Video yang telah diedit diatas, merakamkan tentang kisah jin-jin yang suka mendengar cd ruqyah.
Satu hari saya didatangi oleh seorang sahabat bersama dengan isterinya. Mereka mempunyai sebuah kedai menjual buku-buku agama termasuklah cd-cd agama dan cd rawatan islam iaitu cd bacaan ruqyah syar’iyyah.
Menurut isterinya, dia mendengar cd ruqyah tersebut setiap hari di kedainya. Bermula dari dia buka kedai di sebelah pagi sehinggalah dia menutup kedai di sebelah malam, cd ruqyah itu sentiasa di pasang di kedainya. Ini menyebabkan walaupun semasa dia tidak memasang cd ruqyah tersebut, bacaan ayat-ayat ruqyah tetap sentiasa terngiang-ngiang di telinganya.
Dia mengadu kepada saya bahawa dia selalu terbau asap di dalam kedainya, kadangkala sehingga dia mengalami sesak nafas kerana bau asap yang cukup tebal. Yang menghairankan, pekerja-pekerjanya tidak pernah tercium bau asap di dalam kedai tersebut sebagaimana yang dialaminya. Dia juga mengadu setiap kali dia menjual cd ruqyah, badannya terasa bisa-bisa. Saya rasa ini adalah serangan balas puak-puak jin yang tidak suka dia membantu mereka-mereka yang mengalami gangguan jin.
Saya memulakan rawatan dengan bacaan ruqyah, pada mulanya pesakit tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Kemudian saya mencuba kaedah TKR yang diajar oleh Ustaz Majid di AKRINE.
Sebelum saya didedahkan dengan teknik TKR oleh Ustaz Majid, saya ada melalui beberapa pengalaman dimana beberapa orang pesakit saya ketika dirawat ternampak berbagai-bagai perkara, seolah-olah seperti sedang menonton television.
Pernah satu ketika saya menyedut keluar jin-jin dari tubuh pesakit, dan dia nampak jin-jin yang disedut keluar itu tertarik seolah-olah disedut oleh angin taufan. Ketika itu, saya tidak tahu apa yang dilihat oleh pesakit itu juga dapat saya gunakan didalam rawatan seperti didalam teknik TKR. Setelah di beri tunjuk ajar oleh Ustaz Majid teknik ini saya gunakan untuk kes-kes yang tidak dapat saya selesaikan dengan cara biasa.
Ketika saya hendak melakukan travel ke kedai pesakit, tiba-tiba mata pesakit terkedip-kedip. Sebelum ini, sudah dua kali saya mengalami pengalaman yang serupa ketika melakukan kaedah TKR semasa rawatan, apa yang saya dapati, seolah-olah kaedah TKR ini juga boleh menjadi satu perangkap kepada jin yang cuba bersembunyi di tubuh pesakit. Ini adalah kerana, kebiasaannya jin-jin gangguan berada selari dengan frekuensi minda separa sedar pesakit, ketika pesakit cuba mengakses frekuensi minda separa sedarnya untuk melakukan travel ketika itulah cross line berlaku.
Saya harap para pembaca tidak pening kepala dengan posting kali ini, dan saya rasa para perawat dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan, saya alu-alukan komen para perawat dan para pembaca supaya penemuan-penemuan sebegini dapat dimanfaatkan di dalam rawatan apabila ia diperlukan.
Setelah saya dapati jin mula menunjukkan kehadirannya, maka saya membatalkan kaedah TKR dan saya terus berinteraksi dengan jin tersebut dan mengarahkannya untuk keluar.
Terdapat tujuh jin pada tubuh pesakit. Diantaranya enam jin islam dan satu jin kafir. Keenam-enam jin Islam itu mengaku bahawa mereka suka kepada pesakit kerana pesakit ini selalu mendengar cd ruqyah, dan mereka juga suka mendengar bacaan ruqyah tersebut. Setelah saya menasihati jin-jin tersebut akhirnya mereka bersetuju untuk keluar dan berjanji untuk tidak menganggu pesakit lagi.
Tetapi ada satu lagi jin kafir yang tidak mahu keluar, setelah disoal siasat rupa-rupanya jin kafir tersebut juga suka mendengar cd ruqyah dan tertarik untuk bersama-sama dengan keenam-enam jin Islam tadi. Jin kafir itu ingin masuk Islam dan mahu mengikut jin-jin Islam tadi. Setelah mengucapkan dua kalimah Syahadah, jin kafir itupun keluar.
Alhamdulillah.










4 comments:
Salam.
Menarik cerita ni, saya juga pernah berdepan dengan jin yang suka berzikir, bila saya zikir dia akan berlenggok seperti kebiasan org bertahlil... ternyata dia adalah jin saka Islam yang baik tetapi hanyalah 'abid tanpa ilmu...
salam,
ustaz,kalu mcm tu ada implikasinya juga la ble dgr cd ruqyah ni..bknkah cd ruqyah ni diperdengarkn utk merawat mslh gangguan jin??
mcm mna ni ustz??sy pn dh confuse..takut la plak nk beli cd ruqyah..
Assalamualaikum Ustaz,
Bukan setakat suka dengar bacaan ruqyah & zikir, bacaan selawat pun mereka suka.
Salam nory, jangan keliru, cd ruqyah memang digunakan sebagai ikhtiar untuk rawatan, cuma nory perlu juga berjumpa perawat untuk pemeriksaan lanjut... jangan hanya bergantung kepada cd sahaja...
Post a Comment