Tuesday, August 4, 2009

Jin Saka Menewaskan Rawatan Islam...?


Hari khamis yang lepas 30/07/09, saya merawat seorang pesakit yang mengadu bahunya terasa amat berat dan sakit setelah berurut dengan seorang tukang urut lebih kurang dua minggu yang lalu. Badannya juga terasa bisa-bisa menyucuk hingga ke tulang.

Semasa saya melakukan rawatan, jin itu berinteraksi hanya dengan gerakan jari dan tangan. Walaubagaimanapun jin-jin tersebut bersetuju untuk keluar dari tubuh pesakit itu. Sedang saya melakukan rawatan, saya menerima panggilan telefon dari anak sahabat saya, dia mengadu ibunya kerasukan diganggu oleh jin-jin saka keturunan datuknya. Saya mengenali sahabat saya ini kira-kira dua tahun yang lalu. Kadangkala dia meminta saya membantu merawat rakan-rakannya yang menghadapi masalah gangguan jin

Satu ketika dulu, kalau tak silap saya sekitar tahun 2005, ibunya pernah jatuh sakit sehingga doktor terpaksa membuang rahimnya (tempat peranakan wanita), ibunya juga mengalami sakit pinggang yang serius, sehingga doktor memasukkan besi di kawasan tulang pinggangnya. Sebelum kejadian ini berlaku, mereka suami isteri sebenarnya adalah bomoh yang melakukan rawatan dengan kaedah menurun. Mereka juga mengaku yang mereka boleh nampak makhluk halus yakni jin.

Hinggalah sampai satu ketika apabila berlakunya serangan jin-jin terhadap keluarga mereka, jin-jin tersebut cuba melakukan “RAMPASAN KUASA”… dengan cuba menakluk rumah kediaman mereka.

Menurut cerita mereka lagi, hampir setiap hari isterinya kerasukan, berbagai-bagai usaha dan bermacam-macam perawat cuba merawat isterinya, namun menemui jalan buntu. Sehinggalah pada suatu hari, seorang hamba Allah yang mengaku sebagai anak murid Dato’ Ismail Kamus cuba merawatnya, lebih kurang 62 jin telah berjaya dikeluarkan dan masih ada beratus-ratus lagi yang belum keluar. Akhirnya perawat tersebut mengeluarkan kenyataan dia tidak mampu lagi untuk meneruskan rawatan , dan mencadangkan agar mereka berikhtiar untuk mencari perawat yang melakukan rawatan dengan kaedah kebatinan.

Ditakdirkan Allah swt, mereka bertemu dengan perawat yang mengamalkan kaedah rawatan Kebatinan. Setelah berhempas pulas berperang dengan jin-jin tersebut, diizinkan Allah maka sembuhlah isterinya.

Setelah sembuh mereka sekeluarga berhenti menjadi bomoh dan mempelajari kaedah rawatan Kebatinan itu pula.

Berbalik kepada kisah awal yang saya ceritakan tadi, sewaktu anaknya menelefon saya memberitahu ibunya kerasukan, saya sedang melakukan rawatan kepada pesakit. Saya beritahu padanya untuk berbincang dengan jin tersebut sebaik mungkin dan minta agar jin tersebut keluar. Saya berjanji akan ke rumahnya setelah rawatan keatas pesakit saya selesai.

Lebih kurang sejam selepas itu, setelah selesai merawat pesakit saya menelefon sahabat saya itu, pada mulanya dia mengatakan isterinya sudah sedar, tetapi tiba-tiba jin itu bersuara semula. Dia meminta saya datang untuk membantunya.

Untuk makluman pembaca, ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 4.50 petang, sedangkan saya mempunyai satu lagi temujanji dengan sahabat saya yang lain untuk ke majlis zikir di Astana Raja, Negeri Sembilan. Kami berjanji untuk bertemu dan bertolak bersama dari Kuala Lumpur jam 6.00 petang. Saya menjadi serba salah, masa begitu suntuk dan saya fikir tidak banyak yang boleh saya lakukan untuk merawat isteri sahabat saya itu.

