Monday, May 24, 2010

Jangan zikir banyak2 nanti gila isim...?

Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji bagi Allah swt yang telah mengurniakan hamba yang dhoif ini kekuatan untuk terus menulis dan berkongsi luahan rasa dan cerita dengan para pembaca sekelian. Sebenarnya saya baru sihat dari demam yang agak teruk, sehingga saya terpaksa membatalkan kebanyakan temujanji rawatan. Alhamdulillah sekarang badan sudah terasa sihat, cuma bila berjalan ada rasa terhoyong-hayang sedikit. InsyaAllah, saya beransur sihat sepenuhnya.

Untuk kisah kali ini, saya akan bawa para pembaca semua melihat keindahan bumi sabah, sambil membaca cerita terbaru... Gambar-gambar ini diambil sehari selepas kursus di Ranau, Sabah. InsyaAllah sambil bercerita kita tengok gambar ye…

Saya, En Jupirin dan En Idris Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu

Kawasan Rekreasi Stesen Mata Air Panas Poring


Bermain-main dengan Ikan Kelah

Ok... kita dengar cerita saya pula...

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seseorang yang bertanyakan, tidak mengapakah berzikir sampai berpuluh ribu…tidakkah nanti akan jadi gila isim. Saya tanya kembali, siapa yang beritahu begitu… dia kata seorang Perawat Islam yg menggunakan label Pusat Rawatan Islam yang terkemuka di Malaysia ni yang beritahu…

Kenapa dia cakap begitu…? Dia bercerita dari awal... Adiknya mengalami gangguan emosi yang amat sangat, jika ditafsirkan pada pandangan perawat Alternatif, ianya dikategorikan sebagai masalah gangguan jin. Atas saranan seorang ustaz juga, adiknya sebelum ini ada mengamalkan zikir-zikir tertentu untuk menghampirkan diri kepada Allah, sekaligus dengan tujuan untuk membenteng diri dari serangan makhluk halus tersebut. Keadaan adiknya semakin tidak stabil, gangguan semakin teruk. Jadi mereka bercadang untuk membawa adiknya berjumpa dengan perawat yang menggunakan label Pusat Rawatan Islam yang terkenal itu.

Tetapi ketika mereka bertemu perawat tersebut, perawat itu tidak dapat scan jin yang ada dalam tubuh pesakit, jadi ia mengandaikan bahawa pesakit berkemungkinan gila isim, itulah jawapan yang diberi oleh perawat tersebut, dan perawat tersebut minta hamba Allah itu hentikan zikir yang diamalkannya tersebut…

Apakah zikirnya…? Dia mengamalkan zikir LA ILAHA ILL ALLAH - target zikir 70,000 dan niat zikir hanya semata-mata kerana Allah...

Jawapan saya senang saja.. orang yang selalu nyanyi karaoke, berjoget kat disko, suka mengumpat dan mengeji orang tu tak pula gila isim

Orang yang sibuk menyebut nama Allah pula yang gila isim... kenapa ye..?

Pada saya masalah gila isim ini terjadi kerana beberapa faktor, diantara penyebabnya zikir yang beratus ribu yang diamalkannya itu bukanlah zikir kerana Allah tetapi kerana niat-niat keduniaan seperti hendakkan ilmu kebal, hendakkan ilmu halimunan, hendakkan pendinding diri dan sebagainya.

Kemudian berkemungkinan zikir tersebut tidak mempunyai sanad yang bersih. Berkemungkinan zikir itu diambil dari guru yang bercampur aduk amalannya diantara yang haq dan yang bathil, atau mungkin juga diambil dari buku-buku dan diamalkan tanpa berguru.

Atau berkemungkinan ianya adalah akibat dari kesalahan si pengamal itu sendiri, sudah diijazahkan amalan zikir yang elok-elok tetapi diri sendiri yang mencampur adukkan amalan tersebut dengan amalan-amalan lain yang bathil.

Jadi adakah salah amalan-amalan zikir yang mempunyai fadhilat-fadhilat tertentu..? Tidak Salah… yang penting berguru atau merujuk dengan guru-guru yang dipercayai dan diyakini sumber keilmuannya.

