Sunday, February 28, 2010

Tipu Daya Dan Ujian Kepada Perawat...



Kehidupan seorang perawat tidak terlepas dari tipu daya jin dan syaitan. Kadangkala ketika merawat pesakit, jin berdialog dan memberitakan pelbagai informasi yang berkaitan. Jin-jin gangguan tersebut akan mengaku samada ianya adalah jin sihir, jin saka dan sebagainya. Jika kena pada kaedahnya jin-jin sihir akan memberitahu kepada perawat siapa tuannya , mengapa dia mengganggu pesakit dan semua maklumat-maklumat yang diperlukan. Adakah maklumat-maklumat ini boleh diguna pakai…?

Ada sesetengah orang pula yang berkemampuan melihat alam ghaib, mereka dapat melihat makhluk-makhluk yang tidak dapat dilihat oleh pandangan biasa. Kadangkala mereka dapat mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi tentang orang lain. Adakah mereka ini benar-benar melihat dengan sebenar-benar penglihatan, atau adakah kemungkinan wujudnya penipuan oleh makhluk-makhluk ghaib ini..?

Ada pula diantara mereka yang sering mendapat mimpi didatangi oleh seseorang, samada orang berjubah atau berserban atau berupa perempuan tua atau wanita-wanita cantik. Mereka diajar beberapa kalimah doa dan ayat-ayat yang perlu diamalkan, samada untuk perubatan, pertahanan diri dan lain-lain. Ada juga yang diajar mengurut, diajar dan ditunjukkan terus tentang kaedah-kaedah perubatan atau jurus-jurus persilatan. Apakah mereka-mereka yang bermimpi sebegini termasuk didalam golongan insan pilihan atau ini hanya mimpi biasa, atau apakah ini juga kemungkinan tipu daya dari makhluk-makhluk ghaib yang melakukan penyamaran…?

Kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang kisah Syeikh Abdul Qadir Jailani seorang wali Allah yang terkenal. Beliau dikatakan penghulu para wali, dikenali sebagai Sultanul Aulia’ dan Al-Ghautsul A’dzham Quthb Al-Rabbani. Semoga Allah swt melimpahkan rahmat kepadanya

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani lahir pada 1 Ramadhan tahun 471H / 1077 M di sebuah desa bernama Jailan Thabaristan. Ayah dan Ibunya mempunyai pertalian nasab yang bersambung dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Syeikh Musa anak kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani pernah menceritakan, dia mendengar ayahnya bercerita. Satu ketika dulu, Syeikh Abdul Qadir Jailani sedang berkelana di padang pasir, sudah berhari-hari lamanya dia tidak minum air. Saat Syeikh Abdul Qadir sedang sangat kehausan, tiba-tiba datanglah awan menaunginya dan menurunkan sejenis embun sehingga Syeikh Abdul Qadir dapat minum darinya.

Kemudian dia melihat cahaya yang sangat terang memenuhi alam, tiba-tiba dia terdengar satu suara berkata kepadanya, ”Wahai Abdul Qadir, aku adalah tuhanmu, mulai saat ini aku halalkan bagimu apa yang telah aku haramkan sebelum ini.

Syeikh Abdul Qadir berkata, “Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terlaknat”. Ketika itu juga cahaya tersebut hilang, yang tinggal hanyalah kepulan asap. Kemudian suara itu berkata lagi, “ Wahai Abdul Qadir, engkau berjaya selamat dari godaanku kerana ketinggian ilmu dan kemuliaanmu. Dengan tipu daya yang sama aku telah berjaya menjatuhkan lebih dari tujuh puluh orang wali”.

Syeikh Abdul Qadir menjawab, “Segala keutamaan dan kekuatan hanyalah milik Allah”.

Syeikh Abdul Qadir Jailani ditanya, bagaimana beliau tahu itu adalah syaitan. Beliau menjawab, “apabila suara itu mengatakan, ‘aku halalkan bagimu apa yang telah aku haramkan sebelum ini’ maka tahulah aku itu adalah syaitan”.

