Friday, December 23, 2011

Majlis Hol Almarhum Sidi Ahmad Muhammad Ad Dandarawi dan Majlis Bai'ah Ahli-Ahli Thoreqat


Assalam Ikhwan dan saudara-saudaraku....

Adalah di jemput untuk menghadiri Majlis Hol AlMarhum Sidi Ahmad Muhammad Ad Dandarawi

Pada: 24hb.Disember,2011 (Hari: Sabtu)
Masjid Lama Astana Raja, Kota, Rembau

Pimpinan Syeikh Mohamad Paiz Syeikh Ahmad Syeikh Muhammad Said AL-Linggi..Masa: 5.45 petang..

Majlis akan dimulakan dengan Majlis Penerangan Sejarah Hidup AlMarhum Sidi Ahmad Muhammad Ad Dandarawi r.a ..dan Majlis Menerima Baiah Ahli-ahli Tarekat Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrissiyyah Al-Linggi seramai 300 orang dari Negeri Sembilan,Melaka dan Johor...berkati dan rahmati kami ya Allah ...aamiin ya Allah....

di petik dari wall facebook : Toreqat Al-Ahmadiyyah Al-Idrissiyah Al-Linggi

Monday, December 12, 2011

Kaedah Merawat Gangguan Perasaan...

Bismillahirrahmanirrahim.. dengan izin dan limpah KurniaNya, dengan Barakah Nabi Junjungan Muhammad s.a.w, maka dengan ini saya kongsikan satu amalan, untuk menghilangkan perasaan tidak tentu arah akibat kematian, kemalangan, kesedihan, ketakutan dan sebagainya.

Kaedahnya, sediakan dua bekas air, satu untuk dibuat minum dan satu lagi untuk dibuat mandi. dibacakan Surah Al Fatihah, Al-Ikhlas, Ayatul Qursi dan ayat dibawah ini (surah Al 'Araaf : ayat 43) semuanya sebanyak tujuh kali, diakhiri dengan selawat keatas Rasulullah s.a.w sebanyak tujuh kali dan berdoa.

Cara Minum : Minum pada bila-bila masa, tiada syarat. Cuma Niat / berdoa sebelum minum.
Cara Mandi : Mandi sebelum waktu subuh, sebagai bilasan terakhir, niat dan berdoa. Mandi untuk tiga hari berturut-turut.


Maksud ayat diatas ; "Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir dibawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata, "segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (syurga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang Rasul-Rasul Tuhan kami, membawa kebenaran". Dan diserukan kepada mereka; "Itulah Syurga yang diwariskan kepadamu disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan". (surah al 'araaf : ayat 43)

Sekiranya tulisan ayat ini tidak jelas, sila rujuk kepada Al-Quran untuk tulisan dan baris yang lebih jelas.

Diantara fadhilat ayat ini juga, insyaAllah boleh menyatukan ahli keluarga yang selalu bertengkar, atau kaum yang bertelagah, dan boleh juga dibaca untuk merawat penyakit dalaman, biiznillah...

wassalam..

Wednesday, November 23, 2011

Gambar Kursus Rawatan Islam Di Alor Setar, Kedah - 18 & 19 Nov


Bismillahirahmanirrahim,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt, dengan limpah rahmat dan kurniaNya maka selesai lah sudah Kursus Rawatan Islam di Alor Setar, Kedah pada 18 dan 19 November baru-baru ini.

Mohon maaf kepada sahabat sekelian diatas keterlewatan mengemaskini blog berkenaan dengan kursus ini kerana masalah gangguan untuk mengakses internet yang berlanjutan selama tiga hari.

Terima Kasih saya ucapkan kepada pihak-pihak yang terbabit secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan kursus ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu didalam mempromosikan kursus ini. Semoga Allah s.w.t melimpahkan keselamatan dan kesentosaan yang berpanjangan kepada sahabat-sahabat sekelian

Saya mendoakan agar ilmu yang dikongsi semasa kursus tersebut dapat memberi manfaat kepada para peserta, ahli keluarga dan masyarakat amnya...

InsyaAllah jika ada ketentuan, kita akan berjumpa lagi dalam Kursus Perawat Advanced pula nanti.

Disini saya uploadkan beberapa keping gambar yang diambil semasa kursus tersebut untuk menjadi kenangan bersama..

wassalam

Orang penting... :-)



Khusyuk menyalin nota...

Lagi gambar orang penting... :-)

Ni bukan majlis akad nikah, tapi bisa melekat kat tangan, nak tolong tarik... :-)


Sessi Praktikal


Sessi Praktikal

InsyaAllah, bersedia untuk berjuang... :-)

Tuesday, November 15, 2011

Majlis Pengukuhan Rohani Di Alor Setar (18/11 - Selepas Maghrib)


Bismillahirrahmanirrahim...

Untuk Makluman sahabat-sahabat yang pernah mengikuti kursus anjuran saya di Alor Setar, Kedah sebelum ini, terutamanya bagi mereka yang pernah menyertai Kursus Perawat Advanced, Majlis Pengukuhan Rohani dan sessi muzakarah akan diadakan di kediaman Saudara Azfa Rizal. InsyaAllah majlis akan bermula selewat-lewatnya jam 8.45 malam.

Buat masa ini, majlis ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar senior sahaja, namun sekiranya ada diantara peserta-peserta kursus yang baru ini berminat untuk turut serta, insyaAllah akan saya pertimbangkan nanti..

Kedatangan ke majlis ini adalah sukarela, tidak ada paksaan, tidak ada bayaran, sebarang sumbangan seperti kuih muih untuk di jamu selepas majlis nanti adalah di alu-alukan.

