat ini, tiada kuasa seseorang itu memberi mudharat kepadanya. Dan sekiranya jikalau tertutup langit dan bumi sekalipun, insyaALLAH terlepas ia dengan izin Allah swt.

Barangsiapa mengamalkan membacanya di pagi dan petang, insyaALLAH akan merasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpelihara daripada pedaya musuh dan bala dengan izin Allah.

InsyaALLAH juga Allah akan memudahkan rezekinya, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan, fitnah dan dikasihi hamba-hamba Allah serta dimudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.

Kesimpulannya, ayat ini lazimnya diamalkan dengan mengharapkan redha Allah swt, dan moga-moga Allah swt melepaskan atau memberi kemudahan dari sebarang kesulitan dan kesusahan.


Monday, November 9, 2009

Tragedi Perpisahan Jin Asyik...




Untuk makluman pembaca, saya telah mendapatkan kebenaran “tuan punya diri” untuk memaparkan video rawatannya ini. Beliau juga membenarkan namanya disiarkan supaya kisah ini lebih dramatik dan paparan video rawatan tersebut lebih difahami oleh pembaca. Saya masih cuba untuk mempertingkatkan kualiti video ini, sekiranya kualiti yang lebih elok sudah siap saya akan paparkannya supaya ianya lebih jelas. Semoga kisah ini memberi pengajaran dan i’tibar untuk kita bersama.

“Jin asyik” dikategorikan sebagai jin yang menyukai, menyintai dan menjadikan manusia-manusia tertentu sebagai idola atau pujaan atau kekasih mereka. Ada diantara kes-kes yang serius sehingga jin-jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak-anak jin.

Mangsa-mangsa terdiri dari pelbagai latarbelakang, ada diantara mangsa ialah mereka-mereka yang terkenal seperti artis-artis pujaan, wanita-wanita yang suka bersolek berlebih-lebihan dan yang suka mendedahkan aurat, ada mangsa dikalangan orang biasa yang mempunyai sejarah bersaka, ada juga dikalangan orang-orang yang rajin beramal ibadat tanpa berguru.

Jangan terperanjat jika saya katakan ahli-ahli thoreqat juga perlu berhati-hati, kerana ada diantara jin-jin asyik meminati mereka yang kuat berzikir, apatah lagi mereka yang mengaku sebagai ahli hakikat atau ahli ma'rifat, kita perlu banyak meng-islah diri dan berwaspada, kerana itulah apa jua pengalaman rohani dan kedapatan didalam zikir perlu dirujuk kepada guru yang mursyid, dikhuatiri jin-jin yang suka “menolong” ini mengelirukan anda dialam ghaib dan alam rasa, apatah lagi alam rahsia.

Perawat-perawat juga tidak ketinggalan berkemungkinan menjadi idola kepada puak-puak jin yang kagum dengan kejantanan anda bertarung dengan jin-jin gangguan, apatah lagi jika anda suka bersifat ria’ dan ‘ujub. Kesimpulannya sesiapa sahaja boleh terdedah kepada masalah ini.

Kebiasaannya tahap-tahap gangguan yang dihadapi adalah bergantung kepada individu-individu itu sendiri. Kekuatan diri seseorang tidak sama diantara satu sama lain, ada yang lemah dan ada yang kuat. Kekuatan rohani yang lemah, menyebabkan jin-jin yang samseng ini membuli individu-individu tersebut, sehingga ketahap menodai mangsa. Mereka boleh tinggal dan mempengaruhi diri mangsa didalam kehidupan seharian sehingga kadar tujuh puluh peratus malahan boleh mencapai hingga sembilan puluh peratus.

Jika kekuatan diri bertahap sederhana, kemungkinan jin-jin asyik ini dapat mempengaruhi mental dan emosional. Ini boleh menyebabkan kehidupan seharian kadangkala terganggu, apabila fizikal anda lemah emosi menjadi tidak stabil, fikiran kusut dan tidak dapat fokus. Kadangkala jin-jin ini berjaya juga bermastautin didalam tubuh badan mangsa, seperti di kepala, dada, perut, belikat dan lain-lain tempat yang berkemungkinan.

Jika kekuatan diri atau rohani seseorang itu tinggi, berkemungkinan jin-jin asyik yang meminati mereka adalah dikalangan jin-jin yang beretika dan memahami hak-hak asasi manusia, oleh itu jin-jin ini hanya memerhati dari jauh atau mengekori sahaja tanpa mengganggu kehidupan mangsa.

Kebanyakan kes-kes gangguan jin asyik tidak disedari oleh pesakit sehinggalah mereka datang untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan. Dan kebiasaannya ini disedari setelah pesakit sudah mula merasakan bahang-bahang masalah dan gangguan yang menimpa mereka.

Diantara sintom-sintom gangguan jin asyik yang biasa ialah, berat jodoh, sentiasa ada halangan didalam perhubungan cinta, pertunangan dan perkahwinan, kerap sakit kepala, kerap mimpi bersama (bersetubuh), kerap mimpi berkahwin, kerap letih lesu dan malas, kerap memarahi dan membenci pasangan, kerap mimpi kanak-kanak atau bayi, bagi yang perempuan kerap mimpi melahirkan anak, ada juga sampai ketahap mangsa dirogol dan dinodai jin, kebiasaannya yang menjadi mangsa adalah kaum wanita.


Kisah kali ini adalah mengenai kisah seorang sahabat saya dari selatan Thailand, Z yang datang berjumpa saya untuk mempelajari kaedah-kaedah rawatan islam. Beliau begitu berminat mengenai hal-hal rawatan, sanggup datang dari jauh untuk bertemu dengan saya. Ketika itu saya baru berpindah ke Kuala Lumpur, barang-barang di dalam rumah pun belum habis dikemas lagi. Namun, tetamu dari jauh itu tetap saya sambut dengan hati yang gembira.

Segalanya terbongkar apabila sessi praktikal bermula. Z yang memang sudah lama inginkan bantuan saya untuk memeriksa keadaannya tidak melepaskan peluang untuk menjalani sessi praktikal sekaligus mendapatkan rawatan dari saya. Beliau mengadu kerap mengalami sakit kepala, sukar tidur malam dan sentiasa resah gelisah tanpa sebab.

