Monday, December 27, 2010

Pesakit Mengandung Anak Jin Ular


Sudah lama saya tidak menulis kisah-kisah pengalaman saya merawat pesakit. Sebenarnya kisah-kisah pengalaman merawat pesakit yang saya tulis bukanlah sekadar hiburan semata-mata, tetapi banyak I’tibar yang kita boleh ambil dari kisah-kisah tersebut. Samada pembaca, pesakit mahupun perawat yang baru menceburkan diri dalam dunia rawatan, kisah-kisah yang dikongsi disini dapat memberi banyak informasi berkenaan dengan alam jin dan karenah-karenah mereka.

Kali ini saya ingin menceritakan kisah jin yang mengalami kesukaran untuk keluar dari tubuh badan pesakit. Satu ketika dulu saya didatangi oleh seorang gadis yang mengalami masalah emosi yang tidak stabil, selalu panas baran, sukar bertemu jodoh, dan merasakan pergerakan-pergerakan luarbiasa didalam badan, terutamanya dibahagian perut dan peranakan.

Secara formalnya, pesakit yang datang mendapatkan rawatan akan mengisi borang pesakit terlebih dahulu. Ini adalah untuk memudahkan saya mendiagnos pesakit dengan hanya melihat borang rawatan yang telah diisi oleh pesakit. Didalam borang tersebut ada beberapa contoh tanda-tanda gangguan yang akan ditandakan oleh pesakit sekiranya mereka mengalami tanda-tanda tersebut.

Kebiasaannya dengan tanda-tanda gangguan sahaja kita sudah boleh membuat andaian samada pesakit mengalami masalah gangguan jin saka, sihir atau jin pendamping. Namun untuk menguatkan lagi andaian tersebut, rawatan pemeriksaan haruslah dilakukan.

Gadis yang datang untuk mendapatkan rawatan itu, mengisi satu persatu ruang kosong di borang tersebut. Tiba-tiba, apabila sampai sahaja di ruang tandatangan, tangan pesakit seperti kejang dan tidak boleh menurunkan tandatangan. Pesakit sudah mula terketar-ketar. Rupa-rupanya, jin didalam tubuh badan gadis tersebut menghalang ia daripada menandatangani borang rawatan. Bijak sungguh jin tersebut, seolah-olah ia tahu hal ehwal perjanjian / kontrak yang melibatkan tandatangan. Dengan itu ia menghalang pesakit dari menandatangani borang rawatan tersebut.

Tanpa melengahkan masa saya minta pesakit dibawa masuk ke bilik rawatan. Pesakit yang tiba-tiba berkeadaan sangat lemah, terpaksa dipapah masuk ke bilik rawatan. Saya terus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran sambil memohon bantuan dari Allah swt, semoga dipermudahkan segala urusan didalam merawat pesakit tersebut.

Tiba-tiba pesakit termuntah-muntah dengan banyak sekali, sambil mengeluarkan suara yang garau dan garang, jin didalam badan pesakit menjerit sambil berkata “aku tak mau keluar, aku nak bunuh dia dan keluarga dia, aku sudah beranak pinak didalam badan gadis ini, sekarang gadis ini mengandungkan anak aku”, kata jin tersebut. Rupa-rupanya didalam perut pesakit ada beratus-ratus anak jin ular, patutlah perut gadis tersebut kelihatan membesar.

Puas saya menggunakan cara diplomasi untuk memujuk jin tersebut keluar, namun jin tersebut tetap dengan keputusannya tidak mahu keluar. Saya terpaksa menggunakan kekerasan, menyiksa jin tersebut dengan beberapa teknik siksaan, menyebabkan jin tersebut menjerit-jerit kesakitan. Apabila bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran saya bacakan ke arah perut pesakit, jin tersebut menjerit, “anak aku mati !!!, anak aku mati !!!”. Suasana yang agak kecoh ketika itu masih dalam keadaan terkawal, saya menggertak jin tersebut, sekiranya dia masih tidak mahu keluar saya terpaksa menyiksanya dengan teknik siksaan yang lebih dasyat lagi.

Akhirnya jin tersebut mengalah dan ingin keluar, pesakit didalam keadaan berbaring, tiba2 mengangkat lutut seperti posisi perempuan yang ingin melahirkan anak. Rupa-rupanya, beratus-ratus anak jin ular ingin keluar menerusi saluran peranakan pesakit. Manakala pesakit pula merasakan kesakitan yang amat sangat seperti ingin melahirkan anak. Siksa sungguh saya melihat keadaan pesakit tersebut.

Dengan izin Allah tiba-tiba saya mendapat ilham untuk mengarahkan beratus-ratus ekor jin tersebut keluar dengan cara yang lain. Setelah membuka laluan dibahagian kaki pesakit, dengan izin Allah saya mengarahkan jin-jin tersebut keluar melalui hujung-hujung jari kaki pesakit. Alhamdulillah, pesakit lebih tenang dan tidak mengerang kesakitan lagi, cuma kaki pesakit sahaja yang bergerak-gerak kuat, menandakan jin-jin gangguan tersebut sedang keluar melalui kaki pesakit.

Setelah selesai jin tersebut keluar saya membaca ayat-ayat menutup bekas-bekas laluan jin didalam pesakit dan merawat bahagian dalaman pesakit yang cedera sewaktu jin-jin tadi keluar. Selesai sessi rawatan saya bekalkan pesakit dengan air rawatan untuk minum dan mandi, dan saya bekalkan juga dengan amalan-amalan untuk membenteng diri dari gangguan jin.

Tuesday, December 21, 2010

Kursus Urut Tradisional - Khamis 23/12/2010



Untuk makluman : Kursus Urut Tradisional dan Pulih Tenaga Batin akan diadakan pada 23/12/2010, hari khamis, jam 09.00 pagi. Sila hubungi (telefon atau sms) saya untuk pengesahan kehadiran.


Diantara kandungan kursus ialah :


- Teori tentang Urut Tradisional

- Teknik mudah memahami kaedah Urut Tradisional

- Teknik Urut Perubatan


- Praktikal Urut Tradisional

- Teori tentang Urut Pulih Tenaga Batin

- Praktikal Urut Pulih Tenaga Batin

- Tips, petua dan amalan

Bagi sesiapa yang berminat sila sms atau emailkan nama, no kad pengenalan dan alamat. Harga Yuran ialah sebanyak RM280. Bertempat di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Thursday, December 2, 2010

Gambar Kursus Rawatan Islam Di Balakong 28/11/2010

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dengan izin dan limpah kurniaNya, selesai sudah Kursus Rawatan Islam yang saya anjurkan di Balakong baru-baru ini, oleh kerana ada beberapa masalah teknikal, maka hanya beberapa gambar yang dapat saya paparkan disini, insyaAllah gambar-gambar yang lain akan menyusul kemudian.

Mengikut perancangan, insyaAllah kursus sebegini akan diadakan lagi pada 19/12/2010 ini, sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus rawatan islam – Mengatasi masalah sihir dan gangguan jin, sila hubungi saya, Ustaz Azrin Abdul Karim – 013 3239822 atau Akademi Nur Insan (Puan Ita) - 019 3335741.