Sunday, March 28, 2010

Kursus Rawatan Islam Di Alor Setar, Kedah - 16 & 17 April 2010

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNYA, sekali lagi saya akan menganjurkan Kursus Rawatan Islam Untuk Diri Dan Keluarga, kali ini di Kedah Darul Aman. Maklumat kursus adalah seperti yang tertera di bawah.



KURSUS RAWATAN ISLAM UNTUK DIRI DAN KELUARGA

Pada : 16hb DAN 17hb APRIL 2010

Tempat : DEWAN THEATRETTE, MUZIUM NEGERI KEDAH
, LEBUHRAYA DARUL AMAN, BAKAR BATA 05100 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

Fasilitator : USTAZ AZRIN ABDUL KARIM

Yuran : RM 150.00

Sila Hubungi :- Ustaz Azrin 013-3239822
En Azfa Rizal 012-5144106
(Sila sms-kan nama, no kad pengenalan dan alamat kepada no diatas. Sila hubungi awal untuk pengesahan kehadiran kerana penyertaan adalah terhad)

KURSUS RAWATAN ISLAM UNTUK DIRI DAN KELUARGA ini diadakan, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang jenis-jenis gangguan, tanda-tanda dan cara-cara untuk menangani masalah-masalah spiritual yang berkaitan dengan gangguan jin seperti sihir, saka dan lain-lain. InsyaAllah, selepas menghadiri kursus, peserta yang berkemampuan sudah boleh menjadi perawat. Diantara perkara-perkara yang akan disampaikan ialah :

Pengenalan Alam Jin dan amalan ahli sihir
Jenis-jenis gangguan Jin dan Sihir
Tanda-tanda gangguan
Rahsia kekuatan minda manusia
Rawatan Ruqyah Syar’iyyah sebagai ikhtiar

Teknik-teknik rawatan seperti :

- Mengesan (scanning) gangguan pada pesakit
- Teknik-teknik Ruqyah
- Teknik-teknik berdialog dengan jin
- Teknik mengesan penipuan jin
- Teknik menarik bisa gangguan atau menarik jin
- Teknik memasung dan mengunci pergerakan jin
- Teknik memancung / menikam / menyerang jin
- Teknik-teknik serangan keatas jin dan ahli sihir
- Teknik memindahkan jin.
- Teknik memagar rumah / kedai / sekolah dari gangguan jin
- Teknik rawatan jarak jauh
- Teknik menyediakan air rawatan

Amalan Perlindungan Diri :
- amalan-amalan perlindungan diri warisan ulama’ silam
- rahsia zikirullah
- rahsia pernafasan untuk membenteng diri

Pengijazahan amalan.

Halangan Bertemu Perawat... Adakah Ini Gangguan Jin...?

Akhir-akhir ini jadual rawatan dan lain-lain aktiviti saya agak padat. Kadangkala ada yang menelefon beberapa kali untuk mendapatkan rawatan segera terpaksa saya tolak, kerana jadual rawatan sudah penuh. Ada juga yang berkecil hati kerana tidak dapat bercakap dengan saya melalui telefon.

Jarang saya menjawab telefon atau membalas sms ketika merawat pesakit. Oleh itu jika saya tidak menjawab panggilan telefon anda, sila hantar sms, insyaAllah saya akan balas setelah selesai urusan-urusan saya. Jika kisahnya panjang, pesakit boleh menghantar email, insyaAllah lambat atau cepat saya tetap akan balas.

Amatlah mengecewakan bila ada diantara mereka yang telah membuat temujanji rawatan, tetapi tidak hadir dan langsung tidak memaklumkan kepada saya samada melalui panggilan telefon mahupun melalui sms. Perbuatan mereka-mereka yang sebegini bukan sahaja membazir masa saya untuk menunggu tetapi juga merugikan masa pesakit-pesakit lain yang ingin mendapatkan rawatan saya.

Bagi yang berhajat untuk mendapatkan rawatan, menepati masa temujanji anda adalah sangat-sangat dihargai. Jika anda tidak dapat hadir, sila maklumkan dengan segera supaya saya dapat mengisi kekosongan waktu tersebut untuk temujanji dengan pesakit-pesakit yang lain.


Friday, March 26, 2010

Kursus Urut Tradisional & Pulih Tenaga Batin 25/03/2010

Peserta Kursus Urut Tradisional 25/03/2010, dari kanan En Azrudin, En Husaini,
Saya di tengah, Dr Wan Hassan dan Ustaz Abdul Hadi.

Kursus Urut Tradisional Dan Pulih Tenaga Batin telah diadakan pada 25/03/2010.
Kursus ini akan diadakan pada bila-bila masa bergantung kepada permintaan, walaupun dengan kehadiran seorang peserta.
Diantara kandungan kursus ialah :
- Teori tentang Urut Tradisional
- Teknik mudah memahami kaedah Urut Tradisional
- Teknik Urut Perubatan
- Praktikal Urut Tradisional
- Teori tentang Urut Pulih Tenaga Batin
- Praktikal Urut Pulih Tenaga Batin
- Tips, petua dan amalan

Bagi sesiapa yang berminat sila sms atau emailkan nama, no kad pengenalan dan alamat. Harga Yuran ialah sebanyak RM280. Bertempat di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Saturday, March 20, 2010

Saya Ke Singapura 20hb-21hb Mac...



