Friday, January 28, 2011

Gangguan Jin Menghalang Jodoh...


Jin yang menghalang jodoh selalunya terdiri dari berbagai-bagai kategori, samada jin saka, jin yang mendampingi / menyintai manusia ataupun jin sihir. Diantara tanda-tanda gangguan jin yang menghalang jodoh seseorang adalah seperti berikut :-

umur sudah melangkaui tiga puluhan tetapi masih belum bertemu dengan pasangan yang sesuai. Perhubungan sering gagal, dan selalunya hanya bertahan tidak sampai beberapa bulan atau tidak sampai setahun.

sudah beberapa kali orang masuk meminang, tetapi pesakit melihat pasangannya berwajah buruk atau orang melihat pesakit berwajah buruk, lalu peminangan itu tidak jadi.

beberapa kali putus tunang, biasanya beberapa bulan sebelum tarikh perkahwinan samada pesakit atau pasangannya akan memutuskan pertunangan atas sebab-sebab yang remeh.

tidak ada hati untuk mempunyai teman istimewa dan tidak ada hati untuk mendirikan rumahtangga.

Hidup sering gagal, sering dibenci oleh rakan sepejabat, sahabat handai dan keluarga. Apa yang dilakukan sering tidak menjadi, samada perniagaan, pelajaran mahupun perhubungan, rezeki selalu tersekat-sekat.

merasakan sering diekori oleh sesuatu atau merasakan seperti ada orang memerhatikannya di mana sahaja walaupun ketika itu dia berseorangan.

sering bermimpi budak kecil atau bayi.

suka menyendiri.

selalu merasakan orang di sekeliling tidak menyukainya.

seringkali mengalami lebam-lebam di peha dan di kaki.

Bagi sesetengah orang, mereka beranggapan bahawa tanda-tanda diatas adalah masalah biasa yang tidak perlu diperbesar-besarkan. Namun, bagi mereka yang memahami, ianya adalah tanda-tanda seseorang itu mengalami gangguan jin.

Bagi mereka yang mengalami masalah jodoh akibat dari gangguan jin, jangan lalai untuk beramal, ini adalah kerana benteng diri yang terbaik adalah amal soleh yang istiqomah (berterusan). Teruskan berikhtiar, jangan berputus asa. Perhatikan juga gangguan dari sudut mental dan emosional. Ini adalah kerana ada diantara pesakit yang mempunyai masalah pendirian yang berubah-ubah, sukar membuat keputusan, ego yang tinggi, terlalu sensitif atau panas baran.

Sikap-sikap sebegini sememangnya menyumbang kepada masalah perhubungan sosial. Jika pesakit mengetahui bahawa mereka memang mempunyai masalah sikap yang sedemikian, maka mereka harus berani melakukan perubahan sikap pada diri sendiri,

Bagaimana untuk melakukan perubahan tersebut? Lakukanlah perubahan sikap dengan Ilmu dan Amal. Pesakit perlu banyak membaca Al-Quran, membaca buku-buku motivasi yang berkaitan dengan perhubungan sosial, berusaha memelihara solat lima waktu, dan mengamalkan zikir-zikir tertentu untuk melembutkan hati.

Diantara amalan untuk melembutkan hati adalah mengamalkan Surah Toha : Ayat 1-8, boleh dibacakan tiga kali selepas solat fardhu sambil tangan kanan mengusap dada. Perbanyakkan istighfar dan selawat.

Untuk pengesahan lanjut sila bertemu dengan perawat berhampiran untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan.

Thursday, January 13, 2011

Kaedah Rawatan Aura Metafizik...


Ramai yang keliru dan tersalah sangka apabila berdepan dengan perkataan Aura Metafizik. Ramai yang melatah dan menuduh yang bukan-bukan apabila berdepan dengan perkataan Rawatan Aura Metafizik. Ramai yang bersikap jumud, sempit pemikiran, tidak mahu bertanya dan terus melabel Kaedah Rawatan Aura Metafizik sebagai menyalahi syara’ dan tidak dibenarkan didalam Islam.

