Friday, May 20, 2011

Amalan Lam Jalalah... Benteng Ampuh Menentang Gangguan Jin Dan Manusia...?


Bismillahirrahmanirrahim... Segala Puji bagi Allah swt dengan puji-pujian kesempurnaan, dan sesungguhnya Dia lah yang Maha Sempurna dan Dialah yang Memuji DiriNya Sendiri...

Kali ini saya nak berkongsi cerita dengan para pembaca sekelian tentang Ilmu Lam Jalalah... itupun, apa yang saya kongsikan ini hanyalah sekadar untuk kita memahami apa itu Ilmu Lam Jalalah secara ringkas... secara ringkas... secara ringkas... semoga yang ringkas ini dapat memberi manfaat pada "jauhari yang mengenal manikam".. :-)

Ramai diantara kita yang teruja dengan ilmu lam jalalah ini, mengapa? Kerana ianya di war-warkan sebagai ilmu hikmah yang sangat hebat, dan dikatakan kelebihan amalan lam jalalah ini adalah sebagai pagar diri yang ampuh dari dengki khianat manusia dan jin, benteng ampuh untuk mengelak dari perbuatan sihir, boleh digunakan untuk halimunan, dan ada juga yang mengamalkan nya untuk pelaris diri mahupun perniagaan. Walaubagaimanapun, mengikut pendapat "orang-orang lama" yang berilmu, khasiat amalan lam jalalah ini adalah bergantung kepada niat si pengamalnya.

Ada diantara pengamal ilmu kebatinan menggunakan amalan lam jalalah ini sebagai senjata untuk memusnahkan musuh samada dari jarak dekat ataupun dari jarak jauh. Adakah amalan ilmu lam jalalah ini lebih hebat berbanding amalan-amalan kebatinan yang lain seperti "senjata faqir" atau amalan "kipas nandung" dan lain-lain...? Pada pandangan saya ianya bergantung kepada pemahaman tentang apakah sebenarnya ilmu lam jalalah ini..

Untuk makluman para pembaca, amalan ilmu lam jalalah ini ada banyak versi, yang berlainan bacaannya dan berlainan ritualnya... Apakah yang hebat sangat tentang amalan lam jalalah ini..?Secara ringkasnya Lam Jalalah itu boleh kita katakan ianya berbentuk huruf Lam Alif. Jadi... adakah ianya semata-mata huruf...? Apa ada pada huruf...? Jangan kita lupa dengan huruf lah terbentuknya asma' (nama) dan dengan asma' lah terzahirnya qalam..

Kalau kita imbas kembali filem Nujum Pak Belalang, arahan Tan Sri P Ramlee... soalan untuk ahli nujum.. " dimanakah kekuatan Hang Tuah..? Di Tenaganya kah? atau di kerisnya kah?...

Kekuatan Dato Laksamana Hang Tuah ada pada huruf "Ta", Jikalau huruf "Ta" ditukar dengan huruf "Ba", maka sudah tentu Hang Tuah menjadi Hang Buah... tak macho langsung nama Hang Buah... :-) Betapa besarnya impak perubahan satu-satu huruf pada perkara yang dinamakan...

Apa yang perlu kita faham bahawa setiap huruf ada "energy" berbeza. Contohnya bacaan ayat-ayat Muqatta'aat seperti Alif Laam Miim, Kaaf Haa Ya 'Ain Sood, Ha Miim, 'Ain Siin Qoof dan lain-lain. Bacaan yang mengikut harkat tertentu, panjang dan pendek satu-satu huruf juga mempunyai rahsia-rahsia dan kekuatan yang tersendiri pada setiap huruf-huruf tersebut.

Bacaan ini mempunyai kekuatan dan "energy" nya yang tersendiri, sehinggakan apabila kita meruqyah pesakit dengan hanya membaca ayat-ayat muqatta'aat itu pun sudah cukup untuk menggegarkan jin gangguan didalam tubuh badan pesakit... Tapi jangan pula kita baca ruqyah nak shortcut sangat... bacalah ikut peraturan... :-)

Berbalik kepada kisah Ilmu Lam Jalalah tadi, walaupun amalan tersebut ada pelbagai versi yang berbeza dari segi amalan dan ritualnya, paling penting yang perlu kita faham, bahawa ilmu Lam Jalalah ini sebenarnya ada kaitan dengan rahsia insan, rahsia asal kejadian insan sejak dari sebelum alam benih lagi, ada kaitan dengan rahsia huruf-huruf hija'iyyah, ada kaitan dengan "energy" alam semesta, ada kaitan dengan rahsia Bismillah, dan macam-macam lagi...

