Wednesday, July 1, 2009

Sihir Santau...


Santau terbahagi kepada dua:

1. Santau yang diadun secara hakikat iaitu dengan menggunakan bahan dan kaedah tertentu semata- mata, tanpa melibatkan iblis dan syaitan.

2.Santau yang diadun secara hikmat iaitu yang disertakan dengan pemujaan terhadap iblis dan syaitan. Santau ini juga dikenali sebagai santau angin.

Umumnya tujuan utama santau dikenakan kepada mangsanya adalah seperti yang berikut:

1.Untuk membalas dendam atau hasad dengki kerana sebab-sebab tertentu. Mungkin kerana perselisihan faham antara orang tertentu dengan mangsanya. Oleh sebab itu mangsa tersebut perlu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian, ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu seperti sebulan atau dua bulan tanpa dapat dikesan puncanya.

2. Semata-mata kerana hendak menguji ketahan batin seseorang. Seorang pendatang baru di satu tempat yang dirasakan mempunyai kedudukan, atau seseorang yang merawat pesakit secara tradisional mungkin akan mengalami dugaan seperti ini untuk menguji ketahanan batinnya. Dalam hubungan ini, permusuhan antara dua pihak sebenarnya tidak ada. Mereka mungkin tidak pernah bertegur sapa atau berkenalan sebelum itu. Mungkin mereka hanya setakat pernah berjumpa sahaja.

4. Untuk menguji kekuatan santau yang dimiliki. kadang-kadang dilakukan oleh mereka yang sama-sama mempunyai ilmu santau.

5. Membuang santau. Santau puja atau santau angin perlu dibuang pada masa-masa tertentu. Kalau tidak, santau yang di dalarn simpanan seseorang mungkin akan rnemakan tuannya atau keluarganya. Dalam keadaan yang seumpama ini, santau perlu dibuang tanpa niat mengenakan orang tertentu atau berpunca daripada permusuhan.

Jari-jari yang dicelupkan sedikit dalam santau dan dijentikkan, mungkin boleh terkena kepada orang yang sedang makan atau minum di hadapan orang yang membuangnya tadi sekiranya angin bertiup ke arah mereka. Begitu juga pembuangan santau yang dilakukan dengan meletakkannya di sapu tangan. Dalam keadaan ini, orang yang tidak berdosa dan tidak bermusuh dengan orang yang mempunyai santau mungkin menjadi mangsa termasuk kanak-kanak.

6. Santau dimiliki untuk kepentingan diri dan keluarga. Pada zaman dahulu kekuatan ilmu batin yang dimiliki oleh seseorang menjadikannya ditakuti dan disegani oleh orang lain termasuk musuhnya. Ilmu batin tersebut termasuklah ilmu santau.

Tanda-tanda Terkena Santau

Santau dikenakan kepada seseorang supaya dia menderita berpanjangan tanpa menyedari yang dirinya terkena santau. Kesan santau kebanyakannya tidak berlaku secara mengejut atau mendadak seperti yang terjadi kepada mangsa keracunan. Namun santau yang cukup masak boleh menyebabkan kematian sekiranya mangsa tidak segera dirawat.

Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat, permulaan batuk disertai dengan pening kepala dan demam pagi dan petang. Batuk ini berlainan daripada batuk biasa. Ia lebih merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak.

Pesakit mungkin akan terus menderita, tekak gatal dan perit. Batuk mungkin mula menyerang pada pukul dua malam hingga pagi. Pesakit juga akan merasa lesu dan demam. Ada pendapat mengatakan santau yang dicampur dengan minyak dagu menyebabkan mangsa tidak boleh tidur malam, rasa gelisah; tidur tidak boleh, bangun rasa serba salah dan tidak berupaya berfikir seperti biasa.

Tidak ada jarak tertentu antara masa seseorang termakan santau dengan batuk ini. Walaupun demikian, santau yang kuat boleh menyebabkan mangsanya muntah darah sebaik-baik sahaja dia termakan santau atau beberapa jam selepas itu. Ini bergantung kepada bahan campuran yang disediakan. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.

Akibat kesan yang terjadi secara mengejut inilah menyebabkan ramai orang mengatakan bahawa antara santau dengan racun tidak berbeza.

