Friday, April 23, 2010

Saya ke Sibu, Sarawak - 23hb-26hb April 2010


Petang ini, insyaAllah saya akan ke Sibu, Sarawak untuk Kursus Perawat Advanced yang saya sampaikan secara tertutup (persendirian), serta tugas-tugas rawatan.
Hampir-hampir saya tersalah jadual penerbangan, saya ingatkan kapal terbang akan berlepas pagi. Setelah saya amati tiket, rupanya masa penerbangan saya adalah pada sebelah petang.
InsyaAllah Pusat Rawatan akan dibuka semula pada pagi selasa 27hb April 2010.

Thursday, April 22, 2010

Amalan Salah Undang Jin Pendamping - Part 2



Masalah jin pendamping ini bukan sahaja dihadapi oleh mereka-mereka yang menginginkan kehebatan berunsur keduniaan. Ahli-ahli thoreqat yang terpesong dari syariat Islam, mereka-mereka yang mempelajari ilmu-ilmu hakikat dan ma’rifat atau kononnya ilmu-ilmu rahsia juga terdedah kepada jin-jin pendamping ini.

Ada seorang kenalan saya yang amat menggemari amalan doa nur nubuwwah. Pada saya doa ini sangat bagus untuk diamalkan. Tetapi kesilapan yang beliau lakukan hanyalah mengambil doa tersebut dari seorang bomoh berhaluan kiri.


Kebetulan satu hari beliau mendapatkan rawatan dari seorang pengamal perubatan Islam, ketika itulah terbongkar bahawa tanpa disedari dia telah mewarisi hantu raya akibat dari amalan doa Nur Nubuwwah tersebut.


Ada seorang sahabat saya yang juga pernah mengambil kursus rawatan dengan saya baru-baru ini mengadu beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Sejak dia mempelajari “ilmu syahadah” di satu tempat yang tidak perlu saya dedahkan disini, dia merasakan dirinya mudah sensitif dan panas baran. Disamping mempelajari ilmu ketuhanan, perguruan tersebut juga menurunkan “ilmu gerak”, yang bukan semata-mata untuk persilatan tetapi juga pergerakan-pergerakan yang kononnya ada kena mengena dengan perhubungan hamba dan Kholiq (Allah swt).


Golongan-golongan tersebut saya kenali sebagai golongan yang tidak menjaga syariat. Pergaulan yang bebas dan bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dengan alasan persaudaraan. Mereka tidak menunaikan solat waktu, apatah lagi solat jumaat. Golongan-golongan seperti ini bersepah-sepah di negara kita. Mereka ini saya golongkan sebagai golongan yang sesat dan menyesatkan.


Baru-baru ini, sewaktu kursus saya di Alor Setar, seorang peserta bertanyakan saya samada boleh atau tidak dia belajar ilmu tenaga dalam / aura / metafizik dari kumpulan yang sama yang saya sebutkan diatas. Jawapan saya mudah, kumpulan tersebut tidak menjaga syariat, tidak menjaga solat, bagaimana kita hendak mengambil ilmu dari seseorang yang secara terang-terangan tidak mengikut syariat Islam. Buat malu nama metafizik, buat malu nama aura… disebabkan nila yang beberapa titik ni… tercemar semua nama-nama ilmu yang berkaitan dengan aura, metafizik, kebatinan dan tenaga dalam.


Berbalik kepada cerita sahabat saya tadi, setelah diminta untuk dirawat, saya pun memulakan rawatan keatasnya. Belum sempat saya baca doa pembuka untuk rawatan, tiba-tiba jari-jari tangannya bergerak sendiri membentuk simbol syahadah perguruan yang dipelajarinya itu. Kemudian kakinya pula bergerak membuka pencak silat, sahabat-sahabat lain yang kebetulan menemani beliau mula bangun dan bersedia untuk sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Saya masih duduk dihadapannya dan hanya menggunakan teknik melemahkan dan mengunci keganasan jin. Setelah beberapa kali amaran saya tidak diendahkan oleh jin tersebut, saya bertindak menggunakan kaedah tikaman sula.


Jin yang daripada tadi bergaya dengan berpencak silat, menyusun kedua belah tangan memohon ampun sambil menangis, merayu agar saya tidak memisahkannya dengan sahabat saya itu. Macam-macam alasan yang diberi, kononnya dia sayang dan kasihkan sahabat saya itu. Semua itu adalah dialog-dialog standard seekor jin yang menagih simpati.


