Monday, May 24, 2010

Jangan zikir banyak2 nanti gila isim...?

Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji bagi Allah swt yang telah mengurniakan hamba yang dhoif ini kekuatan untuk terus menulis dan berkongsi luahan rasa dan cerita dengan para pembaca sekelian. Sebenarnya saya baru sihat dari demam yang agak teruk, sehingga saya terpaksa membatalkan kebanyakan temujanji rawatan. Alhamdulillah sekarang badan sudah terasa sihat, cuma bila berjalan ada rasa terhoyong-hayang sedikit. InsyaAllah, saya beransur sihat sepenuhnya.

Untuk kisah kali ini, saya akan bawa para pembaca semua melihat keindahan bumi sabah, sambil membaca cerita terbaru... Gambar-gambar ini diambil sehari selepas kursus di Ranau, Sabah. InsyaAllah sambil bercerita kita tengok gambar ye…

Saya, En Jupirin dan En Idris Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu

Kawasan Rekreasi Stesen Mata Air Panas Poring


Bermain-main dengan Ikan Kelah

Ok... kita dengar cerita saya pula...

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seseorang yang bertanyakan, tidak mengapakah berzikir sampai berpuluh ribu…tidakkah nanti akan jadi gila isim. Saya tanya kembali, siapa yang beritahu begitu… dia kata seorang Perawat Islam yg menggunakan label Pusat Rawatan Islam yang terkemuka di Malaysia ni yang beritahu…

Kenapa dia cakap begitu…? Dia bercerita dari awal... Adiknya mengalami gangguan emosi yang amat sangat, jika ditafsirkan pada pandangan perawat Alternatif, ianya dikategorikan sebagai masalah gangguan jin. Atas saranan seorang ustaz juga, adiknya sebelum ini ada mengamalkan zikir-zikir tertentu untuk menghampirkan diri kepada Allah, sekaligus dengan tujuan untuk membenteng diri dari serangan makhluk halus tersebut. Keadaan adiknya semakin tidak stabil, gangguan semakin teruk. Jadi mereka bercadang untuk membawa adiknya berjumpa dengan perawat yang menggunakan label Pusat Rawatan Islam yang terkenal itu.

Tetapi ketika mereka bertemu perawat tersebut, perawat itu tidak dapat scan jin yang ada dalam tubuh pesakit, jadi ia mengandaikan bahawa pesakit berkemungkinan gila isim, itulah jawapan yang diberi oleh perawat tersebut, dan perawat tersebut minta hamba Allah itu hentikan zikir yang diamalkannya tersebut…

Apakah zikirnya…? Dia mengamalkan zikir LA ILAHA ILL ALLAH - target zikir 70,000 dan niat zikir hanya semata-mata kerana Allah...

Jawapan saya senang saja.. orang yang selalu nyanyi karaoke, berjoget kat disko, suka mengumpat dan mengeji orang tu tak pula gila isim

Orang yang sibuk menyebut nama Allah pula yang gila isim... kenapa ye..?

Pada saya masalah gila isim ini terjadi kerana beberapa faktor, diantara penyebabnya zikir yang beratus ribu yang diamalkannya itu bukanlah zikir kerana Allah tetapi kerana niat-niat keduniaan seperti hendakkan ilmu kebal, hendakkan ilmu halimunan, hendakkan pendinding diri dan sebagainya.

Kemudian berkemungkinan zikir tersebut tidak mempunyai sanad yang bersih. Berkemungkinan zikir itu diambil dari guru yang bercampur aduk amalannya diantara yang haq dan yang bathil, atau mungkin juga diambil dari buku-buku dan diamalkan tanpa berguru.

Atau berkemungkinan ianya adalah akibat dari kesalahan si pengamal itu sendiri, sudah diijazahkan amalan zikir yang elok-elok tetapi diri sendiri yang mencampur adukkan amalan tersebut dengan amalan-amalan lain yang bathil.

Jadi adakah salah amalan-amalan zikir yang mempunyai fadhilat-fadhilat tertentu..? Tidak Salah… yang penting berguru atau merujuk dengan guru-guru yang dipercayai dan diyakini sumber keilmuannya.

Guru yang berpengalaman dapat membaca berapa dos maksimum yang dapat ditampung oleh seseorang... perumpamaan zikir yang tidak sesuai pada si pengamal adalah seperti kereta kancil pakai enjin ferarri turbo, tak sesuai.. boleh jadi mudharat... tapi setakat zikir LA ILAHA ILL ALLAH 70,000 itu biasa la tu...tak de gila isimnya... yang penting ada guru...

Berkemungkinan jin yang berada di tubuh pesakit yang mengamalkan zikir tersebut panas dan ianya mengakibatkan pesakit tersebut tidak stabil, kadangkala mengalami bisa badan, atau angin keluar dengan banyak, rasa gatal-gatal, mengantuk yang keterlaluan, jika pesakit terlalu lemah dan gangguan terlalu serius ada juga yang kerasukan ketika beramal.

Ini adalah perkara biasa bagi mereka yang mempunyai gangguan. Makhluk-makhluk yang mengganggu itu kesakitan ketika mereka beramal dan seboleh-bolehnya akan menghalang secara habis-habisan.

Jadi perawat perlu berhati-hati didalam membuat kenyataan, dikhuatiri tanpa sengaja perawat terfitnah orang lain... dan memfitnah perkara-perkara yang haq...