Sewaktu pemeriksaan dijalankan, kepala beliau tiba-tiba berpusing-pusing, kemudian Z jatuh dari kerusi dan berguling-guling diatas lantai. Pada mulanya jin-jin gangguan tersebut tidak mahu memberi kerjasama, tetapi setelah dibakar dengan kalimah “Kaaf Ha Ya ‘Ain Sod” barulah jin-jin tersebut mendengar kata. Lapisan pertama dihuni oleh tujuh jin asyik yang mengaku islam.

Jin-jin tersebut mengaku amat sayangkan Z. Hinggakan mereka melutut dihadapan saya meminta supaya saya tidak pisahkan mereka dengan Z. Jika diperhatikan pada paparan video, jin-jin itu juga menangis teresak-esak sambil memegang-megang tubuh Z, ada ketikanya jin-jin tersebut menarik-narik baju Z sambil memanggil-manggil nama Z seolah-olah tidak sanggup berpisah dengannya.

Ramai sahabat-sahabat saya yang tidak sampai hati melihat tangisan jin-jin yang cukup mengharukan itu, namun pada saya kita perlu tegas didalam hal ini, jika tidak “mereka” akan mengawal situasi.

Kaedah yang saya gunakan didalam rawatan ini ialah kaedah pujuk dan dakwah. Didalam rawatan tidak semestinya kita menggunakan kaedah yang kasar dan ganas apabila berhadapan dengan jin, kecuali apabila keadaan memaksa atau perlu. Di awal-awal menceburkan diri dibidang rawatan dahulu, saya tidak mengerti mengapa Syeikh Abdul Wahid Salam Al Bali mengatakan didalam buku karangan beliau “Al Sorimul Battar Fi Al Tasadda Li Sahartil Asyrar” bahawa perlu berinteraksi dengan jin dengan sebaik mungkin.

Tanpa mengendahkan nasihat Syeikh Abdul Wahid maka di awal-awal dahulu saya bersikap garang dan ganas terhadap jin. Sehingga ramai jin-jin yang komplen saya terlalu garang. Walaupun ada bagusnya kita bersikap tegas, garang dan ganas terhadap jin-jin gangguan, namun sikap toleransi dan berbincang dengan cara yang baik juga mempunyai banyak kesan yang positif didalam rawatan. Ada diantara jin-jin yang memang tak makan saman dan siksaan apatah lagi sembelihan, maka cara psikologi dan berbincang dengan cara yang bijaksana dapat menyelesaikan masalah.

Jadi terserahlah kepada perawat-perawat untuk memilih cara yang sesuai untuk berhadapan dengan makhluk-makhluk ini. Tidak semestinya anda perlu sentiasa garang dan tidak semestinya anda perlu sentiasa berlembut ketika bertugas.

Pembongkaran gangguan pada Z tidak habis disitu saja, ada lagi penghuni-penghuni asing pada lapisan-lapisan lain, termasuklah tiga jin islam yang menjaga Z dan beberapa jin kafir yang akhirnya mati disembelih dan dipancung kerana berkeras tidak mahu keluar.

InsyaAllah kisah penghuni jin lapisan seterusnya pada Z, akan saya sambung tidak lama lagi.

Bagi mereka yang merasakan diri mereka sukar dan terhalang mendapat pasangan yang sesuai, selalu rasa diri tidak sekacak atau secantik orang lain, mengalami masalah mental dan emosional yang tidak terkawal atau merasakan tanda-tanda pada kisah kali ini ada pada diri anda maka anda perlu bertanya pada diri sendiri… Apakah anda diminati oleh makhluk yang anda tidak nampak…? Fikir-fikirkan…

Monday, November 2, 2009

Di Culik Ke Istana Jin...


Satu hari saya dihubungi oleh seorang saudara jauh, meminta saya merawat bapanya yang tidak sedarkan diri dan meracau-racau. Pakcik M baru keluar dari hospital akibat kemalangan jalanraya.

Beliau adalah seorang yang agak berahsia orangnya. Sebenarnya dulu pakcik M pernah mendapatkan rawatan dengan saya kerana sakit bisa-bisa badan. Dan semasa rawatan, saya hairan melihat pergerakan aneh tangan Pakcik M, tangannya terangkat-angkat ke atas tanpa kawalan.

Pada pemerhatian saya, Pakcik M ada masalah saka, tetapi apabila saya tanyakan padanya, beliau tidak mengaku dan seolah-olah ingin merahsiakan sesuatu. Sehinggalah pada suatu hari Pakcik M menyatakan hasrat untuk menyerahkan “barang peliharaannya” kepada anaknya yang bongsu. Sejak itu anak-anak Pakcik M sentiasa kerisauan, bimbangkan gangguan saka dari Pakcik M.

Ketika Pakcik M tidak sedarkan diri, meracau-racau seperti orang nazak anak-anaknya menjadi keliru samada perlu mengumpulkan adik-beradik atau tidak. Mereka khuatir anak-anak yang lain tidak dapat menatap wajah Pakcik M buat kali terakhir.

Sebelum itu, anak-anak Pakcik M meminta seorang perawat berdekatan untuk membantu Pakcik M yang tidak sedarkan diri. Tetapi, setelah perawat tersebut berulang-ulang kali membaca ruqyah tetapi tiada tanda-tanda tindak balas, maka perawat tersebut mengandaikan bahawa kemungkinan Pakcik M nazak dan menasihati mereka mengumpulkan ahli keluarga Pakcik M dan bersedia dengan apa juga kemungkinan yang berlaku.

Setelah beberapa jam berlalu, tiba-tiba Pakcik M tersedar dan dia mengadu ada beberapa orang lelaki dan perempuan yang berpakaian bangsawan membawanya berjalan-jalan sehinggalah mereka sampai ke sebuah istana yang besar dan mengajak ia tinggal di situ. Namun, Pakcik M menolak kerana walaupun istana tersebut nampak cantik tetapi berbau busuk.

Selepas beberapa minggu, Pakcik M tidak sedarkan diri lagi dan meracau buat kali yang kedua. Saya yang kebetulan menghadiri seminar perbincangan rawatan islam di kawasan yang berhampiran, bergegas ke rumah Pakcik M.

Apabila sampai, saya dapati Pakcik M di dalam keadaan mata tertutup dan memalingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Tanpa berlengah, dengan nada suara yang tinggi saya mengarahkan jin-jin yang menculik Pakcik M agar melepaskan beliau, saya mengancam akan menghapuskan mereka sekiranya Pakcik M tidak diserahkan kembali dalam tempoh satu minit.