Namun niat saya didalam hati, sekurang-kurangnya saya menziarahi sahabat saya itu dan berharap supaya saya dapat melakukan rawatan dengan cara paling ringkas dan cepat keatas isterinya. Saya berdoa dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah swt Pemilik ketentuan.

Saya sampai di rumahnya lebih kurang jam 5.10 petang, saya masuk dan saya lihat sahabat saya masih memujuk jin tersebut agar keluar dan tidak mengganggu isterinya. Menurut sahabat saya itu dia telah mencuba berbagai-bagai cara termasuklah kaedah kebatinan yang dipelajarinya itu, namun tiada apa-apa kesan keatas jin tersebut. Saya membuat kesimpulan jin ini bukanlah jin sebarangan, kemungkinan jin ini amat berpengalaman dan mempunyai status yang tinggi di alam jin.

Saya cuba berinteraksi dengan jin tersebut. Ia sangat sombong dan pandai bermain kata-kata, ia menunjukkan kononnya ia tahu tentang Islam dan tahu tentang rahsia-rahsia Al-Quran. Jin tersebut mengatakan hanya penghuni alam atas (langit) saja yang dapat mengalahkannya. Saya masih cuba untuk memujuknya, namun ia masih berdegil. Saya mengugut untuk menyembelihnya sekira ia berdegil, dia hanya ketawa kecil dan tiada tanda-tanda ia takut.

Tanpa berlengah lagi saya melaungkan azan dan menyembelih jin tersebut. Apa yang berlaku ialah jin tersebut mempermainkan saya, ia mengatakan bahawa lehernya telah disembelih dan darah memenuhi lantai rumah, sambil ia tertawa. Saya tahu penyembelihan tersebut tidak memberi kesan kepadanya, saya beralih ke kakinya dan cuba menyiksa jin tersebut, namun masih tiada kesan. Saya beralih pula point di belakang telinga, juga tiada kesan.

Segala bacaan yang saya baca tidak menampakkan kesan kepada jin tersebut, saya beralih pula ke sendi di kedua belah tangannya. Ketika itu barulah jin tersebut ada menunjukkan reaksi yang ia kesakitan, namun itu tidak cukup untuk membuat ia mengalah. Saya cuba lagi untuk menyerang jin tersebut dari bahagian belakang badan, jin tersebut hanya tegak mendiamkan diri, seolah-olah menahan sakit, tetapi ia masih tegap. Saya cuba menyuapkan pesakit dengan sesudu air ruqyah, namun air tersebut diludahkannya kembali.

Pada firasat saya, jika diizinkan Allah, kes ini memerlukan masa sekurang-kurangnya satu atau dua jam untuk menyelesaikannya. Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang, masa semakin suntuk kerana saya ada temu janji yang penting pada pukul 6.00 petang nanti, sedangkan saya perlu balik ke rumah terlebih dahulu untuk mandi dan menyalin pakaian.

Akhirnya saya beritahu sahabat saya yang saya terpaksa menghentikan rawatan, kerana saya ada temujanji untuk ke Negeri Sembilan selepas ini. Saya katakan padanya bahawa saya telah mencuba kaedah yang sepatutnya, namun masih belum menunjukkan kesan. Saya akan cuba menghubungi sahabat-sahabat perawat saya di sekitar Kuala Lumpur untuk membantunya. Sahabat saya mengatakan yang ia berhasrat untuk meminta pertolongan dari sahabat-sahabat seperguruannya didalam bidang kebatinan. Dia mengucapkan terima kasih, dan saya pun beredar.

Mungkin ada diantara pembaca yang tertanya-tanya, apakah kaedah kebatinan yang mereka gunakan dan adakah ia boleh diterima disisi syara’. Untuk makluman pembaca, saya rasa adalah tidak adil bagi saya untuk memberi komen tentang perkara tersebut. Saya tidak mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak. Jika ada sesiapa yang ingin tahu dengan lebih lanjut tentang perkara tersebut boleh lah anda tanyakan komen saya melalui e-mail.

