Friday, April 29, 2011

Kursus Urut Tradisional - 1hb Mei (Ahad)



Bismillahirrahmanirrahim.. Untuk makluman para pembaca sekelian, kursus urut tradisional (personal guide) akan diadakan pada 1hb Mei bersamaan dengan hari Ahad ini. Ada beberapa orang yang berminat sebelum ini telah menghubungi saya untuk Kursus Urut Tradisional ini, masalahnya saya secara tidak sengaja telah terpadam no telefon mereka dari simpanan saya.

Penyertaan adalah sangat terhad, masih ada dua kekosongan lagi, sila hubungi saya segera untuk pendaftaran. Berikut adalah tentatif kursus urut tradisional yang akan disampaikan pada hari tersebut.

Diantara kandungan kursus adalah :-

- Teori tentang Urut Tradisional

- Teknik mudah memahami kaedah Urut Tradisional

- Teknik Urut Perubatan

- Praktikal Urut Tradisional

- Teori tentang Urut Pulih Tenaga Batin

- Praktikal Urut Pulih Tenaga Batin

- Tips, Petua dan amalan

Bagi sesiapa yang berminat sila sms atau telefon saya dengan segera. Harga Yuran adalah RM280, Bertempat di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Wednesday, April 27, 2011

Benarkah Ada Gangguan Jin Di Laman Facebook...?


Pernahkah anda memikirkan, memerhatikan, merenung dan merasakan... lintasan-lintasan hati serta emosi anda ketika bersendirian... ketika di rumah, ketika di masjid, ketika di pejabat... apakah perasaan-perasaan yang anda alami?

Tenang..? Sayu..? Sepi..? Syahdu..? Rasa keseorangan..? Tekanan perasaan..?

Dan bandingkan pula ketika anda berada di tengah-tengah orang ramai... ketika berjemaah di masjid, ketika membeli belah di pasar raya, ketika bersesak-sesak di pasar malam... apakah perasaan-perasaan yang kita alami ketika itu...?

Kebiasaannya ketika berjemaah di Masjid anda akan merasakan ketenangan, merasakan bersemangat, merasakan adanya kekuatan diri... Tetapi ketika membeli belah di pasaraya yang di penuhi oleh orang ramai.. apa yang anda rasakan? mungkin pening kepala..? mungkin hilang sabar..? mungkin keinginan membeli yang membuak-buak sehinggakan anda membeli benda-benda yang tidak sepatutnya anda beli... Dari mana perasaan-perasaan sebegini timbul?

Apatah lagi ketika anda bersesak-sesak di pasar-pasar malam... apa yang anda rasakan? teruja..? tenang..? sayu..? atau tekanan...? hilang sabar..?

Setiap benda yang ada di muka bumi ini ada gelombang nya, samada benda-benda seperti batu, pokok, meja, peti ais, pen, warna, nama, nombor dan lain-lain... begitu juga dengan benda-benda yang hidup seperti tumbuh-tumbuhan, binatang, manusia, organ-organ dalaman seperti jantung, buah pinggang, tidak ketinggalan juga perasaan-perasaan dan pemikiran manusia seperti marah, sayang, sedih, gembira... semuanya ada gelombang-gelombangnya tersendiri....

Dan gelombang-gelombang ini samada bersifat gelombang yang "baik" atau gelombang yang "jahat" dapat dipindahkan atau terpindah samada secara sengaja atau tidak sengaja kepada objek-objek ataupun kehidupan disekeliling kita samada benda, tumbuhan, haiwan ataupun manusia...

Dan perpindahan tenaga gelombang-gelombang ini boleh berlaku samada secara berhadapan, di dalam telefon, dihadapan televisyen, mendengar radio, ber"chatting" di internet samada di forum-forum, facebook dan lain-lain lagi...

Saya ada seorang sahabat yang berkebolehan merasakan gelombang-gelombang pemikiran manusia disekeliling beliau, yang menjadi masalahnya, apabila ada orang marah, sedih, tertekan atau berfikiran jahat berdekatan dengan beliau, gelombang-gelombang perasaan yang beliau rasakan itu menjadikan pemikiran beliau sangat berserabut..

Sukar juga mengalami perkara sebegini kerana sekiranya diri beliau tidak cukup kuat gelombang-gelombang yang beliau rasakan itu akan mengakibatkan beliau sakit kepala, lemah-lemah dan bisa-bisa badan...

Hakikat sebenarnya, samada kita mahu atau tidak mahu kita sangat-sangat terdedah dengan gelombang-gelombang "baik" atau "jahat" ini pada setiap masa...

Bagi mereka yang tidak memiliki benteng pertahanan yang kukuh samada dari sudut fizikal, mental, emosional dan spiritual, perpindahan tenaga yang "jahat" akan menimbulkan impak yang negatif pada diri mereka. Pernahkah anda terfikir kemungkinan-kemungkinan gangguan jin juga berlaku ketika anda sedang berchatting di internet..? atau ketika sedang membalas-balas komen di facebook?

Mungkinkah persoalan saya ini terlalu tahyul untuk kita terima... Saya ada mendengar banyak kes-kes mereka yang mengalami gangguan emosi apabila mula berjinak-jinak dengan laman facebook...

Berkumpulnya bermacam-macam orang di facebook, berkumpulnya bermacam-macam perasaan di facebook, berkumpulnya bermacam-macam gelombang emosi di facebook dan jangan kita lupa berkumpulnya bermacam-macam orang yang mengalami gangguan jin di facebook.

Ada beberapa orang pesakit saya yang mengalami masalah rumahtangga, datang mengadu kepada saya tentang masalah-masalah mereka... Melalui sessi temubual saya dengan mereka, saya dapati perbalahan rumah tangga akan terjadi setiap kali setelah mereka memasuki laman facebook...

Setiap kali setelah mereka memasuki laman tersebut ada saja perasaan-perasaan negatif, bisikan-bisikan perasaan dan gejolak-gejolak emosi yang memberontak dari hati mereka dan ianya melarat kepada perbalahan rumah tangga...

Mungkin kah mereka terpengaruh dengan komen kawan-kawan mereka di laman tersebut...? atau mungkinkah gelombang perasaan kemarahan dan ketidak puasan hati telah berkumpul di laman tersebut menyebabkan tenaga gelombang nafsu ammarah menjadi semakin kuat, dan secara tidak langsung tenaga "jahat" tersebut terpindah kepada mereka-mereka yang melayari laman tersebut dan akhirnya tenaga "jahat" tersebut meletup dihadapan pasangan masing-masing...? Pada saya campur tangan syaitan sudah pasti berlaku dalam hal sebegini namun adakah jin-jin gangguan juga menggunakan laman facebook ini sebagai medan menyebarkan gangguan-gangguan mereka?

Wallahu'aq'lam... saya cuma mengajak kita semua berfikir dari satu sudut dimensi yang berlainan dan di luar kotak pemikiran kita... cuba lah kita fikir-fikirkan... dan berhati-hatilah...

Tuesday, April 26, 2011

Bacaan Ruqyah Syar'iyyah Tidak Memberi Bekas...?



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt yang telah mengeluarkan cahaya dari kegelapan dan yang telah mengeluarkan kegelapan dari cahaya... Syukur ke hadrat Yang Maha Menyembuhkan, saya semakin pulih, suara pun dah keluar, cuma sekali dengar suara saya ada macam ala-ala Ramli Sirap sikit, serak2 basah... walaubagaimanapun saya sudah mula kembali merawat pada hari ini.

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang sahabat yang ingin kan penjelasan berkenaan dengan maksud "bacaan ayat ruqyah tidak memberi bekas".

Sahabat saya ini adalah seorang perawat yang merawat dengan menggunakan bacaan ayat-ayat suci al-quran yang sekarang ini dikenali sebagai rawatan ruqyah syar'iyyah. Dia keliru apabila ada diantara sahabat-sahabat beliau yang mengatakan dan menekankan bahawa ayat yang dibaca tidak memberi bekas, oleh yang demikian dia terfikir, jadi untuk apakah tujuan dia membaca ayat-ayat ruqyah syar'iyyah untuk merawat pesakit.

Kita kembali kepada asas... Apakah maksud Ruqyah? Ruqyah didalam bahasa 'Arab yang bermaksud Jampi. Apakah syarat-syarat Jampi? Ulama'-ulama' mentafsirkan, diantara syarat-syarat jampi adalah ianya terdiri dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan asma'ullah (nama-nama Allah), diketahui makna dan jelas tujuan membacanya. Dan ber'iq'tiqod bahawa ruqyah tersebut tidak memberi bekas tetapi Allah lah yang memberi bekas.

Apakah ini bermaksud jika kita membaca ayatul qursi kita akan mengatakan bahawa ayatul qursi itu tidak memberi bekas? Bagi mereka yang "memandang" Allah swt itu "jauh", maka mereka akan mengatakan ayatul qursi itu tidak memberi bekas, kerana mereka tidak nampak kesinambungannya.

Tetapi bagi mereka yang memandang Allah itu tiada jarak dan tiada antara, dan bagi mereka yang memahami bahawa "wanakhnu aqrobu ilaihi min hablil warid" - "Allah itu lebih dekat dari urat leher kamu", maka mereka akan memahami bahawa Zat dan Sifat tidak bercerai.

Maka apabila dikatakan bahawa ayatul qursi itu Kalamullah yang bersifat qodim, maka tidak boleh lah kita katakan bahawa ayatul qursi itu tidak memberi bekas, kerana Zatullah dan Sifatullah tidak bercerai jua akannya.

Siapa kata bacaan ayat tidak memberi bekas? Dengan izin Allah saya boleh buktikan bahawa kata-kata nista, umpatan dan cacian walaupun dalam hati boleh memberi bekas dan memberi kesan apatah lagi kata-kata yang di zahirkan. Apatah lagi bacaan ayat-ayat Quran, dan perkara ini selalu saya buktikan dihadapan peserta-peserta kursus rawatan anjuran saya.

Berbekas tetap berbekas, berkesan tetap berkesan tinggal lagi qadha dan qadar Allah swt sahaja yang tidak dapat hendak kita pastikan. Wahai mereka-mereka yang mengambil jalan hakikat semata-mata... tidak bermakna manis yang anda rasai kalau tiada bekasnya... Allah swt telah menjadikan Rasulullah s.a.w sebaik-baik contoh dan ikutan. Ikuti lah syari'at yang telah diajar oleh baginda. Iman itu bertelanjang dan pakaiannya adalah taqwa.

Adakah mereka-mereka yang menekankan "bacaan ruqyah syar'iyyah tidak memberi bekas" itu secara tidak langsung hendak mengatakan bahawa rawatan dengan ruqyah syar'iyyah itu low class? Ingat tuan-tuan, kita semua akan dipertanggungjawabkan diatas apa yang kita katakan, sampaikan dan lakukan... apatah lagi kalau kata-kata kita itu menjadi ikutan orang ramai... berhati-hatilah...

Monday, April 25, 2011

Al Husun Al-Mani'ah An Nabawiah - Amalan Membenteng Diri Yang Ampuh

Bismillahirrahmanirrahim... Di sini saya kongsikan sebahagian dari petikan amalan membenteng diri bersumberkan dari amalan Al-Arifin Imam Al-Muhtadin Qutb Da’irah At-Taqdis Asy-Syeikh Ahmad Ibn Idris, Pengasas Thoreqat Ahmadiyyah Idrissiyyah. Saya sertakan sekali terjemahannya semoga kita dapat menghayati makna ayat-ayat tersebut. Sila klik pada imej, dan klik sekali lagi untuk besar kan imej tersebut.

