Friday, January 29, 2010

Temujanji Rawatan 01/02/10 (ISNIN), Sila Hubungi Saya Segera...


Assalamualaikum warahmatullah...

Entah bagaimana saya terlupa untuk menyimpan nombor telefon pesakit bagi temujanji rawatan pada hari isnin ini 01/02/2010.

Kemungkinan semua temujanji rawatan untuk hari Isnin, 01/02/2010 ini terpaksa saya tunda disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat saya elakkan. Oleh kerana saya tidak dapat menghubungi mereka melalui telefon, maka saya iklan kan maklumat ini di blog, moga-moga mereka yang berkenaan membacanya.

Kepada sesiapa yang telah membuat temujanji rawatan atau berurut untuk hari isnin ini bersamaan dengan 01/02/2010, Sila Hubungi Saya Dengan Segera untuk maklumat lanjut. Sebarang kesulitan amat dikesali.

Thursday, January 28, 2010

Kisah Rawatan Di Luar Negara...



Ramai yang bertanya saya tentang kisah-kisah rawatan di Singapura. Tidak banyak yang saya boleh ceritakan di sini demi untuk menjaga keselamatan pesakit. Cuma apa yang boleh saya kongsi ianya adalah berkenaan dengan masalah saka dan juga sihir yang berterusan. Alhamdulillah dengan izin Allah swt ada beberapa perubahan yang positif pada pesakit selepas sessi rawatan intensif beberapa hari.

Kursus rawatan yang diadakan secara tertutup juga banyak membantu pesakit memahami masalah-masalah gangguan dan juga mempelajari teknik-teknik rawatan.

Inilah liku-liku kehidupan seorang perawat, membantu mereka yang memerlukan sekadar yang termampu, disamping memperbaiki diri sendiri yang serba kekurangan dari semasa ke semasa, dengan harapan semoga Allah swt memandang dan menerima diri yang kerdil serta hina ini.

Saya berdoa semoga Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Menyembuhkan memberikan kesihatan yang berpanjangan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Saya juga berdoa semoga Allah menghancurkan semua bentuk gangguan jin samada berbentuk sihir, saka atau apa jua jenis gangguan dan memberi kemenangan kepada semua perawat-perawat yang berjuang menentang keganasan gangguan-gangguan syaitan yang terdiri dari golongan jin dan manusia. Amin.

Tuesday, January 26, 2010

Urut Pulih Tenaga Batin Untuk Tujuan Maksiat...?



Kadang-kadang serba salah saya dibuatnya. Ada yang datang mengadu kepada saya tentang masalah tenaga batin. Minta diurut, minta diijazahkan amalan-amalan untuk kekuatan tenaga batin.

Oleh kerana dikhuatiri pesakit ini terkena sihir, maka saya mulakan dengan rawatan spiritual… tapi alangkah kagetnya saya… >/?`!&^$#+@<...apabila saya melakukan scanning, tanpa saya sengaja dengan izin Allah ternampaklah apa yang di kategorikan sebagai tontonan kategori 18SX. MasyaAllah !!! mana mungkin saya bersekongkol dengan perkara-perkara sebegini. Maksiat..maksiat…maksiat…

Saya rasa agak terhina apabila ada yang berikhtiar dengan kaedah Rawatan Islam untuk tujuan maksiat… namun saya tenteramkan hati… saya masih melayan pesakit tersebut dengan baik, dan bertanyakan padanya dengan cara yang setertib dan sehikmah mungkin agar tidak menjatuhkan air mukanya… Alhamdulillah dia mengaku… Cuma didalam hati saya tertanya-tanya apa yang perlu saya buat…? tolong salah… tak tolong pun salah...

Saya teringat kata-kata guru saya.. “Dakwah itu adalah sebahagian dari tugas-tugas perawat… jika kita sebagai perawat lari dari pesakit-pesakit dari kalangan ahli maksiat, siapa yang nak bantu mereka untuk kembali ke jalan Allah..? Kita harus hampiri mereka, sentuh hati mereka, gunakan cara yang hikmah… moga-moga dengan ikhtiar kita yang sedemikian itu dapat membantu mereka kembali ke jalan Allah”.

Menolak perkara mungkar dengan tiga cara, samada dengan kekuasaan bagi yang berkuasa, dengan percakapan bagi yang mampu atau dengan hati bagi yang selemah-lemahnya… pilih lah cara yang sesuai dan penuh hikmah, agar rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak…

Jangan pula selepas ini ada yang tak nak datang kerana takut kena scan… jangan takut saya bukan mat skodeng... :-)

Friday, January 22, 2010

Saya Ke Singapura 23/01/2010...