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi saudara Azfa Rizal : 012 5144106

wassalam

Monday, November 14, 2011

AturCara Kursus Rawatan Islam Di Alor Setar, Kedah - 18 & 19 Nov 2011






Bismillahirrahmanirrahim

Untuk Makluman kepada para peserta yang telah berdaftar untuk menghadiri Kursus Rawatan Islam di Alor Setar, Kedah pada 18 dan 19 November ini, disini saya nyatakan aturcara program tersebut secara ringkas.


18/11/2011

8.30am - Pendaftaran

8.45am - Kelas Bermula

10.30am - Minum Pagi

12.30pm - Makan Tengahari Dan Solat Jumaat

2.00pm - Sambung Kelas

4.15pm - Solat Asar & Minum Petang

4.40pm - Sambung Kelas

5.30pm - Bersurai


Jadual pada 19/11/2011 akan diberitahu pada hari pertama kursus.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya di 013 3239822. Moga-moga kursus ini dapat memberi manfaat yang besar kepada para peserta untuk kejayaan di dunia dan diakhirat.

Wassalam

Thursday, November 3, 2011

Kursus Rawatan Islam - Di Alor Setar, Kedah - MASIH DIBUKA..


KURSUS SELESAI

Kursus Intensif Rawatan Islam ini adalah Kursus untuk “Merawat Diri Sendiri”, “Merawat Ahli Keluarga” dan juga “Merawat Orang Awam (menjadi perawat)”

Sila hubungi segera (telefon atau sms) untuk pendaftaran awal kerana penyertaan adalah terhad:

Ustaz Azrin Abdul Karim – 013 3239822

En Azfa Rizal – 012 5144106

En Shahril – 013 4516573

Tajuk : Kursus / Seminar Intensif Rawatan Islam ( Mengatasi Masalah Sihir & Gangguan Jin)

*Fasilitator : Ustaz Azrin Bin Abdul Karim

*Tarikh: 18hb & 19hb November 2011 (Jumaat & Sabtu)

* Masa: 8.45 pagi sehingga 5.30 petang

* Tempat : DEWAN THEATRETTE, MUZIUM NEGERI KEDAH, LEBUHRAYA DARUL AMAN, BAKAR BATA 05100 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

* Yuran Penyertaan: RM 200.00

(Sila Bankin kan RM50 ke akaun CIMB 1416 006 1959 523 atas nama Azrin Abdul Karim sebagai yuran pendahuluan untuk pengesahan kehadiran, kemudian sms kan nama penuh serta maklumat pembayaran - sila simpan slip transaksi perbankan sebagai rujukan nanti. Baki yuran boleh dibayar semasa menghadiri kursus nanti)

Slogan Kaedah Rawatan saya adalah 3M - 2M yakni, "Yang paling mudah, murah, menjimatkan masa dan tidak memudharatkan pesakit dan perawat"

Diantara perkara2 yang akan saya bentangkan semasa kursus adalah seperti berikut :

- Objektif Kursus

- Pengenalan Alam Jin

- Hukum Berdamping Dengan Jin

- Jenis2 Gangguan Jin

- Amalan2 Sihir

- Tanda2 Gangguan Jin

- Ruqyah Syar'iyyah

- Teknik Bacaan Ruqyah Syari'yyah untuk mengazab /menyiksa jin gangguan, untuk membenteng diri dan untuk merawat pesakit

- Ibu Ruqyah

-Kaedah Berdialog dengan Jin

- Teknik2 Rawatan seperti Scanning, mengazab jin, memindahkan jin, mengeluarkan jin, dan lain2 lagi

- Kaedah Merawat Gangguan Jin

a. Gangguan Jin Akibat Sihir
- Putuskan Ikatan Sihir
- Musnahkan Barang2 Sihir
- Mengeluarkan Jin dari tubuh manusia
- dan lain-lain lagi

b. Gangguan Jin Akibat Selain Dari Sihir seperti Masalah saka dan lain-lain
- Teknik2 Rawatan
- Menghantar / Memindahkan Jin ke tempat asal
- Membatalkan Kontrak Perjanjian Jin Saka
- dan lain-lain lagi

c. Gangguan Jin akibat ilmu salah / batalkan ilmu salah

d. Gangguan jin yang mengakibatkan anak terlalu degil / terlalu nakal / masalah sosial

-Cara Menyedarkan pesakit dari kerasukan

- Penerangan mengapa Jin tidak mahu keluar dari tubuh pesakit dan ikhtiar penyelesaiannya

- Penerangan Mengapa penyakit sukar sembuh dan ikhtiar penyelesaiannya

- Amalan2 membenteng / pendinding diri

- Amalan2 pelepas (melepaskan diri dari halangan atau masalah zahir atau batin)

- Amalan2 Kerezekian

- Cara2 dan bacaan2 untuk membuat air rawatan

- Kaedah2 minum dan mandi air rawatan

- Kaedah Memagar Rumah

- Dan banyak lagi...

Moga-moga kita sentiasa berada didalam petunjuk dan hidayah Allah swt agar mendapat kejayaan untuk diri, keluarga,di dunia dan diakhirat... Amin

Dikunjungi Editor Mingguan Warta Perdana...




Pagi tadi saya dikunjungi oleh En Rozi, Editor Mingguan Warta Perdana. Sebelum ini sudah beberapa kali En Rozi datang untuk mewawancara saya berkenaan dengan kisah-kisah rawatan, namun baru kali ini saya terlintas untuk bergambar...

InsyaAllah kisah kali ini akan diterbitkan di akhbar Mingguan Warta Perdana pada hujung minggu hadapan...