Kesimpulannya… sedangkan Syeikh Abdul Qadir Jailani yang dikatakan bertaraf Sultanul Aulia’ masih di uji dengan ujian-ujian yang sedemikian rupa, apatah lagi kita sebagai orang awam yang sentiasa terdedah dengan kekeliruan dan tipu daya samada dari nafsu diri sendiri, dari orang lain, dari jin dan syaitan dan malahan dari pelbagai perkara.

Oleh itu berhati-hatilah…

Tuesday, February 23, 2010

Selawat 'Azimiah...



Sempena sambutan Maulidur Rasul, saya paparkan Selawat 'Azimiah beserta terjemahannya. Selawat 'Azimiah ini adalah salah satu amalan Thoreqat Ahmadiyyah Idrissiyyah.
Pengasas kepada Thoreqat ini ialah Al-Arifin Imam Al-Muhtadin Qutb Da’irah At-Taqdis Asy-Syeikh Ahmad Ibn Idris. Semoga kita sama-sama merenung dan mengambil I’tibar maksud terjemahannya.

Untuk makluman pembaca, amalan Selawat 'Azimiah yang saya amalkan ini memerlukan pengijazahan khusus dari guru yang mursyid dari Thoreqat Ahmadiyyah Idrissiyyah.


Sila klik pada imej diatas untuk paparan yang lebih jelas.

Sunday, February 21, 2010

Saka Mertua Mengganggu Anak & Menantu - Part 2


Satu hari wanita tersebut datang lagi untuk satu temujanji rawatan yang lain, kali ini dia membawa anak-anaknya yang mengalami masalah gatal-gatal yang kronik terutamanya di celah-celah telinga dan leher. Seperti biasa saya memulakan rawatan dengan bacaan asas ayat-ayat ruqyah. Anak wanita tersebut baru berumur sembilan tahun, gatal-gatal yang bermula di cuping telinga telah merebak sehingga ke celah-celah leher.

Dengan tak semena-mena tangan budak tersebut bergerak-gerak dengan pergerakan yang amat luar biasa, budak tersebut menangis kesakitan, dia merasakan ada sesuatu yang mengalir keluar dari bahu ke hujung jari-jari tangannya.

Setelah disoal siasat jin tersebut mengaku bahawa ia adalah jin saka dari nenek sebelah bapanya. Ini bermaksud, saka itu kepunyaan ibu mertua wanita tersebut. Bila diperiksa semua adik-beradik budak tersebut mempunyai jin saka termasuklah bapanya, yakni suami kepada wanita itu.

Setelah rawatan ke atas budak itu berakhir, saya beralih pula kepada ibunya. Kali ini saya menggunakan kaedah “travel” untuk melihat masalah di rumah mereka. Rupa-rupanya ada barang sihir yang telah ditanam di halaman rumah. Setelah saya bacakan ayat-ayat ruqyah, kelihatan barang sihir itu terangkat sendiri dari dalam tanah, timbul keatas dan kemudian hancur serta hilang.

Ada beberapa pasu bunga yang telah ditanam dengan pokok kunyit juga tertanam barang-barang sihir. Wanita itu memberitahu bahawa pokok kunyit tersebut ditanam oleh ibu mertuanya. Yang menjadi tanda tanya, setiap rumah anak-anaknya dia akan tanam beberapa pasu pokok kunyit.

Saya periksa pula di bahagian dalam rumah satu persatu, ada ramai “makhluk” yang tidak di undang menghuni beberapa tempat di dalam kawasan rumah. Yang menyorok bawah katil pun ada… yang bersembunyi dalam almari baju pun ada…

Semuanya berjaya di hapuskan dengan izin Allah. Yang peliknya kebanyakan dari makhluk-makhluk tersebut menyerupai seorang perempuan tua. Perempuan tua itu meraung dan merayu-rayu kepada seorang lelaki tua agar menolongnya, tetapi lelaki tua tersebut tidak dapat berbuat apa-apa. Adakah itu juga gambaran ibu mertua wanita tersebut…?

