Monday, April 25, 2011

Kursus Rawatan Islam - Perawat Intensif Di Balakong 23/04/2011




Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah swt, Yang Maha Memelihara setiap makhlukNya dengan limpahan kasih sayang yang tiada batas.. Syukur ke hadrat Allah swt, Kursus Perawat Intensif di Balakong, Cheras berjaya diadakan walaupun didalam keadaan kesihatan saya yang tidak memuaskan. Saya mengalami demam dan sakit tekak, dari awal pagi lagi tekak saya terasa perit, namun disebabkan tugas yang sudah diamanahkan, maka saya gagahkan juga diri ini..

Syukur... kerana kursus dapat berjalan dengan lancar, dan yang menakjubkan suara saya benar-benar hilang betul-betul setelah selesai kursus. Manakala di sebelah malamnya pula, temujanji rawatan dengan pesakit tidak dapat saya elak, kerana telah berjanji dari awal lagi... Oleh kerana saya sudah kehilangan suara, kerana sakit tekak, maka terpaksa lah saya merawat dalam keadaan membaca ruqyah didalam hati.