Pagi Sabtu 20/03/2010 sekali lagi saya akan ke Singapura untuk tugas-tugas rawatan.

Jika perlu untuk menghubungi saya dalam masa tersebut, sila gunakan sms sahaja.

Oleh kerana saya akan berada di Singapura sehingga 21hb Mac maka tarikh dan waktu yang terdekat bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur adalah pada 22hb Mac 2010, jam 9 malam.

Wednesday, March 17, 2010

Lagi Gambar Kursus Rawatan Di Miri, Sarawak


Mengenal Diri Dengan Kuasa Minda


Kaedah Memulakan Rawatan


Menjamu Selera

Menunjukkan Kaedah Tekanan Tikaman Pedang


Sessi Praktikal


Perjuangan Diteruskan.. Gambar Ceramah Di Masjid IKBN, Miri


Selesai kursus pada hari pertama, di sebelah malamnya, selepas solat isya' saya dijemput untuk menyampaikan ceramah berkenaan dengan "Rawatan Islam dan Gangguan Jin" di Masjid Institut Kemahiran Belia Negara, Miri.
Walaupun keletihan, saya tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Terima kasih kepada pihak penganjur, pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid, ustaz-ustaz, tuan-tuan, puan-puan dan semua pelajar IKBN Miri yang memberi sokongan untuk menjayakan ceramah saya pada malam tersebut.
Semoga apa yang kita kongsi pada malam itu dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Lagi Gambar Ceramah Di Masjid IKBN Miri, Sarawak





































Kisah Dan Gambar Kursus Rawatan Islam Di Miri, Sarawak



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memudahkan dan melancarkan segala urusan untuk menjayakan"Kursus Rawatan Islam Untuk Diri Dan Keluarga" di Miri, Sarawak. Walaupun pada saat-saat akhir program ini di uji dengan masalah mendapatkan tempat. Walaubagaimanapun, berkat usaha gigih pihak penganjur, En Idris dan En Ridhwan yang telah bertungkus lumus membuat persiapan, dengan izin Allah kursus ini berjaya diadakan.

Selesai kursus pada hari pertama, di sebelah malamnya, selepas solat isya' saya dijemput untuk menyampaikan ceramah berkenaan dengan Rawatan Islam dan Gangguan Jin di Masjid Institut Kemahiran Belia Negara, Miri.

Selesai menyampaikan ceramah, saya bergegas ke beberapa lokasi di Miri, untuk merawat pesakit-pesakit yang sudah menghubungi saya sejak dari Kuala Lumpur lagi. Tugas merawat selesai pada pukul 2 pagi. Keesokan hari adalah hari kedua kursus. Demi perjuangan, tubuh yang letih tidak saya hiraukan.

Alhamdulillah... Allah beri saya kekuatan untuk meneruskan program-program tersebut sebagaimana yang telah dirancang. Terima kasih kepada para peserta yang datang samada dari Miri mahupun yang datang dari jauh, ada yang dari Brunei, ada yang dari Limbang, dari Bintulu pun ada... Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas pengorbanan anda semua demi untuk mendapatkan ilmu.
HARI PERTAMA KURSUS 13HB MAC 2010








Gambar-gambar yang lain akan menyusul kemudian. InsyaAllah...

Wednesday, March 10, 2010

Kursus Rawatan Islam Di Miri - Pertukaran Lokasi Dan AturCara Majlis

Untuk Makluman peserta-peserta Kursus Rawatan Islam Di Miri, Sarawak pada 13hb dan 14hb Mac ini. Lokasi kursus terpaksa ditukar disaat akhir disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

Lokasi kursus ditukar kepada Dewan Masjid Al-Firdaus, Taman Tunku, Miri, Sarawak.



KURSUS RAWATAN UNTUK DIRI DAN KELUARGA

PADA : 13hb MAC 2010 DAN 14hb MAC 2010

TEMPAT : DEWAN MASJID AL FIRDAUS, TAMAN TUNKU, MIRI, SARAWAK.