Ada diantara pesakit-pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan, saya tahu mereka mempunyai ilmu yang ada jin pendamping. Tetapi tidak lah saya terus menyalahkan mereka. Cuma kaedah yang saya gunakan ialah kembalikan semuanya kepada keputusan Allah swt.


“Ya Allah, sekiranya ada diantara perbuatan dan amalanku selama ini yang tidak Engkau redha dan mengundang kehadiran jin pendamping, maka pada hari ini aku isytiharkan aku putuskan semua perhubungan tersebut dan aku bertaubat kepadaMU”


Ada juga diantara jin-jin pendamping yang memaut erat tuannya walaupun setelah “akujanji” pelepasan telah dibuat…Bila ditanya mengapa begitu…? Jawabnya saya lafaz di mulut tetapi hati saya masih sayangkan ilmu tersebut…. Habis tu nak buat macamana… saya dah jalankan tanggungjawab untuk menyampaikan yang haq…simpanlah jin tu…saya doakan moga-moga sebelum mati nanti sempat bertaubat..


Takkan nak suruh rampas cara paksa kut… J … nanti dia jawab dalam islam tak de paksaan… ;-)


Amalan Salah Undang Jin Pendamping - Part 1


Akhir-akhir ini saya tak reti nak cerita apa dah… walaupun ada banyak kisah-kisah pengalaman semasa merawat… saya tak tahu nak pilih kisah yang mana satu… nak cerita apa ye?...


…Oleh kerana minggu lepas saya ada merawat kes gangguan akibat amalan salah. Maka saya rasa eloklah saya berkongsi kisah tersebut.


Ada sesetengah ilmu-ilmu dan amalan-amalan seperti ilmu persilatan, ilmu kebatinan, pengasih, kebal, ilmu gagah, ilmu ghaib, pendinding diri, pelaris perniagaan, ilmu tenaga dalam dan lain-lain ilmu yang dipelajari dan diamalkan oleh masyarakat kita menyimpang dari syari’at islam dan mengundang kehadiran jin pendamping. Kebiasaannya masalah jin pendamping ini tidak diketahui oleh si pengamal kecuali setelah berlaku beberapa perkara yang menimbulkan masalah didalam kehidupan mereka.


Masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan amalan salah ialah panas baran dan sensitif yang keterlaluan, gila isim, selalu bergaduh, rezeki yang tersekat-sekat, rumah tangga porak peranda, mental dan emosi yang tidak stabil, ada juga sehingga melibatkan kehilangan bayi didalam perut isteri yang mengandung.


Kebanyakan mereka yang tertipu dengan amalan-amalan yang menyimpang ini adalah mereka yang berhajat untuk mendapat kehebatan di dunia dengan jalan yang singkat.


Tipu daya yang halus dan licik ini pula dikaburi dengan syarat-syarat amalan yang selari dengan hukum syara’ seperti tidak boleh tinggal solat waktu, tidak boleh minum arak, tidak boleh berjudi dan berzina, serta lain-lain perkara yang jika kita lihat secara mata kasar ianya adalah sangat baik kerana itu adalah perkara-perkara yang diwajibkan didalam agama.


Sebenarnya, pengamal ilmu-ilmu tersebut telah mensyirikkan Allah swt tanpa mereka sedari. Ketaatan yang mereka lakukan seperti menjaga solat lima waktu, tidak minum arak, tidak berjudi dan tidak berzina itu sebenarnya mereka lakukan semata-mata untuk melaksanakan syarat-syarat ilmu yang dipelajari. Dalam erti kata lain mereka melakukan perkara-perkara ketaatan bukan kerana Allah, tetapi kerana ilmu-ilmu keduniaan tersebut.


Setelah mereka menerima atau mengamalkan amalan-amalan tersebut maka bermulalah satu episod hitam didalam kehidupan. Mereka mendapat teman karib yang baru yang kita namakan sebagai jin pendamping.


Ada seorang sahabat saya yang mempelajari “silat gerak”. Diantara kaedah amalannya adalah dengan mengucap dua kalimah syahadah, beristighfar, dan kemudian berdoa kepada Allah swt untuk memberinya gerak-gerak silat yang dihajatinya. Kemudian dia hanya membiarkan pergerakan tubuh badannya bergerak sendiri sambil berzikir Allah..Allah..Allah…


Apa yang menariknya dia boleh melakukan apa juga gerak silat yang dihajatinya di dalam keadaan sedar, dan apabila dia hendak berhenti cukup hanya dengan berniat dihati., kemudian pergerakan tersebut akan berhenti sendiri.