Walaupun pada kebiasaannya amalan Lam Jalalah ini diamalkan untuk mengunci atau membenteng diri, perlu diketahui , Lam Jalalah ini ada "buka" dan "tutup"nya... oleh itu.. pada sesiapa yang mengetahui, maka ilmu kunci lam jalalah ini boleh dibuka.

Boleh dikatakan sebenarnya lambang Lam Jalalah ini memenuhi pada tubuh insan. Dan kesimpulannya Lam Jalalah ini ada pada diri tiap-tiap insan yang mengenal dirinya...

"Wa fi anfusikum afala tubsiruun" - Dan pada diri kamu, tidakkah kamu perhatikan... (adz-dzariyyat : 21)

Kerana itulah mereka-mereka yang 'arif billah mengatakan "Barangsiapa yang mengenal dirinya maka kenal lah dia akan Tuhannya"... Tuhan yang mana....? pilihan ditangan kita, samada hendak bertuhankan hawa nafsu, atau nak bertuhankan Allah swt...

Dan barangsiapa yang mengenal diri maka binasa lah ia... Mengapa binasa? Kerana dia akan mendapati sesungguhnya "La haula wala quwwata illa billah" "Tiada daya dan upaya melainkan dengan hanya izin Allah", Makhluk tidak memberi bekas... tidak memberi mudharat... tidak memberi manfaat... tidak memberi kesan.. tetapi semuanya semata-mata adalah dari Allah swt...

Cukuplah sampai disini dulu, diizin Allah saya akan sambung lagi topik Amalan Lam Jalalah ini...

wallahu'aq'lam...

18 comments:

  1. suatu pandanagn yang menarik..namun aku hanya berlindung dengan Allah bukan dengan huruf mahupun dengan ayat...semuga Allah menjauhkan aku dari syirik yang nyata dan yang tersembunyi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Rehlah..bukan Allah hurufnya Alif Lam Lam Ha.

      Delete
  2. salam tuan rehlah, Kalau ada bendanya, Mesti ada namanya,Kalau ada isinya,Mestilah ada bekasnya, bila kenal yang hitam kita tak kata ia putih, dan bila kenal putih kita tak kata ia hitam, tapi jangan lupa dalam warna putih ada tersembunyi tujuh warna-warna yang berbeza... ini semua menunjukkan keBesaran dan keAgungan Allah. Tidak timbul soal berlindung dengan huruf atau ayat kerana kita memulakan sesuatu dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim... "Dengan Nama"... adakah syirik berlindung dengan Nama Allah? Mungkin boleh jadi Syirik Khafi bagi yang memisah2kan Zat, Sifat, Asma' dan Af'al... kerana itulah pentingnya awal2 agama mengenal Allah..

    ReplyDelete
  3. tuan, saya tidak menolak kebenrana apa yang tuan perkatakan, persoalan yang ditimbulkan disini adalah sejauh mana seorang pengamal itu memahami duduk perkara... persoalan tentang sifat Jamal,Sigat Jalal, sifat Qahar Allah itu dilihat dimana mana dan kerana sifat itu lah maka wujudnya alam ini. Tiada salahnya berlindung Dengan Nama Allah..cuma persoalannya apakah kita kenal Nama Allah itu...Zat, Sifat, Afal dan Asma memang tidak berpisah dan tidak bersentuh tetapi sejauh mana seseorang yang beramal dengan sesuatu keilmuan itu dapat meletakkan mahupun mentajallikan Zat, Sifat , Afal dan Asma itu dalam pengamalannya. Bagaimana pula dia membezakan antara muraqobah dan mushahadah?...Persolan ini lah yang cuba dibangkitkan..hari ini rata rata orang berbangga dengan kehebatan lam jalalah sehinggakan ada yang bertuhankan lam jalalah tetapi bukan pada empunya lam jalalah..guru guru tua seperti mat kilau, tok bahaman, panglima salleh amat berhati hati dalam hal ini. Mereka tidak sekali kali berkongsi keilmuan ini tanpa memastikan murid muridnya memahami dengan jelas hakikat sesuatu amalan... kata guru shuhudul wahdah fil kasrah , shuhudul kasrah fil wahdah, shuhudun nur fin nur... kata ulama .. assyariatul bila haqiqatul 'atilah, wahaqiqatul bila syaritul dholalah... dan kata ulama tak kenal Allah kafir kenal Allah syirik..wallah hu alam...