Berbalik kepada cerita kita tadi… saya sampai dirumah lebih kurang pukul 5.50 petang, setelah mandi dan menyalin pakaian saya hanya berjaya bertemu sahabat saya dan bertolak ke Negeri Sembilan pada pukul 6.20 petang. Saya terlewat, tetapi Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya untuk turut serta pada majlis zikir malam itu.

Kisah yang saya ceritakan ini, tidak habis sampai disitu saja… sebenarnya disebalik kisah ini, ada perkara yang lebih penting yang ingin saya kongsi kepada pembaca untuk kita jadikan i’tibar bersama.

Pada hari berikutnya saya menghubungi sahabat saya semula untuk bertanya khabar tentang isterinya. Menurut sahabat saya, malam tadi rakan seperguruannya tiba pada jam 10.30. Mereka datang bertiga dan merawat isterinya sehingga jam 1.30 pagi. Alhamdulillah akhirnya jin itu tewas dan mengikut ceritanya lagi, jin tersebut berjumlah lebih dari satu.

Namun apa yang menariknya, semasa sessi rawatan tersebut, Jin itu bertanya, ”Siapa kawan engkau yang datang tadi tu…? Dia tu bodoh, ada ke dia nak sembelih aku, dah la tu dia cepat putus asa, sekejap je dia datang lepas tu dia balik”, begitulah kata-kata jin tersebut.

Apa yang menjadi isunya disini, bukannya tentang kenyataan jin tersebut yang mengatakan bahawa saya ini bodoh. Saya langsung tidak terkesan dengan kata-kata jin itu. Namun apa yang ingin saya ceritakan ialah, ada sahabat saya yang mengamalkan ilmu kebatinan mengetahui kisah ini dan mempertikaikan kaedah rawatan saya yang tidak memberi kesan kepada jin tersebut.
Dia memandang rendah kaedah rawatan Islam yang menggunakan bacaan ayat-ayat Al-Quran dengan mengatakan ayat-ayat tersebut tidak mampu untuk mengalahkan jin berbanding dengan kaedah kebatinan yang dia ada. MasyaAllah!!!, saya sangat terkejut dengan kata-kata yang sedemikian, kerana kata-kata sebegini boleh merosakkan aqidah seorang Islam.

Dia terlalu mengagung-agungkan kaedah rawatan kebatinan yang dia amalkan. Sedangkan jika kita semua benar-benar faham tentang hakikat bahawa Kesembuhan adalah milik ALLAH swt, nescaya kita semua pasti berlapang dada dengan apa jua kaedah rawatan selagi ianya tidak menyalahi hukum-hukum syara’.

Kita tidak akan terlalu berbangga dengan kaedah yang kita ada sehingga mempertikaikan atau merendah-rendahkan kaedah perawat-perawat yang lain. Bukankah kita semua hanya berikhtiar… Bukankah kita semua hanya berikhtiar… Bukankah kita semua hanya berikhtiar…!!!

Wahai sahabat-sahabat saya diluar sana, marilah kita memartabatkan kaedah rawatan Islam, marilah kita memperjuangkannya sehingga ketitisan nyawa yang terakhir. Lupakanlah segala sengketa, buangkanlah segala sifat hasad dengki sesama perawat, marilah kita semua berlapang dada dan berganding bahu menyokong antara satu sama lain. Janganlah disebabkan kaedah-kaedah rawatan kita yang berbeza menyebabkan kita sesama perawat Islam berpecah belah. Asas rawatan kita adalah satu, Al-Quranul Karim dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Kita hanya bermusuh dengan musuh kita yang sebenarnya, iaitu apa yang diperintahkan Allah agar kita memusuhinya. Kita berperang dan terus berperang, dan peperangan yang paling penting itu ialah peperangan dengan nafsu kita sendiri. Jangan pula kita sangka kita berjaya menewaskan kejahatan jin dan tukang sihir diluar sana, tetapi kita tewas dengan kejahatan nafsu kita sendiri yang bersifat samar, lebih samar dari seekor semut hitam yang yang merayap di atas batu hitam, dimalam yang gelap gelita.

