Friday, January 22, 2010

Saya Ke Singapura 23/01/2010...

Pagi Sabtu 23/01/2010 saya akan ke Singapura untuk tugas-tugas merawat pesakit yang sudah membuat temujanji khas disana. Saya juga diminta untuk mengadakan Kursus Rawatan Islam secara tertutup. Moga-moga dengan ilmu-ilmu rawatan yang disampaikan sewaktu kursus tersebut nanti akan memberi banyak manfaat kepada peserta-peserta di Singapura.

Kursus Rawatan Islam untuk diri dan keluarga amat berguna untuk mereka-mereka yang menghadapi gangguan secara berterusan. Dengan ilmu yang dipelajari, insyaAllah peserta akan dapat mengikhtiarkan rawatan keatas diri sendiri dan keluarga mereka tanpa perlu terlalu bergantung kepada perawat. Kursus ini banyak membantu pesakit terutama bagi mereka yang sukar mendapatkan perawat yang sesuai di kawasan yang berhampiran.

Oleh kerana saya akan berada di Singapura untuk tempoh beberapa hari manakala jadual rawatan di Kuala Lumpur untuk bulan Januari ini juga sudah penuh, maka tarikh yang terdekat bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur adalah pada 1 Februari 2010.

Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia, semoga Allah swt mengurniakan kita semua kesembuhan pada setiap penyakit dan penyelesaian pada setiap masalah. Semoga Allah swt memudahkan segala urusan saya di Singapura. Amin.