Pagi Sabtu 23/01/2010 saya akan ke Singapura untuk tugas-tugas merawat pesakit yang sudah membuat temujanji khas disana. Saya juga diminta untuk mengadakan Kursus Rawatan Islam secara tertutup. Moga-moga dengan ilmu-ilmu rawatan yang disampaikan sewaktu kursus tersebut nanti akan memberi banyak manfaat kepada peserta-peserta di Singapura.

Kursus Rawatan Islam untuk diri dan keluarga amat berguna untuk mereka-mereka yang menghadapi gangguan secara berterusan. Dengan ilmu yang dipelajari, insyaAllah peserta akan dapat mengikhtiarkan rawatan keatas diri sendiri dan keluarga mereka tanpa perlu terlalu bergantung kepada perawat. Kursus ini banyak membantu pesakit terutama bagi mereka yang sukar mendapatkan perawat yang sesuai di kawasan yang berhampiran.

Oleh kerana saya akan berada di Singapura untuk tempoh beberapa hari manakala jadual rawatan di Kuala Lumpur untuk bulan Januari ini juga sudah penuh, maka tarikh yang terdekat bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur adalah pada 1 Februari 2010.

Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia, semoga Allah swt mengurniakan kita semua kesembuhan pada setiap penyakit dan penyelesaian pada setiap masalah. Semoga Allah swt memudahkan segala urusan saya di Singapura. Amin.

Thursday, January 21, 2010

Jin Sihir Menghalau Perawat...?


Kebiasaannya kita selalu dengar atau baca perawat "menghalau jin". Tetapi kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekelian bagaimana Jin Sihir pula "menghalau perawat". Pelik sungguh..?

Satu ketika dulu saya dihubungi oleh seorang hamba Allah yang meminta bantuan agar saya merawat isterinya di rumah. Menurut hamba Allah tersebut, isterinya disyaki terkena sihir. Kesan-kesan dari sihir tersebut menyebabkan isteri beliau mudah hilang pertimbangan diri, panas baran dan terlalu sensitif. Ini menyebabkan mereka suami isteri terlalu kerap bergaduh walaupun berpunca dari perkara-perkara yang terlalu kecil dan remeh.

Sebenarnya, isteri beliau tidak mempercayai kaedah rawatan alternatif, walaupun kaedah rawatan islam. Dia amat marah apabila suaminya mengajak ia pergi berubat atau mendapatkan rawatan pemeriksaan dengan perawat-perawat islam yang berhampiran. Menurutnya ia tidak sakit apa-apa.

Sebenarnya saya jarang membuat rawatan ke rumah pesakit kecuali kes-kes tertentu atau kecemasan, tetapi oleh kerana hamba Allah ini merayu, saya benar-benar tidak sampai hati untuk menolaknya. Sampai saya dirumah beliau, kelihatan pesakit keluar dari bilik tidur. Tiba-tiba pesakit menjerkah saya, "Kenapa engkau datang rumah aku..?, aku tak suka engkau datang sini, pergi balik..."

... mak aii.. garangnya perempuan ni... ribut tak de angin tak de... tiba-tiba je dia jerkah suruh saya balik... Suami pesakit yang berada disisinya pun terpinga-pinga melihat gelagat isterinya yang memarahi dan menghalau saya keluar.

Setelah saya amati betul-betul.. rupa-rupanya pesakit ini telah kerasukan sejurus sewaktu saya masuk ke rumah beliau... jadi yang menghalau dan menyuruh saya balik tadi sebenarnya adalah jin yang mengganggu pesakit... huh.. buat penat je suspen... mana tidaknya... tiba-tiba kena halau dengan tuan rumah...

Selama ni saya sebagai perawat yang menghalau jin... kali ni jin pulak yang menghalau saya...

Sekarang saya pula take over untuk jerkah jin tu balik... saya perintahkan ia duduk dan saya bersiap sedia untuk melancarkan serangan... jin yang gugup mendengar jerkahan saya itu terduduk tunduk sambil memohon ampun... ermm tadi garang sangat...

Wednesday, January 13, 2010

Jin Saka Hantar SMS Ugutan...



Pernah satu ketika dulu saya menerima sms dari jin saka seorang pesakit. Tentu hairankan… bagaimana jin boleh hantar sms…? Sebenarnya jin saka itu adalah jin seorang pesakit yang saya rawat sebelum ini. Pesakit ini pernah datang berjumpa dengan saya untuk merawat sakit bisa-bisa badan yang dialaminya sekian lama.