Pada kebiasaan para pengamal, ianya diamalkan setiap kali selepas solat fardhu, atau pada bila-bila masa lapang. Yang penting pergantungan hati, jiwa dan raga, rohani dan jasmani, malahan setiap zarah pada tubuh badan kita bergantung dan berharap sepenuhnya kepada Allah swt dengan barakah kekasihNya Baginda Rasulullah s.a.w.


Terjemahannya : ---- Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Ha Mim 'Ain Siin Qof, Naungan kami. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Kaaf Ha Ya 'Ain Sod, Penahan kami. Dan Allah akan menghadang mereka daripada engkau sekelian, dan Dia adalah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Agung.

Dan aku persembahkan kepadaMu dihadapan yang demikian itu seluruhnya. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Dia Berkata, "jadilah engkau sekelian terhalau (dengan kehinaan) ke dalamnya, dan janganlah engkau sekelian berkata-kata." Sesungguhnya aku berlindung dengan Yang Maha Penyayang daripada engkau, jika engkau adalah seorang yang bertaqwa.

Aku ambilkan dengan keagungan Zat Allah Ta'ala dan PendengaranNya dan PenglihatanNya dan KekuatanNya dan KekuasaanNya dan KemulianNya dan PemerintahanNya dan Kata-KataNya dan KeperkasaanNya, dan aku letakkan diatas zat-zat engkau sekelian, dan kekuatan-kekuatan engkau sekelian.

Wahai seluruh jin dan manusia, dan syaitan-syaitan dan sultan-sultan, dan orang-orang Arab padang pasir dengan kejahatan yang tujuh, dan serangga-serangga perosak dan kecurian, dan setiap makhluk yang telah diciptakan Allah. Aku jadikan penutup diantara aku dan engkau sekelian, dan diantara ahli keluargaku dan engkau sekelian, dan diantara hartaku dan engkau sekelian, dan diantara saudara-saudaraku dan engkau sekelian, dengan tutupan kenabian, yang telah mereka jadikan tutupan (pendinding) dengannya dari serangan-serangan para fir'aun.

Jibril di pihak kanan engkau sekelian, dan Mika'il di pihak kiri engkau sekelian, dan Muhammad S.A.W di pihak hadapan engkau sekelian, dan Allah S.W.T di pihak atas engkau sekelian, dan Dia meliputi engkau sekelian, dan Dia mencegah engkau sekelian daripadaku, pada diriku, dan agamaku, dan ahli keluargaku, dan hartaku, dan apa yang kepunyaanku, dan apa yang padaku, dan apa yang bersamaku, dan apa yang dipihak atasku, dan apa yang dipihak bawahku, dan apa yang disekelilingku.

Dan jika engkau membaca Al-Quran, Kami jadikan di antaramu dengan mereka yang tidak beriman dengan hari akhirat, satu dinding yang tidak kelihatan. Dan kami jadikan diatas kalbu-kalbu mereka penghalang daripada mendengarnya. Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada setiap sesuatu yang telah Engkau ciptakan, dan aku meminta daripadaMu pemeliharaan daripada mereka. ----

Merawat Didalam Keadaan Terpaksa...?


Hari Ahad.. temujanji rawatan saya yang pertama adalah pada jam 11 pagi... Kalau hendak diikutkan memang tidak berdaya rasanya saya hendak merawat hari ini.. Telefon yang berdering-dering tidak saya jawab, kerana saya sudah kehilangan suara kerana sakit tekak...

Malam tadi sempat juga saya merawat diri sendiri, maka perit di tekak sudah berkurangan cuma suara masih tiada... cakap pun berbisik-bisik... Saya tidak sampai hati hendak menolak permintaan pesakit untuk mendapatkan rawatan, tapi apalah daya saya...