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Tuan rehlah..kita usaha,yang menetukan Allah. Selagi mana x mensyirik kan Allah, tidak melanggar hukum syarak. X salah kan..
    Kalau makan penadol pun,kalau yakin penadol bagi sembuh,syirik jugak. Allah suruh kita usaha. Usaha yang x melanggar hukum NYA. Bila lapar,pergi la makan. Jangan sekadar mengharap Allah bagi kenyang begitu je. Kita baca ayat, sebagai ikhtiar. Allah jua lah yang menentukannya. Bergantung pada niat dan iktikad kita. Sekian..

    ReplyDelete
  5. Pada pandangan saya, ma'rifatullah itu sendiri ada banyak tingkatan. Kita tidak boleh samakan semua orang dengan pencapaian dan pemahaman diri kita.

    Mungkin sesetengah kita dah capai maqam yang tinggi didalam Tauhid...mungkin.., tapi sedarkah kita bahawa pencapaian tersebut hanya semata2 kerana rahmat dan Kasih SayangNya...? Dimana kita sebelum ini...?

    Benar sebagaimana yang tuan rehlah katakan, guru2 tua amat berhati2 untuk menurunkan ilmu2 sebegini. Kerana itulah saya tidak menurunkan tatacara ilmu lam jalalah itu disini, saya hanya berkongsi tentang apakah yang dimaksudkan dengan ilmu lam jalalah, supaya kita memahami ilmu lam jalalah ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan dengan Tauhid kepada Allah swt, kerana punca energy Lam Jalalah ini adalah dariNya jua... cuma persoalannya bagaimana kita nak faham kaitan ilmu lam jalalah dengan ilmu ma'rifatullah...

    Kesimpulannya kita perlu faham apa yang kita amalkan...

    ReplyDelete
  6. Tuan - tuan yang dihormati...rasanya tuan tuan gagal menyelami maksud yang tersirat yang cuba saya nyatakan..maafkan saya kerana saya bukanlah penulis yang baik tapi hanyalah sekadar penambah cerita dan penglipur lara..saya tidak pernah menolak mahupun mengatakan bahwa pneggunaan ayat itu syirik apatah lagi mengatakan bahwa tuan tuan menghampiri syirik...saya meyakini ustaz azrin mahupun anonymous lebih arif tentang pengamalannya..apa yang saya nyatakan adalah sisi sudut pandangan yang berbeza mengikut telahan saya bagi memberi ruang mencernakan minda pembaca mahupun pengamal keilmuan ini...apa yang pasti pemahaman tentang sifat istighna dan iftiqar Allah , serta qadha dan qadar perlu jelas bagi memastikan kita tidak bersandar pada yang salah itu sahaja..akhir kata saya pohon maaf jika tulisan saya ini mencacatkan keharmonian ruang forum ini..saya pohon undur diri..wassalam.

    ReplyDelete
  7. Salam tuan rehlah.. terima kasih diatas pandangan dan kesudian tuan memberi komen di blog ini. Pandangan tuan adalah dialu-alukan...

    Ramai yang faham apa yang tuan cuba sampaikan, saya hanya menambahkan lagi komen saya dengan harapan agar orang awam juga turut memahami perbualan kita...

    tidak ada apa2 yang perlu dimaafkan.. komen tuan bernilai untuk mereka yang memahami...

    wassalam

    ReplyDelete
  8. rahsia utk buka kuncian lam jalallah ada pada hurufnya. tips utk perawat islam counter kuncian oleh bomoh yg guna ilmu ni agar rawatan oleh perawat islam tak jadi. wslam.

    ReplyDelete
  9. Kalau ada yang berminat untuk mempelajari ilmu ini apa kah syaratnya? Dengan siapa nak berguru?

    Adakah ia berkaitan dengan ayat "Laqod jaa akum ...surah at taubah ayat 128-129?

