Wednesday, January 20, 2010

Jin Sihir Menghalau Perawat...?


Kebiasaannya kita selalu dengar atau baca perawat "menghalau jin". Tetapi kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekelian bagaimana Jin Sihir pula "menghalau perawat". Pelik sungguh..?

Satu ketika dulu saya dihubungi oleh seorang hamba Allah yang meminta bantuan agar saya merawat isterinya di rumah. Menurut hamba Allah tersebut, isterinya disyaki terkena sihir. Kesan-kesan dari sihir tersebut menyebabkan isteri beliau mudah hilang pertimbangan diri, panas baran dan terlalu sensitif. Ini menyebabkan mereka suami isteri terlalu kerap bergaduh walaupun berpunca dari perkara-perkara yang terlalu kecil dan remeh.

Sebenarnya, isteri beliau tidak mempercayai kaedah rawatan alternatif, walaupun kaedah rawatan islam. Dia amat marah apabila suaminya mengajak ia pergi berubat atau mendapatkan rawatan pemeriksaan dengan perawat-perawat islam yang berhampiran. Menurutnya ia tidak sakit apa-apa.

Sebenarnya saya jarang membuat rawatan ke rumah pesakit kecuali kes-kes tertentu atau kecemasan, tetapi oleh kerana hamba Allah ini merayu, saya benar-benar tidak sampai hati untuk menolaknya. Sampai saya dirumah beliau, kelihatan pesakit keluar dari bilik tidur. Tiba-tiba pesakit menjerkah saya, "Kenapa engkau datang rumah aku..?, aku tak suka engkau datang sini, pergi balik..."

... mak aii.. garangnya perempuan ni... ribut tak de angin tak de... tiba-tiba je dia jerkah suruh saya balik... Suami pesakit yang berada disisinya pun terpinga-pinga melihat gelagat isterinya yang memarahi dan menghalau saya keluar.

Setelah saya amati betul-betul.. rupa-rupanya pesakit ini telah kerasukan sejurus sewaktu saya masuk ke rumah beliau... jadi yang menghalau dan menyuruh saya balik tadi sebenarnya adalah jin yang mengganggu pesakit... huh.. buat penat je suspen... mana tidaknya... tiba-tiba kena halau dengan tuan rumah...

Selama ni saya sebagai perawat yang menghalau jin... kali ni jin pulak yang menghalau saya...

Sekarang saya pula take over untuk jerkah jin tu balik... saya perintahkan ia duduk dan saya bersiap sedia untuk melancarkan serangan... jin yang gugup mendengar jerkahan saya itu terduduk tunduk sambil memohon ampun... ermm tadi garang sangat...

4 comments:

firus said...

dahsat ust... kadang kadang benda tu dah lebih, ust buat apa, kalau saya tah la... mungkin saya kena rasuk...

Azrin Abdul Karim said...

saya suspen bukan pasal apa... saya ingatkan tuan rumah yang halau saya.. tak ke malu dibuatnya... bila perati betul2 rupa2nya jin yg merasuk pesakit.. dah tau macam tu, apa lagi... lenjan je la...

firus said...

keh keh tengok teruk kena belasah dgn ust, bis tu apa kesudahan dgn tuan rumah, mesti nampak mcm cik pon... rambut mengurai...

Azrin Abdul Karim said...

kesudahannya... jin tu tak boleh titik saya... dia pergi marah suami pesakit.. dia bongkar semua aib mereka suami isteri... ada jugak jin pontianak... tapi yang ni spesis lain... dia pun teruk kena buli dengan jin sihir... kesimpulannya... mereka ini disihir sebab tak jaga mulut... suka menyakitkan hati orang lain.. agaknya ada orang yang dah memang tak tahan dengan mulut mereka2 ni mengambil jalan singkat dengan menghantar sihir... Pada saya kita kena selalu hitung diri sendiri.. asyik salahkan jin, salahkan bomoh, salahkan orang yang upah... padahal diri sendiri yang suka cari pasal.. abih tu nak buek camno... dah terhantuk baru nak terngadah... redha je la... akhir sekali, jin tu keluar dan tak datang lagi.. cuma ada gangguan lain yang tak dapat nak diceritakan.. pasal kes ni kes berprofil tinggi...

Post a Comment