Setelah selesai memeriksa kawasan rumah, saya periksa pula suami wanita tersebut, kelihatan ada ikatan kain kuning yang di ikat di kemaluan suaminya. Wajah suaminya juga kelihatan sangat tidak sihat. Dengan izin Allah, saya putuskan ikatan tersebut. Tiba-tiba wajahnya bertukar menjadi ceria dan sihat. Apakah dengan putusnya ikatan sihir tersebut, hubungan mereka suami isteri akan kembali normal…?

Kita tunggu sambungan kisah seterusnya nanti…

Thursday, February 18, 2010

Bekam Untuk Lelaki Dan Wanita...


Bekam adalah satu cara pengubatan yang digemari dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk umat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi umat Islam.
Rasulullah saw bersabda;

"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)" ( Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a.)

Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair r.a, dari Ibnu 'Abbas r.a, dari Nabi saw, baginda bersabda; "Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api".

Diantara kebaikan Berbekam adalah :

- Membantu menghilangkan pening dan migrain.
- Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
- Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
- Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
-Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
- Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
- Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
- Membuang darah bertoksid.

Penyakit-penyakit yang boleh di rawat dengan kaedah Bekam ialah Masalah Senggugut /Haid, Lenguh Pada Bahu, Betis, Batu Karang, Sembelit, Sakit lutut, Sakit Kepala/ Jerawat Banyak, Lemah Tenaga Batin, Stroke, Masalah Buah Pinggang, Migrain, Sakit Pada Kepala, Sinusitis/Alergic, Masalah Pada Mata, Kolestrol Tinggi, Masalah Angin, Masalah Sakit Gigi, Masalah Asthma/Lelah dan Paru-Paru, Batuk, Hati/Hepatitis, Pundi Hempedu, Pankreas/Diabetis, Masalah Sakit Pinggang, Masalah Lenguh Peha/Betis, Buasir, Masalah Kaki Kebas, Sakit Tumit, Masalah Sakit Jantung dan lain lain masalah penyakit.

Bagi kaum lelaki, selain dari berurut, berbekam adalah satu rawatan tambahan yang efektif untuk melancarkan perjalanan darah dan membantu merawat pelbagai jenis masalah dan penyakit.Tidak ketinggalan juga pada kaum wanita yang ingin berbekam, kami ada menyediakan Pembekam Wanita.
Sila hubungi kami di talian 013-3239822 untuk temujanji rawatan.

Urut Tradisional Melayu - Penyakit Uluran


Penyakit uluran atau angin yang berlebihan mungkin akan menyerang seseorang yang bertabiat suka makan atau minum bahan-bahan yang dianggap sejuk, ini menyebabkan angin berlebihan di dalam perut.

Angin yang masuk ke dalam tubuh seseorang pada kebiasaannya diserap semula di dalam usus akibat pergerakan bahan-bahan makanan di dalam usus yang terlalu cepat. Angin yang berlebihan inilah yang menyebabkan seseorang itu mengalami sakit perut memulas, sakit mencucuk bahagian pinggang, pening kepala dan sebagainya.

SAKIT ULURAN kebiasaannya terbahagi kepada empat jenis iaitu:

ULURAN ANGIN - Sakit ini sering dialami oleh kebanyakan kaum lelaki. Ianya berpunca daripada angin berlebihan dalam usus. Angin ini akan naik ke bahagian kepala melalui belikat menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala.

Sekiranya sakit ini tidak dikawal dan dibiarkan berpanjangan, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengidap sakit darah tinggi. Selain daripada itu angin sesat juga akan mengisi ruang-ruang kosong di bahagian sendi, ini boleh menyebabkan sakit bengkak sendi.

