Thursday, November 25, 2010

Saya dah solat tapi mengapa kena sihir jugak....?



Satu ketika dulu, saya didatangi oleh sekeluarga pesakit yang datang dari jauh. Mereka sekeluarga mengadu bahawa mereka telah disihir selama 12 tahun, dan mereka telah bertemu dengan ramai perawat yang telah menggunakan berbagai-bagai kaedah rawatan. Si bapa mengadu bahawa dia mengalami masalah bisa-bisa badan dan emosi yang tidak stabil, manakala anak-anaknya pula dikatakan mengalami masalah sukar tidur malam.

Setelah saya selidik rupa-rupanya si bapa sudah berputus asa untuk pergi berubat, dan sebenarnya kehadiran beliau bersama keluarga berjumpa saya kali ini atas pujukan bersungguh-sungguh dari isterinya. Patutlah mukanya stress saja.

Semasa sessi rawatan, apa yang saya dapati memang benar ada unsur-unsur gangguan yang kita kategorikan sebagai sihir, namun begitu saya merasa pelik kerana cara mereka bercerita dan meluahkan perasaan kepada saya menggambarkan seolah-olah, masalah ini terlalu besar dan terlalu berat untuk mereka tanggung. Padahal hasil dari pemerhatian saya, gangguan ini tidaklah seberat manapun, yang menjadi punca permasalahan adalah mental dan emosional pesakit yang terganggu dan tidak diurus dengan baik.

Kata si bapa, “ saya dah puas berubat dan dah berpuluh-puluh kaedah rawatan saya dah cuba, tapi langsung tidak ada perubahan, tidak adakah seorang pun perawat islam yang boleh menentang sihir ini?” rungutnya lagi.

Saya hanya mendengar dengan sabar luahan hatinya. Nasihat saya berkenaan dengan mandian dan minum air rawatan, berkenaan dengan amalan-amalan membenteng diri tidak dihiraukannya, maklumlah sudah 12 tahun berubat merata-rata, seharusnya orang sebegini sudah boleh merawat diri sendiri serta keluarga, seharusnya orang sebegini sudah boleh mengambil ilmu dan I’tibar dari pengalaman gangguan yang dialaminya selama 12 tahun.

Si bapa terus membebel dan meluahkan perasaan, katanya lagi, “Saya dah solat dah puasa, dah mengerjakan segala suruhan Allah, pun kena jugak sihir, cuba tengok orang-orang kafir tu, tak sembah Allah pun kaya juga, senang juga hidup”. Mendengar perkataan sebegitu hati saya menjadi panas, ikutkan hati mahu saja saya halau pesakit ni balik.

Ermmm.. sekarang giliran saya pula bercakap…” Macam ni la bang… kalau lah sekiranya, dunia dan seisinya mempunyai nilai dan berharga disisi Allah, nescaya setitis air pun orang-orang kafir tidak akan mendapatkannya. Taatlah kepada Allah keranaNya semata-mata bukan kerana sakit atau sihat, bukan kerana senang atau susah, bukan kerana miskin atau kaya”. Dia terdiam…

Saya tambah lagi..”orang-orang macam abang ni termasuk dalam golongan orang yang dizalimi, dan doa orang-orang yang dizalimi ini sangat dimakbulkan Allah swt. Tapi sekarang ni mengapa dah 12 tahun doa abang tak makbul-makbul”… dia terdiam lagi.. Nampak gayanya tembakan saya dah mengena, tadi komplen sangat...

Kemudian anaknya pula mencelah, “ustaz.. bapa saya ni, asyik nak salahkan jin saja, sakit sikit katanya sihir, sakit sikit katanya jin, bapa saya asyik nak berkurung dalam bilik, tak mau berjemaah di surau atau masjid dan tak suka untuk beriadah mengambil angin luar…. dah la tu, ubat doktor tak nak makan, bila sakit salahkan orang lain”.

Ermmm… patutlah.. sendiri yang tak pandai nak uruskan diri, lepas tu nak salah kan Allah…

Kerana itulah saya sangat menggalakkan pesakit-pesakit yang berkemampuan agar mengikuti kursus-kursus rawatan yang dianjurkan oleh mana-mana perawat yang dipercayai. Bukan semata-mata untuk kita tahu cara-cara merawat diri sendiri dan keluarga, tetapi yang lebih penting kita ada ilmu dan kita faham tentang penyakit yang dihadapi. Apabila kita ada ilmu dan kefahaman, syaitan tidak boleh mempermainkan kita dengan senang-senang. Dan tidak lah kita teraba-raba mencari jalan penyelesaian.

Oleh yang sedemikian, bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus rawatan islam – Mengatasi masalah sihir dan gangguan jin, pada 28/11/2010, sila hubungi saya, Ustaz Azrin Abdul Karim – 013 3239822 atau Akademi Nur Insan (Puan Ita) - 019 3335741. Kursus ini akan diadakan di Akademi Nur Insan, di alamat, F9G, Jalan Impian Indah 2, Taman Impian Indah, Balakong, Selangor Darul Ehsan. J