Thursday, October 27, 2011

Persatuan Pengamal AuraMetafizik - Program khidmat dan Ziarah Ulama'

Bismillahirrahmanirrahim, Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah melimpahkan nikmat iman dan islam kepada kita, serta telah memilih kita untuk lahir sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, Nabi junjungan dan harapan naungan kasih sayang di dunia dan di akhirat.

Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya, Persatuan Pengamal AuraMetafizik telah mengadakan program khidmat dan ziarah ulama' di Pondok Rasah, Negeri Sembilan. Kami telah berpeluang untuk bertemu dengan guru dan pembimbing rohani kami, Tuan Guru Syeikh Mohd Faiz Bin Syeikh Ahmad Bin Syeikh Muhammad Sa'id Al-Linggi.

Banyak sungguh pengalaman-pengalaman rohani sepanjang kami di sana, yang tidak dapat saya tuliskan. Moga-moga Allah s.w.t melimpahkan kurniaNya agar kami tetap istiqomah didalam jalan beramal untuk mengharap redhoNya. Selesai kami menziarahi Tuan Guru Syeikh Faiz, tiba-tiba hujan renyai-renyai halus... kehalusan rembasan hujan ketika kami turun dari rumah Tuan Syeikh membuat kami terpaku seketika... Yakin kami, inilah petanda rahmat Allah s.w.t...


Kami meneruskan perjalanan untuk menziarahi Kompleks Maqam Tuan Syeikh Muhammad Sa'id Al-Linggi, perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja dari rumah Tuan Guru Syeikh Mohd Faiz. Dipertengahan jalan, tiba-tiba hujan begitu lebat, sehingga saya berkata-kata didalam hati, "bagaimana nak ziarah maqam kalau hujan lebat begini..". Namun saya berserah kepada ketentuan Allah, moga-moga niat baik kami dipermudahkan Allah.

Setibanya kami di kompleks maqam, satu perkara yang tidak terduga telah berlaku, hujan yang lebat tadi tiba-tiba secara serta merta berhenti. Pelik.. tapi benar... adakah ini kebetulan...? atau Allah nak menambahkan keyakinan kami...

Syukur ke hadrat Allah s.w.t, dengan berhentinya hujan maka dapatlah kami menziarahi kompleks maqam Tuan Syeikh Muhammad Sa'id dengan selesa...


Saya dan Dr Jamaluddin (Pengasas Akademi AuraMetafizik)


Gambar kenangan Persatuan Pengamal AuraMetafizik di Kompleks Maqam Tuan Syeikh Muhammad Sa'id Al-Linggi

Tuan Syeikh Muhammad Sa'id Al-Linggi - Tokoh Ulama Silam


Al-marhum Tuan Syeikh Muhammad Sa’id bin Tuan Syeikh Jamaluddin al-Linggi , seorang ulama dan guru Tariqah Ahmadiah Idrissiah di Negeri Sembilan. Allahyarham kembali menemui Allah pada 12 Rabiulawal dalam usia 62.

Allahyarham Tuan Syeikh Muhammad Sa’id merupakan seorang guru pengembang Tariqah Ahmadiah Idrissiah, bukan sahaja di negerinya (Negeri Sembilan) tetapi di seluruh Malaysia termasuk juga beberapa buah negara di rantau ini seperti Indonesia, Pattani, Singapura dan Kampuchea.

(Tariqah Ahmadiah diasaskan oleh al-Sultan as-Salatin Tuan Syeikh Sayyid Ahmad bin Idris dan telah diperkembangkan amalannya melalui muridnya iaitu Tuan Syeikh Sayyid Ibrahim Ar-Rashid dan kemudian kepada murid beliau pula iaitu Tuan Syeikh Sayyid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi.)

Ketokohan dan ketinggian ilmu Tuan Syeikh Muhammad Sa’id sebenarnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Masyarakat yang sezaman dengannya tahu mengenai itu semua. Malahan, kehebatan itu masih lagi disebut-sebut sampai ke hari ini, walaupun Allahyarham telah meninggalkan kita lebih setengah abad.

Sememangnya, Allahyarham bukan calang-calang orang. Dikatakan bahawa guru beliau tidak kurang 50 orang dan beliau juga pernah belajar agama di negara-negara Timur Tengah seperti Mesir, Makkah dan juga Madinah.

Ulama besar yang menjadi guru kepada Allahyarham adalah Tuan Syeikh Sayyid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi iaitu murid kanan kepada Tuan Syeikh Sayyid Ibrahim al-Rashid yang berasal dari Sudan kemudian mangkat di Maa’la di Makkah. Tuan Syeikh Muhammad Sa’id telah menyambung bai’ah Tariqah Ahmadiah terus dari gurunya, iaitu Tuan Syeikh Muhammad ad-Dandarawi.

Dalam usahanya menyebarkan ajaran Islam dan Tariqah Ahmadiah Idrissiah, Almarhum telah memilih Ampangan Seremban sebagai pusatnya.

Sebagai seorang yang mengasihi Allah, merindui dan sentiasa menyintai Allah, melalui zikirnya, solatnya dan pada setiap gerak geri kehidupannya, Tuan Syeikh Muhammad Sa’id dianugerahi Allah dengan bermacam-macam kelebihan dan keistimewaan.

Antara kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada Almarhum Tuan Syeikh Muhammad Sa’id ialah beberapa koramah. Misalnya beliau boleh menyelam dalam air seberapa lama yang beliau mahu, tanpa menggunakan bantuan oksigen dan sebagainya.