ULURAN URAT - Sakit ini boleh menyebabkan urat bersimpul dan dikatakan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kekejangan urat. Sakit uluran urat juga boleh menyebabkan lemah syahwat.

ULURAN LENDIR - Sakit ini adalah berpunca akibat amalan pemakanan yang tidak teratur menyebabkan pembentukan lendir dan lemak berhimpun di buah pinggang. Jika sakit ini tidak dikawal, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengidap sakit buah pinggang.

ULURAN DARAH - Sakit ini juga dikenali sebagai sakit darah panas. Sakit ini boleh menyerang jika seseorang itu terlalu banyak berfikir. Adalah dipercayai darah panas akan naik ke kepala, menyebabkan seseorang itu mengalami pening kepala.

Di antara tanda-tanda umum orang itu mengidap sakit uluran adalah seperti :

- Muka pucat, lesu dan kurang bertenaga.
- Tapak kaki menjadi sejuk tanpa mengira waktu samada siang atau malam.
- Sering mengalami sakit kepala.
- Kerap buang air kecil.
- Kebas kaki dan tangan.
- Sembelit.
- Perut memulas serta mencucuk dibahagian pinggang apabila memakan makanan dan meminum minuman yang sejuk.

Kebiasaannya kaedah rawatan utama yang digunakan oleh orang-orang melayu untuk merawat sakit sebegini adalah dengan cara mengurut.

Bagi kaum lelaki yang ingin berurut , saya menyediakan Perkhidmatan Urut Tradisional Melayu , untuk urut seluruh badan , urut persediaan berkahwin , urut pulih tenaga batin , Urutan Perubatan untuk masalah seperti sakit kepala / migrain , sakit pinggang , sakit lutut , bisa-bisa atau lenguh-lenguh badan , stroke / lumpuh dan lain-lain masalah.

Sila hubungi saya di talian 013-3239822 untuk Temujanji Urut.

Wednesday, February 10, 2010

Kursus Rawatan Islam Di MIRI, Sarawak - 13 & 14 Mac 2010

KURSUS RAWATAN ISLAM UNTUK DIRI DAN KELUARGA

Pada : 13hb MAC 2010 DAN 14hb MAC 2010

Tempat : DEWAN MASJID AL FIRDAUS, TAMAN TUNKU, MIRI, SARAWAK

Fasilitator : USTAZ AZRIN ABDUL KARIM

Yuran : RM 150.00

Sila Hubungi :- En Idris 019 8878414
En Ridzwan 014 8889353

(Sila maklumkan awal untuk persiapan tempat.)


KURSUS RAWATAN ISLAM UNTUK DIRI DAN KELUARGA ini diadakan, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang jenis-jenis gangguan, tanda-tanda dan cara-cara untuk menangani masalah-masalah spiritual yang berkaitan dengan gangguan jin seperti sihir, saka dan lain-lain. Diantara perkara-perkara yang akan disampaikan ialah :

Pengenalan Alam Jin dan amalan ahli sihir
Jenis-jenis gangguan Jin dan Sihir
Tanda-tanda gangguan
Rahsia kekuatan minda manusia
Rawatan Ruqyah Syar’iyyah sebagai ikhtiar

Teknik-teknik rawatan seperti :

- Mengesan (scanning) gangguan pada pesakit
- Teknik-teknik Ruqyah
- Teknik-teknik berdialog dengan jin
- Teknik mengesan penipuan jin
- Teknik menarik bisa gangguan atau menarik jin
- Teknik memasung dan mengunci pergerakan jin
- Teknik memancung / menikam / menyerang jin
- Teknik-teknik serangan keatas jin dan ahli sihir
- Teknik memindahkan jin.
- Teknik memagar rumah / kedai / sekolah dari gangguan jin
- Teknik rawatan jarak jauh
- Teknik menyediakan air rawatan

Amalan Perlindungan Diri :
- amalan-amalan perlindungan diri warisan ulama’ silam
- rahsia zikirullah
- rahsia pernafasan untuk membenteng diri

Pengijazahan amalan.

