Thursday, March 17, 2011

Kunjungan Dari Pengasas Terapi Islam Al-Fatah (TIAF)


Bismillahirrahmanirrahim, Segala Puji bagi Allah swt yang telah melimpahkan berbagai-bagai nikmat yang tidak mampu dihitung oleh hambanya… Selawat dan salam keatas baginda Rasulullah s.a.w, Nabi junjungan yang dikasihi setiap zarah kehidupan di alam semesta…

Dua hari yang lepas saya menerima kunjungan dari sahabat seperjuangan yang saya kasihi, beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Ustaz Wan Asrul pengasas TIAF (Terapi Islam Al-Fatah), kunjungan beliau bersama isteri dan anak, menyerikan lagi sinar di bumi Taman Keramat ini.. J

Pertemuan lebih kurang sejam lebih itu kami isi dengan perbincangan tentang hal ehwal semasa, tentang keterbukaan minda didalam perbincangan ilmu dan teknik rawatan. Betapa ruginya mereka yang sempit pemikiran dan bersikap jumud didalam mengolah ilmu.

Kami juga membincangkan tentang ketinggian ilmu dan adab… bak kata guru kami, Tuan Syeikh Faiz, “makin tinggi ilmu seseorang makin tinggilah adabnya..“

Dalam pengalaman kami berguru, bab adab sahaja ada satu silibus, zaman sekarang mudah... kursus sehari dua, kemudian hubungan silaturrahim dengan fasilitator atau penyampai ilmu tidak dijaga.

Tak munasabah kalau ilmu yang dipelajari berbelas tahun, boleh selesai disampaikan dalam masa sehari dua… Kursus intensif adalah sebagai pembukaan, kalau nak lebih kena mengadap laa… J