Perkara ini agak memeranjatkan saya, kerana secara zahirnya kaedah amalan tersebut tidak ada apa-apa yang salah dari segi hukum syara’. Dan setahu saya memang ada ilmu silat gerak yang tidak dipengaruhi atau dicampuri oleh jin-jin pendamping yang menggunakan kaedah atau kaifiat sebegitu.


Perkara ini terbongkar apabila sahabat saya itu mengikuti kursus rawatan islam disebuah pusat perubatan. Sewaktu sessi praktikal tiba-tiba dia bersilat tanpa kawalan. Pergerakan silatnya tidak dapat ditahan-tahan walaupun dia didalam keadaan sedar dan masih sempat tersenyum.


Pada minggu yang lalu dia meminta saya memeriksa dirinya samada jin pendamping itu masih ada atau tidak. Setelah melakukan pemeriksaan, saya dapati saki baki jin-jin tersebut masih ada. Dan apa yang saya dapati, ada seekor jin yang menjadi ketua disebalik jin-jin pendamping yang lain.


Saya ajar sahabat saya itu satu kaedah untuk melihat diri batinnya sendiri. Setelah mencuba beberapa kali, akhirnya dia dapat melihat wajah sebenar disebalik masalahnya selama ini. Wajah yang hampir serupa dengan wajahnya tetapi kelihatan sangat garang dan bermata merah… Siapakah itu…?


Sahabat saya ini ada mengikuti kursus rawatan yang saya anjurkan baru-baru ini, insyaAllah dia mampu menghapuskan semua gangguan-gangguan tersebut. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan beliau.

Monday, April 19, 2010

Catatan Kursus Rawatan Islam (Perawat Intensif) - Alor Setar, Kedah.


Alhamdulillah… Segala Puji Bagi Allah swt yang telah mempermudahkan segala urusan untuk Kursus Rawatan Islam (Perawat Intensif) pada 16hb dan 17hb April, Di Alor Setar, Kedah. Terima Kasih saya ucapkan kepada pihak pengurusan Muzium Negeri Kedah yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menganjurkan kursus tersebut di Dewan Theatrette Muzium Negeri. Tidak lupa kepada Saudara Azfarizal, selaku urusetia yang telah bekerja keras bagi memastikan segalanya berjalan lancar, juga kepada Saudara Ikram, saya ucapkan berbanyak terima kasih diatas segala bantuan yang diberikan, serta semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut.

Kepada semua peserta kursus, saya mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga ilmu yang dikongsi pada hari tersebut dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat. Diharap ilmu tersebut dipelihara dan diamalkan dengan sebaik mungkin serta digunakan untuk kebaikan dunia dan akhirat….


"… Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti” (Ali ‘Imran : 193)


…watawaffanaa ma’al abrar… watawaffanaa ma’al abrar…

Pendaftaran...

Memberi Penerangan

Khusyuk Mendengar...

Apa benda yang bulat-bulat di gambar tu...?

Sessi Praktikal...





Kepada Semua peserta... Selamat Menempuh Alam Rawatan...

Tuesday, April 13, 2010

Kursus Rawatan Islam Di Dewan Mesyuarat, Majlis Daerah Ranau, Sabah - 15 & 16 Mei 2010


Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNYA, insyaAllah saya akan menganjurkan Kursus Rawatan Islam (perawat intensif) Untuk Diri Dan Keluarga, kali ini di Masjid Pekan, Ranau, Sabah (dua jam perjalanan dari Kota Kinabalu). Maklumat kursus adalah seperti yang tertera di bawah.


KURSUS RAWATAN ISLAM (PERAWAT INTENSIF) UNTUK DIRI DAN KELUARGA

Pada : 15hb DAN 16hb MEI 2010

Tempat : DEWAN MESYUARAT, MAJLIS DAERAH RANAU,
SABAH

Fasilitator : USTAZ AZRIN ABDUL KARIM

Yuran : RM 150.00


Sila Hubungi :- Ustaz Azrin 013-3239822 / En Idris 019 8878414 / En Jupirin 019 8957676

(Sila sms-kan nama, no kad pengenalan dan alamat ringkas kepada no diatas. Sila hubungi awal untuk pengesahan kehadiran kerana penyertaan adalah terhad)