Temujanji rawatan pada hari ini telah dibuat lebih awal, sebab itulah saya tidak sampai hati hendak membatalkannya. Jadi, pada hari ini terpaksalah saya berbicara dengan pesakit dalam keadaan berbisik2 dan berbahasa isyarat...

Apakah saya merawat didalam keadaan terpaksa?... Tidak sama sekali... saya memandang tetamu-tetamu yang datang semuanya dengan izin dan gerak dari Allah swt, insyaAllah saya akan membantu selagi terdaya, semoga Allah swt menerima saya seadanya.

Syukur ke hadrat Allah kerana masih dikurniakan hamba yang hina ini kekuatan untuk menyampaikan hajat-hajat mereka yang datang...

Kursus Rawatan Islam - Perawat Intensif Di Balakong 23/04/2011




Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah swt, Yang Maha Memelihara setiap makhlukNya dengan limpahan kasih sayang yang tiada batas.. Syukur ke hadrat Allah swt, Kursus Perawat Intensif di Balakong, Cheras berjaya diadakan walaupun didalam keadaan kesihatan saya yang tidak memuaskan. Saya mengalami demam dan sakit tekak, dari awal pagi lagi tekak saya terasa perit, namun disebabkan tugas yang sudah diamanahkan, maka saya gagahkan juga diri ini..

Syukur... kerana kursus dapat berjalan dengan lancar, dan yang menakjubkan suara saya benar-benar hilang betul-betul setelah selesai kursus. Manakala di sebelah malamnya pula, temujanji rawatan dengan pesakit tidak dapat saya elak, kerana telah berjanji dari awal lagi... Oleh kerana saya sudah kehilangan suara, kerana sakit tekak, maka terpaksa lah saya merawat dalam keadaan membaca ruqyah didalam hati.

Wednesday, April 20, 2011

Program Rehlah Di Pulau Besar, Melaka Bersama TIAF (lambat update...)


Bismillahirrahmanirrahim… oleh kerana kesibukan dengan urusan harian maka, saya tidak dapat mengemaskini blog ini mengikut masa. Di sini saya paparkan beberapa keping gambar yang diambil sewaktu saya mengikuti program rehlah di Pulau Besar, Melaka anjuran Terapi Islam Al-Fatah. Walaupun program ni dah berlangsung kira-kira dua minggu yang lalu.. tak mengapa lah.. saya kongsikan juga kisah ini.. Program ini lebih kepada program ilmiah berbentuk santai, banyak pengalaman-pengalaman menarik, yang memerlukan ketahanan Fizikal, Mental dan Spiritual... Saya dengar-dengar khabar, akan datang InsyaAllah diadakan pula program mendaki Gunung Stong kalau tak silap saya di Kelantan









Berkumpul Di Pusat Rawatan TIAF









Panggilan Pulau









Baru Tiba Di Pulau Besar.
















Ini laa orang kuat kita… Abang Ismail Rubani… Kami panggil beliau Wak Dragon.. Oleh kerana sudah ada yang bertanya jadi saya rasa saya perlu jelaskan... Abang Ismail Rubani bukanlah "Mail Kacip", beliau adalah individu yang lain.






Tazkirah bersama Ustaz Nazim kelihatan di sebelah, Penghulu TIAF.. Ustaz Wan Asrul.





Seperti biasa saya tetap berada teguh di belakang tuan-tuan semua… saya ni kan pemalu.. sebab tu duduk jauh2 kat belakang je.. :-)









Sempat lagi tersenyum… nak cover macho..

Keluarkan Pemformatan daripada pemilihan

Perrghhhh… memang Macho.. sambil mendaki dengan selamba nya jawab sms.. J






Hero2 Pulau Besar… dalam gambar ni Abang Ismail tidak kelihatan, kerana beliau memakai baju halimunan… J

Friday, April 1, 2011

Dairi Ustaz Azrin...

