Friday, April 1, 2011

Dairi Ustaz Azrin...

Peserta2 Kursus Perawat Advanced 27/3/2011



Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan limpah dan rahmat kurniaanNya saya masih lagi mampu menzahirkan hasil nukilan saya di blog ini walaupun agak sibuk dengan urusan-urusan seharian. Saya memohon maaf kepada sesiapa yang berkenaan kerana tidak dapat menjawab telefon ketika sedang merawat pesakit. Oleh yang demikian saya sangat berbesar hati sekiranya sesiapa yang tidak dapat bercakap dengan saya melalui telefon, boleh memaklumkan hajat anda melalui sms. InsyaAllah saya akan cuba menjawab semampu yang mungkin.

Baru-baru ini saya sibuk mengelolakan Mesyuarat Agung Persatuan Pengamal Aura Metafizik di Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Saya sebagai Setiausaha Agung Persatuan sangat-sangat berterima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung tersebut. Kejayaan persatuan ini adalah hasil dari kerjasama dan sokongan ahli-ahli persatuan sekelian.


Dalam kesibukan mengelolakan Mesyuarat Agung Persatuan, saya masih sempat lagi mengelolakan Kursus Rawatan Islam (Perawat Intensif) secara personal coach, kali ini peserta adalah sahabat-sahabat dari Negara Brunei Darussalam yang datang dengan hajat untuk mendapatkan rawatan dan sekaligus untuk menimba ilmu agar dapat berikhtiar untuk merawat diri sendiri dan keluarga nanti.

Saya juga masih sempat mengadakan Kursus Perawat Advanced juga secara personal coach, peserta yang terhad kepada empat orang sahaja didedahkan dengan perihal-perihal kaedah rawatan peringkat Advanced, semoga ilmu yang dikongsi tersebut memberi banyak manfaat kepada kita semua di dunia dan di akhirat.


Saya juga menerima kunjungan ziarah dari sahabat yang merangkap student saya dari Limbang, Sarawak. Terima kasih kerana sudi datang menziarahi saya. Banyak perkara yang dapat dibincangkan sepanjang pertemuan kami, terutamanya berkenaan dengan tipu daya jin dan syaitan untuk menjatuhkan perawat. Ini semua adalah ujian, semoga kita semua sentiasa didalam pemeliharaan, naungan dan redha Allah swt.

Tidak ketinggalan juga kesibukan saya didalam tugas-tugas rawatan, pesakit yang sentiasa bertali arus saya layan semampu saya, sesungguhnya saya hanyalah berikhtiar mengikut apa yang telah Allah kurniakan kepada saya, kesembuhan mutlak hanyalah milik Allah. Selain dari merawat, saya kongsikan juga teknik-teknik untuk merawat diri sendiri kepada pesakit.


Pesan saya kepada diri sendiri dan kepada anda semua, beramal lah dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Allah, banyakkan berdoa, merayu dan mohonlah kepada Allah agar diangkat segala ujian-ujian tersebut, istiqamah lah didalam beramal, jangan ambil ringan apa yang saya pesan, kerana saya tidak melihat semata-mata dengan mata zahir tetapi saya melihat dengan mata hati.. J

InsyaAllah esok saya akan berangkat ke Melaka untuk Majlis TIAF di Pulau Besar, bersama sahabat saya, orang kuat dan tulang belakang perawat-perawat Islam yang seangkatan dengan saya, yang sentiasa berlapang dada dan berusaha untuk menyatukan semua perawat-perawat Islam, dia tidak lain dan tidak bukan ialah Abang Ismail Rubani, orang kuat yang saya hormati, tinggi ilmu tetapi sentiasa merendahkan diri, walaupun beliau tinggi orangnya.. J


Dan sekembalinya saya dari Melaka, saya mempunyai urusan peribadi di luar kawasan saya, dan insyaAllah saya akan kembali memulakan tugas-tugas rawatan pada hari khamis bersamaan dengan 07hb April. Sekali lagi saya berpesan, sekiranya saya tidak menjawab panggilan telefon anda, sila hantarkan sms, jangan marah saya, kerana saya dapat merasakan kemarahan anda.. J Saya kan boleh scan… J J J

Wassalam…