Jin-jin tersebut terperanjat dan di dalam keadaan panik. Tetapi, masih tidak mahu menyerahkan Pakcik M. Setelah satu minit berlalu, saya pancung mereka satu persatu, dan jin-jin yang dipancung itu menggelepar dan mati. Saki baki jin yang ada bertempiaran lari dan mereka melepaskan Pakcik M dengan serta merta.

Pakcik M tersedar dan melafazkan dua kalimah syahadah. Menurutnya, jika dia lambat diselamatkan, kemungkinan dia tidak dapat kembali lagi, kerana jin-jin tersebut berkeras ingin membawanya ke istana mereka dan mahu Pakcik M tinggal di situ.

Selang beberapa minggu kemudian saya dihubungi oleh Pakcik M yang meminta saya untuk membuang saka miliknya. Akhirnya Pakcik M mengaku juga yang dia memiliki saka…


Friday, October 30, 2009

Kursus Urut Tradisional Dan Pulih Tenaga Batin - 21/11/2009


Untuk makluman : Kursus Urut Tradisional dan Pulih Tenaga Batin akan diadakan pada 21/11/2009, jam 10.30 pagi. Terhad kepada tiga orang peserta. Sila hubungi saya untuk pengesahan kehadiran.
Diantara kandungan kursus ialah :

- Teori tentang Urut Tradisional
- Teknik mudah memahami kaedah Urut Tradisional
- Teknik Urut Perubatan
- Praktikal Urut Tradisional
- Teori tentang Urut Pulih Tenaga Batin
- Praktikal Urut Pulih Tenaga Batin
- Tips, petua dan amalan

Bagi sesiapa yang berminat sila sms atau emailkan nama, no kad pengenalan dan alamat. Harga Yuran ialah sebanyak RM280. Bertempat di Taman Keramat, Kuala Lumpur.


Tuesday, October 27, 2009

Kuasa Minda Boleh Membunuh...?


Sebuah akhbar mendedahkan, sebahagian dari projek sulit tentera Amerika (AS) ialah projek "membunuh dengan menggunakan kuasa minda". Mereka mewujudkan sekumpulan anggota tentera yang membunuh dengan menggunakan kuasa psikik dan bukannya senjata api.

Projek perintis itu yang disokong dengan penyelidikan canggih mahu menggunakan kuasa minda bagi merevolusi kaedah peperangan. Menerusi Projek Jedi, tentera AS mahu menghasilkan anggota tentera yang "ajaib" yang mampu merisik dan membunuh musuh serta mematikan bom nuklear dengan menggunakan kuasa minda mereka.

Menurut seorang anggota pasukan khas yang terlibat didalam Projek Jedi, Sarjan Glenn Wheaton, tentera AS turut melakukan penyelidikan dan eksperimen kuasa minda bagi menghasilkan askar yang boleh berjalan menembusi dinding dan menjadi halimunan.

Penggunaan kuasa paranormal itu bermula apabila tentera AS mendapat maklumat bahawa Rusia giat membangunkan program senjata psikik mereka sendiri yang melibatkan lebih empat puluh institut paranormal negara itu.

Mereka dilihat bakal membuka lembaran baru didalam teknologi ketenteraan.

Wednesday, October 21, 2009

Sihir Jin Tengkorak Tiga Beranak...


Pernah satu ketika dulu saya dihubungi oleh seorang pakcik yang mengadu sudah seminggu mengalami masalah tidak boleh tidur. Dia meminta saya merawat beliau di rumahnya di sekitar Kuala Lumpur.

Pakcik H adalah seorang peniaga ikan di Kuala Lumpur. Beliau mempunyai jadual tidur yang tersendiri. Kalau tak silap saya, beliau akan ke pasar borong seawal pukul tiga atau empat pagi untuk mendapatkan bekalan ikan. Dia benar-benar terganggu dan tertekan dengan gangguan atau masalah tidak boleh tidur ini, kerana ianya menyebabkan badannya teramat letih, fikiran terlalu kusut dan hati yang tidak tenteram.

Sebenarnya kediaman Pakcik H berhampiran dengan sebuah pusat rawatan alternatif. Kebetulan, perawat pusat rawatan tersebut ialah sahabat saya. Setahu saya kaedah rawatannya adalah berasaskan kaedah Rawatan Islam yang juga menggunakan bacaan ayat-ayat al-quran. Tetapi pakcik H tidak berminat untuk mendapatkan rawatan disitu, dengan alasan bacaan-bacaan ruqyah perawat tersebut dibaca dengan amat perlahan seperti berbisik dan kadangkala perawat itu seperti tidak membaca apa-apa pun. Saya agak, mungkin pakcik H terpengaruh dengan kata-kata mereka yang tidak suka dengan perawat tersebut.

Pada saya, tiada masalah samada kita hendak membaca ruqyah dengan bacaan yang kuat, perlahan, berbisik atau sekalipun kita membacanya didalam hati. Saya sendiri jika sudah terlalu ramai pesakit dan letih meruqyah, maka saya akan membacanya secara perlahan saja. Kadangkala saya juga hanya membaca ruqyah didalam hati, dan ada waktu-waktu tertentu saya hanya menggunakan isyarat tangan saja untuk merawat. Yang penting perawat tahu apa yang mereka lakukan.

Bagi saya jika kita ragu-ragu dengan kaedah-kaedah rawatan perawat-perawat tertentu, kita perlu bertanya terus kepada perawat tersebut dengan cara yang hikmah dan bijaksana. Tidak adil bagi kita untuk memberi komen dan menghukum tentang sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya. Dan tambah tidak adil lagi apabila kita menyebarkan komen-komen yang tidak berasas itu kepada orang lain, buat tambah saham dosa je.

Sememangnya pesakit mempunyai hak untuk bertanya, kerana pesakit yang bijak akan memastikan kaedah rawatan yang dilakukan tidak sekali-kali menyalahi hukum syara’. Perawat juga harus telus dan memberi serba sedikit penerangan kepada pesakit tentang kaedah-kaedah rawatan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan fitnah dan prasangka yang bukan-bukan terhadap perawat. Komunikasi amat penting didalam rawatan. Bagi saya ianya amat membantu merawat pesakit dari sudut mental dan emosional.