    ReplyDelete
  10. Kalau nak ikutkan tiada syarat nak belajar ilmu ni... walaubagaimanapun, kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan sangat dititik beratkan.

    ayat "laqod jaa akum.." tu tidak saya amalkan dalam ilmu lam jalalah..

    orang lain saya tak tau laa..

    ReplyDelete
  11. dlm ahli saya ade yg mngatakn bhawa atok saya ade mmbla saka harimau & ade yg mndkwa prnh trnmpk d mk atok saye....mcm mn sye nk mngethui kesahihan nyer

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum ustaz,

    minta maaf mencelah..sy perkenalkan diri sy..sy Suffian..tertarik dengan artikel ustaz ni bila sy membacanya..kerana sy pernah mempelajari ilmu ini 3 tahun dahulu tetapi tidak mengamalnya dulu kerana khuatir kesahihannya..sebab sy belajar dulu dalam ilmu silat..oleh yg demikian..sy was2 terhadap ilmu ini kerana sy takutkan syirik..minta maaf ustaz..berkemungkinan sy masih cetek ilmunya..dan malam ni terdetik hati sy untuk 'google' apa yg sy pernah amalkan dulu..alhamdulillah terjumpa dengan artikel ustaz..

    ingin sy mintak izin dengan ustaz utk berkongsi ayat yg sy perolehi ketika menuntut dulu kerana dulu sy khuatir maknanya mencurigakan kerana seperti biasa didalam bahasa arab dan sy tidak faham..ketika menuntut..kami diajar bacaan dari mandi sehingga bertempur dan juga zikir..so selepas sy khatam dan setelah sy bernikah..sy sudah tidak pernah amalkan lagi..rugi rasenye..lebih2 lagi dalam keadaan dunia sekarang..walaupun tidak byk yg sy belajar..tapi ilmu - ilmu yg diturunkan kepada saya ni boleh la dikatakan rahsia..tetapi bukan senang utk mencari 2nd opinion..sy mmg mencari seseorang yg arif didalam ilmu sebegini, mengikut landas Al -Quran dan islam utk bertanyakan pendapat..jika ustaz sudi / setuju sy kongsikan dengan ustaz..ini email sy..suffian24680@gmail.com..sy teringin utk berbicara dengan ustaz pelbagai perkara..itupun sekiranya ustaz sudi..terima kasih..w'salam..

    ReplyDelete
  13. salam saudara,,minta izin nak salin artikel,,buat baca sendiri

    ReplyDelete
  14. apa ustaz beriathu kat atas tu benar.pengamal lam jalalah

    ReplyDelete
  15. Sebenar - benar diri kita tak ada .tak bernama ,tak berbentuk, tak berupa,tak ada apapun pada diri kita yg sebenarnya apa yg kita banggakan pada diri kita tidak lebih dari 24 jam semua hanya pinjaman .
    Tak kan berguna untuk di perdebatkan percuma saja jika kita bicara dengan orang yg tak faham dan tak mengerti semua akan sia -sia . Semuanya adalah sir tuhan .

    ReplyDelete
  16. Rahmat allah melalui perbezaan fahaman, keikhlasan memberi hujah n pandangan membuka seribu pintu rahsia ilmu allah...pandangan yg jujur n benar akan dijadikan panduan bagi org yg baru ingin memulakan perjalanan menuju syariat, tarikat, hakikat dan makrifat...dlm ilmu tasawwuf perlu ada feqah, n dlm feqah perlu ada tasawwuf,bru lh cantik perjalanan.... tasawwur ibarat satu jalan yang jauh, dan feqah itu ibarat petanya, serta amalan itu umpama makanan yg perlu di makan semasa dlm pjalanan...keikhlasan dlm beramal merupakan kemanisan n keindahan sesuatu perjalanan....kesemua itu xdpt dipisahkan.... satu masa mgkin kita akan duduk sekali mgangkat panji allah sebelah timur...inilah rahsia ilmu allah yg masih byak perlu dirungkai.... malaysia bumi btuah, akar tunjang islam tpasak di bumi ini.....rahmatullah ala ahlul bait wa ahlul balad wa ummat rasulullah s.a.w

    ReplyDelete
  17. Salam sahabat semua... di manakah boleh saya mencari guru yg mursyid bersanad utk mempelajari ilmu lam jalalah di sekitar selangor puchong..

    ReplyDelete

Madad... Madad.. Ya Rasulullah...