Diawal-awal sessi rawatan saya memberitahunya bahawa dia ada masalah saka. Tetapi pesakit tersebut tidak mempercayainya. Menurut pesakit itu, memang dulu dia pernah mengalami masalah gangguan jin saka, tetapi dia telah mendapatkan rawatan dengan seorang bomoh di kampungnya. Menurutnya lagi, jin saka itu telah diberi santapan pulut kuning dan lain-lain makanan yang telah dihanyutkan ke laut sebagai tanda memutuskan perjanjian saka.

Saya memberitahu pesakit bahawa jin saka itu menipu. Sebenarnya jin saka itu hanyalah menyembunyi dan mendiamkan diri. Dalam masa yang sama, tanpa disedari jin saka itu menganggu pemikiran dan emosi pesakit tersebut supaya sentiasa bergaduh dengan suaminya.

Semasa sessi rawatan, jin pertama yang keluar adalah jin sihir. Setelah saya menguatkan lagi bacaan ruqyah barulah timbul jin saka didalam keadaan terpaksa. Jin saka ini amat memarahi saya kerana telah membongkar rahsianya yang selama ini bersembunyi didalam tubuh pesakit.

Jin saka itu mencabar saya untuk bertarung satu sama satu. Dia memberi syarat bahawa dia hanya mahu berurusan dengan saya seorang dan mahu ahli keluarganya yang lain supaya keluar dari bilik rawatan.

Saya tidak melayan permintaan jin tersebut dan terus bertindak menikam kakinya. Pesakit tiba-tiba rebah. Rupa-rupanya jin tadi sudah melarikan diri…

Setelah itu barulah ahli keluarga pesakit mempercayai bahawa masalah gangguan saka pada pesakit masih belum selesai. Saya bekalkan pesakit dengan air rawatan untuk mandi dan minum.

Setelah seminggu berlalu, tiba-tiba saya menerima SMS dari pesakit. Tetapi saya berasa pelik kerana SMS tersebut agak kasar.

“Aku nak beri amaran pada kau, jangan campuri urusan aku. Aku akan tarik dia sedikit demi sedikit sehingga dirinya dapat kutakluk sepenuhnya. Dia adalah milikku”… macam dialog dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam la pulak...

Saya tak ingat apa yang saya balas sebab kisah ni dah lama sangat dah… Seingat saya habis la kredit handphone RM5 berbalas-balas sms dengan jin saka tu... ada ketikanya jin saka tu siap bersyair-syair lagi...

Apa yang saya nak cuba sampaikan disini adalah, ini menunjukkan bahawa pesakit telah dikawal sepenuhnya oleh jin saka untuk menghantar SMS tersebut. Ketika SMS itu dihantar, saya percaya pesakit sedang berada di pejabat. Tanpa disedari oleh rakan-rakan sekerjanya, jin tersebut berjaya berlakun dihadapan orang ramai bahawa dia adalah diri pesakit yang sebenar.

Beberapa hari selepas itu saya mendapat tahu bahawa jin tersebut menyamar sebagai pesakit dan mengajak suaminya bersama anak kecil mereka untuk beriadah dan bermalam di sebuah hutan simpan. Ketika mereka di sana sekali lagi saya menerima SMS dari jin saka pesakit.

Katanya “Aku telah berjaya membawa mereka jauh dari engkau dan kini aku hanya menunggu masa yang sesuai untuk menghapuskan mereka dan menakluk dirinya buat selama-lamanya..hahaha…” siap gelak lagi dalam SMS…

Tanpa membuang masa saya pukul jin saka tersebut dari jauh, dan pesakit tiba-tiba terjatuh. Pesakit yang tersedar, menelefon saya dan memberitahu bahawa dia tidak sedar bagaimana dia boleh mengajak suaminya bersama anak mereka untuk bermalam dihutan simpan ini. Ketika itu tiada pengunjung lain yang beriadah di hutan simpan tersebut, hari juga sudah hampir malam dan adalah amat mustahil untuk mereka keluar dari kawasan tersebut pada ketika itu.

Apabila malam tiba, jin saka menzahirkan dirinya melalui pesakit dan cuba menikam suami pesakit dengan pisau. Mujur ketika itu suaminya sedar dan sempat merampas pisau dari tangan pesakit. Berbekalkan ilmu yang serba sedikit dipelajarinya, suami pesakit meruqyah pesakit dan berjaya menyedarkan pesakit. Alhamdulillah, apa yang saya tahu mereka berjaya keluar dari kawasan hutan itu pada keesokan harinya.

