Selesai kursus pada hari pertama, di sebelah malamnya, selepas solat isya' saya dijemput untuk menyampaikan ceramah berkenaan dengan Rawatan Islam dan Gangguan Jin di Masjid Institut Kemahiran Belia Negara, Miri.
Selesai menyampaikan ceramah, saya bergegas ke beberapa lokasi di Miri, untuk merawat pesakit-pesakit yang sudah menghubungi saya sejak dari Kuala Lumpur lagi. Tugas merawat selesai pada pukul 2 pagi. Keesokan hari adalah hari kedua kursus. Demi perjuangan, tubuh yang letih tidak saya hiraukan.
Alhamdulillah... Allah beri saya kekuatan untuk meneruskan program-program tersebut sebagaimana yang telah dirancang. Terima kasih kepada para peserta yang datang samada dari Miri mahupun yang datang dari jauh, ada yang dari Brunei, ada yang dari Limbang, dari Bintulu pun ada... Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas pengorbanan anda semua demi untuk mendapatkan ilmu.
Gambar-gambar yang lain akan menyusul kemudian. InsyaAllah...











0 comments:
Post a Comment