Tiga hari sebelum dia menghubungi saya, pakcik H berjumpa dengan seorang bomoh untuk mendapatkan rawatan. Menurut bomoh tersebut, pakcik H terkena gangguan sihir dari seorang lelaki hindu yang baru mempelajari sihir. Menurut bomoh itu lagi, lelaki hindu itu tidak berniat untuk mengenakan pakcik H, tetapi entah bagaimana lelaki hindu itu mungkin tersilap hantar dan terkena pada pakcik H.

Jin sihir tersebut berupa tiga tengkorak anak beranak. Satu tengkorak besar merupakan ibu jin dan dua lagi tengkorak yang lebih kecil merupakan anak-anak jin tersebut. Pakcik H tidak bercerita dengan lebih lanjut bagaimana bomoh tersebut melakukan rawatan, dia cuma mengatakan rawatan tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah tidur yang dihadapinya.

Setelah sampai dirumahnya, saya diminta agar merawat pakcik H didalam bilik beliau. Saya mulakan rawatan dengan bacaan al-fatihah dan beberapa bacaan ayat-ayat quran yang lain. Tidak sampai lima minit saya lihat pakcik H sudah mula merapu. Saya menggunakan kaedah “dialog perangkap” untuk memastikan itu adalah jin yang menganggu pakcik H. Ternyata benar, ada tiga jin tengkorak yang agak kuat dan liat. Jin tersebut juga cuba mengelirukan saya dengan berlakun seolah-olah yang berkata-kata itu adalah pakcik H.

Jin-jin tersebut mengaku bahawa tuan mereka baru mempelajari ilmu sihir dan tersalah menghantar sihir lalu terkena pakcik H. Tetapi dalam masa yang sama juga jin-jin itu agak keberatan untuk keluar dan meninggalkan pakcik H. Sambil membebel jin-jin itu cuba bertindak ganas dan melakukan isyarat seperti hendak bersilat dengan saya.

Di luar bilik, isteri pakcik H agak risau kerana mendengar keadaan di dalam bilik rawatan riuh seperti orang yang bergaduh. Dia menjenguk ke dalam bilik, saya beri isyarat padanya keadaan adalah terkawal dan meminta ia supaya bertenang.

Saya menggunakan kaedah pasung dan jurus untuk menentang jin-jin tersebut. Tiba-tiba mereka terdiam tidak berkata apa-apa. Saya tanya kepada mereka, mengapa terdiam. Jin itu menjawab, “macamana aku tak diam, abis tu dah kena jurus…”.

Saya hairan, bagaimana jin tersebut tahu saya menggunakan kaedah jurus padahal saya melakukannya dengan diam-diam. Ini bermakna dia sudah cedera, patutlah dia dah berhenti membebel. Kalau tidak mulutnya tak berhenti-henti nak bercerita dan merapu. Akhirnya jin tersebut menyerah kalah dan ingin keluar, cuma mereka tidak tahu ke mana arah yang hendak dituju selepas ini.

Saya mencadangkan jin-jin tersebut pergi ke kawasan hutan dan tinggal bersama monyet-monyet di hutan. Mereka bersetuju, dan perkara ini kemudiannya disahkan oleh pakcik H, menurutnya sewaktu saya mengarahkan jin-jin tersebut keluar, pakcik H ternampak banyak monyet-monyet berkeliaran di satu kawasan hutan.

Saya merawat pakcik H dalam tiga sessi rawatan, dan Alhamdulillah ketiga-tiga jin tengkorak anak beranak itu bersetuju keluar dengan izin Allah. Selepas itu pakcik H sudah boleh tidur seperti biasa.

Tuesday, October 13, 2009

Mengapa Kita Digalakkan Berbekam...?

Darah yang kotor menyebabkan ketahanan badan kita merosot, toksemia (keracunan darah) menjadi kronik dan kuman menyerang tisu kita yang paling lembut.

Di dalam darah dan tisu kita terkumpul toksin yang secara perlahan-lahan menghakis kecergasan badan kita. Jikalau kita tidak membuang toksin tersebut dalam tempoh tertentu, timbunan toksin akan membesar sehingga badan kita tidak dapat bertahan lagi dan kita akan jatuh sakit.

Sistem pertahanan di dalam badan kita hilang kawalan dan kemungkinan kita akan diserang oleh penyakit koronari, barah, hipertensi, penyakit buah pinggang, angin ahmar, lelah, artritis, rheumatism dan lain-lain penyakit yang berbahaya.

Keracunan darah sudah menjadi masalah besar dalam masyarakat moden dan menjadi penyebab kepada banyak kesakitan, penderitaan dan kerugian sumber manusia.

Pengaliran darah bersih yang tidak terhalang dan tenaga kecergasan adalah faktor penting kesihatan. Jikalau terdapat terlalu banyak kotoran toksin di dalam badan kita ia mengakibatkan terjadinya stasis darah ataupun penakungan darah dan ini menghalang kelancaran perjalanan tenaga dan darah di dalam badan kita, menyebabkan ketidakselesaan dan penyakit yang serius.

Dalam keadaan hari ini dimana terdapatnya penyakit jantung, barah, angin ahmar, penyakit buah pinggang, hipertensi, arthritis, rheumatism dan lain-lain lagi yang sentiasa bertambah, kita seharusnya memberikan perhatian yang lebih kepada Rawatan Kaedah Bekam sebagai langkah pencegahan terhadap penyakit yang berbahaya ini supaya kehidupan menjadi lebih sihat dan baik.

Berbekam ialah suatu kaedah yang dirumuskan untuk menggalakkan pembersihan darah melalui kulit. Melalui kaedah ini kita boleh mengeluarkan kotoran toksin daripada darah.

Bagi kaum lelaki, selain dari berurut, berbekam adalah satu rawatan tambahan yang efektif untuk melancarkan perjalanan darah dan membantu merawat pelbagai jenis masalah dan penyakit.

Tidak ketinggalan juga pada kaum wanita yang ingin berbekam, kami ada menyediakan Pembekam Wanita. Sila hubungi kami di talian 013-3239822 untuk temujanji rawatan.

Friday, October 9, 2009

Berita Baik !!!... Pembekam Wanita Untuk Wanita...



Berbekam adalah sunnah Rasulullah saw, tambahan pula ianya sangat digalakkan untuk kesihatan. Sebagaimana yang kita tahu, berbekam terbahagi kepada dua iaitu bekam angin dan bekam darah.

