Thursday, October 28, 2010

Kursus Rawatan Islam Untuk Diri Dan Keluarga di Ranau, Sabah 24/10/2010

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt yang Maha Berkehendak, Tuhan yang memasukkan malam ke dalam siang dan Yang memasukkan siang ke dalam malam. Dialah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Dialah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup.

*

Tuhan Yang memasukkan perasaan kasih sayang kedalam hati setiap insan, samada dengan alasan mahupun tanpa alasan. Kerana limpahan kasih sayang yang dititipkan pada hati setiap insan bersumber dari rahsia cahaya kehidupan, sehingga anak adam sanggup melakukan apa sahaja semata-mata kerana perasaan kasih sayang.

*

Wahai Tuhan yang membolak-balik kan hati, tetapkanlah hati kami didalam menyintai Mu, menyintai Rasulullah s.a.w, menyintai Agama Mu dan menyintai orang-orang yang kami cintai..

*

Untuk makluman para pembaca, sewaktu saya di Ranau, Sabah untuk urusan Kursus Perawat Advanced baru-baru ini, ada beberapa orang di sana yang meminta saya mengadakan Kursus Rawatan Islam Untuk Diri Dan Keluarga, walaupun peserta tidak ramai, namun saya tetap bersemangat menyumbangkan tenaga untuk berkongsi ilmu dengan mereka-mereka yang berminat.

*

Ada beberapa insiden yang menjadi cabaran untuk program ini diteruskan, termasuklah masalah tempat yang terpaksa ditukar disaat-saat akhir, terima kasih yang tidak terhingga kepada En Jupirin sekeluarga, kerana beliau telah berbesar hati menawarkan rumahnya untuk dijadikan tempat kami berkongsi ilmu.

*

Semoga peserta-peserta kursus dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin.