Tuesday, August 3, 2010

Program Jejak Rasul Ke Mesir Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2011 - Pendaftaran Dibuka Sekarang...


Assalammu’alaikum warahmatullah,

Dengan ini saya memaklumkan, ikhwan Thoreqat Ahmadiyyah Idrissiyyah dengan kerjasama pihak Toybah Travel (Agensi Pelancungan) akan mengadakan program “jejak rasul” ziarah ke Mesir selama 15 hari sempena sambutan Maulidur Rasul di Usrah Dandarawy pada 18 Februari 2011 – 03 Mac 2011.


( Untuk maklumat lanjut tentang sejarah Usrah Dandarawy sila rujuk http://alusrahdandarawiyah-sg.com/mmain.php )

Didalam program tersebut juga insyaAllah kita akan menziarahi maqam-maqam para Nabi, wali-wali Allah dan ulama’-ulama’ mu’tabar serta pelbagai tempat bersejarah.


Program ini terbuka kepada semua yang berminat, tidak kira samada mereka ikhwan thoreqat ataupun tidak. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.



15 HARI ( RM 5800 ) - Program Jejak Rasul Ke MESIR 18 Feb – 03 Mac 2011


Hari 1 - 17/2/11

Berkumpul di KLIA pada pukul 7.45pm, di pintu 5, pihak Toybah Travel akan mengumpul passport dan menguruskan pendaftaraan masuk . Pada pukul 10.15pm kita akan berlepas ke Cairo dengan penerbangan MS 969.


Hari 2 - 18/2/11

Dijangka tiba di CAIRO pada pukul 5.30am, setelah selesai urusan di Airport, jemaah akan dibawa ke Hotel yang bersebelahan dengan Masjid Saidina Hussin.

Selepas hilangkan penat ,Makan Tengahari dan terus memulakan program menziarahi Maqam Saidina Hussin, dan Universiti Al-Azhar.


Hari 3 - 19/2/11

Selepas Sarapan pagi jemaah akan dibawa untuk menziarahi Maqam disekitar Kaherah, seperti Imam Syafie, Abu Abas Dandarawi dan lain-lain lagi sehingga petang.


Hari 4 - 20/2/11

Selepas sarapan pagi rombongan akan dibawa menziarahi maqam-maqam disekitar Kaherah, Masjid Muhammad Ali, Saedah, Nafisah, Ruqayah Masjid Amru, Piramid dan sebagainya.


Selepas makan tengahari bertolak ke Faiyum, melawat Tasik Qarun, Kincir Tua sejak dari zaman Nabi Yusuf A.Salam. Selepas itu teruskan perjalanan menuju ke Qena.


Hari 5 - 21/2/11

Sampai di Qena Sarapan pagi di restoran tempatan dan selepas itu singgah di Masjid Besar dan menziarahi Maqam Qutubul Alam Siddi Ibrahim Qinawi dan Maqam – Maqam Wali disekitarnya.

Sampai di Dandara beristirehat kerana pada malamnya akan menghadari Majlis Maulidur Rasul disamping bertemu dengan Summul Amil Fadl, pemimpin Usrah Dandarawi yang mengajak manusia cintakan Nabi dan mempertahankan Nabi sehingga ke titisan darah yang terakhir.


Hari 6 - 22/2/11

Selepas sarapan pagi, menziarahi Syukbatunnur ( Rumah peninggalan Siddi Muhammad Dandarawi dan anaknya Siddi Abu Abbas As-Sulton ) di samping itu kalau ada rezeki mungkin kita akan berpeluang beramah mesra dengan Summul Amir dan mengambil gambar kenang – kenangan bersamaNya.


Pada malamnya sekali lagi kita akan menghadiri malam kemuncak Majlis Maulidur Rasul dan makan malam.


Hari 7 - 23/2/11

Selepas sarapan pagi segera bertolak balik ke Oksor untuk menziarahi Maqam Siddi Abu Hajat yang berada dalam Masjid yang berada dalam Kuil. Keajaibannya menara masjid itu lebih tinggi dari menara kuil.


Sebelah petang kita segera meneruskan perjalanan ke Maqam Siddi Abu Hassan Syazli dan bermalam disana.


Hari 8 - 24/2/11

Selepas sarapan pagi kita segera bertolak ke Sinai melalui jalan laut dan akan mengambil masa 12 – 15 jam perjalanan. Setiba di Kaki Bukit Tursina jemaah akan ditempatkan di Chalet yang untuk beristerihat sebelum memulakan pendakian pada pukul 11.00pm yang dipimpin oleh ‘Guide” yang turut serta dalam rombongan


Hari 9 - 25/2/11

Setelah tiba di kemuncak Jabal Tursina, kita akan menziarahi tempat munajat Nabi Allah Musa dan periginya, perkampungan Nabi Allah Shuib, kesan Tajalli Nur Allah (ketika nabi Musa a.s memohon untuk melihat Allah) , 12 Mata air dan Pokok Nabi Allah Musa,selepas jemaah turun dari Bukit Tursina kita akan menziarahi Nabi Allah Salleh, Nabi Allah Harun dan patung lembu samiri.


Selepas itu bersiap sedia untuk bertolak balik ke Kaherah, dalam perjalanan balik tersebut kita akan melalui Kubu Israel, Uyun Musa, Terowong Bawah Laut, Terusan Suez dan jika berkesempatan kita akan menziarahi Maqam dan Masjid Siddi Gharib serta Maqam Siddi Arbain dan dijangka tiba di Kaherah pada lewat petang atau malam.


Hari 10 - 26/2/11

Rehat dan habiskan menziarahi Maqam-Maqam di sekitar kaherah.


Hari 11 - 27/2/11

Sarapan Pagi . Selepas itu bertolak ke Tonto untuk menziarahi Siddi Ahmad Badawi selepas itu terus ke Dasuk, untuk menziarahi Ibrahim Dasuqi, selepas itu teruskan perjalanan ke Iskandariah, Nabi Danial, Lukmanul Hakim, Abu Dardak, Sidi Jabir, Siddi Abu Abbas Al-Mursi, Muzium Tentera dan terus balik ke Kaherah.


Hari 12 - 28/2/11

Membeli belah di Kristal Asfur dan teruskan menghabiskan menziarahi saki baki Maqam.


Hari 13 - 1/3/11

Aturcara membeli belah untuk memberi peluang kepada jemaah untuk membeli barang kenang-kenangan untuk orang tercinta di Malaysia.


Hari 14 - 2/3/11

Acara Bebas , siapkan barang untuk berlepas balik ke Tanahair. Bertolak ke Airport pada Pukul 6pm.


Hari 15 - 3/3/11

Dijangka tiba dengan selamat di KLIA pada pukul 5.30pm Insya Allah.



SEMOGA ZIARAH KITA INI DITERIMA ALLAH DAN MENDAPAT MANFAAT DARIPADANYA.