Darah bertanggungjawab keatas penghantaran zat-zat dan oksigen kepada setiap sel didalam tubuh badan kita dan ia juga membawa keluar bahan buangan metabolisme daripada sel untuk perkumuhan didalam buah pinggang dan paru-paru.

Pengaliran sel darah putih, enzim dan faktor pelalian amat penting kerana ianya bertugas mencari dan memusnahkan benda-benda asing. Darah yang kotor tidak mampu untuk menjalankan tugas ini.

Ini boleh mengakibatkan ketahanan badan kita merosot, keracunan darah menjadi kronik dan kuman menyerang tisu kita yang paling lembut. Di dalam darah dan tisu kita terkumpul toksin yang secara perlahan-lahan menghakis kecergasan kita. Kerana itulah Bekam Darah adalah satu kaedah yang berkesan untuk membantu merawat masalah ini.

Walaupun berbekam adalah sunnah Rasulullah saw, jangan pula disebabkan kita terlalu mengejar perkara yang sunnah atau mengejar fadhilatnya sehingga kita melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Mengapa saya kata begitu...?

Ramai kaum wanita yang datang mendapatkan khidmat berbekam dengan isteri saya menceritakan mereka amat gemar berbekam tetapi oleh kerana pembekam wanita agak sukar dicari, maka sebelum-sebelum ini ada diantara mereka terpaksa mendapatkan khidmat pembekam lelaki.

Pada pandangan saya ini adalah amat tidak sesuai, kerana boleh menimbulkan macam-macam fitnah samada kepada pembekam ataupun wanita yang dibekam. Ini adalah kerana kebanyakkan point-point bekam adalah terletak pada aurat bagi seorang wanita.

Namun kebiasaannya, apabila kaum wanita mengetahui atau telah menjumpai seorang pembekam wanita, maka mereka tidak akan sama sekali pergi mendapatkan khidmat bekam dari pembekam lelaki.

Bagi kaum wanita yang ingin berbekam kami ada menyediakan Pembekam Wanita. Sila hubungi kami di talian 013-3239822 untuk temujanji rawatan.



Wednesday, October 7, 2009

Kasih Kepada Allah...


"Wahai orang-orang yang beriman!, Sesiapa diantara kamu berpaling tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan pula suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasih kepada-Nya, kaum yang bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas terhadap orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka pula tidak takut dengan celaan orang yang mencela....." (al-Maidah :54)

Kata-kata imam al-Syafi'e, "Kamu melakukan maksiat, sedangkan kamu cintakanNya. Bagiku ini memang perkara aneh. Sekiranya kamu benar-benar menyintaiNya, nescaya kamu taatkanNya, ini kerana orang yang bercinta akan menurut sahaja kehendak kekasihnya."

Petikan dari kitab Da'irah al-ma'arif al-Islamiah; "Orang yang mendakwa dengan dakwaan al-Hulul dan al-Ittihad adalah tidak diperakui oleh ulama' yang muhaqqiq dikalangan para sufi. Sepertimana fuqaha' juga tidak bersetuju dalam soal itu".

Tidak ada diantara Allah dengan hambanya sebarang hubungan kecuali semata-mata sifat 'ubudiyyah daripada hamba dan sifat uluhiyyah daripada Allah.

Dan tidak ada pada hamba satu pun daripada sifat uluhiyyah dan tidak ada pada Allah satu pun daripada sifat 'ubudiyyah.

Hulul - diambil daripada asal perkataannya iaitu memasukkan sesuatu kedalam sesuatu yang lain dan yang dimaksudkannya disini, Allah itu masuk ke dalam badan (jisim) manusia. Tidak boleh beranggapan begitu kerana Allah Maha Tinggi dan Maha Agung.

Ittihad - dimaksudkan dengan Allah itu bersatu dengan hambanya. i'tiqad sebegini boleh membatalkan aqidah. Ittihad hanya boleh berlaku pada sesuatu yang sama taraf, tidak boleh berlaku diantara Qadim (Sedia ada) dengan Hadis (sifat baru). Setinggi manapun seseorang manusia itu telah sampai ke kemuncak ketinggian, kerohanian dan kesucian hati, namun mereka tidak akan dapat menghapuskan sama sekali unsur-unsur kemanusian yang dimilikinya.

Abu Yazid al-Bustami berkata "Allahuakbar itu bermaksud, Allah itu Maha Besar untuk di qiaskan dengan manusia atau Maha Besar untuk diqiaskan dengan yang lain dan Maha Besar untuk difahami oleh pancaindera."

Monday, October 5, 2009

Mengapa Jin Gangguan Kebal Dengan Bacaan Ruqyah..?


Tentu ramai yang tertanya-tanya mengapa ada diantara jin-jin tidak terkesan dengan cd ruqyah atau bacaan ruqyah. Walhal ada diantara pesakit yang mendengar cd ruqyah setiap hari dari pagi hingga ke petang.

Diharap jangan pula ada yang nakal selepas ini mengambil kesimpulan, perawat yang menggunakan kaedah ruqyah syar’iyyah didampingi jin.

Sesiapa yang mengamalkan mendengar cd ruqyah syar'iyyah sebagai terapi, boleh teruskan mendengarnya, cuma apa yang penting kita tidak boleh bergantung kepada cd semata-mata, berjumpalah dengan perawat untuk rawatan susulan.

Dan apabila saya katakan, kebiasaannya jin-jin gangguan berada selari dengan frekuensi minda separa sedar pesakit, jangan pula ada yang mengambil kesimpulan dengan mengatakan belajar tentang minda separa sedar itu mendedahkan diri pada serangan jin.

Bila kita mempelajari ilmu minda kita akan dapat tahu minda itu terbahagi kepada beberapa bahagian, kerana itulah "minda sedar" amat penting bagi kita untuk menapis perkara-perkara yang baik dan buruk.

Ada sesetengah orang tidak menggunakan "minda sedar"nya dengan sebaik mungkin, selalu melakukan satu-satu perkara dengan membuta tuli, samada dari segi perbuatan mahupun kata-kata, kesudahannya dia meletakkan kesalahan itu pada takdir Allah, ada yang keliru mengatakan itulah af'al Allah jadi tidak ada penyesalan padanya apabila perbuatannya itu menyusahkan atau menyakiti orang lain atau menceroboh hak-hak orang lain. Padahal dia tidak menggunakan akal yang dikurniakan Allah kepadanya dengan sebaik mungkin. Orang yang sebegini minda separa sedarnya telah dikelirukan oleh syaitan.