Pernah terjadi keganjilan ini dan disaksikan oleh orang ramai. Ketika itu beliau mahu menyeberang Sungai Kelantan tatkala di tebing sebelah bandar Kota Bharu. Kebetulan perahu (motor bot) yang hendak ditumpang itu penuh. Tuan empunya motor bot tidak membenarkan Allahyarham naik kerana takut karam apabila muatan terlebih.

Oleh yang demikian Allahyarham tidak jadi naik motor bot itu. Tuan empunya motor bot itu terus menghidupkan enjin dan mengemudikan motor botnya. Sesampai saja di tebing sebelah sana, alangkah terperanjat mereka melihat Sidi Syeikh Muhammad Sa’id telah pun berada di tebing itu. Rupa-rupanya sebaik sahaja motor bot itu bergerak, Sidi Syeikh Muhammad Sa’id terus terjun ke dalam sungai dan dalam sekelip mata saja beliau sudah berada di tebing sana tanpa dibasahi setitik air pun.

Satu lagi kelebihan Almarhum adalah bersahabat dengan buaya. Terdapat satu sungai di negeri Kedah yang tidak digunakan oleh sesiapa pun kerana buaya di dalam sungai itu sungguh garang. Suatu hari dalam perjalanan, Tuan Syeikh Muhammad Sa’id merasa letih dan mahu mandi. Beliau berhajat untuk mandi di sungai itu tetapi dilarang oleh penduduk kampung tersebut. Namun kerana mahu mandi juga, Allahyarham tidak mempedulikan larangan itu. Beliau terus terjun ke dalam sungai itu dan beberapa ekor buaya yang dikatakan garang mengelilinginya. Digosoknya buaya itu seekor demi seekor. Orang kampung yang tadi cemas mula kehairanan dengan melihat kejadian itu.

Sememangnya Tuan Syeikh Muhammad Sa’id menpunyai banyak kisah-kisah koramah. Satu lagi kisah yang berlaku ke atasnya ialah ketika Allahyarham dan anak muridnya sedang dalam perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur untuk berdakwah. Matahari saat itu sungguh terik, menjadikan semua ahli rombongan panas dan dahaga. Air yang hendak diminum sudah kehabisan. Salah seorang ahli rombongan itu ada membawa cerek kosong yang tidak berair.

Tiba-tiba Allahyarham mengambil cerek tersebut dan meminta ahli rombongan itu berhenti rehat untuk minum air. Masing-masing berasa hairan, dari mana guru mereka itu hendak mendapatkan air. Tetapi oleh kerana Allahyarham suruh berhenti, maka masing-masing pun berhenti. Allahyarham mengambil cerek kosong itu dan lantas menuangnya, dengan izin Allah keluar lah air dari cerek yang kosong itu, dan perkara ini telah disaksikan oleh semua ahli rombongan itu dengan hairan sambil seorang demi seorang minum dari cerek itu sehingga puas.

Selain dari dikurniakan oleh Allah beberapa kelebihan dan keistimewaan yang jarang didapati oleh orang lain, Tuan Syeikh Muhammad Sa’id juga merupakan seorang dari ahli kashifeen, di mana beliau boleh mengetahui sesuatu yang ghaib.

Kebolehan Allahyarham ini terbukti bila suatu ketika, tiga orang pergi berjumpa dengan Tuan Syeikh Muhammad Sa’id untuk bertanya beberapa masalah. Kebetulan saat itu waktu Maghrib telah tiba. Tuan Syeikh Muhammad Sa’id terus menunaikan solat berjemaah bersama tiga orang pemuda itu.

Selepas berwirid dan berdoa, belum sempat tiga orang pemuda itu mengajukan pertanyaan, Tuan Syeikh Muhammad Sa’id terus menjawab soalan-soalan yang hendak dikemukakan satu persatu. Mendengar penjelasan itu, ketiga orang pemuda itu kehairanan kerana Allahyarham tahu akan soalan dan masalahnya.

Demikianlah kelebihan ilmu yang Allah kurniakan kepada kekasihnya yang mengembangkan Tariqah Ahmadiah Idrissiah itu.

Walaupun Tuan Syeikh Muhammad Sa’id telah meninggal dunia lebih satu abad, tetapi segala ilmu yang diajar dan diturunkan kepada anak-anak muridnya terus berkembang dan diamalkan.

Berkat itu semua menyebabkan nama ulama itu masih segar dalam jiwa seluruh umat Islam di negara ini, apalagi kepada mereka yang mahu menghampirkan diri kepada Allah melalui jalan-jalan yang khusus seperti pengamalan amalan tariqah dan tasawwuf.

Kesinambungan ilmu Allahyarham diibaratkan seperti sungai yang terus mengalir. Dan terbukti, beberapa orang anak-anak Allahyarham serta cucu-cucunya telah mewarisi ilmu yang dimiliki beliau.

Boleh dikatakan semua anak-anak Allahyarham muncul sebagai ulama dan menjadi guru. Antara anak-anak Allahyarham yang turut menjejaki langkahnya ialah Tuan Syeikh Abdullah , Tuan Syeikh Ahmad (Mufti Negeri Sembilan yang pertama) , Tuan Syeikh Mansor , Tuan Syeikh Muhammad Nur ,Tuan Syeikh Mahdi , Tuan Syeikh Ibrahim, Tuan Syeikh Rashid dan Tuan Syeikh Hamid. Namun, kesemuanya telah meninggal dunia.

Kini, usaha dakwah, menyebarkan dan memimpin Tariqah Ahmadiah Idrissiah ini di sambung oleh cucu-cicit Almarhum Tuan Syeikh Muhammad Sa'id Al-Linggi...

Al-Fatihah...

Wednesday, October 26, 2011

Ustaz!!! Saya tak boleh masuk pejabat... badan saya terbakar!!!


