Saturday, February 5, 2011

Jin Menari Mendengar Muzik


Peserta KURSUS PERAWAT INTENSIF (personal guide) baru-baru ini.



Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang sahabat saya dari Ranau, Sabah. Beliau pernah mengikuti kursus Perawat Intensif dan Perawat Advanced anjuran saya.

Sejak mengikuti kursus rawatan, beliau aktif merawat dan membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan. Saya bersyukur kerana dengan asbab ilmu rawatan yang saya kongsikan semasa kursus, banyak manfaat yang diperolehi oleh peserta dan masyarakat sekeliling.

Dengan menyertai kursus rawatan tersebut, peserta-peserta yang mengalami masalah gangguan dapat berikhtiar untuk merawat diri sendiri dan keluarga mereka. Manakala peserta-peserta yang berminat ingin menjadi perawat pula dapat berbakti kepada masyarakat dengan mempraktikkan ilmu yang dipelajari.

Masyarakat setempat pula boleh berbangga dengan perkembangan yang positif ini, kerana kalau dulunya mereka hanya bergantung ikhtiar kepada bomoh-bomoh yang mengamalkan kaedah rawatan yang meragukan, kini dengan kehadiran perawat-perawat yang mengembangkan ilmu rawatan ini melalui penganjuran kursus, peserta-peserta dikalangan penduduk setempat dapat menabur bakti berkhidmat kepada masyarakat khususnya mereka yang beragama islam yang inginkan kaedah rawatan yang tidak bercanggah dengan hukum syara’.

Peserta-peserta dikalangan penduduk tempatan seumpama benih yang sedang bercambah dan sedang tumbuh dengan segar dan mekar. Kesungguhan dan ketabahan mereka untuk menjadi perawat menentang kebathilan jin dan manusia menguatkan lagi syi’ar Allah di muka bumi ini. Semoga ilmu-ilmu bermanfaat yang disampaikan ini menjadi asbab sebagai pahala yang berpanjangan di sisi Allah swt.

Baru-baru ini, sahabat yang saya sebutkan diatas, merawat seorang pesakit yang mengalami gangguan jin. Dengan izin Allah swt, setelah jin tersebut berinteraksi dengan beliau maka jin tersebut bersetuju keluar dari tubuh badan pesakit buat selama-lamanya.

Ketika proses jin tersebut keluar dari tubuh badan pesakit, tiba-tiba kedengaran bunyi muzik dan nyanyian yang kuat dari rumah jiran sebelah. Dengan tidak semena-mena jin yang pada mulanya bersetuju untuk keluar, terus menari dan menari tanpa henti. Sahabat saya itu, cuba menenangkan jin tersebut dan cuba berinteraksi dengannya supaya dia berhenti menari. Namun sia-sia sahaja, kerana jin tersebut tidak menghiraukan arahan sahabat saya tersebut. Jin itu terus menari berpusing-pusing.

Sahabat saya mula panik dan buntu dengan keadaan tersebut, dengan izin Allah beliau tutup pendengaran jin tersebut dengan teknik memasung jin, dengan harapan jin tersebut tidak dapat mendengar muzik yang dipasang dari rumah jiran sebelah, dan semoga dengan itu jin tersebut berhenti menari.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, jin tersebut berhenti menari. Namun masalah baru pula timbul, asbab dari pendengarannya telah dipasung dan ditutup, maka jin tersebut tidak dapat mendengar arahan sahabat saya menyuruhnya keluar. Puas sahabat saya berikhtiar untuk berkomunikasi dengan jin tersebut, tetapi sia-sia sahaja kerana jin tersebut tidak dapat mendengar.

Sekali lagi beliau buntu dan panik. Tiba-tiba dengan izin Allah beliau mendapat ilham, untuk membenteng kawasan rumah tersebut supaya menjadi kalis bunyi (sound proof), dengan ini bunyi muzik dari rumah jiran sebelah tidak dapat didengari oleh jin yang berada didalam rumah tersebut.

Setelah membenteng rumah sehingga menjadi kalis bunyi, beliau membuka pula tutupan ditelinga jin yang telah dipasungnya tadi. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, sahabat saya dapat berkomunikasi dengan jin tersebut dan jin tersebut dapat keluar dari tubuh badan pesakit dengan lancar.

Bagi mereka-mereka yang pernah mengikuti kursus rawatan anjuran saya dan anjuran mana-mana perawat pun, ilmu yang dipelajari tidak dapat kita rasakan nikmatnya sekiranya tidak diamalkan. Oleh itu praktik kanlah ilmu-ilmu yang dipelajari samada untuk merawat diri sendiri, merawat keluarga ataupun merawat masyarakat yang memerlukan bagi mereka yang sudah bersedia.

Kursus intensif tersebut tidak dapat mencapai matlamat sekiranya, ilmu yang dipelajari dan nota yang diperolehi peserta hanya disimpan didalam almari sebagai perhiasan. J

PESERTA KURSUS ADVANCED

23 JAN 2011