Monday, April 25, 2011

Al Husun Al-Mani'ah An Nabawiah - Amalan Membenteng Diri Yang Ampuh

Bismillahirrahmanirrahim... Di sini saya kongsikan sebahagian dari petikan amalan membenteng diri bersumberkan dari amalan Al-Arifin Imam Al-Muhtadin Qutb Da’irah At-Taqdis Asy-Syeikh Ahmad Ibn Idris, Pengasas Thoreqat Ahmadiyyah Idrissiyyah. Saya sertakan sekali terjemahannya semoga kita dapat menghayati makna ayat-ayat tersebut. Sila klik pada imej, dan klik sekali lagi untuk besar kan imej tersebut.

Pada kebiasaan para pengamal, ianya diamalkan setiap kali selepas solat fardhu, atau pada bila-bila masa lapang. Yang penting pergantungan hati, jiwa dan raga, rohani dan jasmani, malahan setiap zarah pada tubuh badan kita bergantung dan berharap sepenuhnya kepada Allah swt dengan barakah kekasihNya Baginda Rasulullah s.a.w.


Terjemahannya : ---- Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Ha Mim 'Ain Siin Qof, Naungan kami. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Kaaf Ha Ya 'Ain Sod, Penahan kami. Dan Allah akan menghadang mereka daripada engkau sekelian, dan Dia adalah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Agung.

Dan aku persembahkan kepadaMu dihadapan yang demikian itu seluruhnya. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Dia Berkata, "jadilah engkau sekelian terhalau (dengan kehinaan) ke dalamnya, dan janganlah engkau sekelian berkata-kata." Sesungguhnya aku berlindung dengan Yang Maha Penyayang daripada engkau, jika engkau adalah seorang yang bertaqwa.

Aku ambilkan dengan keagungan Zat Allah Ta'ala dan PendengaranNya dan PenglihatanNya dan KekuatanNya dan KekuasaanNya dan KemulianNya dan PemerintahanNya dan Kata-KataNya dan KeperkasaanNya, dan aku letakkan diatas zat-zat engkau sekelian, dan kekuatan-kekuatan engkau sekelian.

Wahai seluruh jin dan manusia, dan syaitan-syaitan dan sultan-sultan, dan orang-orang Arab padang pasir dengan kejahatan yang tujuh, dan serangga-serangga perosak dan kecurian, dan setiap makhluk yang telah diciptakan Allah. Aku jadikan penutup diantara aku dan engkau sekelian, dan diantara ahli keluargaku dan engkau sekelian, dan diantara hartaku dan engkau sekelian, dan diantara saudara-saudaraku dan engkau sekelian, dengan tutupan kenabian, yang telah mereka jadikan tutupan (pendinding) dengannya dari serangan-serangan para fir'aun.

Jibril di pihak kanan engkau sekelian, dan Mika'il di pihak kiri engkau sekelian, dan Muhammad S.A.W di pihak hadapan engkau sekelian, dan Allah S.W.T di pihak atas engkau sekelian, dan Dia meliputi engkau sekelian, dan Dia mencegah engkau sekelian daripadaku, pada diriku, dan agamaku, dan ahli keluargaku, dan hartaku, dan apa yang kepunyaanku, dan apa yang padaku, dan apa yang bersamaku, dan apa yang dipihak atasku, dan apa yang dipihak bawahku, dan apa yang disekelilingku.

Dan jika engkau membaca Al-Quran, Kami jadikan di antaramu dengan mereka yang tidak beriman dengan hari akhirat, satu dinding yang tidak kelihatan. Dan kami jadikan diatas kalbu-kalbu mereka penghalang daripada mendengarnya. Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada setiap sesuatu yang telah Engkau ciptakan, dan aku meminta daripadaMu pemeliharaan daripada mereka. ----