Saya tidak tahu apa yang terjadi pada mereka selepas itu, kerana pesakit dan suaminya telah berpindah ke Sabah beberapa minggu selepas kisah ini berlaku.

Oleh itu berhati-hatilah dengan siapa anda berkawan, dengan siapa anda berbual dan dengan siapa anda ber-SMS mungkinkah ianya manusia atau mungkinkah ianya jin yang telah menguasai manusia secara keseluruhan… fikir-fikirkan…

Urut Tradisional Melayu - Penyakit Kebas...


Penyakit kebas dipercayai berpunca akibat gangguan perjalanan darah pada bahagian-bahagian tertentu badan atau akibat saluran darah disaluti oleh lemak dan lendir. Ini mengakibatkan bekalan darah tersekat dan tidak sampai ke bahagian tertentu pada badan.

Pada kebiasaannya, penyakit kebas menyerang anggota kaki, mungkin akibat bersila, anggota-anggota tertentu terlipat dalam tempoh yang agak lama, ataupun tangan tertindih ketika tidur.

Mereka yang diserang penyakit ini akan hilang rasa dan mengalami kesukaran untuk berdiri, bergerak atau berjalan dalam tempoh beberapa minit. Sakit kebas yang berterusan boleh menyebabkan seseorang itu mengidap sakit lumpuh pada bahagian yang berkenaan.

Bagi kaum lelaki yang ingin berurut , saya menyediakan Perkhidmatan Urut Tradisional Melayu , untuk urut seluruh badan , urut persediaan berkahwin , urut pulih tenaga batin , Urutan Perubatan untuk masalah seperti sakit kepala / migrain , sakit pinggang , sakit lutut , bisa-bisa atau lenguh-lenguh badan , stroke / lumpuh dan lain-lain masalah.

Sila hubungi saya di talian 013-3239822 untuk Temujanji Urut.

Bekam Sunnah Rasulullah SAW


Al-Hijamah dalam Bahasa Arab bererti “pelepasan darah kotor”, dan dalam Bahasa Melayu dikenali dengan istilah Bekam. Bekam merupakan suatu teknik perubatan sunnah Rasulullah saw yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala, dan kini dimodenkan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang efektif tanpa kesan-kesan sampingan.

Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor, iaitu darah yang mengandungi toksin atau racun berbahaya dari dalam tubuh, melalui permukaan kulit. Toksin adalah mendapan racun kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini ada pada hampir setiap orang. Toksin-toksin ini berpunca dari pencemaran udara, ataupun makanan yang banyak mengandungi pewarna, pengembang, penyedap rasa, pemanis, racun dari sayuran dan sebagainya.

Bagi kaum lelaki, selain dari berurut, berbekam adalah satu rawatan tambahan yang efektif untuk melancarkan perjalanan darah dan membantu merawat pelbagai jenis masalah dan penyakit.

Tidak ketinggalan juga pada kaum wanita yang ingin berbekam, kami ada menyediakan Pembekam Wanita. Sila hubungi kami di talian 013-3239822 untuk temujanji rawatan.

Saturday, January 9, 2010

Pesakit Tertinggal Kunci...


Semalam klinik saya ditutup pada pukul 2 pagi.. sewaktu mengemas bilik rawatan tiba-tiba saya nampak kunci yang bukan milik saya dibawah kerusi... ada kunci kereta.. kunci rumah... kunci sihir je tak de.. :-)

Sesiapa yang ada tertinggal kunci dibilik rawatan saya semalam, sila hubungi saya untuk mendapatkan semula kunci anda...

Tuesday, January 5, 2010

Saya Di Sarawak Pada 05/01/2010


Awal pagi selasa 05/01/2010 saya akan ke Kuching, Sarawak. Kali ini saya diminta Dr Jamaluddin, Pengasas AuraMetafizik untuk membantu beliau merawat pesakit di sana. Nampak gayanya saya terpaksa menunda temujanji rawatan dengan pesakit-pesakit saya untuk beberapa hari ini.

InsyaAllah Pusat Rawatan saya akan dibuka semula pada hari khamis 07/01/2010, itupun bergantung kepada kes-kes rawatan di Sarawak dan juga jadual penerbangan AirAsia.

Saya memohon maaf kepada mereka-mereka yang telah menghantar message, samada melalui chatbox, email dan sms kerana kelewatan saya membalas message-message anda. Ini adalah kerana jadual rawatan dan kursus yang agak padat beberapa hari ini... InsyaAllah kalau saya ada masa saya tetap akan membalasnya... diharap anda bersabar menunggu balasan message dari saya.