Sunday, September 5, 2010

Bercakap Dengan Jin Sendawa...


Suatu hari saya dikunjungi oleh seorang pesakit bersama ahli keluarganya dari selatan tanahair. Beliau mempunyai masalah bisa-bisa badan yang kronik, gangguan ketika solat, tak sampai beberapa minit mengambil wudhu’ sudah terbatal kerana membuang angin.

Beliau juga terpaksa menunaikan solat dengan duduk diatas kerusi, kerana tidak mampu untuk ruku’ dan sujud. Beliau juga mempunyai masalah mengantuk yang amat sangat ketika bekerja dan memandu, sehingga hampir mengalami kemalangan.


Sewaktu mereka sampai, saya sedang merawat seorang pesakit didalam bilik rawatan. Kedengaran, dari luar suara pesakit tersebut sendawa…sendawa dan terus sendawa tanpa henti. Perkara seperti ini adalah biasa didalam rawatan. Jika saya sedang merawat didalam bilik, pesakit diluar juga akan terkena kesan rawatan tersebut.


Apabila tiba giliran pesakit tersebut dirawat, seperti biasa saya mulakan dengan bacaan ayat-ayat ruqyah. Pesakit yang tadinya hanya sendawa, tiba-tiba muntah dengan sebanyak-banyaknya…. Hampir-hampir saya juga turut sama muntah kerana tidak tahan bau harum muntah tersebut J


Saya agak pelik kerana, jin didalam tubuh badan pesakit itu tidak berkata apa-apa. Bila saya tanya adakah ia mahu keluar? Jin tersebut hanya sendawa… apabila ditanya adakah ianya jin sihir atau saka… ianya masih sendawa… apabila ditanya adakah ini gangguan lama atau baru.. jin itu tetap sendawa….


Saya terdiam sejenak… tiba-tiba terlintas di fikiran saya berkemungkinan jin ini berinteraksi dengan cara sendawa…


Saya pun bertanya… adakah engkau ini jin saka, kalau benar engkau sendawa, kalau tidak engkau diam… Jin tersebut diam…


Saya tanya lagi, adakah engkau ini jin sihir, kalau benar sendawa, kalau tidak diam… tiba-tiba jin tersebut sendawa…


Ooo… begini caranya jin sendawa berinteraksi… J


Alhamdulillah, setelah beberapa sessi rawatan dijalankan, pesakit sudah boleh solat seperti biasa. Boleh ruku’ dan sujud…


Alangkah nikmatnya ruku’ dan sujud… syukur kepada Allah kerana kita diberi kemampuan untuk melakukan gerak solat dengan sempurna… Oleh itu jangan sia-siakan nikmat kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita. Aqimussolah…