Semoga kisah ini dapat memberi i’tibar kepada kita semua untuk kita merenung sejauh mana tipu daya syaitan dan usaha-usahanya untuk menyesatkan umat Muhammad s.a.w.
Dan saya mendoakan untuk diri saya, keluarga dan perawat-perawat Islam seluruhnya agar sentiasa didalam pemeliharaan Allah swt, dan semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan hidayahnya untuk mencapai kemenangan keatas diri, agama, dunia dan akhirat. Amin.

17 comments:

  1. depa tak faham maksud ayat: dan apabila aku sakit, maka DIA (Allah) yang menyembuhkan aku.

    Ni perguruan yang suka main tarik nafas macam darth vader tu. Bila geng jin jumpa geng depa, jin tabik dan keluar.

    sama geng saja.dua kali lima.

    ReplyDelete
  2. Salah komen camtu...Nanti Depa cakap..Kita sebagai Khalifah maka sepatutnya JIN nampak aje terus keluar...So jangan terus terjah aje...Kaji dulu...

    Bila kita kata orang guna Jin Besar sebab tu dapat kalahkan Jin kecik...kenapa kita yang dah konfirm Khalifah Allah tak boleh kalahkan walaupun Bapak JIN..

    Ilmu Kebatinan pun wajib ia dari Al-Quran jua...Yang buat salah ialah pengamalnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilmu Kebatinan pun wajib ia dari Al-Quran jua...Yang buat salah ialah pengamalnya...

      saya setuju...

      -azzahrah-

      Delete
  3. Assalaamu 'alaikum.

    Maaf. Orang baru saya ni.

    Saya setuju. Masalah yang sebenar adalah masalah individu yang telah terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Bukannya semua sistem yang diamalkan tu salah. Kembali kepada individu. Tapi yang salah tetaplah salah. Jangan pulak nak kata betul. Tapi kalau tak tahu hakikatnya, tak boleh lah kita nak kata salah jugak. Hanya Jauhari Yang Mengenal Maknikam. Bukan begitu.

    Memang saya sangat sedih mendengar seorang perawt Islam meragui sistem ruqiyyah Syar'iyyah dengan mengatakan ianya gagal. Tapi kita juga kena maklum bahawa dalam sistem Ruqiyyah ini, keikhlasan, kejujuran, niat yang benar dan kepasrahan pada Allah amat memainkan peranan. Jika tiada syarat2 itu, maka 'Haq'nya akan hilang.

    ReplyDelete
  4. Pasal samakan dengan 'Darth Vader' tu saya kurang setujulah sebab dalam aliran kebatinan ni bukan semuanya sesat sebab guru-guru pondok dulu yang jadi guru-guru kepada guru-guru kita sekarang ni pun ada 'amalan' macam tu. Sekali lagi " Hanya Jauhari Yang Mengenal Maknikam". Kena pelajari dahulu secara khusus setiap amalan mereka bukan sekadar pukul rata. Tak boleh.

    Sekadar berbagi pandangan.

    ReplyDelete
  5. Kepada Ustaz Azrin, saya harap bersabar ajalah. Berdoa ajalah agar mereka kembali ke jalan pemikiran dan amalan yang benar. Semoga mereka akan insaf dan sedar bahawa tipu daya syaitan itu bermacam-macam.

    ReplyDelete
  6. Komen saya mengenai rawatan Ustaz.

    Daripada pemerhatian saya, sebenarnya rawatan itu dah hampir berjaya dari peringkat awal lagi. Ketawa tu bukan tanda dia sihat tetapi dia sakit.

