Monday, February 8, 2010

Ayat Amalan Untuk Suami Isteri...


Serba salah saya nak tulis posting kali ni… nak tulis… tak tulis.. nak tulis… tak tulis.. tak pe la… Saya tulis la juga… kalau ada terkasar bahasa awal-awal lagi saya mintak maaf banyak-banyak ye…

Adat orang bercinta… Sebelum kahwin dulu, janji macam-macam.. engkaulah bintang.. engkaulah bulan… pokok tempat berteduh menjadi saksi cinta kita berdua.. tiada rahsia antara kita… kalau boleh tak mahu berpisah walaupun sesaat… semuanya manis belaka…

Tetapi apa yang berlaku setelah berkahwin..? Macam-macam perkataan timbul… tak serasi, tidak memahami, pentingkan diri sendiri, panas baran, sensitif sangat dan berbagai-bagai perkataan yang pelik-pelik terkeluar dari mulut…

Ada suami yang sanggup tinju si isteri, sampai lebam-lebam biji mata isteri… ada yang kena sepak terajang, ada yang hantuk kepala isteri ke dinding…

Jangan terkejut jika saya katakan ada kes suami isteri tidak bersama selama lima tahun… bukan lima hari.. bukan lima bulan.. tapi lima tahun…!!! Suami dingin isteri merana…

Ada suami yang meninggalkan isterinya berbulan-bulan begitu saja tanpa berita, tanpa pesan, tanpa nafkah,… sedangkan si isteri sedang sarat mengandung… dengan alasan si suami ingin mencari ketenangan jiwa.. apa sudah jadi dengan masyarakat kita..? Tiadakah perasaan belas kasihan kepada kaum wanita…?

Buat malu kaum lelaki je… Adakah ini masalah sihir..? adakah ini masalah saka..? adakah ini masalah jin asyik…? Adakah ini masalah jin pendamping…?

Mungkin iye.. mungkin tidak…

Saya membahagikan masalah pada manusia itu kepada empat bahagian, Fizikal, Mental, Emosional dan Spiritual. Ada pesakit yang asyik nak salahkan jin tak habis-habis. Sikit-sikit jin.. sikit-sikit jin… sehingga ada golongan jin yang komplen, mereka kata, “kami juga yang kena fitnah…”

Kebanyakan pesakit yang datang mengadu tentang masalah rumah tangga memang ada gangguan jin, samada sihir, jin asyik atau jin saka. Yang tersangat hebatnya… ada diantara mereka menggunakan “gangguan jin” ini sebagai alasan untuk menutup kelemahan diri sendiri. Nafkah batin isteri tidak diberi sehingga berbulan-bulan, sehingga bertahun-tahun. Kononnya nafsu dikunci… bila dia buat maksiat dengan teman wanita tak ada masalah, nafsu terbuka saja…
Namun begitu jangan kita ingat kaum lelaki saja yang buat hal. Kaum wanita pun banyak juga karenahnya. Ada diantara mereka yang berpendapatan lebih tinggi dari suami, merasakan mereka lebih berkuasa dari suami. Sehingga tidak menjaga tutur kata dan tidak menghormati suami.

Ada isteri yang tidak tahu menjaga maruah suami, membuka aib dan pekung keluarga pada orang lain, pada jiran-jiran dan sahabat handai. Nasihat saya untuk isteri yang sebegini, seeloknya anda hubungi TV3, NTV7, TV9 atau Berita Hairan atau Utusan Meloya dan sebarkan kisah anda keseluruh dunia… atau boleh juga register buka blog, kemudian kongsi kisah keburukan suami anda di blog, kalau boleh sertakan gambar keluarga, gambar suami, gambar anda sendiri, gambar anak-anak, gambar rumah kediaman dan semua gambar-gambar yang berkaitan. Alang-alang nak burukkan suami sendiri biar buruk sungguh.

Bukan tak boleh luahkan perasaan, tapi luahkanlah pada orang-orang tertentu yang boleh dipercayai, yang bukan “sure kepoh”. Tujuan kita nak cari penyelesaian, bukan nak tunjuk isteri menang, suami kalah, atau suami menang, isteri kalah. Nak menang atau kalah pergi Stadium Bukit Jalil, lumba lari seratus meter…

Ada ramai juga yang sudah bergelar isteri tetapi mempunyai skandal dengan lelaki lain. Samada lelaki bujang atau suami orang.

Lelaki ni pun satu hal, dah tau itu isteri orang, pergi menggatal cari pasal buat apa. Ramai lagi wanita yang belum berkahwin di luar sana. Ada yang bertanya kepada saya, nak buat macamana lelaki yang ada “skandal” dengan isteri orang ni..? Dengan saya senang je, kita pakat ramai-ramai pergi belasah dia cukup-cukup. Ini pun dah kira ringan… Kalau ikut-ikut kena rejam dengan batu sampai mati.

Ada orang cakap.. “ustaz, kalau bagi ayat untuk amal, air untuk minum dengan mandi saja tak boleh ke..?”… Bukan tak boleh, amal ayat, air untuk minum dan mandi tu ikhtiar… pergi jumpa face to face (bukan facebook…) tu pun ikhtiar juga… pergi buat report polis tu pun ikhtiar juga… pantau isteri sendiri tu pun ikhtiar juga…

Kesimpulan yang kita boleh dapat dari apa yang saya “bebel”kan diatas ialah, suami dan isteri kedua-duanya ada peranan masing-masing di dalam rumahtangga. Dan sebagai manusia biasa kita tidak lepas dari membuat kesilapan.

Duduk tenang-tenang, fikir dalam-dalam apakah kesilapan diri kita sendiri. Bukan pergi jumpa bomoh bodohkan suami, bagi nasi kangkang, atau baca mantera tiup-tiup kat air atau makanan dia. Bukan pergi jumpa tok dukun mintak supaya isteri tunduk biar dapat lesen tambah “kereta” baru.

Lihatlah wajah anak-anak kita, mereka itu amanah Allah, corak masa depan mereka di tangan kita. Suami isteri bercerai berai, anak-anak yang jadi mangsa. Renung kembali ketika mula-mula dulu cinta sedang berputik, renung kembali ketika kita begitu teruja dan mengambil keputusan untuk berkahwin… Mengapa ketika itu tiada saka, mengapa ketika itu tiada jin asyik, mengapa ketika itu tiada jin yang mengganggu…?

Ok lah… dah puas mengomel ni, sekarang saya nak kongsi satu amalan ringkas untuk kesentosaan suami isteri, ahli keluarga dan anak-anak. Guru saya beritahu, jika kita mengamalkan ayat ini, insyaAllah semoga Allah swt menghindarkan kita dari perkara-perkara yang tidak disukai oleh pandangan, pendengaran dan hati kita. Contohnya, kita tak mau anak kita hisap dadah, tak mau anak kita jadi anak derhaka, kita tak mau anak kita jadi mat rempit, kita tak mau isteri nusyuz. Si isteri pun amal la juga.. kalau boleh semua ahli keluarga amal.
 Ayat ini dibaca 25 kali sehari semalam. Nak baca 25 kali sekaligus pun boleh, nak baca 5 kali tiap-tiap lepas solat lima waktu pun boleh.

Ada satu lagi amalan khusus untuk suami dan isteri. Tapi amalan ni tak boleh dedah in public, siapa yang berhajat sila email saya, insyaAllah saya beri. Sila sertakan nama penuh ber-bin / binti kan bapa.

Ya Allah, janganlah kau uji kami dengan ujian-ujian yang tidak tertanggung oleh kami. Amin.