Friday, December 4, 2009

Ramuan Untuk Memulihkan Tenaga Batin...

Oleh kerana salah satu dari perkhidmatan yang saya sediakan ialah urut pulih tenaga batin untuk lelaki, maka insyaAllah saya kongsikan beberapa ramuan untuk dijadikan makanan bagi menguatkan tenaga syahwat untuk lelaki.

Saya pun tak tahu macamana saya boleh terjebak dengan perkhidmatan urut tenaga batin ni.. padahal dulu saya tak berminat langsung nak ambil tahu hal-hal berkenaan dengan rawatan tenaga syahwat…

Selain dari mendapatkan khidmat urut untuk memulihkan tenaga batin dari tukang-tukang urut yang dipercayai, amalan senaman, pemakanan dan pengambilan ramuan-ramuan tradisional perlu diambil kira untuk meningkatkan prestasi tenaga batin. Ada juga amalan-amalan berupa doa dan zikir yang khusus untuk tenaga lelaki.

Walaubagaimanapun perlu diingatkan amalan-amalan doa atau zikir tersebut perlu diteliti dan diamalkan dengan kaedah dan i’qtikad yang betul supaya tidak memesongkan akidah pengamalnya atau mengundang kehadiran makhluk-makhluk yang tidak diingini.

Ramuan pertama
Tujuh biji buah badam dihancurkan dan dicampur dengan segelas susu lembu, diminum setiap pagi. Jika tiada buah badam susu lembu itu boleh dicampur dengan kismis.

Ramuan kedua
- madu lebah asli 1 cawan
- minyak sapi 1 cawan
- serbuk lada hitam ½ sudu
- bawang merah (ambil airnya) 5 ulas
- kuning telur ayam kampong 1 biji

Gaul semua bahan-bahan tersebut dan dimakan setiap pagi atau selang sehari.

Semua amalan-amalan ini hanyalah untuk mereka yang sudah berumah tangga atau yang nak bernikah lagi seminggu. Amalan-amalan ini hanyalah digunakan untuk tujuan kebaikan dan perkara-perkara yang dibenarkan oleh syara’. Tidak boleh digunakan untuk tujuan maksiat.

Ada banyak lagi petua, amalan dan ramuan-ramuan untuk kekuatan tenaga lelaki, insyaAllah ada masa kita sambung lagi.

6 comments:

  1. Ustaz kalau madu lebah tu macam mana nak cari yang asli di bandar ni. Kalau yang jual di kedai tu boleh ker. Lagi satu telur ayam akmpung pun macam mana nak cari di bandar ini. Kalau telur ayam yang biasa jual di pasar tu boleh ker ...
    sekadar ingin tahu

    ReplyDelete
  2. saya ada stok madu lebah tualang asli, rm40 sebotol, telur ayam kampung ada banyak di jual di pasar..

    ReplyDelete
  3. mohon diizinkzn atau diizazahkan segala ilmu yang di poskan dalam web tuan ustaz. dinemarkan untuk copy dan paste (insyaallah tidak ada niat untuk tujuan komersil - kecuali mendapat izin ustaz)
    saya, ramli junaidi dari sarawak.

    ReplyDelete
  4. Tumpang lalu ustaz, kpd sesiapa yg berhajat kepada produk kesihatan suami isteri sila ke http://anugerahsyurgadunia.blogspot.com ...

    ReplyDelete
  5. ustaz...saya ni tak makan telur....ada benda lain tak boleh ganti telur.

    ReplyDelete

Madad... Madad.. Ya Rasulullah...