Thursday, October 28, 2010

Gambar Kursus Perawat Advanced di Ranau, Sabah

Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bagi Allah swt yang memiliki setiap ketentuan, Yang menganugerahkan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah juga yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Dia kehendaki. Dia memuliakan sesiapa yang Dia kehendaki dan Dia juga menghina sesiapa yang Dia kehendaki. Dalam kekuasaan Allah sahaja lah adanya segala kebaikan.

*

Dengan izin dan limpah kurniaNya maka berjaya sudah Kursus Perawat Advanced di Ranau, Sabah pada 23 dan 24hb October baru-baru ini.

*

Terima kasih saya ucapkan kepada En Jupirin dan sahabat-sahabat beliau yang lain, serta peserta-peserta yang hadir kerana telah bertungkus lumus berusaha untuk menjayakan program tersebut.

*

Didalam kursus ini, peserta diberi pendedahan tentang tenaga dalam dan tenaga luar biasa yang terpendam didalam diri manusia, kaedah untuk mendapatkan tenaga dalam yang luarbiasa tersebut dan juga teknik-teknik rawatan yang lebih advanced untuk merawat diri sendiri dan juga orang lain, secara rawatan jarak dekat ataupun jarak jauh.

*

Semoga ilmu yang dikongsi bersama dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat amnya.















Kursus Rawatan Islam Untuk Diri Dan Keluarga di Ranau, Sabah 24/10/2010

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt yang Maha Berkehendak, Tuhan yang memasukkan malam ke dalam siang dan Yang memasukkan siang ke dalam malam. Dialah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Dialah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup.

*

Tuhan Yang memasukkan perasaan kasih sayang kedalam hati setiap insan, samada dengan alasan mahupun tanpa alasan. Kerana limpahan kasih sayang yang dititipkan pada hati setiap insan bersumber dari rahsia cahaya kehidupan, sehingga anak adam sanggup melakukan apa sahaja semata-mata kerana perasaan kasih sayang.

*

Wahai Tuhan yang membolak-balik kan hati, tetapkanlah hati kami didalam menyintai Mu, menyintai Rasulullah s.a.w, menyintai Agama Mu dan menyintai orang-orang yang kami cintai..

*

Untuk makluman para pembaca, sewaktu saya di Ranau, Sabah untuk urusan Kursus Perawat Advanced baru-baru ini, ada beberapa orang di sana yang meminta saya mengadakan Kursus Rawatan Islam Untuk Diri Dan Keluarga, walaupun peserta tidak ramai, namun saya tetap bersemangat menyumbangkan tenaga untuk berkongsi ilmu dengan mereka-mereka yang berminat.

*

Ada beberapa insiden yang menjadi cabaran untuk program ini diteruskan, termasuklah masalah tempat yang terpaksa ditukar disaat-saat akhir, terima kasih yang tidak terhingga kepada En Jupirin sekeluarga, kerana beliau telah berbesar hati menawarkan rumahnya untuk dijadikan tempat kami berkongsi ilmu.

*

Semoga peserta-peserta kursus dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin.




Thursday, October 21, 2010

Kursus Rawatan Islam - PERAWAT INTENSIF di Ranau, Sabah. 24-25 October 2010


Oleh kerana adanya permintaan untuk saya mengadakan KURSUS RAWATAN ISLAM (PERAWAT INTENSIF) semasa saya di ranau, sabah nanti, di sini saya paparkan serba sedikit maklumat tentang kursus tersebut.


Mengikut perancangan, kursus tersebut berkemungkinan akan bermula samada selepas zohor pada 24/10 (setelah selesai program outdoor kursus Perawat Advanced) atau selepas solat maghrib, dan akan bersambung pada 25/10 jam 08.00 pagi.


InsyaAllah jadual muktamad akan diputuskan selewat-lewatnya pada 23/10 nanti.


Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kursus Rawatan Islam (Perawat Intensif) di Ranau, Sabah pada 23hb dan 24hb Oktober 2010 ini, sila hubungi Ustaz Azrin 013-3239822 / En Idris 019 8878414 / En Jupirin 019 8957676 untuk pengesahan kehadiran.


DIANTARA PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBENTANGKAN ….


Pengenalan Alam Jin dan amalan ahli sihir
Jenis-jenis gangguan Jin dan Sihir
Tanda-tanda gangguan
Rawatan Ruqyah Syar’iyyah sebagai ikhtiar


Teknik-teknik rawatan seperti :


- Teknik merawat paling asas

- Teknik merawat diri sendiri

- Teknik merawat untuk mereka yang berminat menjadi perawat
- Mengesan (scanning) gangguan pada pesakit
- Teknik-teknik Ruqyah
- Teknik-teknik berdialog dengan jin
- Teknik mengesan penipuan jin
- Teknik menarik bisa gangguan atau menarik jin
- Teknik memasung dan mengunci pergerakan jin
- Teknik-teknik serangan keatas jin dan ahli sihir
- Teknik memagar rumah / kedai / sekolah dari gangguan jin
- Teknik menyediakan bahan-bahan rawatan

- Dan lain-lain lagi

Amalan Perlindungan Diri :

- amalan-amalan perlindungan diri warisan ulama’ silam
- rahsia zikirullah
- amalan pernafasan untuk membenteng diri

Pengijazahan amalan


Tentatif Kursus Perawat Advanced Di Ranau Sabah, 23-24 October 2010


Assalamu'alaikum warahmatullah


Kepada peserta-peserta yang ingin mengikuti kursus Perawat Advanced di Ranau Sabah pada 23-24 October 2010, disini saya sertakan tentatif kursus untuk maklumat bersama.


Penyertaan Kursus Perawat Advanced ini hanya dibuka kepada peserta-peserta yang pernah menghadiri Kursus Rawatan Islam (Perawat Intensif) anjuran saya sebelum ini. Dan bilangan peserta adalah terhad.