FASILITATOR : USTAZ AZRIN ABDUL KARIM

YURAN : RM 150.00

SILA HUBUNGI : EN IDRIS 019 8878414 / EN RIDZWAN 014 8889353

ATURCARA MAJLIS

HARI PERTAMA - 13HB MAC 2010

8.00am – 8.45am : Pendaftaran

9.00am – 10.00am : Pengenalan Alam Jin dan amalan ahli sihir

10.00am – 10.30am : Minum Pagi

10.30am – 12.40am : Jenis-jenis gangguan Jin dan Sihir, Tanda2 gangguan, Rawatan Ruqyah Syar’iyyah sebagai ikhtiar

12.40am – 2.00pm : Rehat / Makan tengahari / Solat Zohor

2.15pm – 3.40pm : Mengenal diri melalui rahsia kekuatan minda

3.40pm – 4.00pm : Solat Asar

4.00pm – 5.00pm : Asas seorang perawat, kelengkapan2 perawat dan langkah2 asas didalam rawatan

5.00pm - Bersurai

HARI KEDUA - 14 MAC 2010

9.00am – 10.00am : Ayat2 ruqyah, amalan-amalan perlindungan diri dan rawatan , amalan warisan ulama’ silam, Ibu Ruqyah – rahsia surah al-fatihah

10.00am – 10.30 am : Minum Pagi

10.30am – 11.30am : Rahsia zikirullah, dan rahsia pernafasan untuk membenteng diri, praktikal latihan pernafasan

11.30am – 12.40pm : teori kaedah-kaedah rawatan

12-40pm – 2.00pm : Rehat / Makan tengahari / Solat Zohor

2.15pm – 3.40pm : Praktikal, Rahsia Perawat Cemerlang

3.40pm – 4.00pm : Solat Asar

4.00pm – 5.00pm : Soal jawab, pengijazahan dan Bersurai

Semoga Allah swt merahmati dan memudahkan segala urusan di majlis kita pada hari tersebut. Amin.

Friday, March 5, 2010

KURSUS RAWATAN ISLAM Di Miri, Sarawak 13 & 14 Mac 2010 – “Ibu Ruqyah"

Kursus Rawatan Islam Untuk Diri Dan Keluarga ini diadakan dengan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang jenis-jenis gangguan, tanda-tanda dan cara-cara untuk menangani masalah-masalah spiritual yang berkaitan dengan gangguan jin.

Peserta akan diberi pendedahan tentang amalan-amalan ahli sihir, amalan-amalan khurafat dan juga amalan-amalan yang berselindung disebalik label Islam tetapi tanpa disedari boleh mengundang kehadiran jin yang akhirnya menjadi jin saka yang mengganggu diri, keluarga dan keturunan akan datang.

Peserta akan di ajar cara-cara merawat bermula dari langkah-langkah asas sehinggalah kepada teknik-teknik ketika merawat dan akhirnya kaedah-kaedah penutup rawatan.

Ilmu Kuasa Minda, rahsia dan amalan pernafasan untuk meningkatkan tenaga dalaman juga akan dikongsi bagi memantapkan lagi persediaan peserta sebagai seorang perawat. Amalan-amalan ulama’ silam sebagai benteng pertahanan diri dan amalan harian juga akan diijazahkan pada hari tersebut.

Untuk makluman pembaca, pada kebiasaannya ilmu sebegini hanya akan saya kongsi dan ijazahkan kepada peserta-peserta yang mengikuti kursus rawatan peringkat advanced sahaja.

Pada kursus rawatan kali ini, insyaAllah saya juga akan berkongsi dengan para peserta tentang “Ibu Ruqyah” iaitu rahsia surah Al-Fatihah, amalan-amalan khusus berkenaan dengan Surah Al-Fatihah dan penggunannnya didalam rawatan. Untuk pengetahuan pembaca, topik mengenai “Ibu Ruqyah” ini tidak pernah saya buka secara terperinci dalam mana-mana kursus sebelum ini.

Pada peringkat yang lebih khusus, sebenarnya “Ibu Ruqyah” ini berkait-rapat dengan titik-titik huruf hijaiyyah pada tubuh manusia. Titik-titik inilah titik tajalli nur yang dizahirkan pada setiap insan. Ilmu-ilmu sebegini adalah ilmu yang berkaitan dengan rahsia diri insan.

Kebanyakan kes-kes sihir yang kronik adalah angkara bomoh-bomoh yang menyihir manusia dengan kaedah “rahsia diri”. Kebiasaannya, bomoh yang mengetahui kaedah sihir jenis ini adalah dari kalangan bomoh siam peringkat tinggi. Jangan terperanjat jika saya katakan ada diantara bomoh-bomoh siam yang menghafal dan mengamalkan sembilan puluh sembilan asma’ul husna. Mereka mahir tentang bab ketuhanan dan rahsia diri insan cuma mereka tidak beriman dengan Muhammad Rasulullah saw.

Fuhh!!!… ini sudah lari dari topik asal…. tak mengapa… anggaplah itu sebagai iklan semata-mata….


Bagi mereka yang berminat untuk menyertai


KURSUS RAWATAN UNTUK DIRI DAN KELUARGA


PADA : 13hb MAC 2010 DAN 14hb MAC 2010

TEMPAT : DEWAN MASJID AL-FIRDAUS, TAMAN TUNKU, MIRI, SARAWAK.

FASILITATOR : USTAZ AZRIN ABDUL KARIM

YURAN : RM 150.00

SILA HUBUNGI : EN IDRIS 019 8878414
EN RIDZWAN 014 8889353


(SILA BUAT TEMPAHAN AWAL, TEMPAT ADALAH TERHAD)