
Masalah jin pendamping ini bukan sahaja dihadapi oleh mereka-mereka yang menginginkan kehebatan berunsur keduniaan. Ahli-ahli thoreqat yang terpesong dari syariat Islam, mereka-mereka yang mempelajari ilmu-ilmu hakikat dan ma’rifat atau kononnya ilmu-ilmu rahsia juga terdedah kepada jin-jin pendamping ini.
Kebetulan satu hari beliau mendapatkan rawatan dari seorang pengamal perubatan Islam, ketika itulah terbongkar bahawa tanpa disedari dia telah mewarisi hantu raya akibat dari amalan doa Nur Nubuwwah tersebut.
Golongan-golongan tersebut saya kenali sebagai golongan yang tidak menjaga syariat. Pergaulan yang bebas dan bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dengan alasan persaudaraan. Mereka tidak menunaikan solat waktu, apatah lagi solat jumaat. Golongan-golongan seperti ini bersepah-sepah di negara kita. Mereka ini saya golongkan sebagai golongan yang sesat dan menyesatkan.
Baru-baru ini, sewaktu kursus saya di Alor Setar, seorang peserta bertanyakan saya samada boleh atau tidak dia belajar ilmu tenaga dalam / aura / metafizik dari kumpulan yang sama yang saya sebutkan diatas. Jawapan saya mudah, kumpulan tersebut tidak menjaga syariat, tidak menjaga solat, bagaimana kita hendak mengambil ilmu dari seseorang yang secara terang-terangan tidak mengikut syariat Islam. Buat malu nama metafizik, buat malu nama aura… disebabkan nila yang beberapa titik ni… tercemar semua nama-nama ilmu yang berkaitan dengan aura, metafizik, kebatinan dan tenaga dalam.
Berbalik kepada cerita sahabat saya tadi, setelah diminta untuk dirawat, saya pun memulakan rawatan keatasnya. Belum sempat saya baca doa pembuka untuk rawatan, tiba-tiba jari-jari tangannya bergerak sendiri membentuk simbol syahadah perguruan yang dipelajarinya itu. Kemudian kakinya pula bergerak membuka pencak silat, sahabat-sahabat lain yang kebetulan menemani beliau mula bangun dan bersedia untuk sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
Saya masih duduk dihadapannya dan hanya menggunakan teknik melemahkan dan mengunci keganasan jin. Setelah beberapa kali amaran saya tidak diendahkan oleh jin tersebut, saya bertindak menggunakan kaedah tikaman sula.
Jin yang daripada tadi bergaya dengan berpencak silat, menyusun kedua belah tangan memohon ampun sambil menangis, merayu agar saya tidak memisahkannya dengan sahabat saya itu. Macam-macam alasan yang diberi, kononnya dia sayang dan kasihkan sahabat saya itu. Semua itu adalah dialog-dialog standard seekor jin yang menagih simpati.
“Ya Allah, sekiranya ada diantara perbuatan dan amalanku selama ini yang tidak Engkau redha dan mengundang kehadiran jin pendamping, maka pada hari ini aku isytiharkan aku putuskan semua perhubungan tersebut dan aku bertaubat kepadaMU”
Takkan nak suruh rampas cara paksa kut… J … nanti dia jawab dalam islam tak de paksaan… ;-)