Saya mula menulis di blog ini sejak Jun 2009, dan saya tidak pernah menulis secara khusus tentang rawatan Aura Metafizik, ini adalah kerana huraiannya panjang dan memerlukan masa untuk seseorang itu memahami dan menguasai ilmu rawatan Aura Metafizik ini.

Walaubagaimanapun, disebabkan oleh akta yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia berkenaan dengan Rawatan Tradisional Dan Komplimentari, maka saya terpanggil untuk memberi sedikit info atau maklumat berkenaan dengan Aura Metafizik.

Pada masa akan datang, pusat-pusat rawatan alternatif akan dikawal dan di pantau dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dibawah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari. Selain dari tujuan pemantauan Ianya juga menunjukkan pengiktirafan Kerajaan terhadap Rawatan Alternatif di Malaysia seperti Rawatan Islam, Urut Tradisional Melayu, Bekam, Rawatan Aura Metafizik dan lain-lain lagi.

Saya adalah Setiausaha Persatuan Pengamal Aura Metafizik. Dan Rawatan Aura Metafizik ini telah disenaraikan dan telah diterima oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai salah satu Rawatan Komplimentari di Malaysia di bawah kategori Pengubatan Tenaga (Energy Medicine).

Untuk makluman para pembaca, ada banyak pusat rawatan alternatif yang melabelkan pusat rawatan mereka sebagai pusat rawatan aura metafizik, namun begitu Rawatan Aura Metafizik yang di daftar dan diterima pakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah Rawatan Aura Metafizik yang di asaskan oleh Dr Jamaluddin A Jalal sejak tahun 1998 lagi.

Beberapa tahun kebelakangan ini nama Pusat Rawatan Aura Metafizik telah digunakan oleh ramai perawat-perawat alternatif di Malaysia. Masalah yang timbul disini adalah maksud perkataan Aura Metafizik itu sendiri telah di tafsirkan dengan pelbagai maksud dan Kaedah rawatan Aura Metafizik itu juga berbeza-beza.

Oleh yang demikian, maka tertubuhlah Persatuan Pengamal Aura Metafizik, untuk memelihara, menyelaras dan menjaga maksud sebenar dan kaedah rawatan Aura Metafizik yang telah diasaskan oleh Dr Jamaluddin.

Apakah yang dimaksudkan dengan Aura Metafizik..?

Mengikut definisi yang telah di daftarkan di Pendaftar Pertubuhan, Aura membawa maksud tenaga gelombang atau frequensi bioelektromagnetic manakala Metafizik pula membawa maksud sesuatu “perkara” yang melangkaui jangkauan alam semulajadi. Oleh itu, Aura Metafizik ialah Falsafah atau ilmu pengetahuan mengenai segala yang luar biasa atau diluar jangkauan hukum alam semulajadi.

Pengetahuan tentang Aura Metafizik dapat mempertingkatkan tenaga dalaman seseorang, dapat memaksimakan penggunaan kuasa minda, sekaligus dapat membantu menyelesaikan masalah dari dalaman seseorang. Ini bermakna mereka yang mempelajari tentang Aura Metafizik ini insyaAllah dapat memiliki daya tahan, daya juang dan kredibiliti yang ampuh untuk melalui kehidupan di zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang tidak terduga ini.

Manakala Rawatan Aura Metafizik adalah satu kaedah rawatan alternatif untuk membantu merawat perkara yang berkaitan dengan masalah Fizikal, Mental, Emosional dan Spiritual.

Kesimpulannya, ilmu Aura Metafizik ini bukanlah semata-mata bertujuan untuk rawatan tetapi ianya juga insyaAllah dapat membentuk jati diri dan keperibadian yang mengkagumkan pada seseorang.

