Monday, September 20, 2010

Jin Bangla Jadi Pengintip…


Satu ketika dulu saya dihubungi oleh seorang lelaki yang ingin mendapatkan rawatan ke atas adik perempuannya… Lelaki tersebut memohon agar saya datang ke rumah adiknya oleh kerana adik beliau tidak mahu dibawa berjumpa perawat untuk mendapatkan rawatan…


Sejak ditinggalkan oleh suaminya yang berbangsa Bangladesh, Munah (bukan nama sebenar) selalu mengalami kemurungan yang melampau, beliau selalu mengunci diri didalam bilik… selalu mengalami bisa-bisa badan yang keterlaluan, kerap mengalami lebam-lebam di badan, dan sukar tidur malam serta selalu terkejut-kejut semasa tidur… ini mengakibatkan tubuh badan Munah semakin kurus…

Oleh kerana ketika itu saya ada banyak masa terluang maka boleh lah saya datang ke tempat mereka untuk merawat… Sampai sahaja di rumah Munah, rupa-rupanya bukan sahaja Munah yang ingin mendapatkan rawatan.. Kakak Munah dan Ibu Munah juga meminta agar saya merawat mereka…


Kakak dan Ibu Munah mengadu mereka selalu nampak kelibat-kelibat bayangan hitam melintas-lintas dibahagian bilik dan juga dapur rumah…


Tanpa melengahkan masa, saya pun meminta izin kepada mereka untuk memeriksa kawasan rumah tersebut termasuklah untuk masuk ke dalam setiap bilik yang ada…


Dari sudut pandangan rohani, saya perhatikan rumah mereka sungguh suram dan tidak bercahaya… tambahan pula bilik-bilik yang ada dibiarkan bergelap, tingkap dan langsir yang sentiasa bertutup menyebabkan cahaya matahari tidak masuk ke bilik, menambahkan lagi kesuraman bilik tersebut walaupun disiang hari…


Untuk makluman pembaca, bilik-bilik atau rumah yang selalu dibiarkan bergelap dan tidak di masuki cahaya matahari atau jarang di pasang lampu berpotensi mengundang kehadiran jin untuk menyewa dengan percuma dibilik tersebut, apatah lagi jika penghuni rumah tersebut tidak menjaga solat, tidak membaca Al-Quran dan tidak menjaga kebersihan, lagi la golongan-golongan jin tersebut suka untuk menjadikan bilik anda sebagai bilik penginapan hotel lima bintang…


Selesai “melawat” kawasan luar dan dalam rumah, saya bercadang untuk merawat Munah terlebih dahulu…


Seperti biasa, perkara pertama yang saya lakukan sebelum merawat adalah memberi pesakit minum air ruqyah terlebih dahulu, ini adalah sebagai ikhtiar untuk membantu menyerang gangguan-gangguan jin dari dalam tubuh badan pesakit…. Kelihatan Munah dengan selamba sahaja minum air ruqyah tersebut tanpa menunjukkan apa-apa reaksi… mungkinkah Munah tidak mengalami gangguan jin…? Mungkinkah Munah hanya mengalami masalah mental emosional…?


Belum tentu lagi… setakat berjaya minum air ruqyah dengan selamba tanpa menunjukkan apa-apa reaksi, tidaklah bermakna pesakit bebas dari gangguan jin…


Setelah itu saya membaca ayat-ayat suci Al-Quran sambil menghalakan tangan kanan saya ke arah Munah… Tiba-tiba dengan tak semena-mena Munah menggoyangkan badannya ke depan kebelakang… kedepan kebelakang… makin lama makin laju… makin lama makin laju… Rupa-rupanya jin di dalam tubuh badan Munah sudah kepanasan… Mulut Munah terkumat kamit sambil berkata sesuatu yang tidak jelas, macam bahasa India pun ada, tapi lain sikit, macam bahasa Afghanistan pun ada... Dalam hati saya merasakan ini bukan jin malaysia ni…


Saya memerintahkan jin tersebut agar diam dan tidak menggoyang-goyangkan badannya lagi… Jin tersebut tidak mengendahkan arahan sambil menggoyangkan badannya dengan lebih laju lagi… Oleh kerana jin tersebut degil, maka terpaksalah saya saya sakitkan jin tersebut dengan beberapa teknik siksaan.. Jin tersebut menjerit-jerit sambil berkata “Ayoo.. macha, jangan la ini macam macha, awak kasi patah saya punya kaki macha…, banyak sakit la macha”… Laaa… Jin Bangla rupanya…


Saya cuba menahan ketawa, sambil pura-pura menjerkah jin tersebut… Maklum la.. nanti orang kata ustaz tak serius, merawat tergelak-gelak… “Kau lepaskan Munah dan tinggalkan dia buat selama-lamanya!!! “ Jerkah saya kepada jin tersebut… “Ayoo macha, saya keluar.. saya keluar… jangan itu macam macha, saya banyak takut sama awak… saya datang dari Bangladesh, Munah punya suami suruh spy sama Munah, dia tak mau Munah cari lelaki lain…” Jawab jin tersebut….


Itulah kisahnya, rupa-rupanya suami Munah yang berbangsa Bangladesh itu menghantar jin sebagai pengintip untuk memastikan Munah tidak mencari lelaki lain, sedangkan sudah berbulan-bulan dia meninggalkan Munah tanpa berita, tak de tanggungjawab betul la mat bangla ni….