Guru yang berpengalaman dapat membaca berapa dos maksimum yang dapat ditampung oleh seseorang... perumpamaan zikir yang tidak sesuai pada si pengamal adalah seperti kereta kancil pakai enjin ferarri turbo, tak sesuai.. boleh jadi mudharat... tapi setakat zikir LA ILAHA ILL ALLAH 70,000 itu biasa la tu...tak de gila isimnya... yang penting ada guru...

Berkemungkinan jin yang berada di tubuh pesakit yang mengamalkan zikir tersebut panas dan ianya mengakibatkan pesakit tersebut tidak stabil, kadangkala mengalami bisa badan, atau angin keluar dengan banyak, rasa gatal-gatal, mengantuk yang keterlaluan, jika pesakit terlalu lemah dan gangguan terlalu serius ada juga yang kerasukan ketika beramal.

Ini adalah perkara biasa bagi mereka yang mempunyai gangguan. Makhluk-makhluk yang mengganggu itu kesakitan ketika mereka beramal dan seboleh-bolehnya akan menghalang secara habis-habisan.

Jadi perawat perlu berhati-hati didalam membuat kenyataan, dikhuatiri tanpa sengaja perawat terfitnah orang lain... dan memfitnah perkara-perkara yang haq...

Allah swt Maha Cahaya.. Allahu nurussama wati wal ardhi... Allah cahaya langit dan bumi.... Asma' Allah juga bercahaya.... insan yang sentiasa berzikir dan menyebut-nyebut nama Allah juga mendapat limpahan cahaya tersebut... semoga cahaya zikir itu hidup didalam diri si pengamalnya sehingga setiap zarah tubuh insan akan berzikir Allah... Allah.. Allah...Allah...

Gila isim ke macam ni...?

Tuesday, May 18, 2010

Catatan Dan Gambar Kursus Rawatan Islam Di Ranau Sabah

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah swt, dengan izin dan limpah kurniaNYA, Kursus Rawatan Islam (Perawat Intensif) di Ranau, Sabah telah berjaya diadakan pada 15hb dan 16hb Mei yang lalu. Terima Kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada En Idris selaku pembantu saya, juga kepada pihak penganjur iaitu En Jupirin dan sahabat-sahabat beliau, serta tidak ketinggalan kepada semua peserta yang telah menjayakan kursus selama dua hari itu.

Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan bersama untuk diri, keluarga dan masyarakat.
Ilmu rawatan tidak habis disini sahaja dan tidak akan pernah habis, kerana ilmu Allah swt terlalu luas. Oleh itu proses pembelajaran adalah satu perkara yang berterusan sehingga ke akhir hayat.

Semoga Allah swt memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua pada setiap pandangan, penglihatan, pendengaran dan tutur kata, pada setiap lintasan-lintasan hati, pada setiap detik dan waktu, pada setiap gerak dan diam, pada setiap turun naik nafas, pada setiap zarah kehidupan yang kita lalui dan semoga dengan itu kita mendapat kejayaan untuk agama, diri, dunia dan akhirat. Amin.

Di sini saya paparkan beberapa gambar sewaktu kursus tempohari untuk tatapan kita bersama.


En Jupirin Selaku Penganjur Kursus sedang menguruskan pendaftaran peserta.


Menerangkan tentang keluasan ilmu scanning



Ingat ye... tangan perlu dibenteng...



Sessi Praktikal

Waahh... baik punya tarik... baguss... itulah kesungguhan...


Dah tarik jangan buang merata-rata ye... bahaya...


Menjamu selera


Semoga bertemu lagi...

Selamat Melangkah Ke Alam Rawatan...

Friday, May 14, 2010

Minyak Wangi Buat Jin Muntah...



Bau wangi merupakan santapan roh, ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi kesegaran rohani dan dapat membangkitkan semangat dalaman seseorang. Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia.

Bau-bau wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya, manakala syaitan-syaitan amat membencinya, kerana diantara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan.

Sudah beberapa kali saya menyapukan minyak wangi dihidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah, jin yang menganggu akan komplen minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu.

Kerana itulah diantara tanda-tanda mereka yang mengalami masalah gangguan jin, adalah tidak suka pada bau-bau wangian.

Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya.

Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan.

Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi.

Minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat. Ini adalah kerana campuran alkohol pada zat bunga itu, akan "membunuh" zat bunga tersebut.

Didalam alam kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan). Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian. Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan dengan tenaga batin. Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual.