    Sekadar pandangan.

    ReplyDelete
  7. Kepada Saudara Darul Saka, ahli hakikat, mohon ijazahkan saya beberapa amalan tuan jika berkenan.

    ReplyDelete
  8. Kalau kita Faham..Rukyah itu Dari Al-quran..terdiri dari Huruf atau kalimat2 Allah...Maka ada yang berpendapat memadai dengan Kalimah Tammah...Namun hendaklah di yakini secara total...Sebab itu Bapak JIN pun boleh kita kuasai atau panggil mengadap kita..kalau sudah memahami akan kalimah Tammah ini...

    Begitu juga akan rahsia huruf Alif Ba NUN...itu belum titik yang terdapat pada Ba dan NUN..sedangkan masuk dalam titik NUN dikatakan tidak bertemu mati...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.pada pandangan saya kalau sekiranya tuan pun bertiga dengan perawat islam yang lain boleh juga menangani kes ini.Jika perawat ramai maka lebih mudah kita menewaskan jin2 berbanding seorang diri

    ReplyDelete
  10. salam perkenalan dan ukhwah silaturrahim dari ahli ABJAD MALAYSIA.P.K.2090 pimpinan sohibussamahah Ustaz Haji Ahmad Haji Che Din selaku YDP ABJAD MALAYSIA.

    ReplyDelete
  11. Salam perkenalan dari saya. Terima kasih kerana sudi ziarah blog saya yang tidak seberapa ini.

    ReplyDelete
  12. Salam..

    Mudah-mudahan Allah memberkati usaha Sheikh Azrin. Harapan kita blog ini akan merapatkan lagi silaturrahim di antara kita pengamal-pengamal amalan kerohanian warisan ulama yang bersambungan dan bertali arus dengan sanad salasilah yang mutawatir sehingga kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


    Daripada,
    Ahli Abjad Cawangan Temerloh.
    Ahli Warga Melayu Cawangan Temerloh.

    ReplyDelete
  13. As'kum wbt,

    Tuan rumah, saya berpendapat bukan xboleh melawan ke apa ke...cuma u're in rushing at the moment..so penumpuan tuh kureng sket...mungkin ler kat...coz i c what a hectic schedule u had in that day...dan yang paling penting kene yakin bahawa apa yang berlaku dengan izin Allah

    That's all :)

    ReplyDelete
  14. salam tuan azrin...
    sebenarnya alam jin ni luas...saya perhatikan ramai perawat islam telah ditipu jindalam rawatan mereka....mengenai org kerohanian pula, mereka i ni sebenarnya lebih tahu dan ariff mengenai jin ini....mereka yg melalui jalan kerohanian mesti akan melalui alam jin dalam menaikkan martabat mereka.....
    sebenarnya ilmu orang kerohanian ini ialah ilmu dari jalan para wali dan ahli sufi dahulu kala yang telah diangkat kelangit diakhir zaman ini.
    carilah guru yang murshid untuk tahu lebih lanjut lagi.
    tak hairanlah kenapa ada orang tua2 dahulu halau jin dngan serban je....sedangkan kita berhempas pulas berjam jam nak halau jin...fikirkan

    ReplyDelete
  15. Salam Tuan lanz... berkata-kata memang mudah... Dalam Pengalaman saya, tak semestinya guru kerohanian boleh merawat pesakit, masing-masing ada bidang masing-masing, jikalau tidak masakan ada diantara wali Allah yang bertaraf Qutub terkena sihir.. dan dirawat pula oleh seorang wali Allah yang lain yang bukan bertaraf Qutub.. Alam jin ni masih lagi urusan keduniaan, ianya bukan tujuan para salik.. Orang2 kerohanian tak berkecil hati pun kalau tak dapat tengok alam jin.. :-)

    ReplyDelete
  16. slm, sy setuju dgn pdpt lanz dan juga ust azrin..

    ReplyDelete

Madad... Madad.. Ya Rasulullah...