Satu ketika dulu, saya pernah diminta oleh seorang wanita untuk "memagar" pejabat barunya di Cheras. Wanita tersebut adalah seorang yang agak berjaya dalam bidang perniagaan dan berkongsi syarikat barunya ini dengan teman lelakinya.

Menurut wanita tersebut, tiga bulan sebelum ini, bangunan itu pernah di sewa oleh sebuah syarikat, tetapi khabarnya ada pelbagai perkara-perkara pelik yang berlaku. Kadangkala terdengar bunyi perabut diseret di waktu malam, ada beberapa orang pekerja sebelum ini melihat lembaga budak-budak kecil berlari-lari di bilik stor yang gelap, namun apabila ditegur budak-budak tersebut hilang begitu saja. Ada juga beberapa kejadian pekerja kerasukan di bangunan tersebut.

Entah mengapa, pada mulanya saya agak berat hati untuk menunaikan permintaan wanita tersebut, namun oleh kerana wanita tersebut bersungguh-sungguh beberapa kali menelefon meminta bantuan saya, maka akhirnya saya bersetuju untuk "memagar" kawasan pejabat tersebut.

Saya memilih khamis malam jumaat untuk temujanji saya ke pejabat tersebut, setibanya saya di sana, kelihatan wanita tersebut dan teman lelakinya sudah menunggu saya di pintu masuk.

Tanpa melengahkan masa saya memulakan kerja-kerja "memagar", sambil berdoa dan memohon kepada Allah agar pejabat tersebut dilindungi dari sebarang gangguan atau kejahatan jin dan manusia. Bangunan pejabat tiga tingkat itu saya "pagarkan" setingkat demi setingkat. Apa yang saya dapati cuma sebuah bilik di tingkat dua dan bilik stor di tingkat tiga sahaja mengalami gangguan "ringan".

Tiada perkara-perkara yang pelik sepanjang proses "memagar" dijalankan. Setelah selesai, saya memohon diri untuk pulang. Wanita tersebut dan teman lelakinya juga beredar pulang.

Keesokan harinya, saya dihubungi oleh wanita tersebut. Dengan nada yang kelam kabut wanita tersebut mengadu, "Ustaz, kenapa ni ustaz? pagi ni, saya dan teman lelaki saya cuba masuk ke dalam pejabat, tiba-tiba saya rasa pijar satu badan, panas tak terhingga, saya rasa macam nak pengsan, teman lelaki saya juga tiba-tiba jadi panas baran, mendengus tidak tentu arah, tubuh badan rasa bagai dibakar.... apa ustaz dah buat pada pejabat kami?, kami tak boleh masuk dalam pejabat sendiri".

"Ehh... saya buat apa pulak pada pejabat kamu? bukan ke malam tadi saya dah "pagarkan" seluruh kawasan tu.., tak pe laa, biar saya scan tengok apa yang sebenarnya yang berlaku...", kata saya kepada wanita tersebut.

Inilah kali pertama terjadi dalam hidup saya, orang mintak "pagar" premis perniagaan, akhirnya tuan punya premis yang tak boleh masuk... Sambil memejamkan mata saya memohon petunjuk dari Allah s.w.t apa sebenarnya yang menghalang wanita tersebut dan teman lelakinya dari masuk ke pejabat... Tiba-tiba... perlahan-lahan kelihatan wajah wanita tersebut timbul dalam bayangan, dan wanita itu dikelilingi oleh beberapa ekor jin ular dan beruk yang membelit dan memaut tubuh badannya... "ooohhhhh!!!! patut la tak boleh masuk, ada jin sihir berpaut", bisik saya didalam hati.

Kemudian saya mengalihkan pula pandangan batin kepada teman lelaki wanita tersebut, sekaligus kelihatan bayangan manusia berbadan harimau, dan bermacam-macam lagi jenis jin pendamping yang melindungi tubuh lelaki tersebut...., "Errmmmm... ada jin pendamping, amalan salah, upah bomoh jadi bodyguard, patut laa terbakar masuk dalam pejabat sendiri yang saya dah pagar dengan "Pagar Kalimah Haq"..., saya mengomel sendirian...

Oleh kerana minggu tersebut saya ada urusan rawatan di Singapura, maka saya minta wanita tersebut bertemu dengan pelajar saya untuk mendapatkan rawatan. Syarat yang saya kenakan pada dia dan teman lelakinya adalah bertaubat dan buang semua amalan-amalan ilmu salah yang pernah diambilnya dahulu... moga-moga asbab dari kejadian itu mereka kembali ke jalan yang diredha Allah s.w.t dan tidak lagi mengamalkan amalan-amalan khurafat...

Thursday, October 20, 2011

Dan di dalam diri kamu... tidakkah kamu perhatikan...

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا. فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا . قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا . وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Dan demi jiwa dan penyempurnaannya, maka kepadanya diilhamkan jalan kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikannya dan celakalah orang yang mengotorinya.”

Wednesday, October 19, 2011

Kursus Perawat Intensif & Perawat Advanced - 22hb & 23hb Oktober 2011



Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk makluman, Kursus Rawatan Islam - Perawat Intensif Dan Kursus Perawat Advanced (Secara Personal guide) akan diadakan pada 22hb dan 23hb Oktober 2011 (Sabtu dan Ahad), jam 9.00 pagi, di Taman Keramat Kuala Lumpur, penyertaan adalah sangat terhad kepada 4 orang peserta sahaja.

Kursus Perawat Intensif dan Perawat Advanced boleh diambil sekaligus. Sila hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan lanjut dan penyertaan.

