Sunday, April 4, 2010

Ujian Guru Kepada Murid...


Semenjak saya mengadakan kursus di Miri, Sarawak pada bulan lepas, saya menerima banyak pelawaan untuk mengadakan kursus di merata-rata tempat. Alhamdulillah, selagi saya masih mampu untuk menyebarkan ilmu rawatan ini, insyaALlah saya akan teruskan perjuangan.


Didalam menyampaikan ilmu, saya mempunyai prinsip yang tersendiri. Saya telah dididik dan dilatih untuk sentiasa menjaga adab dan tertib apabila berhadapan dengan ilmu. Ada diantara waktu-waktu tertentu, guru-guru menguji saya tanpa saya sedari.


Saya masih ingat satu ketika dulu, guru saya merahsiakan baju melayu yang ingin dihadiahkannya kepada saya, dia menguji samada saya dapat mengesan niatnya itu atau tidak. Syukur kehadrat Allah swt, berbekalkan hati yang ikhlas untuk menuntut ilmu kebanyakan dari ujian-ujian yang diberikan itu saya lulus.


Pengorbanan didalam mencari ilmu bukanlah kecil, selain dari wang ringgit dan masa, saya banyak mengorbankan perasaaan saya sendiri kerana menempuh bermacam-macam karenah dengki, khianat serta fitnah manusia. Dan saya anggap itu semua adalah ujian dari Allah untuk mematangkan diri saya.


Oleh yang demikian saya sangat-sangat menghargai ilmu, walaupun ianya datang dari seorang budak kecil sekalipun. Guru saya berpesan “lagi tinggi ilmu seseorang maka lagi tinggi adabnya, jika rendah adabnya maka rendahlah pula ilmunya”.


Wang dan keuntungan bukanlah menjadi faktor utama didalam saya menyampaikan ilmu. Keinginan yang tinggi, hati yang ikhlas, beradab dan amanah didalam menjaga ilmu Allah adalah diantara perkara-perkara yang sangat diberatkan bagi sesiapa yang mengikuti kursus saya.


Sebagaimana guru-guru saya pernah menguji saya dahulu, adakalanya didalam diam saya juga menguji murid-murid yang saya rasakan perlu untuk diuji. Mengapa saya perlu melakukan sedemikian…? Siapa yang jadi guru tahulah jawapannya... :-)