Saya rasa semua orang tahu bahawa perkara yang paling asas didalam kehidupan kita ialah pergantungan yang sebenar-benarnya hanya kepada Allah swt.

Jadi… apakah kita hanya cukup dengan berserah…? Sudah tentu tidak… pergantungan kepada Allah ada banyak peringkat. Diantaranya pergantungan peringkat orang awam, orang yang khusus, dan orang yang khusus diantara yang khusus… Kita perlu tahu dan kenal kepada siapa kita bergantung. Adakah pergantungan kita hanya sampai kepada asma’Nya (namaNya) atau hanya pada KalamNya… …? Kerana itulah selain dari beramal, kita perlu belajar dan mendalami ilmu agar kita tahu apa yang kita lakukan.

Walaubagaimanapun, tidak kira samada orang awam atau orang khusus, selagi kita beriman kepada Allah, insyaALLAH bantuan Allah pasti bersama kita. Cuma apa yang ingin saya sarankan ialah kita semua perlu mendalami ilmu agama supaya kita lebih mengenal diri dan hidup ini.

Saya berpendapat semua perawat yang beragama Islam, samada perawat-perawat yang melabelkan kaedah Rawatan mereka sebagai Kaedah Rawatan Islam mahupun yang tidak, semuanya faham tentang asas rawatan.

Dan pada pandangan saya, semua perawat-perawat faham bahawa Rawatan Islam bermaksud rawatan yang dijalankan oleh seorang hamba Allah yang beragama Islam yang menjadikan Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw sebagai pegangan dan syi’ar.

Selain dari itu ia juga menggunakan kaedah, teknik dan petua yang tidak bercanggah dengan Agama Islam, yang mentauhidkan Allah swt dan tidak menggunakan jin sebagai khadam suruhan. Dalam erti kata yang lain Rawatan Islam tidak tertakluk semata-mata kepada set-set bacaan ruqyah syar’iyyah yang disusun oleh pusat-pusat rawatan tertentu.

Atas dasar pemahaman inilah maka saya amat berlapang dada dengan apa jua kaedah rawatan selagi ianya jelas tidak mensyirikkan Allah swt. Dan saya sentiasa merasakan diri saya serba kekurangan dan terlalu banyak lagi yang saya perlu pelajari. Atas dasar pemahaman ini jugalah saya tidak dapat berkompromi dengan mereka-mereka yang berfikiran sempit dan jumud didalam mentafsir kaedah, teknik dan petua didalam rawatan serta suka menghina ilmu orang lain.

Saya amat menyanjungi semua guru-guru yang bertanggungjawab mendidik saya samada guru-guru tadika, guru-guru sekolah rendah, guru-guru sekolah menengah, guru-guru kolej, apatah lagi guru-guru perubatan, guru-guru agama dan guru-guru serta Mursyid Thoreqat yang mendidik dan membimbing saya hingga menjadi seorang insan yang dapat memimpin diri saya sendiri dan keluarga serta dapat memberi sumbangan kepada masyarakat selagi saya terdaya.

Sejak dari bangku sekolah lagi saya berguru dari satu guru ke satu guru, sehinggalah saya bertemu dengan guru saya yang mursyid. Selagi hayat dikandung badan saya akan sentiasa merendah diri untuk mencari dan menadah ilmu dari satu guru ke satu guru yang lain. Saya tidak malu untuk belajar kepada siapa saja walaupun orang itu lebih muda dari saya.

Ada yang salah sangka dengan mengatakan saya meninggalkan guru yang lama dan pergi kepada guru yang baru, ini adalah tidak benar sama sekali. Tidak kira guru saya yang lama ataupun yang baru mereka tetap guru saya sampai bila-bila. Prinsip saya berguru biar beribu, mursyid hanya satu.

Saya kagum dengan guru-guru perubatan yang benar-benar ikhlas didalam mengajar dan berkongsi ilmu, mereka amat berlapang dada apabila ada perbezaan pendapat, mereka juga menggalakkan RND dan pencarian ilmu yang berterusan.

Baru-baru ini saya menziarahi blog seorang sahabat yang juga seorang perawat yang dikagumi ramai. Saya suka membaca kisah-kisah pengalamannya semasa merawat dan juga kupasan-kupasan ilmu beliau.

Tetapi saya agak terkilan kerana ada seorang hamba Allah yang mengenali saya dan saya juga amat mengenalinya, memberi komen yang berunsur fitnah pada salah satu posting di situ.

Komen yang diberinya itu seolah-olah ingin melaga-lagakan saya dengan perawat tersebut. Bukan itu saja, dia juga mengatakan hobi saya ialah "SUKA BUAT PESAKIT KERASUKAN". Sekiranya hamba Allah itu terbaca posting ini, nasihat saya untuk hamba Allah itu, hentikanlah kerja-kerja mengadu domba dan melaga-lagakan orang. Sekiranya anda tidak mampu untuk memberi manfaat kepada masyarakat, maka DIAM itu adalah sumbangan yang terbaik.

Saya rasa segala persoalannya telah saya jawab melalui email sehingga dia tidak menjawab lagi, tetapi kemudian dia cuba beralih topik dengan menyerang peribadi saya pula. Saya pun hairan, apa lagi yang orang-orang sebegini mahu dari saya.

Tidak saya nafikan ada segelintir hamba Allah yang mengaku diri mereka perawat samada perawat yang memakai imej bomoh, kiyai, ustaz, tok guru atau apa saja imej mengambil kesempatan di atas kesusahan pesakit. Tetapi janganlah disebabkan kenakalan mereka yang segelintir ini maka semua perawat-perawat alternatif dianggap sama. Tidak adil sekiranya kita merumuskan kesesatan atau kebenaran satu-satu perkara itu berdasarkan bacaan-bacaan di internet semata-mata.

Selagi kita hidup di muka bumi ini, tidak kira samada orang awam, orang khusus, wali Allah, perdana menteri, orang thoreqat, orang yang taat mahupun orang yang maksiat, orang islam mahupun orang yang kafir, bomoh, ustaz, kiyai atau sesiapa saja, semuanya akan di uji Allah swt.