Monday, February 8, 2010

Ayat Amalan Untuk Suami Isteri...


Serba salah saya nak tulis posting kali ni… nak tulis… tak tulis.. nak tulis… tak tulis.. tak pe la… Saya tulis la juga… kalau ada terkasar bahasa awal-awal lagi saya mintak maaf banyak-banyak ye…

Adat orang bercinta… Sebelum kahwin dulu, janji macam-macam.. engkaulah bintang.. engkaulah bulan… pokok tempat berteduh menjadi saksi cinta kita berdua.. tiada rahsia antara kita… kalau boleh tak mahu berpisah walaupun sesaat… semuanya manis belaka…

Tetapi apa yang berlaku setelah berkahwin..? Macam-macam perkataan timbul… tak serasi, tidak memahami, pentingkan diri sendiri, panas baran, sensitif sangat dan berbagai-bagai perkataan yang pelik-pelik terkeluar dari mulut…

Ada suami yang sanggup tinju si isteri, sampai lebam-lebam biji mata isteri… ada yang kena sepak terajang, ada yang hantuk kepala isteri ke dinding…

Jangan terkejut jika saya katakan ada kes suami isteri tidak bersama selama lima tahun… bukan lima hari.. bukan lima bulan.. tapi lima tahun…!!! Suami dingin isteri merana…

Ada suami yang meninggalkan isterinya berbulan-bulan begitu saja tanpa berita, tanpa pesan, tanpa nafkah,… sedangkan si isteri sedang sarat mengandung… dengan alasan si suami ingin mencari ketenangan jiwa.. apa sudah jadi dengan masyarakat kita..? Tiadakah perasaan belas kasihan kepada kaum wanita…?

Buat malu kaum lelaki je… Adakah ini masalah sihir..? adakah ini masalah saka..? adakah ini masalah jin asyik…? Adakah ini masalah jin pendamping…?

Mungkin iye.. mungkin tidak…

Saya membahagikan masalah pada manusia itu kepada empat bahagian, Fizikal, Mental, Emosional dan Spiritual. Ada pesakit yang asyik nak salahkan jin tak habis-habis. Sikit-sikit jin.. sikit-sikit jin… sehingga ada golongan jin yang komplen, mereka kata, “kami juga yang kena fitnah…”

Kebanyakan pesakit yang datang mengadu tentang masalah rumah tangga memang ada gangguan jin, samada sihir, jin asyik atau jin saka. Yang tersangat hebatnya… ada diantara mereka menggunakan “gangguan jin” ini sebagai alasan untuk menutup kelemahan diri sendiri. Nafkah batin isteri tidak diberi sehingga berbulan-bulan, sehingga bertahun-tahun. Kononnya nafsu dikunci… bila dia buat maksiat dengan teman wanita tak ada masalah, nafsu terbuka saja…
Namun begitu jangan kita ingat kaum lelaki saja yang buat hal. Kaum wanita pun banyak juga karenahnya. Ada diantara mereka yang berpendapatan lebih tinggi dari suami, merasakan mereka lebih berkuasa dari suami. Sehingga tidak menjaga tutur kata dan tidak menghormati suami.

Ada isteri yang tidak tahu menjaga maruah suami, membuka aib dan pekung keluarga pada orang lain, pada jiran-jiran dan sahabat handai. Nasihat saya untuk isteri yang sebegini, seeloknya anda hubungi TV3, NTV7, TV9 atau Berita Hairan atau Utusan Meloya dan sebarkan kisah anda keseluruh dunia… atau boleh juga register buka blog, kemudian kongsi kisah keburukan suami anda di blog, kalau boleh sertakan gambar keluarga, gambar suami, gambar anda sendiri, gambar anak-anak, gambar rumah kediaman dan semua gambar-gambar yang berkaitan. Alang-alang nak burukkan suami sendiri biar buruk sungguh.

