Saturday, November 28, 2009

Menangani Masalah Sihir Yang Berulang-Ulang...

Ramai perawat yang menelefon saya untuk berkongsi-kongsi pengalaman disamping bertukar-tukar pendapat. Bagi saya ini adalah satu suasana yang sihat. Jika ahli sihir boleh bergabung untuk menyihir mangsa, mengapa perawat-perawat Islam tidak boleh bersatu dan saling tolong menolong diantara satu sama lain.

Diantara soalan-soalan yang kerap dibincangkan adalah berkenaan dengan masalah sihir yang berulang-ulang. Pada pandangan saya, kadangkala mereka yang mengalami masalah sihir yang berulang-ulang ini mempunyai masalah saka atau jin asyik (jin yang menyintai / mendampingi manusia). Biasanya saya akan selesaikan masalah saka dan jin asyik terlebih dahulu , sebelum saya menyerang jin-jin sihir. Itupun setelah saya pastikan kekuatan dalaman pesakit sudah agak pulih dan kuat, barulah saya merawat masalah sihir.

Diantara kaedah untuk merawat kekuatan dalaman, pesakit perlu beramal dengan amalan-amalan khusus. Lain orang, lain dos amalannya, tak semuanya sama. Ada diantara perawat yang meminta pesakit beramal dengan amalan yang berat-berat, sedangkan pesakit itu selalu meninggalkan solat fardhu, dan selalu berada di dalam maksiat. Jadi kalau boleh, kita scan terlebih dahulu, apa dos amalan yang sesuai dengan masalah pesakit.

Cerita mengenai scan ini pun selalu diperbincangkan. Ada perawat yang boleh scan, ada yang belum berkemampuan. Dan scan ini pula ada peringkat-peringkatnya. Ada yang hanya dengan merasa tetapi tidak nampak. Ada yang mengetahui melalui lintasan hati. Ada pula yang sudah boleh nampak tetapi tidak tahu hendak buat apa.

Ada diantara mereka, menilai ilmu seseorang perawat dengan kemampuan scan-nya. Jika perawat itu tak boleh scan, maka perawat itu dikatakan tidak bagus. Dan jika perawat itu boleh scan maka perawat itu dikatakan terlebih aula. Ada yang berpendapat, kemampuan scan adalah perkara pertama yang perlu dipelajari oleh perawat sebelum mempelajari perkara-perkara lain berkenaan dengan rawatan. Pada saya... apa pun boleh... yang penting tidak melanggar syara'.

Ada juga diantara masalah gangguan yang berterusan adalah akibat dari keengganan pesakit sendiri untuk melepaskan ilmu-ilmu salah yang diamalkannya. Samada dengan cara terang-terangan mahupun dengan sembunyi-sembunyi. Mereka yang sebegini, akan saya nasihatkan dengan apa yang termampu, selebihnya terserah kepada mereka, "tepuk dada, tanya jin anda..."

Sahabat saya yang juga seorang perawat Islam dari timur tengah, pernah menelefon saya dan bertanya samada boleh atau tidak kita membalas kembali kezaliman ahli sihir atau mereka-mereka yang sewaktu dengannya. Pada saya tumbangnya seorang ahli sihir, mungkin boleh menyelamatkan beratus atau beribu insan yang tidak bersalah. Jadi pada saya, terpulanglah pada mereka yang berkemampuan untuk melakukannya. Ukurlah baju dibadan sendiri. Cuma nasihat saya... " berhati-hati di jalanraya"...

1 comment:

  1. assalamualaikum...
    saya terpanggil untuk membaca blog ustaz ini apabila terlihat tajuk yg dibincangkan..."menangani masalah sihir yang berulang-ulang".
    saya juga pernah mencuba rawatan islam dan saya mendapat tahu saya mempunyai saka dan juga jin sihir setelah ustaz scan dengan bacaan ayat ruqyah... pada mulanya saya tidak percaya kerana sebelum ini saya sihat dari segi fizikal dan mental...lepas menjalani rawatan barulah saya sedar bahawa sihir mempengaruhi manusia secara halus sekali...
    saya tertarik dengan persoalan yg ustaz tulis mengenai scan pesakit dan juga masalah jin saka dan jin asyik...

    ada cara x nak halang jin saka nie dari berterusan sbb mereka nie datang dari nenek moyang...dan mungkin ada yg dah beranak pinak...wallahualam..

    ReplyDelete

Madad... Madad.. Ya Rasulullah...