Kursus ini lebih kepada pengisian (ilmu) dan pemahaman tentang memaksimakan tenaga dalam, kaedah rawatan, scanning, benteng diri yang lebih advanced dan amalan-amalan (insyaAllah saya akan kongsikan beberapa amalan ampuh yang belum pernah saya dedahkan pada kursus-kursus sebelum ini). InsyaAllah sijil penyertaan juga akan diberikan kepada peserta.


Untuk aktiviti outdoor pada hari kedua peserta dikehendaki memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti2 basah di air terjun. Sama2lah kita doakan semoga cuaca elok dan sesuai untuk semua aktiviti kita.


Semoga Allah swt memudahkan segala perancangan dan urusan kita bagi menjayakan kursus ini. Amin



23 October 2010


07.30 - pendaftaran

08.00am - Teori

10.00am - minum pagi

10.15am - sambungan teori

12.00 tengahari - makan tengahari dan solat zohor

01.00pm - praktikal

03.20pm - minum petang dan solat asar

03.45pm - sambungan praktikal

05.00pm – Pengijazahan, penyampaian sijil, sessi bergambar dan bersurai


24 October 2010


07.30am - Tiba di kawqsan air terjun

08.30am - Aktiviti Prakitikal

10.30am – minum pagi dan Aktiviti bebas

11.45am – Bersurai


Kepada sesiapa yang layak dan berminat untuk mengikuti Kursus Perawat Advanced di Ranau, Sabah pada 23hb dan 24hb Oktober 2010 ini, sila hubungi Ustaz Azrin 013-3239822 / En Idris 019 8878414 / En Jupirin 019 8957676 untuk pengesahan kehadiran.

Tuesday, October 12, 2010

Saya Ke Sibu, Sarawak - 12/10 - 14/10/2010


InsyaAllah petang ini saya akan bertolak ke Sibu, Sarawak untuk tujuan rawatan. Ini adalah panggilan kecemasan, dan saya terpaksa membatalkan beberapa temujanji rawatan sehingga hari khamis ini

InsyaAllah Pusat Rawatan saya akan dibuka semula pada khamis malam 14/10/2010, itupun bergantung kepada kes-kes rawatan di sana dan juga jadual penerbangan AirAsia.

Saya memohon maaf kepada mereka-mereka yang telah menghantar message, sms dan email kerana kelewatan saya membalas message-message anda. Ini adalah kerana saya agak sibuk dengan urusan-urusan rawatan dan urusan peribadi... InsyaAllah kalau saya ada masa saya tetap akan membalasnya... diharap anda bersabar menunggu balasan dari saya.


Wassalam.


Tuesday, October 5, 2010

Jin Saka Tukang Urut Halang Syahadah Ketika Nazak...


Ini adalah kisah seorang sahabat seperguruan saya yang tinggal di selatan tanah air… Kami selalu bersama menyertai majlis-majlis zikir Thoreqat Ahmadiah Idrissiah di Negeri Sembilan…


Satu hari saya berpeluang untuk berbicara dengannya tentang aktiviti beliau di masa lapang. Menurutnya, dia selalu masuk ke hutan untuk berburu dan adakalanya beliau bersama-sama dengan kumpulan seorang perawat yang terkenal di tanahair masuk ke hutan untuk berburu sebagai hobi.


Dia juga menceritakan kemahirannya dalam bidang urutan. Menurut beliau ada seorang hamba Allah yang mempunyai masalah bongkok bertahun-tahun, puas sudah berubat di merata tempat tetapi masih tidak menunjukkan tanda-tanda kesembuhan. Diizin Allah swt, dengan hanya sekali urut sahaja, hamba Allah itu sudah boleh berjalan dengan tegak seperti biasa. Maka heboh lah satu kampung yang sahabat saya ini pandai dan handal merawat.


Saya cuba juga meminta agar beliau sudi mengajarkan saya kaedah-kaedah urutan beliau. Tetapi dengan spontan beliau menjawab, tak boleh… ini adalah dari keturunan…


Mendengar jawapan beliau saya hanya mampu terdiam… Dalam hati saya berkata, “ilmu keturunan…?... saka…?”,,, saya biarkan sahaja persoalan tersebut habis disitu saja.


Hampir setahun yang kemudian saya mendengar khabar bahawa sahabat saya itu sedang sakit dan nazak. Tetapi yang menjadi persoalannya ialah beliau tidak dapat mengucapkan dua kalimah syahadah, selawat dan apa-apa kalimah Allah tidak dapat beliau sebut. Seolah-olah mulut beliau terkunci untuk melafazkan sebutan-sebutan yang sebegitu. Padahal kalau dilihat dari kehidupan beliau sebelum ini, beliau adalah seorang yang sangat menjaga hal-ehwal agama, mustahil akhir hayat beliau begini…


Mujurlah ahli keluarga beliau dengan segera memanggil seorang sahabat saya yang lain, yang juga seorang perawat. Setelah diperiksa, rupa-rupanya ada seekor jin saka yang ada bersama sahabat saya itu. Jin saka itulah yang selama ini berperanan sebagai dampingan dan membantu beliau selama beliau mengurut. Dan perkara ini langsung tidak disedari oleh sahabat saya itu…


Jin saka itulah yang menghalang sahabat saya untuk mengucap dua kalimah syahadah sejak ia jatuh sakit.


Setelah perawat tersebut mengikhtiarkan untuk mengeluarkan jin tersebut, baru lah sahabat saya itu boleh mengucap dua kalimah syahadah, boleh berselawat dan boleh membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Dan sahabat saya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa jam selepas itu..


Al-Fatihah untuk muslimin dan muslimat di seluruh dunia…