Bukan tak boleh luahkan perasaan, tapi luahkanlah pada orang-orang tertentu yang boleh dipercayai, yang bukan “sure kepoh”. Tujuan kita nak cari penyelesaian, bukan nak tunjuk isteri menang, suami kalah, atau suami menang, isteri kalah. Nak menang atau kalah pergi Stadium Bukit Jalil, lumba lari seratus meter…

Ada ramai juga yang sudah bergelar isteri tetapi mempunyai skandal dengan lelaki lain. Samada lelaki bujang atau suami orang.

Lelaki ni pun satu hal, dah tau itu isteri orang, pergi menggatal cari pasal buat apa. Ramai lagi wanita yang belum berkahwin di luar sana. Ada yang bertanya kepada saya, nak buat macamana lelaki yang ada “skandal” dengan isteri orang ni..? Dengan saya senang je, kita pakat ramai-ramai pergi belasah dia cukup-cukup. Ini pun dah kira ringan… Kalau ikut-ikut kena rejam dengan batu sampai mati.

Ada orang cakap.. “ustaz, kalau bagi ayat untuk amal, air untuk minum dengan mandi saja tak boleh ke..?”… Bukan tak boleh, amal ayat, air untuk minum dan mandi tu ikhtiar… pergi jumpa face to face (bukan facebook…) tu pun ikhtiar juga… pergi buat report polis tu pun ikhtiar juga… pantau isteri sendiri tu pun ikhtiar juga…

Kesimpulan yang kita boleh dapat dari apa yang saya “bebel”kan diatas ialah, suami dan isteri kedua-duanya ada peranan masing-masing di dalam rumahtangga. Dan sebagai manusia biasa kita tidak lepas dari membuat kesilapan.

Duduk tenang-tenang, fikir dalam-dalam apakah kesilapan diri kita sendiri. Bukan pergi jumpa bomoh bodohkan suami, bagi nasi kangkang, atau baca mantera tiup-tiup kat air atau makanan dia. Bukan pergi jumpa tok dukun mintak supaya isteri tunduk biar dapat lesen tambah “kereta” baru.

Lihatlah wajah anak-anak kita, mereka itu amanah Allah, corak masa depan mereka di tangan kita. Suami isteri bercerai berai, anak-anak yang jadi mangsa. Renung kembali ketika mula-mula dulu cinta sedang berputik, renung kembali ketika kita begitu teruja dan mengambil keputusan untuk berkahwin… Mengapa ketika itu tiada saka, mengapa ketika itu tiada jin asyik, mengapa ketika itu tiada jin yang mengganggu…?

Ok lah… dah puas mengomel ni, sekarang saya nak kongsi satu amalan ringkas untuk kesentosaan suami isteri, ahli keluarga dan anak-anak. Guru saya beritahu, jika kita mengamalkan ayat ini, insyaAllah semoga Allah swt menghindarkan kita dari perkara-perkara yang tidak disukai oleh pandangan, pendengaran dan hati kita. Contohnya, kita tak mau anak kita hisap dadah, tak mau anak kita jadi anak derhaka, kita tak mau anak kita jadi mat rempit, kita tak mau isteri nusyuz. Si isteri pun amal la juga.. kalau boleh semua ahli keluarga amal.
 Ayat ini dibaca 25 kali sehari semalam. Nak baca 25 kali sekaligus pun boleh, nak baca 5 kali tiap-tiap lepas solat lima waktu pun boleh.

Ada satu lagi amalan khusus untuk suami dan isteri. Tapi amalan ni tak boleh dedah in public, siapa yang berhajat sila email saya, insyaAllah saya beri. Sila sertakan nama penuh ber-bin / binti kan bapa.

