Thursday, January 28, 2010

Kisah Rawatan Di Luar Negara...



Ramai yang bertanya saya tentang kisah-kisah rawatan di Singapura. Tidak banyak yang saya boleh ceritakan di sini demi untuk menjaga keselamatan pesakit. Cuma apa yang boleh saya kongsi ianya adalah berkenaan dengan masalah saka dan juga sihir yang berterusan. Alhamdulillah dengan izin Allah swt ada beberapa perubahan yang positif pada pesakit selepas sessi rawatan intensif beberapa hari.

Kursus rawatan yang diadakan secara tertutup juga banyak membantu pesakit memahami masalah-masalah gangguan dan juga mempelajari teknik-teknik rawatan.

Inilah liku-liku kehidupan seorang perawat, membantu mereka yang memerlukan sekadar yang termampu, disamping memperbaiki diri sendiri yang serba kekurangan dari semasa ke semasa, dengan harapan semoga Allah swt memandang dan menerima diri yang kerdil serta hina ini.

Saya berdoa semoga Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Menyembuhkan memberikan kesihatan yang berpanjangan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Saya juga berdoa semoga Allah menghancurkan semua bentuk gangguan jin samada berbentuk sihir, saka atau apa jua jenis gangguan dan memberi kemenangan kepada semua perawat-perawat yang berjuang menentang keganasan gangguan-gangguan syaitan yang terdiri dari golongan jin dan manusia. Amin.