KURSUS RAWATAN ISLAM UNTUK DIRI DAN KELUARGA ini diadakan, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang jenis-jenis gangguan, tanda-tanda dan cara-cara untuk menangani masalah-masalah spiritual yang berkaitan dengan gangguan jin seperti sihir, saka dan lain-lain. InsyaAllah, selepas menghadiri kursus, peserta yang berkemampuan sudah boleh menjadi perawat. Diantara perkara-perkara yang akan disampaikan ialah :

Pengenalan Alam Jin dan amalan ahli sihir
Jenis-jenis gangguan Jin dan Sihir
Tanda-tanda gangguan
Rahsia kekuatan minda manusia
Rawatan Ruqyah Syar’iyyah sebagai ikhtiar

Teknik-teknik rawatan seperti :

- Mengesan (scanning) gangguan pada pesakit
- Teknik-teknik Ruqyah
- Teknik-teknik berdialog dengan jin
- Teknik mengesan penipuan jin
- Teknik menarik bisa gangguan atau menarik jin
- Teknik memasung dan mengunci pergerakan jin
- Teknik memancung / menikam / menyerang jin
- Teknik-teknik serangan keatas jin dan ahli sihir
- Teknik memindahkan jin.
- Teknik memagar rumah / kedai / sekolah dari gangguan jin
- Teknik rawatan jarak jauh
- Teknik menyediakan air rawatan

Amalan Perlindungan Diri :
- amalan-amalan perlindungan diri warisan ulama’ silam
- rahsia zikirullah
- rahsia pernafasan untuk membenteng diri

Pengijazahan amalan

Wednesday, April 7, 2010

Tentatif Kursus Rawatan Islam Di Alor Setar - 16hb & 17hb April










KURSUS RAWATAN UNTUK DIRI DAN KELUARGA

PADA : 16hb APRIL 2010 DAN 17hb APRIL 2010

TEMPAT : DEWAN THEATRETTE, MUZIUM NEGERI KEDAH, LEBUHRAYA DARUL AMAN, BAKAR BATA 05100 ALOR SETAR, KEDAH

FASILITATOR : USTAZ AZRIN ABDUL KARIM

YURAN : RM 150.00

SILA HUBUNGI : USTAZ AZRIN 013 3239822 / EN AZFA RIZAL 012 5144106

ATURCARA MAJLIS

HARI PERTAMA - 16HB APRIL 2010

8.00am : Pendaftaran

9.00am : Pengenalan Alam Jin dan amalan ahli sihir

10.00am : Minum Pagi

10.20am : Jenis-jenis gangguan Jin dan Sihir, Tanda2 gangguan, Rawatan Ruqyah Syar’iyyah sebagai ikhtiar

12.00am : Rehat / Makan tengahari / Solat Jumaat

2.30pm : Mengenal diri melalui rahsia kekuatan minda

4.15pm : Minum Petang / Solat Asar

4.45pm : Asas seorang perawat, kelengkapan2 perawat dan langkah2 asas didalam rawatan, Ayat2 ruqyah, amalan-amalan perlindungan diri dan rawatan

5.45pm - Bersurai

HARI KEDUA - 17 APRIL 2010

9.00am : Amalan warisan ulama’ silam, Ibu Ruqyah – rahsia surah al-fatihah, Rahsia zikirullah, dan rahsia pernafasan untuk membenteng diri, praktikal latihan pernafasan

10.00am : Minum Pagi

10.20am : Simulasi Rawatan dan teori kaedah-kaedah rawatan

12-40pm : Rehat / Makan tengahari / Solat Zohor

2.15pm : Pengijazahan, Praktikal, Rahsia Perawat Cemerlang, Soal Jawab, Penutup

4.15pm : Minum Petang, Solat Asar dan Bersurai

Semoga Allah swt merahmati dan memudahkan segala urusan di majlis kita pada hari tersebut. Amin.

Sunday, April 4, 2010

Menyerang Balas Ahli Sihir...


Sudah lama saya tak menulis tentang kisah-kisah rawatan. Maklumlah… saya agak sibuk dengan tugas-tugas merawat dan mengadakan kursus…. Kali ini saya nak kongsi kisah yang agak lain sikit dari kisah-kisah yang sebelumnya. Semoga kisah ini menjadi i’tibar bagi sesiapa yang suka mengamalkan perbuatan sihir.


Satu ketika dulu saya didatangi oleh seorang wanita yang mengadu dirinya terkena perbuatan sihir. Dia mengesyaki sihir tersebut adalah angkara jiran dihadapan rumahnya yang kononnya bersaka dan menggunakan saka tersebut untuk menyerang sesiapa yang tidak sehaluan dengannya.