Wassalam

Tuesday, October 18, 2011

Gambar Kursus Rawatan Islam Di Bekenu, Sarawak

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan puji-pujian yang tidak terhingga dan tidak terkata, dan dengan barakah dan cahaya Nabi junjungan Rasulullah s.a.w, dengan izin dan limpah kurniaNya maka Kursus Rawatan Islam di Bekenu, Miri Sarawak dapat dijalankan dengan jayanya.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada pihak-pihak yang telah bertungkus lumus berusaha untuk menjayakan kursus ini. Kepada Ustaz Idris, Ustaz Idham dan kepada semua peserta-peserta kursus, kejayaan ini adalah asbab dari kesungguhan anda semua.

Kursus kali ini diserikan lagi dengan program pengukuhan rohani yang bertujuan untuk memantapkan unsur-unsur kerohanian didalam diri peserta. Moga-moga ilmu yang disampaikan itu dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat serta dapat memacu kita menuju kejayaan di dunia dan di akhirat.

InsyaAllah jika diizinkan Allah s.w.t kita akan bertemu di lain kali...

Di sini saya sertakan gambar-gambar semasa kursus sebagai tatapan peserta sekelian, insyaAllah gambar yang lebih banyak akan saya uploadkan di facebook saya nanti...

wassalam









SESSI PRAKTIKAL





ORANG KUAT MIRI - USTAZ IDRIS


BACAAN DOA PENUTUP OLEH USTAZ IDHAM


SELAMAT DATANG KE ALAM RAWATAN :-)

Thursday, October 13, 2011

AturCara Kursus Rawatan Islam Di Bekenu, Miri - 15 & 16 Okt 2011


Bismillahirrahmanirrahim

Untuk Makluman kepada para peserta yang telah berdaftar untuk menghadiri Kursus Rawatan Islam di Bekenu, Miri, Sarawak pada 15 dan 16 Oktober ini, disini saya nyatakan aturcara program tersebut secara ringkas.



15/10/2011

7.45am - Pendaftaran

8.00am - Kelas Bermula

9.30am - Minum Pagi

12.00pm - Makan Tengahari Dan Solat Zohor

1.15pm - Sambung Kelas

3.30pm - Solat Asar

4.00pm - Sambung Kelas

5.00pm - Bersurai


MAJLIS PENGUKUHAN ROHANI AKAN DIADAKAN SELEPAS MAGHRIB, SILA BAWA KUPIAH ATAU SONGKOK BAGI PESERTA LELAKI DAN TELEKUNG BAGI PESERTA WANITA. *** SESSI INI TIDAK WAJIB, TETAPI SANGAT DIGALAKKAN UNTUK PESERTA KURSUS***


Jadual pada 16/10/2011 akan diberitahu pada hari pertama kursus.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya di 013 3239822. Moga-moga kursus ini dapat memberi manfaat yang besar kepada para peserta untuk kejayaan di dunia dan diakhirat.

Wassalam

Sunday, October 9, 2011

Kursus Rawatan Islam - 15hb & 16hb Oktober, Di Bekenu, Miri masih di buka...


Bismillahirrahmanirrahim

Untuk Makluman para pembaca sekelian, khususnya warga Sarawak, Sabah dan Brunei, penyertaan untuk Kursus Rawatan Islam di Bekenu, Miri pada 15 dan 16 Oktober ini masih dibuka. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi saya,Ustaz Azrin atau Ustaz Idris atau Ustaz Idham dengan segera.

Kepada peserta-peserta yang pernah menyertai Kursus Rawatan Islam yang saya anjurkan sebelum-sebelum ini, jika anda berminat untuk menyambung Kursus Tahap Perawat Advanced, sila hubungi saya awal, insyaAllah kita boleh aturkan masa untuk kita adakan Kursus Perawat Advanced di Miri, semasa saya berada di sana nanti.

Buat persediaan dan perancangan awal, jangan merancang di akhir-akhir waktu. Ingat lah pesan saya, mencari ilmu sebegini adalah satu perjuangan. Ada macam-macam dugaan dan halangan, terutamanya bagi mereka yang ada masalah gangguan. Bulatkan hati, tekad dan semangat, ikhlaskan niat masing-masing, banyakkan berdoa, insyaAllah Allah s.w.t akan permudahkan segala urusan kita.

Percayalah cakap saya, niat yang ikhlas akan membuatkan anda berjaya menembusi setiap dugaan dan cabaran untuk mencari ilmu.

Teringat kisah sewaktu zaman saya menimba ilmu dulu... nak pergi jumpa guru, tayar motor pancit sampai tiga kali di lebuharaya, namun itu semua tak mematahkan semangat saya.. bila tak ada kenderaan sendiri saya naik bas ke rumah guru.. enjin bas terbakar.. saya teruskan jugak... ilmu punya pasal saya sanggup bersengkang mata hingga jam 3-4 pagi mengadap guru... itu belum kisah saya di uji guru dengan macam-macam ujian untuk melihat kesabaran saya...

Bermacam-macam dugaan, cabaran, suka dan duka yang saya tempuh sepanjang saya mencari ilmu. InsyaAllah, saya tidak pernah berhenti belajar, selagi hayat dikandung badan, saya bersedia untuk belajar, dan saya tidak pernah malu untuk mengatakan yang saya "tidak tahu"...

Sekarang mungkin zaman dah berubah, nak cari ilmu pun mudah, ada yang boleh diambil menerusi internet, ada yang boleh hadir terus kursus intensif. Dalam masa sehari dua sudah boleh mencedok ilmu yang kalau dulunya mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkannya...