Ya Allah, janganlah kau uji kami dengan ujian-ujian yang tidak tertanggung oleh kami. Amin.

Monday, February 1, 2010

Saka Mertua Mengganggu Anak & Menantu - Part 1





Kasih Ibu membawa ke syurga, Kasih ayahanda berkorban nyawa… ungkapan sedemikian selalu kita dengar apabila membicarakan tentang kasih seorang ayah dan ibu. Kisah kali ini adalah berkenaan dengan keruntuhan rumahtangga akibat dari campurtangan ayah dan ibu mertua yang bersaka menggunakan sihir, semata-mata kerana ingin menakluk anak dan menantu supaya sentiasa mengikut telunjuk mereka.

Satu masa dulu, saya didatangi oleh seorang wanita yang mengadu tentang masalah rumahtangga. Hubungan sulit suaminya selama ini terbongkar apabila beliau menjumpai sepit rambut yang tidak dikenali didalam keretanya. Setelah puas berbincang suami isteri, akhirnya si suami bersetuju untuk meninggalkan teman wanitanya. Namun, yang menjadi masalah sekarang, si suami tidak dapat melupakan teman wanitanya itu, dan keadaan ini benar-benar mengganggu fikiran dan emosinya. Bak kata orang, makan tak lena, mandi tak kenyang, tidur tak basah… :-)

Sewaktu meneliti borang pesakit, saya lihat ada beberapa tanda-tanda gangguan serius yang terdapat pada wanita tersebut. Saya melakukan pemeriksaan dan rawatan untuk mengenal pasti punca-punca gangguan. Sewaktu sessi rawatan jari jemari pesakit bergerak laju tanpa kawalan. Tiba-tiba wajah pesakit berubah, ia seperti berada didalam ketakutan. Menurut pesakit, sewaktu saya membaca ayatul Qursi, beliau nampak seorang wanita yang sangat-sangat dikenali terbakar dengan teruk. Saya tanya siapa wanita tersebut, pesakit menjawab “dialah Ibu MertuaKu”… waaa.. macam cerita P.Ramlee ni.. Dalam hati saya berkata “yang kamu lihat itu adalah Jin Ibu MertuaMu”

Serangan demi serangan saya lakukan, pesakit masih nampak gambaran tersebut seperti sedang menonton television. Ibu mertuanya yang terbakar teruk tumbang dan hilang dengan tiba-tiba.. kemudian timbul lagi wajah ibu mertuanya.. kali ini dengan memek muka yang lebih garang dan ganas.. namun diizinkan Allah terbakar juga jin yang berupa ibu mertua pesakit.

Selang seminggu pesakit datang dengan membawa suaminya pula untuk pemeriksaan. Sewaktu sessi rawatan dijalankan, suami beliau kerasukan, tetapi Alhamdulillah semua jin-jin yang mengganggu memberi kerjasama untuk keluar.

Dua hari selepas itu saya mendapat panggilan dari wanita tersebut, ia memberitahu suaminya membuat pengakuan bahawa semasa sessi rawatan dijalankan dia nampak ibunya terbakar dan terpekik terlolong dengan jelas. Cuma dia tidak mahu berterus terang dengan saya, kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa yang dilihatnya itu adalah ibunya sendiri.

Sepanjang sessi rawatan saya tidak pernah memberi komen tentang apa yang mereka nampak. Mungkin benar, mungkin tidak. Yang penting adalah untuk menyelesaikan masalah. Tetapi yang menjadi persoalannya, apa kaitan ibu mertua wanita itu dengan masalah rumah tangga yang dihadapinya…?

Sessi demi sessi rawatan dijalankan, rahsia yang selama ini terpendam telah mula terbongkar satu persatu. Apakah yang berlaku seterusnya..? InsyaAllah bersambung di kisah yang akan datang…

Madad... Madad.. Ya Rasulullah...