Friday, August 20, 2010

Jin Mengajar Mengaji Al-Quran...

Pengalaman saya merawat sudah dua kali saya berhadapan dengan jin yang mohon “visa” (merayu), untuk berdampingan dengan pesakit dengan alasan nak ajar pesakit mengaji Al-Quran…. Dialognya lebih kurang begini…


JIN : “Tolong lah ustaz saya nak tinggal bersama dia….”


SAYA : “Apa yang buat kamu sayang sangat dengan pesakit ni..?”


JIN : “Satu hari saya dengar dia mengaji Al-Quran, bacaannya tak berapa betul, lalu saya pun masuk dalam badannya dengan tujuan nak ajar dia mengaji…”


SAYA : “Merepek betul la kamu ni jin… mana boleh macam tu… banyak lagi guru-guru agama di kalangan manusia yang boleh ajar dia mengaji, kehadiran kamu disini hanya merosakkan pesakit ni, sebab tu la manusia ni sakit pasal kamu tinggal dalam badan dia… Mulai hari ini kamu mesti tinggal kan dia buat selama-lamanya…”


JIN : “Tolonglah ustaz, saya merayu sangat-sangat benarkanlah saya tinggal disini, saya bukan nak buat apa, saya nak ajar dia mengaji Al-Quran sahaja…”


SAYA : terdiam sejenak sambil mencari idea.. “ermmm, baiklah kalau betul kamu nak ajar dia mengaji Al-Quran aku akan uji kamu dengan beberapa soalan…. Kalau kamu tak boleh jawab soalan ini maka kamu kena tinggalkan dia buat selama-lamanya…. Setuju…?”


JIN : “Baiklah saya setuju….”


SAYA : “Oleh kerana kamu kata nak mengajar dia mengaji, maka aku akan tanya kamu hukum tajwid…. Apakah hukum “Qolqolah”…”


JIN : terdiam sejenak sambil terkebil-kebil memikirkan jawapannya “qolqolah… tu apa ustaz…?”


SAYA : “Hukum Qolqolah pun kamu tak tahu macamana kamu nak ajar pesakit ni mengaji Al-Quran….?”


Mengapa saya mengajukan soalan hukum “Qolqolah” ini…


Sebenarnya satu ketika dulu, saya pernah ditanyakan soalan yang serupa oleh guru mengaji saya, di pondok Rasah… oleh kerana guru yang bertanya itu seorang yang alim lagi saya anggap sebagai bertaraf wali Allah, soalan yang sebegitu pun terketar-ketar saya nak menjawabnya… :-)


pengalaman... pengalaman…


Erti Qolqolah adalah suara yang berdetak atau berdetap bunyinya, hurufnya ada lima iaitu Qof, Tho, Ba, Jim dan Dal…


Ada beberapa soalan tajwid lagi yang saya tanyakan pada jin tersebut, tapi semuanya dia tak dapat jawab. Akhirnya dia mengalah dan setuju untuk keluar…