Tapi... apa yang kurang?.... yang kurang mungkin adalah sentuhan peribadi seorang guru kepada anak murid,.... yang kurang mungkin adab seorang murid kepada seorang guru. Malahan ada diantara segelintir murid, apabila telah tegap berdiri sendiri, mereka bertindak mencerca gurunya yang lama, mencerca ilmu-ilmu yang dipelajarinya dahulu.

Mungkin ilmu yang dipelajarinya itu adalah sekadar ilmu asas, tetapi renungkanlah, setinggi mana pun bangunan yang dibina, yang paling penting adalah asasnya... tanpa asas anda tidak akan ke puncak... tanpa hari ini anda takkan menemui hari esok...

Kepada sesiapa yang berminat untuk menimba ilmu, kuatkanlah tekad dan semangat anda... ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN... jika anda berkehendak anda akan ikhtiarkan seribu daya, tetapi jika anda memang tidak mahu anda akan berikan seribu alasan....

Wednesday, September 14, 2011

Kes dianggap selesai...

- Merujuk kepada catatan saya sebelum ini...

- Saya telah dihubungi oleh pihak yang berkenaan melalui email

- Beliau memohon maaf diatas apa yang berlaku

- Menurut beliau, artikel tersebut diberikan seseorang kepada beliau, dan beliau tidak tahu bahawa artikel itu diambil dari blog saya

- Yang menjadi isunya, orang yang memberikan beliau artikel tersebut mengaku bahawa artikel tersebut adalah hasil karyanya

- Saya dengan ini, memadamkan nama beliau dari catatan yang lalu, dan membiarkan cerita yang telah saya edit untuk dijadikan pengajaran kepada sesiapa yang ingin melakukan perbuatan yang sama

- Saya menganggap perkara ini adalah akibat dari salah faham, dan saya menganggap beliau melakukan perkara tersebut dengan tidak sengaja

wassalam

Berhati-hati..!!! Ada Yang Menyamar Gunakan Blog Ustaz Azrin...!!!


Bismillahirrahmanirrahim... Segala Puji Bagi Allah yang telah menzahirkan yang Haq dan melenyapkan yang bathil. Allah Maha Kaya lagi Maha Memelihara hambanya pada setiap turun naik nafas dan pada setiap detik kehidupan, semoga kita sentiasa didalam rahmat petunjuk dan hidayahNya...

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang wanita yang mendakwa suaminya telah meninggalkannya tanpa berita selama lebih kurang dua tahun. Wanita tersebut juga mendakwa bahawa suaminya itu telah berhubung dengan saya untuk urusan rawatan melalui email.

"Dari mana awak tahu suami awak email saya?" tanya saya kepadanya. "Saya ada password untuk access email tersebut ustaz", katanya kepada saya..

Oleh kerana saya tak dapat nak ingat mana satu pesakit yang dimaksudkan, maka saya minta wanita itu "foward"kan semula email tersebut kepada saya..

Setelah saya menerima email-email tersebut, saya menyemaknya satu persatu. Salah satu dari kandungan email tersebut adalah catatan-catatan yang saya postingkan di blog sebelum-sebelum ini, dan yang menarik perhatian saya, nama penulis catatan tersebut telah diubah kepada "Tuan Guru ...... Bin Abdul Karim"... Bila pulak saya isytihar diri saya sebagai Tuan Guru, dan bila pulak saya tukar nama...?

Dan apabila saya klik pada tajuk catatan tersebut, ianya terus di link kan ke blog saya ini www.urutbatinrawatsihir.com. Maka terpampang lah gambar saya yang handsome dan kacak di blog ini yang mungkin akan di salahtafsir oleh pesakit tersebut sebagai gambar Tuan Guru tersebut...

Saya telah mengambil tindakan menghantar email kepada hamba Allah tersebut untuk mendapatkan penjelasan, namun tiada balasan darinya. Oleh kerana beliau tidak membalas email saya, maka saya terpaksa mendedahkan hal ini untuk pengetahuan umum. Saya tidak mahu perkara ini mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai.

Kepada sesiapa yang berkenaan, sekiranya anda membaca posting ini, saya nasihatkan anda agar bersikap profesional. Kalau awak nak copy paste tulisan-tulisan saya pun awak mintak izin saya dulu. Kalau tak nak mintak izin pun, jangan gunakan blog saya ini sebagai modal publisiti... Kadangkala niat kita mungkin baik tapi cara kita tak berapa kena..

Kepada sesiapa yang nak copy paste catatan dalam blog ni, saya tak kisah, insyaAllah saya izinkan. Tapi saya mohon agar salinan tersebut tidak di salah guna untuk kepentingan peribadi...

Oleh kerana kes ini terdedah asbab dari wanita yang menghubungi saya itu, maka dengan ini saya nak beri sepatah, dua patah, tiga patah atau "patah riuk" kata, moga-moga nasihat saya ini dapat membantu suami wanita tersebut kembali ke pangkuannya dan menyelesaikan masalah-masalah yang tertunda.

Untuk perhatian suami-suami yang tidak bertanggungjawab, yang meninggalkan isteri sekian lama tanpa sebarang berita. Saya nasihatkan anda semua jangan jadi pengecut, hadapi lah realiti kehidupan ini dengan gentleman. Kalau memang dah tak nak hidup bersama isteri awak tu, selesaikan cara baik. Bawak berbincang elok-elok. Isteri awak tu anak orang, bukannya anak kambing atau anak ayam atau anak kucing...

Dan pada mereka-mereka yang menjadi orang tengah kepada masalah-masalah sebegini, tolong jangan jadi batu api, jangan memburukkan keadaan. Ada banyak kes dimana ibu dan bapa si suami turut sama bersekongkol mempengaruhi si suami agar meninggalkan isteri begitu saja. Ada isteri yang sedang mengandung di tinggalkan begitu saja tanpa sebarang nafkah. Kalau dah tak boleh nak hidup bersama, pergi selesai kat pejabat qadhi, jangan biar gantung tak bertali.

