Tuesday, September 28, 2010

Kursus Perawat Advanced Di Ranau, Sabah - 23hb & 24hb Oktober 2010

Bismillahirrahmanirrahim… Segala Puji Bagi Allah swt, yang mentadbir sekelian alam, samada alam yang didalam mahupun alam yang diluar, samada alam insan, alam tumbuh-tumbuhan, alam perasaan, alam semesta dan berbagai-bagai alam samada yang dapat dicapai dengan akal fikiran mahupun yang tersimpan kukuh didalam rahsia kebesaran Allah swt Pemilik segalanya…

Dengan izin dan limpah kurnia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, insyaAllah “KURSUS PERAWAT ADVANCED” akan diadakan pada 23hb dan 24hb Oktober 2010, bertempat di Dewan Mesyuarat Majlis Daerah Ranau. Penyertaan terbuka kepada mereka yang pernah mengikuti Kursus Perawat Intensif anjuran saya sebelum ini.

Saya diberitahu oleh pihak penganjur bahawa ada juga yang meminta saya mengadakan kursus perawat intensif secara personal guide sewaktu saya di Ranau nanti, insyaAllah saya akan meluangkan masa untuk Kursus Perawat Intensif bagi mereka yang berminat pada 24hb malam atau pada 25hb Oktober.

Kursus Perawat Advanced ini adalah pengisian lanjutan dari Kursus Perawat Intensif yang diadakan sebelum ini. Didalam Kursus Perawat Advanced ini, peserta akan didedahkan kepada ilmu dan teknik-teknik untuk memantapkan tenaga dalaman ke peringkat yang lebih Advanced, teknik-teknik rawatan untuk diri dan keluarga, merawat pesakit jarak dekat atau jarak jauh, teknik scanning dan benteng peringkat Advanced… InsyaAllah saya akan kongsikan juga beberapa amalan ampuh yang jarang saya kongsikan dengan sesiapa sebelum ini…

Kepada sesiapa yang layak dan berminat untuk mengikuti Kursus Perawat Advanced di Ranau, Sabah pada 23hb dan 24hb Oktober 2010 ini, sila hubungi Ustaz Azrin 013-3239822 / En Idris 019 8878414 / En Jupirin 019 8957676 untuk pengesahan kehadiran.