Peserta2 Kursus Perawat Advanced 27/3/2011



Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan limpah dan rahmat kurniaanNya saya masih lagi mampu menzahirkan hasil nukilan saya di blog ini walaupun agak sibuk dengan urusan-urusan seharian. Saya memohon maaf kepada sesiapa yang berkenaan kerana tidak dapat menjawab telefon ketika sedang merawat pesakit. Oleh yang demikian saya sangat berbesar hati sekiranya sesiapa yang tidak dapat bercakap dengan saya melalui telefon, boleh memaklumkan hajat anda melalui sms. InsyaAllah saya akan cuba menjawab semampu yang mungkin.

Baru-baru ini saya sibuk mengelolakan Mesyuarat Agung Persatuan Pengamal Aura Metafizik di Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Saya sebagai Setiausaha Agung Persatuan sangat-sangat berterima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung tersebut. Kejayaan persatuan ini adalah hasil dari kerjasama dan sokongan ahli-ahli persatuan sekelian.


Dalam kesibukan mengelolakan Mesyuarat Agung Persatuan, saya masih sempat lagi mengelolakan Kursus Rawatan Islam (Perawat Intensif) secara personal coach, kali ini peserta adalah sahabat-sahabat dari Negara Brunei Darussalam yang datang dengan hajat untuk mendapatkan rawatan dan sekaligus untuk menimba ilmu agar dapat berikhtiar untuk merawat diri sendiri dan keluarga nanti.

Saya juga masih sempat mengadakan Kursus Perawat Advanced juga secara personal coach, peserta yang terhad kepada empat orang sahaja didedahkan dengan perihal-perihal kaedah rawatan peringkat Advanced, semoga ilmu yang dikongsi tersebut memberi banyak manfaat kepada kita semua di dunia dan di akhirat.


Saya juga menerima kunjungan ziarah dari sahabat yang merangkap student saya dari Limbang, Sarawak. Terima kasih kerana sudi datang menziarahi saya. Banyak perkara yang dapat dibincangkan sepanjang pertemuan kami, terutamanya berkenaan dengan tipu daya jin dan syaitan untuk menjatuhkan perawat. Ini semua adalah ujian, semoga kita semua sentiasa didalam pemeliharaan, naungan dan redha Allah swt.

Tidak ketinggalan juga kesibukan saya didalam tugas-tugas rawatan, pesakit yang sentiasa bertali arus saya layan semampu saya, sesungguhnya saya hanyalah berikhtiar mengikut apa yang telah Allah kurniakan kepada saya, kesembuhan mutlak hanyalah milik Allah. Selain dari merawat, saya kongsikan juga teknik-teknik untuk merawat diri sendiri kepada pesakit.


Pesan saya kepada diri sendiri dan kepada anda semua, beramal lah dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Allah, banyakkan berdoa, merayu dan mohonlah kepada Allah agar diangkat segala ujian-ujian tersebut, istiqamah lah didalam beramal, jangan ambil ringan apa yang saya pesan, kerana saya tidak melihat semata-mata dengan mata zahir tetapi saya melihat dengan mata hati.. J

InsyaAllah esok saya akan berangkat ke Melaka untuk Majlis TIAF di Pulau Besar, bersama sahabat saya, orang kuat dan tulang belakang perawat-perawat Islam yang seangkatan dengan saya, yang sentiasa berlapang dada dan berusaha untuk menyatukan semua perawat-perawat Islam, dia tidak lain dan tidak bukan ialah Abang Ismail Rubani, orang kuat yang saya hormati, tinggi ilmu tetapi sentiasa merendahkan diri, walaupun beliau tinggi orangnya.. J


Dan sekembalinya saya dari Melaka, saya mempunyai urusan peribadi di luar kawasan saya, dan insyaAllah saya akan kembali memulakan tugas-tugas rawatan pada hari khamis bersamaan dengan 07hb April. Sekali lagi saya berpesan, sekiranya saya tidak menjawab panggilan telefon anda, sila hantarkan sms, jangan marah saya, kerana saya dapat merasakan kemarahan anda.. J Saya kan boleh scan… J J J

Wassalam…