Saya ada menerima beberapa email dari mereka yang keliru diantara reiki dan aura metafizik, ingin saya jelaskan disini reiki dan aura metafizik adalah sesuatu yang sangat berbeza.

Ada juga diantara mereka yang terlalu bijak dan pandai memberi komen yang panjang lebar tentang aura metafizik yang di asaskan Dr Jamaluddin, padahal mereka-mereka ini tidak pernah belajar di Akademi Aura Metafizik dan tidak pernah bertanya secara terus dengan Dr Jamaluddin selaku pengasas. Jadilah ia seumpama motorsikal yang rosak dihantar ke kedai gunting rambut untuk dibaiki.

Tidak salah untuk kita memberi komen, tetapi berilah komen secara adil dan berfakta agar kita tidak terfitnah mereka-mereka yang tidak bersalah. Jadi, sekiranya anda ada persoalan yang meragukan tentang Aura Metafizik, sila hubungi Dr Jamaluddin di Akademi Aura Metafizik atau anda boleh menghubungi saya terus untuk jawapan yang lebih tepat. Atau kalau nak tahu sangat, sertailah kursus-kursus yang kami anjurkan, belajar sampai habis, kemudian baru boleh buat kesimpulan. :-)

Saturday, January 8, 2011

Seminar / Kursus Rawatan Islam - Perawat Intensif - Mengatasi Masalah Sihir & Gangguan Jin - 22/01/2011 - Balakong, Cheras.


Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bagi Allah swt yang Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak, dengan izin dan limpah kurniaNya Seminar Rawatan Islam (Perawat Intensif - Mengatasi Masalah Sihir & Gangguan Jin) akan diadakan dengan usahasama bersama Akademi Nur Insan di Taman Impian Indah, Balakong.

Sila hubungi Ustaz Azrin Abdul Karim – 013 3239822 / Akademi Nur Insan (Pn Ita) - 019 3335741

Tajuk : Kursus / Seminar Rawatan Islam (Perawat Intensif – Mengatasi Masalah Sihir & Gangguan Jin)

*Fasilitator : Ustaz Azrin Bin Abdul Karim

*Tarikh: 22 Januari 2011 (Sabtu)

* Masa: 8.45 pagi sehingga 6.00 petang

* Tempat: Akademi Nur Insan - F9G, Jalan Impian Indah 2, Taman Impian Indah, Balakong, Selangor Darul Ehsan

* Penyertaan: Terhad kepada 30 peserta

* Yuran Penyertaan: Hanya RM 200.00 (makan & minum, nota dan sijil) - tidak termasuk penginapan

*Maklumat lanjut boleh juga diperolehi dari http://www.akademinurinsan.blogspot.com

DIANTARA PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBENTANGKAN ….

Pengenalan Alam Jin dan amalan ahli sihir

Jenis-jenis gangguan Jin dan Sihir
Tanda-tanda gangguan
Rawatan Ruqyah Syar’iyyah sebagai ikhtiar

Teknik-teknik rawatan seperti :

- Teknik merawat paling asas

- Teknik merawat diri sendiri

- Teknik merawat untuk mereka yang berminat menjadi perawat
- Mengesan (scanning) gangguan pada pesakit
- Teknik-teknik Ruqyah
- Teknik-teknik berdialog dengan jin
- Teknik mengesan penipuan jin
- Teknik menarik bisa gangguan atau menarik jin
- Teknik memasung dan mengunci pergerakan jin
- Teknik-teknik serangan keatas jin dan ahli sihir
- Teknik memagar rumah / kedai / sekolah dari gangguan jin
- Teknik menyediakan bahan-bahan rawatan

- Dan lain-lain lagi

Amalan Perlindungan Diri :

- amalan-amalan perlindungan diri warisan ulama’ silam
- rahsia zikirullah
- amalan pernafasan untuk membenteng diri

Pengijazahan amalan