Monday, November 23, 2009

Kursus Kuasa Minda Untuk Menjana Tenaga Dalam


Baru-baru ini ada seorang sahabat yang meminta saya mengadakan kursus yang khusus untuknya iaitu Kursus Kuasa Minda. Sebenarnya silibus ini adalah sangat penting sebagai asas untuk kita mengaktifkan dan mempertingkatkan tenaga dalaman. Ia juga membantu meransang perkembangan deria keenam atau sixth sense.

Semasa kursus dijalankan sahabat saya itu agak kehairanan bagaimana kisah-kisah contoh yang saya berikan banyak yang ada kena mengena dengan kisah hidupnya, mungkin beliau risau saya scan dirinya… :-)

Cerita pasal scan ni, teringat saya pada satu kisah. Pernah seorang wanita menelefon saya meminta saya scan suaminya yang bermasalah. Macam-macam soalan yang ditanya mengenai suaminya. Adakah suaminya itu menyayanginya… adakah suaminya masih ingin kembali kepadanya… adakah suaminya itu ada perempuan lain… dan berbagai-bagai soalan sensitif yang tak patut saya tulis di sini...

Kadangkala saya serba-salah untuk menjawab soalan-soalan yang sebegini, kerana jika tidak kena gaya cara menjawab, mungkin nampak macam tukang tilik atau tukang tenung. Mungkin jawapan itu boleh dijadikan panduan, tetapi ianya tidak harus diterima bulat-bulat sehingga boleh mendatangkan fitnah. Kerana ada yang tidak dapat bersabar dengan pendedahan yang diberi sehingga mereka menyerang pihak ketiga.

Saya teringat kata-kata seorang ulama’ sufi yang terkenal, ibn Atha’illah ;

“Siapa yang dapat melihat rahsia-rahsia manusia padahal ia tidak meniru sifat rahmat Allah, maka pengetahuan itu menjadi bala bagi dirinya, dan sebab untuk tibanya bahaya bagi dirinya sendiri.”



1 comment:

  1. assallammualikum......salam jutawan dan selamat menyambut aidiladha hari kedua 1431H. Maafkan saya di sini saya komen lain saya tak nak tapi apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah mengenai diri saya awalludin bin jasin atau dengan panggilan amirurut. Perkara yang saya ingin nyatakan dengan cara yang terbuka ini ialah saya memohon bantuan daripada DATO DR. NORAZMADINAZ SEBANYAK RM3500 SEGERA UNTUK SAYA JELASKAN HUTANG SAYA KEPADA PIHAK AH LONG DAN JUGA HUTANG-HUTANG LAIN YANG MANA SAAYA TIDAK PUNYA PEKERJAAN MELAINKAN URUT TRADISIONAL SAHAJA. JADI PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA SEBAB SAYA TAK TETAPKAN BAYARAN URUTAN SAYA ITU MENGIKUT AMANAH PESANAN GURU YANG MENGAJAR SAYA ILMU URUT TRADISIONAL. BERAPA YANG PELANGGAN BERI SAYA TERIMA DENGAN HATI YANG IKHLAS. JADI HARI INI SAYA TIDAK DAPAT MENGUMPULKAN WANG SEBANYAK RM3500 ITU UNTUK MENJELASKAN HUTANG SAYA MENYEBABKAN KEADAAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU. APAPUN DATO' ATAU PIHAK DATO' BOLEH TEMUI SAYA DI 65B, KOMPLEKS DAMAI, JALAN DATO' HAJI EUSOFF 50400 KUALA LUMPUR. LOKASINYA NAK SENANG LAGI IALAH BELAKANG HOTEL VISTANA DAN DEPAN BALAI POLIS JALAN DATO' HAJI EUSOFF KUALA LUMPUR. SAYA HAMPIR-HAMPIR BUNUH DIRI SEKARANG DATO' SEBAB NAFKAH ANAK PUN SAYA TAK DAPAT BERI LAGI. SAYA DAH 3 TAHUN BERCERAI DAN SAYA TIDAK PUNYA KELUARGA. SAYA ANAK YATIM PIATU. IB U BAPA TIADA. ADIK BERADIK TIADA. SANAK SAUDARA TIADA. BARU-BARU NI SAYA PERGI MINTA BANTUAN DI BAITULMAL WILAYAH PERSEKUTUAN PIHAK BAITULMAL BERITAHU SAYA TAK LAYAK DAPAT BANTUAN. JADI SAYA DAH TAK ADA TEMPAT LAIN LAGI DATO'.

    ReplyDelete

Madad... Madad.. Ya Rasulullah...