Wednesday, March 17, 2010

Perjuangan Diteruskan.. Gambar Ceramah Di Masjid IKBN, Miri


Selesai kursus pada hari pertama, di sebelah malamnya, selepas solat isya' saya dijemput untuk menyampaikan ceramah berkenaan dengan "Rawatan Islam dan Gangguan Jin" di Masjid Institut Kemahiran Belia Negara, Miri.
Walaupun keletihan, saya tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Terima kasih kepada pihak penganjur, pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid, ustaz-ustaz, tuan-tuan, puan-puan dan semua pelajar IKBN Miri yang memberi sokongan untuk menjayakan ceramah saya pada malam tersebut.
Semoga apa yang kita kongsi pada malam itu dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Lagi Gambar Ceramah Di Masjid IKBN Miri, Sarawak