Sebagaimana pesakit-pesakit diuji Allah dengan masalah, gangguan dan kesakitan begitu juga para perawat yang tidak terlepas dengan berbagai ujian ketika merawat. Ujian yang akan memberi kita satu ilmu dan pengalaman yang baru, ujian-ujian yang akan mematangkan diri.

Maka beruntunglah mereka yang sentiasa berfikir, mengambil i’tibar dan memperbaiki diri pada setiap zarah detik kehidupan.

wassalam

Sunday, October 4, 2009

Jin Suka Dengar Cd Ruqyah...



Video yang telah diedit diatas, merakamkan tentang kisah jin-jin yang suka mendengar cd ruqyah.


Satu hari saya didatangi oleh seorang sahabat bersama dengan isterinya. Mereka mempunyai sebuah kedai menjual buku-buku agama termasuklah cd-cd agama dan cd rawatan islam iaitu cd bacaan ruqyah syar’iyyah.


Menurut isterinya, dia mendengar cd ruqyah tersebut setiap hari di kedainya. Bermula dari dia buka kedai di sebelah pagi sehinggalah dia menutup kedai di sebelah malam, cd ruqyah itu sentiasa di pasang di kedainya. Ini menyebabkan walaupun semasa dia tidak memasang cd ruqyah tersebut, bacaan ayat-ayat ruqyah tetap sentiasa terngiang-ngiang di telinganya.


Dia mengadu kepada saya bahawa dia selalu terbau asap di dalam kedainya, kadangkala sehingga dia mengalami sesak nafas kerana bau asap yang cukup tebal. Yang menghairankan, pekerja-pekerjanya tidak pernah tercium bau asap di dalam kedai tersebut sebagaimana yang dialaminya. Dia juga mengadu setiap kali dia menjual cd ruqyah, badannya terasa bisa-bisa. Saya rasa ini adalah serangan balas puak-puak jin yang tidak suka dia membantu mereka-mereka yang mengalami gangguan jin.


Saya memulakan rawatan dengan bacaan ruqyah, pada mulanya pesakit tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Kemudian saya mencuba kaedah travel.


Sebelum saya didedahkan dengan teknik "travel", saya ada melalui beberapa pengalaman dimana beberapa orang pesakit saya ketika dirawat ternampak berbagai-bagai perkara, seolah-olah seperti sedang menonton television.


Pernah satu ketika saya menyedut keluar jin-jin dari tubuh pesakit, dan dia nampak jin-jin yang disedut keluar itu tertarik seolah-olah disedut oleh angin taufan. Ketika itu, saya tidak tahu apa yang dilihat oleh pesakit itu juga dapat saya gunakan didalam rawatan seperti didalam teknik travel.


Ketika saya hendak melakukan travel ke kedai pesakit, tiba-tiba mata pesakit terkedip-kedip. Sebelum ini, sudah dua kali saya mengalami pengalaman yang serupa ketika melakukan kaedah travel semasa rawatan, apa yang saya dapati, seolah-olah kaedah travel ini juga boleh menjadi satu perangkap kepada jin yang cuba bersembunyi di tubuh pesakit. Ini adalah kerana, kebiasaannya jin-jin gangguan berada selari dengan frekuensi minda separa sedar pesakit, ketika pesakit cuba mengakses frekuensi minda separa sedarnya untuk melakukan travel ketika itulah cross line berlaku.


Saya harap para pembaca tidak pening kepala dengan posting kali ini, dan saya rasa para perawat dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan, saya alu-alukan komen para perawat dan para pembaca supaya penemuan-penemuan sebegini dapat dimanfaatkan di dalam rawatan apabila ia diperlukan.


Setelah saya dapati jin mula menunjukkan kehadirannya, maka saya membatalkan kaedah travel dan saya terus berinteraksi dengan jin tersebut dan mengarahkannya untuk keluar.


Terdapat tujuh jin pada tubuh pesakit. Diantaranya enam jin islam dan satu jin kafir. Keenam-enam jin Islam itu mengaku bahawa mereka suka kepada pesakit kerana pesakit ini selalu mendengar cd ruqyah, dan mereka juga suka mendengar bacaan ruqyah tersebut. Setelah saya menasihati jin-jin tersebut akhirnya mereka bersetuju untuk keluar dan berjanji untuk tidak menganggu pesakit lagi.


Tetapi ada satu lagi jin kafir yang tidak mahu keluar, setelah disoal siasat rupa-rupanya jin kafir tersebut juga suka mendengar cd ruqyah dan tertarik untuk bersama-sama dengan keenam-enam jin Islam tadi. Jin kafir itu ingin masuk Islam dan mahu mengikut jin-jin Islam tadi. Setelah mengucapkan dua kalimah Syahadah, jin kafir itupun keluar.

Alhamdulillah.






Monday, September 28, 2009

(Ayat 33) Ayat Perlindungan Diri - 2









Assalamu'alaikum, para pembaca yang dihormati sekelian, disini saya paparkan set AYAT 33, ayat ini adalah gabungan ayat-ayat al-quran dari surah-surah tertentu, biasanya saya berikan kepada pesakit sebagai amalan untuk pendinding diri. Saya mencadangkan agar ayat ini diamalkan selepas subuh dan selepas maghrib, sekiranya tidak mampu, amalkanlah ianya sekali diwaktu siang dan sekali diwaktu malam pada bila-bila masa, jika masih tidak mampu bacalah sekurang-kurangnya sekali sehari.

Ada diantara pesakit-pesakit yang mengalami kesukaran untuk mengamalkan ayat ini, kadangkala halangan-halangan yang biasa di tempuh oleh mereka-mereka yang mengalami gangguan spiritual ialah rasa mengantuk yang amat sangat dan tidak dapat habis membacanya. Sekiranya ada banyak halangan untuk mengamalkan ayat ini, kuatkanlah semangat dan paksa diri anda untuk mengamalkannya. Sila klik pada imej tersebut untuk paparan yang lebih jelas. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

Thursday, September 24, 2009

Ayat-Ayat Syifa' (Penyembuhan)

FAEDAH AYAT SYIFA’

Ayat ini dibaca untuk kesihatan dan sembuh dari penyakit. Ianya elok dijadikan wirid (amalan) harian dengan membacanya sekali selepas solat subuh dan sekali selepas solat maghrib.

Saya pernah terbaca bahawa ayat ini sebenarnya diperolehi dari Syeikh Abu al Qasim al Qusyairi.