Apabila batuk sampai ke satu tahap yang serius, mangsa santau tadi akan muntah mengeluarkan darah yang kadang-kadang bercampur nanah. Pesakit kadang-kadang berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan. Ketika ini pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut.

Dia juga mungkin berasa sakit pinggang, yang mungkin berpunca akibat serangan santau pada buah pinggang atau akibat tekanan batuk yang kuat dan berpanjangan. Dalam keadaan demikian pesakit akan barasa tidak selesa dan sering sakit kepala. Apabila kesan santau itu sampai ke tahap ini, selera makan akan menjadi kurang menyebabkan badan begitu kurus dan pucat. Kesan penderitaan yang berlarutan dan kurang selera makan menyebabkan seseorang mudah pucat, letih dan menjadi kurang aktif.

Daya ingatan mangsa santau mungkin menjadi lemah beberapa tahun selepas itu, mungkin setelah lima atau enam tahun dari tarikh mangsa termakan santau. Ini bergantung kepada bahan yang digunakan. Sesetengah santau tidak menyebabkan kurang daya ingatan. Proses ini berlaku sedikit demi sedikit tanpa disedari oleh mangsa yang berkenaan, juga oleh orang lain.

Kesan santau boleh menyebabkan tabiat asal seseorang berubah. Yang penyabar mungkin menjadi pemarah atau panas baran. Penderitaan yang berpanjangan akan menyebabkan pesakit hilang seri muka. Pesakit juga mungkin akan,mengalami sakit di bahagian tengkuk. Selain tanda perubahan fizikal di atas, dada orang yang sakit teruk dan lama menderita akibat santau akan menjadi sedikit bongkok dan tidak bidang seperti biasa. Manakala kedua-dua bahunya akan lebih bertaup ke hadapan. Ini terjadi akibat tarikan batuk yang dideritainya.

Menurut kebanyakan perawat yang berpengalaman merawat pesakit santau, bahan-bahan santau bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Bahan-bahan ini akan terus bergerak sedikit demi sedikit hingga ke hujung kaki dan tangan. Oleh sebab itu kuku seseorang yang terkena santau akan berwarna hitam kebiru-biruan. Ini menunjukkan penyakit yang dideritainya itu telah tiba ke tahap yang teruk. Bahan-bahan santau telah tiba ke hujung jari kaki dan tangan. Ketika itu pesakit selalu berasa kebas di hujung-hujung jari tangan dan kaki.

Menurut Para perawat sakit santau, bahan-bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang dan lain- lain lagi. Serangan pada bahagian in boleh menyebabkan lelah, sakit pinggang dan yang sebagainya.

19 comments:

  1. salam,,sye ingin brtnye..slme sye brknln dgn kwn sye ni.dye serng skt kple,apbla mlm serng mngdu ke sye dye serng mnth drh yg bnyk.dlm bebrpe bln ni dye serng jge ap yg dye bwt dye xsdar,dan ble ble mlm serng ad sestu dtg ke dye.apbla bgn pg sdar dye trtdo di dpn ruang tmu ataupn msjid yg brsblhn dgn rumhnye..kdg2 sye kluar dgnnye,tbe2 je dye sring sprti kne rsok..dye brkte tdk knl sye dan jge dye srng ugt nak bwk dye ni ke sestu tmpt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. what kind of language u r using... perosak bahasa.

      Delete
    2. saya pun tak faham apa yang budak ni tulis

      Delete
    3. adus...memang merosakkan bahasa..

      Delete
  2. salam..saya nak tanya pasal santau.ibu kpd kawan saya terkena santau.ada org yg hantar santau kt dia dh 3 tahun,tp baru dpt tahu tahun lepas..seorg ustaz yg mmg dh jadi perawat ibu dia bagtahu,org yg hntar santau ni mmg duduk dekat je dgn rumah dia..semalam,slps bbrapa kali berubat,ustaz tu dpt kesan..org tu tanam sesuatu kt bwh rumah kwn saya..santau yg dia hntar tu dicmpur dgn abu mayat,hmpedu katak..ustaz dh pagar rumah kwn sy dan buang benda tu.,tp ptg tadi ibu dia sakit smula...ibu dia kata nmpak org berupa lah,org pijak telur lah..suruh solat pun tak nak,ibu dia ckp letih..sy nk tnya pndpt encik,ada tak cara ikhtiar lain yg dpt mmbantu ibu kwn sy ni..terima kasih..assalamualaikum

    ReplyDelete
  3. salam ustaz.. sejak akhir2 ni saya selalu bmimpi yang menakutkan seolah2 ada gangguan dan setiap kali mimpi itu akan berakhir dengan saya membaca ayat kursi dan terjaga dari tidur dengan kebas hujung jari kaki..sy mengalami batuk, demam dan sakit di bahagian pinggang dan belakang.. sakit yang nyilu.. sy juga hilang selera makan.. apakah sy terkena gangguan?

