Tuesday, January 26, 2010

Urut Pulih Tenaga Batin Untuk Tujuan Maksiat...?



Kadang-kadang serba salah saya dibuatnya. Ada yang datang mengadu kepada saya tentang masalah tenaga batin. Minta diurut, minta diijazahkan amalan-amalan untuk kekuatan tenaga batin.

Oleh kerana dikhuatiri pesakit ini terkena sihir, maka saya mulakan dengan rawatan spiritual… tapi alangkah kagetnya saya… >/?`!&^$#+@<...apabila saya melakukan scanning, tanpa saya sengaja dengan izin Allah ternampaklah apa yang di kategorikan sebagai tontonan kategori 18SX. MasyaAllah !!! mana mungkin saya bersekongkol dengan perkara-perkara sebegini. Maksiat..maksiat…maksiat…

Saya rasa agak terhina apabila ada yang berikhtiar dengan kaedah Rawatan Islam untuk tujuan maksiat… namun saya tenteramkan hati… saya masih melayan pesakit tersebut dengan baik, dan bertanyakan padanya dengan cara yang setertib dan sehikmah mungkin agar tidak menjatuhkan air mukanya… Alhamdulillah dia mengaku… Cuma didalam hati saya tertanya-tanya apa yang perlu saya buat…? tolong salah… tak tolong pun salah...

Saya teringat kata-kata guru saya.. “Dakwah itu adalah sebahagian dari tugas-tugas perawat… jika kita sebagai perawat lari dari pesakit-pesakit dari kalangan ahli maksiat, siapa yang nak bantu mereka untuk kembali ke jalan Allah..? Kita harus hampiri mereka, sentuh hati mereka, gunakan cara yang hikmah… moga-moga dengan ikhtiar kita yang sedemikian itu dapat membantu mereka kembali ke jalan Allah”.

Menolak perkara mungkar dengan tiga cara, samada dengan kekuasaan bagi yang berkuasa, dengan percakapan bagi yang mampu atau dengan hati bagi yang selemah-lemahnya… pilih lah cara yang sesuai dan penuh hikmah, agar rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak…

Jangan pula selepas ini ada yang tak nak datang kerana takut kena scan… jangan takut saya bukan mat skodeng... :-)