Thursday, January 13, 2011

Kaedah Rawatan Aura Metafizik...


Ramai yang keliru dan tersalah sangka apabila berdepan dengan perkataan Aura Metafizik. Ramai yang melatah dan menuduh yang bukan-bukan apabila berdepan dengan perkataan Rawatan Aura Metafizik. Ramai yang bersikap jumud, sempit pemikiran, tidak mahu bertanya dan terus melabel Kaedah Rawatan Aura Metafizik sebagai menyalahi syara’ dan tidak dibenarkan didalam Islam.

Saya mula menulis di blog ini sejak Jun 2009, dan saya tidak pernah menulis secara khusus tentang rawatan Aura Metafizik, ini adalah kerana huraiannya panjang dan memerlukan masa untuk seseorang itu memahami dan menguasai ilmu rawatan Aura Metafizik ini.

Walaubagaimanapun, disebabkan oleh akta yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia berkenaan dengan Rawatan Tradisional Dan Komplimentari, maka saya terpanggil untuk memberi sedikit info atau maklumat berkenaan dengan Aura Metafizik.

Pada masa akan datang, pusat-pusat rawatan alternatif akan dikawal dan di pantau dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dibawah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari. Selain dari tujuan pemantauan Ianya juga menunjukkan pengiktirafan Kerajaan terhadap Rawatan Alternatif di Malaysia seperti Rawatan Islam, Urut Tradisional Melayu, Bekam, Rawatan Aura Metafizik dan lain-lain lagi.

Saya adalah Setiausaha Persatuan Pengamal Aura Metafizik. Dan Rawatan Aura Metafizik ini telah disenaraikan dan telah diterima oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai salah satu Rawatan Komplimentari di Malaysia di bawah kategori Pengubatan Tenaga (Energy Medicine).

Untuk makluman para pembaca, ada banyak pusat rawatan alternatif yang melabelkan pusat rawatan mereka sebagai pusat rawatan aura metafizik, namun begitu Rawatan Aura Metafizik yang di daftar dan diterima pakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah Rawatan Aura Metafizik yang di asaskan oleh Dr Jamaluddin A Jalal sejak tahun 1998 lagi.

Beberapa tahun kebelakangan ini nama Pusat Rawatan Aura Metafizik telah digunakan oleh ramai perawat-perawat alternatif di Malaysia. Masalah yang timbul disini adalah maksud perkataan Aura Metafizik itu sendiri telah di tafsirkan dengan pelbagai maksud dan Kaedah rawatan Aura Metafizik itu juga berbeza-beza.

Oleh yang demikian, maka tertubuhlah Persatuan Pengamal Aura Metafizik, untuk memelihara, menyelaras dan menjaga maksud sebenar dan kaedah rawatan Aura Metafizik yang telah diasaskan oleh Dr Jamaluddin.

Apakah yang dimaksudkan dengan Aura Metafizik..?

Mengikut definisi yang telah di daftarkan di Pendaftar Pertubuhan, Aura membawa maksud tenaga gelombang atau frequensi bioelektromagnetic manakala Metafizik pula membawa maksud sesuatu “perkara” yang melangkaui jangkauan alam semulajadi. Oleh itu, Aura Metafizik ialah Falsafah atau ilmu pengetahuan mengenai segala yang luar biasa atau diluar jangkauan hukum alam semulajadi.

Pengetahuan tentang Aura Metafizik dapat mempertingkatkan tenaga dalaman seseorang, dapat memaksimakan penggunaan kuasa minda, sekaligus dapat membantu menyelesaikan masalah dari dalaman seseorang. Ini bermakna mereka yang mempelajari tentang Aura Metafizik ini insyaAllah dapat memiliki daya tahan, daya juang dan kredibiliti yang ampuh untuk melalui kehidupan di zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang tidak terduga ini.

Manakala Rawatan Aura Metafizik adalah satu kaedah rawatan alternatif untuk membantu merawat perkara yang berkaitan dengan masalah Fizikal, Mental, Emosional dan Spiritual.

Kesimpulannya, ilmu Aura Metafizik ini bukanlah semata-mata bertujuan untuk rawatan tetapi ianya juga insyaAllah dapat membentuk jati diri dan keperibadian yang mengkagumkan pada seseorang.

Saya ada menerima beberapa email dari mereka yang keliru diantara reiki dan aura metafizik, ingin saya jelaskan disini reiki dan aura metafizik adalah sesuatu yang sangat berbeza.

Ada juga diantara mereka yang terlalu bijak dan pandai memberi komen yang panjang lebar tentang aura metafizik yang di asaskan Dr Jamaluddin, padahal mereka-mereka ini tidak pernah belajar di Akademi Aura Metafizik dan tidak pernah bertanya secara terus dengan Dr Jamaluddin selaku pengasas. Jadilah ia seumpama motorsikal yang rosak dihantar ke kedai gunting rambut untuk dibaiki.

Tidak salah untuk kita memberi komen, tetapi berilah komen secara adil dan berfakta agar kita tidak terfitnah mereka-mereka yang tidak bersalah. Jadi, sekiranya anda ada persoalan yang meragukan tentang Aura Metafizik, sila hubungi Dr Jamaluddin di Akademi Aura Metafizik atau anda boleh menghubungi saya terus untuk jawapan yang lebih tepat. Atau kalau nak tahu sangat, sertailah kursus-kursus yang kami anjurkan, belajar sampai habis, kemudian baru boleh buat kesimpulan. :-)