Untuk tujuan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayatul Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat al-quran, selawat atau zikir-zikir tertentu.

Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pelaris dan pemanis. Cuma ianya memerlukan kaedah-kaedah yang khusus dan niat yang baik dari si pemakai. Ini adalah untuk mengelakkan kehadiran jin pendamping.

Tuesday, May 11, 2010

Tentatif Kursus Rawatan Islam Di Ranau, Sabah - 15 & 16 Mei

Untuk Makluman peserta-peserta Kursus Rawatan Islam Di Ranau, Sabah pada 15hb dan 16hb Mei ini. Lokasi kursus adalah di Dewan Mesyuarat Majlis Daerah Ranau, Sabah.

KURSUS RAWATAN UNTUK DIRI DAN KELUARGA (PERAWAT INTENSIF)

PADA : 15hb MEI 2010 DAN 16hb MEI 2010

TEMPAT : DEWAN MESYUARAT MAJLIS DAERAH RANAU, SABAH.

FASILITATOR : USTAZ AZRIN ABDUL KARIM

YURAN : RM 150.00

SILA HUBUNGI : EN IDRIS 019 8878414 / EN JUPIRIN 019 8957676 /

USTAZ AZRIN 013 3239822

ATURCARA MAJLIS

HARI PERTAMA - 15HB MEI 2010

07.15am : Pendaftaran

08.00am : Pengenalan Alam Jin dan amalan ahli sihir, Jenis-jenis gangguan Jin dan Sihir

09.30am : Minum Pagi

10.00am : Tanda2 gangguan, Rawatan Ruqyah Syar’iyyah, Mengenal Rahsia Kekuatan Minda

12.10pm : Rehat / Makan tengahari / Solat Zohor

01.40pm : Asas seorang perawat, kelengkapan2 perawat dan langkah2 asas didalam rawatan

03.30pm : Solat Asar / Minum Petang

04.00pm : Ayat2 ruqyah, amalan-amalan perlindungan diri dan Rawatan , amalan ulama’ silam

05.00pm : Bersurai

HARI KEDUA - 16 MEI 2010

08.00am : Ibu Ruqyah – rahsia surah al-fatihah, Rahsia zikirullah, dan rahsia pernafasan untuk membenteng diri, praktikal latihan pernafasan

09.30am : Minum Pagi

10.00am : teori kaedah-kaedah Rawatan, Praktikal

12-10pm : Rehat / Makan tengahari / Solat Zohor

01.40pm : Sambungan Praktikal, Rahsia Perawat Cemerlang

3.30pm : Solat Asar / Minum Petang

4.00pm : Soal jawab, pengijazahan

5.00pm : Bersurai

Semoga Allah swt merahmati dan memudahkan segala urusan di majlis kita pada hari tersebut. Amin.

Sunday, May 2, 2010

Selesai Kursus Perawat Advanced 01 Mei 2010...


Alhamdulillah... Selesai sudah Kursus Perawat Tahap Advanced yang diadakan di Taman Keramat, Kuala Lumpur. Didalam kursus ini, peserta didedahkan dengan pengisian ilmu tahap Advanced, teknik-teknik rawatan jarak dekat dan jarak jauh tahap Advanced, teknik memantapkan tenaga dalam, amalan dan latihan scanning / mata batin / kembara minda tahap Advanced serta Kuasa Minda tahap Advanced.

Kursus Perawat Advanced ini terbuka kepada mereka yang pernah mengikuti Kursus Rawatan Islam (Perawat Intensif). Atau kepada mereka yang ingin mengikuti Kursus rawatan untuk kedua-dua tahap sekaligus.

Untuk kursus-kursus rawatan yang diadakan di Kuala Lumpur, peserta terhad kepada lima orang sahaja. Ini adalah kerana kursus tersebut diadakan di bilik rawatan yang boleh memuatkan kurang dari sepuluh orang.

Ada juga diantara peserta yang hadir terdiri dari mereka yang mahukan pembelajaran dengan cara perseorangan. Oleh yang demikian kursus-kursus yang saya anjurkan diadakan pada bila-bila masa bergantung kepada permintaan walaupun hanya seorang peserta.

Kursus yang diberi berkonsep personal guide. Bagi sesiapa yang berminat sila hubungi / sms atau emailkan nama, no kad pengenalan dan alamat.