Tuesday, November 17, 2009

Amalan Ayat Tujuh - Untuk Pelbagai Masalah




Ayat ini biasanya dikenali dengan panggilan Ayat Tujuh. Ianya merupakan gabungan dari ayat-ayat Al-Quran yang terdiri dari beberapa surah. Jika anda mencetak ayat ini untuk diamalkan, pastikan kesemuanya mempunyai tujuh ayat, kerana imej diatas mempunyai dua bahagian.

Kebiasaannya saya menganjurkan mereka-mereka yang tertekan dengan masalah-masalah duniawi untuk mengamalkan Ayat Tujuh ini selepas solat subuh dan selepas solat maghrib, atau sebelah siang sekali dan malam sekali.

Menurut ulama’-ulama’ yang mu’tabar, barangsiapa yang mengamalkan ayat ini, tiada kuasa seseorang itu memberi mudharat kepadanya. Dan sekiranya jikalau tertutup langit dan bumi sekalipun, insyaALLAH terlepas ia dengan izin Allah swt.

Barangsiapa mengamalkan membacanya di pagi dan petang, insyaALLAH akan merasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpelihara daripada pedaya musuh dan bala dengan izin Allah.

InsyaALLAH juga Allah akan memudahkan rezekinya, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan, fitnah dan dikasihi hamba-hamba Allah serta dimudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.

Kesimpulannya, ayat ini lazimnya diamalkan dengan mengharapkan redha Allah swt, dan moga-moga Allah swt melepaskan atau memberi kemudahan dari sebarang kesulitan dan kesusahan.


15 comments:

  1. saya mohon untuk simpan file yang dipaparkan dan diamalkan...

    ReplyDelete
  2. mohon untuk di amalkan ilmu ini, terima kasih

    ReplyDelete
  3. salam, ustad saya memohon cetak dan amalkan..terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Salam ustaz...minta izin copy utk kegunaaan sendiri.

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum,Ustaz saya mohon ijazah dan keizinan mengamalkannya.Wasalam( Sahrun )

    ReplyDelete
  6. salam ustaz,,minta izin salin dan amal,,

    ReplyDelete
  7. Ayat Tujuh dan Ayat 15 dan juga lain lain doa boleh di dapati dalam kitab Majmu Sharif . Terima Kasih

    ReplyDelete
  8. qobiltu,izin mengamalkan,alfatihah utk pengijazah Sheikh Azrin. Wassalam

    ReplyDelete
  9. salam ustaz, mohon keizinan utk amalkan... wassalam..

    ReplyDelete
  10. salam ustaz,, sy mohon utk dijzahkan ayt tujuh dan mintak ustz perjelaskan cara2 yg perlu utk mulakan amal ayt 7 ni... maaf andai mnyusahkan ustaz...

    ReplyDelete
  11. Salam ustaz...saya mohon diijazahkan ayat salam 7 ini...terima kasih ustaz..

    ReplyDelete

Madad... Madad.. Ya Rasulullah...