Ada pula kes di mana si suami menggunakan nama isteri untuk membuat pinjaman bank, setelah meminjam beratus ribu, si isteri di tinggalkan begitu saja tanpa rasa tanggungjawab... Lelaki jenis apa macam ni...?

Ada pula kes di mana si suami beserta dengan ibu bapanya, terpengaruh dengan kata-kata bomoh yang kononnya si isteri melakukan perbuatan sihir untuk menundukkan si suami. Lalu mereka bertindak meninggalkan si isteri tanpa bertanya, tanpa berbincang tanpa menyelidik terlebih dahulu... Tolong jangan terus dengar cakap-cakap macam ni... selidik dulu... rujuk lah kepada ahli-ahli agama terlebih dahulu..

Kepada golongan isteri pula, rendahkan ego anda, "Hawa" diciptakan dengan sikap yang penuh lemah lembut. Anda takkan dapat ubah sikap suami dengan ego anda yang tinggi. Api jangan dilawan dengan api, biar seperti sifat air, titisan lembut yang dapat melekukkan batu.

Cukuplah dulu sampai disini, moga-moga nasihat-nasihat yang saya "bebel"kan ini berguna kepada diri saya, kepada keluarga dan para pembaca sekelian.. sempena Bulan syawal yang mulia ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya 'EidulFitri, maaf diatas segala salah dan silap samada sengaja ataupun tidak... Siapa nak datang beraya call atau sms saya dulu ye...

wassalam..

Saturday, September 10, 2011

Kursus Rawatan Islam - 18hb & 19hb November, Di Alor Setar, Kedah


KURSUS SELESAI

Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bagi Allah swt yang Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak, dengan izin dan limpah kurniaNya Kursus Rawatan Islam – Perawat Intensif - Mengatasi Masalah Sihir & Gangguan Jin akan diadakan di DEWAN THEATRETTE, MUZIUM NEGERI KEDAH, LEBUHRAYA DARUL AMAN, BAKAR BATA, ALOR SETAR, KEDAH pada 18hb dan 19hb November 2011 (Jumaat dan Sabtu).

Kursus Perawat Intensif bermaksud : Kursus untuk “Merawat Diri Sendiri”, “Merawat Ahli Keluarga” dan juga “Merawat Orang Awam (menjadi perawat)”

Sila hubungi segera (telefon atau sms) untuk pendaftaran awal kerana penyertaan adalah terhad:

En Azfa Rizal – 012 5144106

En Shahril – 013 4516573

Ustaz Azrin Abdul Karim – 013 3239822

Tajuk : Kursus / Seminar Rawatan Islam (Perawat Intensif – Mengatasi Masalah Sihir & Gangguan Jin)

*Fasilitator : Ustaz Azrin Bin Abdul Karim

*Tarikh: 18hb & 19hb November 2011 (Jumaat & Sabtu)

* Masa: 8.45 pagi sehingga 5.30 petang

* Tempat : DEWAN THEATRETTE, MUZIUM NEGERI KEDAH, LEBUHRAYA DARUL AMAN, BAKAR BATA 05100 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

* Yuran Penyertaan: RM 200.00

(Sila Bankin kan RM50 ke akaun CIMB 1416 006 1959 523 atas nama Azrin Abdul Karim sebagai yuran pendahuluan untuk pengesahan kehadiran, kemudian sms kan nama penuh serta maklumat pembayaran - sila simpan slip transaksi perbankan sebagai rujukan nanti. Baki yuran boleh dibayar semasa menghadiri kursus nanti)

Kursus Rawatan Islam Untuk Diri Dan Keluarga ini diadakan dengan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang jenis-jenis gangguan, tanda-tanda dan cara-cara untuk menangani masalah-masalah spiritual yang berkaitan dengan gangguan jin.

Peserta akan diberi pendedahan tentang amalan-amalan ahli sihir, amalan-amalan khurafat dan juga amalan-amalan yang berselindung disebalik label Islam tetapi tanpa disedari boleh mengundang kehadiran jin yang akhirnya menjadi jin saka yang mengganggu diri, keluarga dan keturunan akan datang.

Peserta akan di ajar cara-cara merawat bermula dari langkah-langkah asas sehinggalah kepada teknik-teknik ketika merawat dan akhirnya kaedah-kaedah penutup rawatan.

DIANTARA PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBENTANGKAN ….

Pengenalan Alam Jin dan amalan ahli sihir

Jenis-jenis gangguan Jin dan Sihir
Tanda-tanda gangguan
Rawatan Ruqyah Syar’iyyah sebagai ikhtiar

Teknik-teknik rawatan seperti :

- Teknik merawat paling asas

- Teknik merawat diri sendiri

- Teknik merawat untuk mereka yang berminat menjadi perawat

- Mengesan (scanning) gangguan pada pesakit
- Teknik-teknik Ruqyah

- Ibu Ruqyah
- Teknik-teknik berdialog dengan jin
- Teknik menarik bisa gangguan atau menarik jin
- Teknik memasung dan mengunci pergerakan jin
- Teknik-teknik serangan keatas jin dan ahli sihir
- Teknik memagar rumah / kedai / sekolah dari gangguan jin
- Teknik menyediakan bahan-bahan rawatan

- Dan lain-lain lagi

Amalan Perlindungan Diri :

- amalan-amalan perlindungan diri warisan ulama’ silam
- rahsia zikirullah
- amalan pernafasan untuk membenteng diri
- Pengijazahan amalan