Diceritakan bahawa pada suatu hari, anaknya ditimpa sakit kuat. Ketika tidur, dia bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw. Lalu dia berkata kepada Baginda Rasulullah saw, “ Wahai Rasulullah, lihatlah keadaan anakku”. Maka baginda saw bersabda. “ Dimanakah kamu dengan Ayat Syifa ?”. Dia menjawab, “Aku tidak mengetahuinya”.

Selepas itu dia membaca Al-Quran sehingga khatam dan setiap kali dia menemui ayat yang menyebut di dalamnya tentang Syifa’ (penyembuhan), dia mengumpulkannya.

Kemudian dia menulisnya dan menjirus tulisan tersebut didalam sebuah bekas, lalu dia memberi anaknya minum air tersebut. Maka selepas itu dengan izin Allah swt, anaknya kembali sihat dan sembuh.

Ayat ini juga kebiasaannya saya beri kepada pesakit untuk mengamalkannya.


Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya 'Idulfitri

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua pengunjung blog dan kepada semua yang mengenali saya, Selamat Hari Raya 'Idulfitri.

Saya sekeluarga memohon maaf sekiranya ada diantara perbuatan, kelakuan dan kata-kata kami yang menyinggung perasaan.

Untuk makluman, Pusat Rawatan Islam & Urut Tradisional sudah kembali beroperasi seperti biasa sejak semalam (23/09/09).


Wednesday, September 16, 2009

Ayat Perlindungan Diri - 1


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

… Allah lah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan-amalan kami dan bagi kamu amalan-amalan kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu. Allah menghimpunkan antara kita dan kepadaNya lah kita kembali. (Asy-Syura : 15)




Ayat ini dikenali sebagai AYAT SATU. Ianya adalah cantuman dari Surah Asy-Syura ayat 15. Menurut keterangan ulama’ yang mu’tabar, diantara manfaat ayat ini ialah :

- Untuk menghindarkan dari gangguan atau kejahatan musuh. Dibaca tiap-tiap selepas solat fardhu seraya membayangkan musuh kita itu dan ma’rifatkan Allah sebagai pelindung antara kita dengan musuh atau dalam perbicaraan sidang pengadilan (mahkamah)

- Apabila berhadapan dengan musuh, orang yang zalim atau orang yang ditakuti mahupun binatang buas, maka bacakanlah ayat ini satu kali sahaja, InsyaAllah akan lepas dari aniaya dan kejahatan mereka.

- Ayat ini juga boleh diamalkan untuk perlindungan dari gangguan jin dan sihir dibaca 33 kali diwaktu pagi dan malam dengan mema’rifatkan Allah swt sebagai pelindung atau benteng diantara diri kita dan kejahatan-kejahatan tersebut.

Monday, September 14, 2009

Kisah Lucu Semasa Merawat...


Sepanjang pengalaman saya didalam Rawatan Islam ada juga peristiwa-peristiwa lucu yang menggelikan hati semasa merawat. Kisah ini berlaku kira-kira tiga tahun yang lalu.

Suatu hari saya didatangi oleh seorang wanita bersama anaknya. Ia mengadu anaknya tidak mendengar kata dan selalu melawan. Apabila saya bertanya dengan lebih lanjut, wanita itu juga menceritakan ada beberapa perkara aneh yang berlaku terhadap dirinya.

Pernah satu ketika dulu dia memasak air di dapur, sedangkan dia berada di tingkat atas rumah, tiba-tiba dia mendengar satu suara yang berbisik halus " Api !!!, Api !!!, Api !!! ", sedangkan ketika itu dia hanya berseorangan di rumah. Apabila dia turun, dia melihat api sudah marak dibahagian dapur.

Dia juga pernah bermimpi bahawa dia didatangi oleh seorang lelaki berjubah yang mengaku sebagai Syeikh Abdul Qadir Jailani. Lelaki tersebut mengaku sebagai pendamping dirinya yang menjaga dirinya dan keluarga. Saya tidak mahu memberi apa-apa komen tentang peristiwa tersebut. Tambahan pula, selepas ini saya ada temujanji lain, maka saya hanya boleh memeriksa anak wanita tersebut. Oleh itu pemeriksaan rawatan keatas wanita tersebut di tangguhkan pada hari lain.

Saya meminta budak perempuan tersebut duduk dihadapan saya sambil memejamkan mata. Budak tersebut berumur lebih kurang sepuluh tahun. Saya memulakan bacaan ruqyah dan mengarahkan kejahatan jin yang menganggu budak tersebut supaya keluar. Saya berkata dengan nada yang tegas, " Keluar !!!, Keluar !!!, Keluar !!! "…..

Saya lihat budak perempuan tersebut seperti didalam keadaan yang tidak selesa. Tiba-tiba budak perempuan itu bersuara " Pakcik.., pakcik…, macamana saya nak keluar pakcik…". Rupa-rupanya budak perempuan tersebut keliru, dia ingatkan saya berkata-kata dengan dirinya, jadi dia terfikir-fikir bagaimana cara untuk dia keluar.

Saya yang sudah gelihati dan tertawa, memberitahunya " Pakcik tak cakap dengan kamu lah…, pakcik cakap dengan benda yang kacau kamu ni….". Semua yang hadir ketika itu juga turut tertawa…

Kemudian saya menyambung kembali bacaan ruqyah dan memerintahkan jin gangguan tersebut keluar. Kali ini setiap kali saya menyebut perkataan " Keluar !!! ", setiap kali itu juga tubuh badan budak perempuan tersebut seolah-olah terangkat keatas.

Saya ulang lagi " Keluar !!!, Keluar !!!, Keluar !!! ", saya lihat seolah-olah budak perempuan itu melompat-lompat. Setengah jam kemudian saya akhiri sessi rawatan dan bertanya kepada budak perempuan itu, mengapa dia terlompat-lompat.

Menurutnya sewaktu saya berkata " Keluar !!!", dia merasakan dirinya seperti terangkat dan terlambung ke atas. Ini bermakna, apa yang berlaku adalah diluar kawalan dirinya. Saya membekalkan wanita tersebut dengan air rawatan untuk minum dan mandi.

Beberapa hari selepas itu, wanita tersebut menghubungi isteri saya memberitahu ada perubahan pada anaknya, kini anak perempuannya itu sudah mendengar kata dan kurang melawan.