Sunday, March 28, 2010

Halangan Bertemu Perawat... Adakah Ini Gangguan Jin...?

Akhir-akhir ini jadual rawatan dan lain-lain aktiviti saya agak padat. Kadangkala ada yang menelefon beberapa kali untuk mendapatkan rawatan segera terpaksa saya tolak, kerana jadual rawatan sudah penuh. Ada juga yang berkecil hati kerana tidak dapat bercakap dengan saya melalui telefon.

Jarang saya menjawab telefon atau membalas sms ketika merawat pesakit. Oleh itu jika saya tidak menjawab panggilan telefon anda, sila hantar sms, insyaAllah saya akan balas setelah selesai urusan-urusan saya. Jika kisahnya panjang, pesakit boleh menghantar email, insyaAllah lambat atau cepat saya tetap akan balas.

Amatlah mengecewakan bila ada diantara mereka yang telah membuat temujanji rawatan, tetapi tidak hadir dan langsung tidak memaklumkan kepada saya samada melalui panggilan telefon mahupun melalui sms. Perbuatan mereka-mereka yang sebegini bukan sahaja membazir masa saya untuk menunggu tetapi juga merugikan masa pesakit-pesakit lain yang ingin mendapatkan rawatan saya.

Bagi yang berhajat untuk mendapatkan rawatan, menepati masa temujanji anda adalah sangat-sangat dihargai. Jika anda tidak dapat hadir, sila maklumkan dengan segera supaya saya dapat mengisi kekosongan waktu tersebut untuk temujanji dengan pesakit-pesakit yang lain.