Wednesday, November 10, 2010

Panas!!! Panas!!! Ilmu Numerologi Ustaz Azrin Ilmu Menilik... Betul Ke Ni...?


Pagi ini saya sibuk menyemak email-email yang dihantar kepada saya, dan saya terpaksa memeriksa satu demi satu email yang ada di folder “spam”, kerana ada diantara email-email yang bukan spam juga dipindahkan oleh yahoo mail secara automatik ke folder “spam”. Dalam erti kata lain, rupa-rupanya banyak email-email pesakit yang dihantar telah saya terlepas pandang.


Dalam banyak-banyak email di folder spam tersebut ada satu email yang saya terima, nadanya agak sopan tetapi mungkin sebab tak cukup skill dalam bidang penulisan atau bidang pertuturan jadi cara percakapannya agak menaikkan darah sampai ke kepala.


Dalam hati saya berkata… “sabar ustaz… sabar..”. Ni tengah sabar la ni, bukannya saya marah pasal apa, tak habis-habis dengan sikap jumud dan tidak berlapang dada. Walaupun zahirnya email tu nampak macam tak de apa-apa… tapi ustaz kan boleh scan.. J


Saya rasa saya kenal siapa yang hantar email tu pada saya, dah la tak memperkenalkan diri dia siapa, terus-terus nak terjah dengan soalan je… tak patut.. tak patut…


Nak tau pasal isu apa…? Ni pasal isu kursus Numerologi, orang yang hantar email tu kata, dia khuatir “mengenal diri melalui tarikh lahir” yang saya ajar tu adalah satu kaedah “menelek” yang baru.


Ni saya nak buat “PENGUMUMAN” … Sesiapa yang pernah datang buat rawatan dengan saya atau pernah bertanya dengan saya pasal rahsia tarikh lahir, SEKIRANYA jawapan saya menjurus kepada perbuatan MENILIK atau MERAMAL masa depan, sila beritahu saya.


Atau kalau benar saya MENILIK atau MERAMAL masa depan, mereka yang berminat boleh beritahu semua orang, kalau sebarkan di shoutmix saya pun boleh, atau kalau ada modal boleh war-warkan di akhbar-akhbar perdana, supaya tak de orang yang akan datang jumpa saya untuk mintak nasihat berkenaan dengan numerologi, supaya saya juga selamat dari menanggung dosa.


Hamba Allah yang hantar email itu juga bertanyakan saya tentang hadith untuk menyokong ilmu numerologi ini, malahan dia juga meminta saya merujuk kepada mana-mana mufti di mana-mana negeri. Dia ni siapa? Pemerhati politik ke apa?


Macam ni la… saya sangat-sangat menghormati dan menghargai ilmu, sebelum saya belajar ilmu ni lagi saya dah rujuk dengan orang-orang yang sepatutnya saya rujuk, saya yakin dengan diri saya, dengan ilmu saya dan saya yakin dengan apa yang saya ajarkan kepada student-student saya. Saya bertanggungjawab dengan apa yang saya sampaikan, dunia dan akhirat.


Janganlah disebabkan segelintir ilmu numerologi sesat yang kita pernah dengar dan kita pernah tahu, maka kita sangka semua ilmu numerologi itu tidak betul… please laa… please laa… nak tahu datang sendiri jumpa saya, baru ada adab pada ilmu, ni nak terjah-terjah soalan cepumas macam tu… macam tak de adab la…


Walaubagaimanapun saya ucapkan terima kasih kepada hamba Allah yang menghantar email tersebut, kerana mengambil berat tentang dosa pahala saya, terima kasih, semoga Allah sahaja yang membalas nya. Saya yang banyak dosa ni mendoakan semoga hamba Allah tersebut diberi rezeki ilmu yang tidak beliau sangka-sangka. Kerana rezeki yang tidak disangka-sangka itu menunjukkan betapa luasnya perbendaharaan Allah swt. Sekian.