    ReplyDelete
  4. Salam Matahari Pagi, itu termasuk didalam tanda2 gangguan tu, awak perlu dapatkan rawatan pemeriksaan... kepada sesiapa yang bertanyakan saya melalui komen sila hubungi saya melalui hp yang tertera di blog insyaAllah saya akan jawab...

    wassalam

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ustaz, panjang sikit cerita sy ni. Jiran sy dtg kpd sy memberitahu supaya tidak lg membeli mkn di sebuah kedai di dpn rmh sy dgn alasan dia nampak ayam yg dihantar oleh org cina. Sy menasihatinye supaya jgn menuduh..mungkin org cina itu hanya tlg menghantar saja, tetapi jikalau rasa was2 jg beli yg berasaskan ayam. Setelah berlalu hampir setahun..jiran sy dtg marah2 katanye tuan kedai itu marah2 kata ada org jaja cerita kedainye ayam tak halal. Yg sy tak sedap hatinye jiran sy megeluarkan ayat " abisla kau..mampuslah kau sb tuan kedai tu kata sy yg jaja cerita" sy cuba hubunginye utk jelaskan tetapi hp tidak dijawab langsung. Sy tak mau fikir yg bukan2 dan serah pada Allah...sb sy tak cakap apa2 pon. Kejadian itu berlaku dlm bulan puasa baru2 ini..pd hari raya ketiga sy mula demam..sy angggap mungkin sb mkn pulut byk sgt. Demam dah hilang tetapi batuk masih berlanjutan sampai hari ini...batuk sy kering tiada kahak tetapi hanya lendir putih. ubat dah abis pon batuk tak hilang lg..tiap kali sy batuk, sy rasa pening kepala sgt. Buat masa ni batuk ini tak menghalang rutin harian sy uruskan anak..cuma sy risau sb sy masih susukan ank sy yg baby. Adakah ini salah satu tanda2 santau? tetapi sy batuk pd siang hari saja...mlm kurang. Sy masih boleh tidur lena dan bangun mlm utk solat sebagai mana rutin sy..sy harap ustaz dpt memberi komen sebelum sy hubungi ustaz utk lebih lanjut. Wassalam

    ReplyDelete
  6. en. saya kongsikan artikel encik untuk tatapan kwn2 saya serta guru.terima kasih kerana kongsikan ilmu ini encik.

    ReplyDelete
  7. berkenaan dengan soalan santau tu.. sila baca tanda2 ganggguan jin diwaktu jaga dan waktu tidur... sila email saya untuk maklumat lanjut..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ustaz .. ayah kepada kawan saya ade 2 orang isteri .. perkahwinan dengan isteri pertama mereka dikurniakan 3orang anak.perkahwinan ke2 nye mereka dikurniakan 2 0rang anak. mslhnye ayahnye selalu pulang ke rumah isteri muda sehingga mengabaikan isteri pertama dan anak-anak .. isteri pertama ibarat tak ade suami.sampaikan jiran2 anggap ayah dengan ibunya(isteri tua) sudah bercerai. segala2nye diberikan kpd isteri muda dan 2 orang anak mereka. sy ade mintak tolong dengan seorang ustaz untuk mengenalpasti knape ayah kawan sy bersikap demikian, ustaz tu bgtahu ayah kwn sy sudah terkena sihir, begitu juga isteri pertama(ibu kwn sy). di sini, sy cuma ingin mendapatkan kepastian sama ade mereka btol2 di sihir. Untuk pengetahuan ustaz, ustaz tersebut juga ade memberitahu sy juga terkena sihir, yg membuatkan sy menjadi seorang pemarah walaupun dalam hal remeh. sy takot dan tidak mahu percaya akannya. semoga mendapat perhatian dr ustaz .. wassalam

    ReplyDelete
  9. Askm ustaz sy pnh terasa skit dlu dmn satu bulang lpz sy pnh sakit mase sy tdur t2 tiba sy tasa pnh d tsetak sy igt itu cuma pnh biasa sahaja ttp ia berulang sy pnh pergi klnit doktor ckp xada ape2 sy pergi perubatan kampong dia ckp perbuatan orang ats asak deki ttp kelamaan sy semakin baik ttp skrn ini sy ada juga rasa sakit di dalam badan sperti tecucuk dengan benda tajam dnsperti bisa terbuang ttp emosi sy tdak tgagu tdur sy pun kdan2 ok d tak ok ttp kesihatan sy ok tidak deman dn makn pun ok ttp kesakitan itu masih mehantui sy

    ReplyDelete
  10. assalamuaikum ustaz...saya sorang hamba allah hanya ingin berkongsi pegalaman dan minta nasihat dari ustaz... dalam beberapa tahun ini saya dan tunang saya telah di gangu oleh bekas teman wanita saya.. bekas teman wanita saya ingin dapat kn saya semula dengan mengunakan ilmu hitam dengan cara memisahkan kami... tetapi saya hanya terkena tempias dari ilmu hitam yang di buat oleh bekas teman wanita saya... megapa saya tidak terkena sekali santau yang dihantar oleh dia?? oleh itu saya selalu di salahkan oleh tunang saya atas ape yang terjadi... saya berasa tertekan dengan apa yang terjadi... pada pendapat ustaz mcm mana cara saya hendak lakukan untuk menerangkan semua ini..??

    ReplyDelete
  11. assalammualaikum , ustz apakah ubat bagi santau agar pulih darinya???

    ReplyDelete
  12. Assalamu'alaikum, ustaz. Kami adik beradik 'rasa' mungkin emak kami terkena santau.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum ustaz.saya selalu bermimpi yang pelik.saya bermimpi peniaga kedai makan yang saya singgah makan memotong kuku dan memasukkan kedalam makanan saya.dan ada seorang perempuan tua menyuruh saya menyimpan barang lama,keris,duit shiling dan sepotong ayat yang saya tidak ingat.dia memberitahu ia adalah ayat pedinding.saya bingung dan keliru sangat dengan diri saya,saya sebelum ini ada terlekat tulang ikan,,namun saya sudah buang.tapi masih ada sakit yang teramat lagi,saya selalu batuk berpanjangan smpai keluar kahak.Ada suatu ketika saya lihat kahak saya ada serangga kecil.dada saya terasa gatal dan seperti dicucuk.kadang kadang tapak kaki saya terasa sejuk dan kebas,serta panas di telapak kaki kiri.Perut saya juga selalu berdenyut denyut.Saya pula selalu bermimpi soal kematian dan mimpi itu berulang ulang. saya musykil..apa yang perlu saya lakukan untuk mengetahui penyakit yang saya alami ini..

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum ustaz. Saya ada bermimpi seekor ular tedung berdiri terpacak tapi kepalanya tak mengadap saya. Kali kedua saya bermimpi lagi tapi kali ni saya mimpi ada seekor ular tedung oendek berwarna hitam berkilat ingin mematuk kepala saya tapi tak dapat sebab saya ambil sekeping oapan lapis dan kibas ular tu. Ular tu terpelanting jauh dan saya terus beredar dari situ. Dalam perjalanan saya nampak ular tedung yang berdiri terpacak yang di dalam mimpi pertama. Kepalanya tetap tidak menoleh pada saya. Sekarang saya mengalami batuk tapi berkahak serta berhingus. Agak lama jugak la dlm 2- mggu lbh. Jiran saya kata saya terkena angin santau..maksudnya serpih2 santau. Boleh ustaz tolong terangkan pada saya adakah saya terkena santau dan apa makna mimpi saya?

    ReplyDelete
  15. salam saya azura...sy nak tya pasal santau ni kalau kita rasa sakit menyucuk nyucuk di jantung,dan setiap hari sy nampak mati je....bahayakah santau ni?saya takut sgt tiba malam je sy jd sakit...selalu lemah2 sendi lutut dan selalu batuk berdarah..sy pernah kena minor stroke di sebabkan santau ni,sy g hospital check doktor cakap sy x sakit apa2....dan sy x tahu lg nak pergi berubat di mana...sb ada je halangan...

    ReplyDelete

Madad... Madad.. Ya Rasulullah...