Allah swt Maha Cahaya.. Allahu nurussama wati wal ardhi... Allah cahaya langit dan bumi.... Asma' Allah juga bercahaya.... insan yang sentiasa berzikir dan menyebut-nyebut nama Allah juga mendapat limpahan cahaya tersebut... semoga cahaya zikir itu hidup didalam diri si pengamalnya sehingga setiap zarah tubuh insan akan berzikir Allah... Allah.. Allah...Allah...

Gila isim ke macam ni...?

14 comments:

  1. salam ustaz,
    sy ada mengamalkan zikir selepas setiap kali solat. amalan ini sy ambil drpd internet dan buku. amalannya adalah fatihah 20x, kursi 1x, al ikhlas 1x, ya latiff 129x. sesekali sy sertakan juga dgn ya rahman 100x, ya rahim 100x, ya ghaffur dan ya qawwiyyu ya matiin 100x. bertujuan utk mendekatkan diri kpd Allah dan juga mendapatkan fadilat2 yg ada pd amalan tersebut. bole ustaz komenkan amalan sy ini?
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. saya rasa, kalau dapat sesuatu amalan tu, jgn diamal lagi. Dapatkan kesahihannya dari ulama muktabar, kemudian baru amal. Sebabnya utk kesahihan sanad amalan kita tu. Rasulullah berpesan supaya tidak berguru dengan buku kerana ia seumpama berguru dgn syaitan. Wallahu a'lam. Komen ustaz?

    ReplyDelete
  3. Pada pandangan saya... bagi mereka yang sudah biasa berguru, mereka dapat menilai sendiri samada amalan2 di buku2 itu boleh diamalkan atau tidak...

    Kesilapan yang paling biasa berlaku adalah kesilapan baris2 ayat, bila bacaan salah, berkemungkinan makna pun lain.

    Isu sebegini terlalu subjektif...

    Kalau nak ikutkan banyak perkara yang perlu di teliti.. tapi kalau nak terlalu teliti nanti tak beramal pula...

    Untuk jalan selamat, rujuk lah kepada mereka yang ahli (mahir) tentang satu2 amalan tersebut.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah....syukur pada Allah. sejak ustaz tarik tulang pinggang saya 2 hari lepas, rasa sakit berkurangan agak drastik.

    lepas ni nak kena follow up appointment balik, kasi tarik sama dia lagi!!!

    ReplyDelete
  5. salam faris... Alhamdulillah syukur pada Allah... semoga awak bertambah sihat...

    ReplyDelete
  6. Salam ustaz,bagaimana amalan rukyah ini berlaku misalanya seseorang itu dapat menafsir sipesakit tersebut meempunyai penyakit tertentu atau ganguan dari makhluk halus...tolong perjelas sikit ustaz...

    ReplyDelete
  7. Untuk gila isim ini, kadang-kadang terlalu halus. Ada orang yang ambil zikir dari tempat yang tak patut (Internet, tok bomoh) dan mengejar fadhilat yang diberitahu. Itu yang jadi gila isim. Apa-apa amalan yang dibuat selain kerana Allah memang mengundang bahana. Jadi fikir-fikirkan lah.

    ReplyDelete
  8. salam sahabatmaya...

    ada perawat yang mempunyai kemampuan scanning tahap tinggi, dengan sedikit reaksi yang timbul selepas meruqyah mereka dapat kesan... ada yang tak payah baca ruqyah pun berkemampuan juga untuk scan...

    untuk yang paling biasa, masalah2 tu boleh kita kenal dengan cara tindakbalas pesakit selepas di ruqyah, contohnya seperti menangis ketika di ruqyah, atau kerasukan yang serius ketika di ruqyah, atau melalui tanda2 gangguan diwaktu jaga dan tidur... semua tu perlu pengalaman... setakat teori je, kebiasaannya kurang tepat...

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Ada juga pendapat mengatakan gila isim disebabkan seseorang itu mengamalkan sesuatu ayat itu dengan banyak contohnya beribu-ribu kali untuk mengejar fadilatnya dengan tidak memperdulikan an menjaga sebutan yang betul meyebabkan maknanya jadi lain..Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  10. Salam Ustaz Azrin, saya mengamalkan zikir 'La Ilaha Illallah' ketika lapang terutamanya ketika pergi/balik kerja. Sila Komen sikit ustaz. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. salam sufi.
    sesiapa yang zikir sebab nak power mmg akan jadi gila isim.
    sesiapa yang zikir kerana Allah insyaAllah diangkat menjadi wali.
    betulkan niat. xpayah nak zikir sbb nak jd kashaf. xpayah nak bgtau org apa amalan yang kita buat. diam2 saja.

    ReplyDelete
  12. apa pun jua zikirnya, ilmu yg haq amalknlah, dengan syarat ikhlas, khusu' dan tawadhu kpd Allah. Muhammad saw adalah mahaguru kita. Perlu ijazah amalan2 rasulullah? Al Quran & hadith adalah buku kita. Ilmunya untuk diamal umatNya hingga kiamat. Itulah kuncinya....

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. terima kasih ustz ada kn blog ini.. sedikit sebanyak dpt menambahkan ilmu sy.. Moga2 suatu hari nanti sy dapat berjumpa dgn ustz, utk tahu lebih byk mengenai ilmu islam..

    ReplyDelete

Madad... Madad.. Ya Rasulullah...