Saya menasihati wanita tersebut agar tidak mengesyaki yang bukan-bukan. Tetapi wanita tersebut bermati-matian mempertahankan dakwaannya, menurutnya lagi perkara ini turut disahkan oleh anak dan suami jirannya itu.


Seperti biasa saya memulakan rawatan dengan bacaan ruqyah, dan berlakulah babak-babak pertarungan dengan jin saka merangkap jin sihir. Saat-saat sebeginilah sangat sesuai untuk seorang perawat mengasah skill-skill peperangan atau “test power”. Dan inilah kali pertama saya menggunakan “Teknik Serangan Zikir Alam Semesta”. Hasilnya sangat-sangat memberangsangkan.


Didalam rawatan ini juga saya membuat keputusan untuk menyerang ahli sihir yang terbabit. Kebiasaannya, jarang saya melakukan serang balas, tetapi pada hari tu “signal” dah sampai… saya pun tidak melepaskan peluang keemasan… dengan izin Allah saya melancarkan serangan demi serangan kepada tuan empunya jin tersebut.


Beberapa hari kemudian saya mendapat panggilan dari pesakit wanita tersebut. Dia memberitahu bahawa jiran dihadapan rumahnya yang menghantar sihir tersebut sudah meracau-racau dan separuh gila. Adakah ini akibat dari serangan balas yang saya lakukan tempoh hari…? Wallahua’lam.


Seminggu kemudian pesakit wanita itu menelefon saya lagi, beliau mendapat tahu dari suami ahli sihir itu yang mereka pergi berjumpa bomoh untuk berubat. Menurutnya lagi bomoh tersebut tertanya-tanya dan cuba mencari siapakah yang menyerang ahli sihir itu. Kemungkinan bomoh tersebut ingin melakukan serang balas pula.


Asas rawatan saya adalah menyerahkan diri bulat-bulat kepada Allah… “Wama romaita iz romaita wala kinnallaha roma” (…bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allahlah yang melempar… – Surah Al-Anfaal ayat 17).


Kalau benar bomoh tersebut nak melakukan serangan balas… cubalah serang Allah swt...

Ujian Guru Kepada Murid...


Semenjak saya mengadakan kursus di Miri, Sarawak pada bulan lepas, saya menerima banyak pelawaan untuk mengadakan kursus di merata-rata tempat. Alhamdulillah, selagi saya masih mampu untuk menyebarkan ilmu rawatan ini, insyaALlah saya akan teruskan perjuangan.


Didalam menyampaikan ilmu, saya mempunyai prinsip yang tersendiri. Saya telah dididik dan dilatih untuk sentiasa menjaga adab dan tertib apabila berhadapan dengan ilmu. Ada diantara waktu-waktu tertentu, guru-guru menguji saya tanpa saya sedari.


Saya masih ingat satu ketika dulu, guru saya merahsiakan baju melayu yang ingin dihadiahkannya kepada saya, dia menguji samada saya dapat mengesan niatnya itu atau tidak. Syukur kehadrat Allah swt, berbekalkan hati yang ikhlas untuk menuntut ilmu kebanyakan dari ujian-ujian yang diberikan itu saya lulus.


Pengorbanan didalam mencari ilmu bukanlah kecil, selain dari wang ringgit dan masa, saya banyak mengorbankan perasaaan saya sendiri kerana menempuh bermacam-macam karenah dengki, khianat serta fitnah manusia. Dan saya anggap itu semua adalah ujian dari Allah untuk mematangkan diri saya.


Oleh yang demikian saya sangat-sangat menghargai ilmu, walaupun ianya datang dari seorang budak kecil sekalipun. Guru saya berpesan “lagi tinggi ilmu seseorang maka lagi tinggi adabnya, jika rendah adabnya maka rendahlah pula ilmunya”.


Wang dan keuntungan bukanlah menjadi faktor utama didalam saya menyampaikan ilmu. Keinginan yang tinggi, hati yang ikhlas, beradab dan amanah didalam menjaga ilmu Allah adalah diantara perkara-perkara yang sangat diberatkan bagi sesiapa yang mengikuti kursus saya.


Sebagaimana guru-guru saya pernah menguji saya dahulu, adakalanya didalam diam saya juga menguji murid-murid yang saya rasakan perlu untuk diuji. Mengapa saya perlu melakukan sedemikian…? Siapa yang jadi guru tahulah jawapannya... :-)