
Saya rasa kisah ni saya dah ceritakan dulu, mungkin awal tahun lepas rasanya... tapi tak pe laa, pasal nak luahkan perasaan punya hal, saya cerita jugak laa sekali lagi dengan ayat yang lebih power sikit... :-)
Tidak dinafikan bahawa jin-jin gangguan yang mengganggu pesakit samada jin saka, jin pendamping, jin tumpang, jin asyik, jin sihir atau apa jugak jenis jin gangguan sekalipun, akan merasa tergugat dan terancam sekiranya pesakit bercadang untuk mendapatkan rawatan ataupun hendak bertemu perawat.
Kadangkala, apabila sebut saja nak pergi jumpa perawat, tiba-tiba pesakit akan merasakan pening kepala, sakit perut, ada yang sampai muntah-muntah, ada juga yang bila disebut saja nak pergi jumpa perawat, tiba-tiba emosi menjadi tidak stabil, tiba-tiba menjadi benci kepada perawat, tiba-tiba rasa malas sangat nak dapatkan rawatan...
Tidak kurang juga ada yang selalu tersesat jalan ke tempat rawatan, menempuh pelbagai dugaan dan halangan untuk bertemu perawat, kereta rosak tiba-tiba... Ada juga diantara pesakit yang dah lalu depan pusat rawatan, tapi tak nampak bangunan... bila turun saja dari kereta, baru nampak bangunan yang menempatkan pusat rawatan tersebut... Ada pesakit yang datang dari jauh, sejauh sepuluh jam perjalanan, semata-mata untuk berikhtiar mendapatkan kesembuhan melalui perawat yang mereka yakini...
Ini semua adalah cabaran-cabaran, halangan-halangan dan gangguan-gangguan yang dialami pesakit sewaktu bertemu perawat untuk mendapatkan rawatan. Tapi anda semua jangan risau, ini semua adalah susah payah ikhtiar anda untuk mendapatkan rawatan kerana mengharapkan kesembuhan dari Allah...
- Dari Abu Said r.a: Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap musibah yang di timpa ke atas orang-orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan, sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya.
- Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya
(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)
InsyaAllah... yakinlah bahawa Allah swt akan pandang setiap susah payah anda itu dengan pandangan rahmat dan semoga Allah swt akan menaikkan darjat anda semua diatas kesabaran anda untuk mendapatkan rawatan... Amin..
Saya sebagai perawat, saya faham masalah pesakit yang datang, adakalanya sukar nak jumpa lokasi pusat rawatan, jadi insyaAllah saya akan tunggu... kalau setakat lewat setengah jam tu saya boleh tunggu, kalau lewat sepuluh jam sekalipun insyaAllah saya akan tunggu, tapi dengan syarat... sekurang-kurangnya telefon atau sms saya... beritahu anda terlewat atau mungkin lewat... Jangan biarkan saya menunggu...menunggu dan terus menunggu...
Ada ramai lagi pesakit yang nak buat temujanji untuk mendapatkan rawatan, jadi sekiranya dah dapat temujanji rawatan, maka saya harap kita berpegang pada janji dan hargai peluang yang diberi... Ada pesakit yang dah buat temujanji pukul 8.30 malam.. tapi hanya muncul jam 10.45 malam... hinggakan beras dirumah saya dah habis pun saya tak sempat nak beli, semata-mata kerana nak menunggu pesakit ini... dah la tak telefon... tak sms... beritahu la terlewat ke, tersesat jalan ke... memang saja-saja lewat ke...
Dizaman yang serba moden ini, kita ada pelbagai kemudahan terutamanya telefon bimbit... kalau tak boleh telefon, kita boleh sms... tambah-tambah pula sekarang ni ada GPS... kalau tak de GPS tak pe... google map kan ada... taip jer alamat pusat rawatan di google map, survey dulu dimana lokasi pusat rawatan tersebut... jadi kita tak de buang masa... tak buang masa kita, tak buang masa perawat nak menunggu...
Saya tak marah... saya tak kisah pun kalau tak jadi datang... tapi sekurang-kurangnya sms saya semula beritahu... ada juga pesakit yang tak datang dan dengan selambanya diam begitu saja... ada juga yang berjanji datang jam 2.30 petang, pukul 3.00 petang baru nak sms saya beritahu dia tak dapat datang... tak pe laa... saya tak marah... kalau marah nanti kena jual... tapi tolong lah memahami bahawa saya juga ada urusan lain...
Tidak semua yang berperangai gaban sebegitu, hanya segelintir... namun yang segelintir inilah yang perlu saya tegur, sekiranya kamu tidak bersungguh hendak mendapatkan kesembuhan, jangan harap kesembuhan bersungguh-sungguh hendak mendapatkan kamu...
Saya hargai susah payah dan kepercayaan anda semua yang datang bertemu saya sebagai ikhtiar, semoga Allah swt memberikan kita semua kesembuhan pada setiap penyakit dan penyelesaian pada setiap masalah, dan semoga kita sentiasa didalam Redha dan Kasih Sayang Allah swt...
wassalam..
Susah juga jadi perawat Islam ni rupanya. Yang sakit tu pun satu hal, telefonlah, hantar sms ke. Kalau betul atas alasan diganggu, tak kan yang tak sakit tu pun tak boleh tolong. Ini payahnya dengan orang kita. Sakit nak cepat sembuh, tapi kesopanan dengan perawat tak ada. Tak heranlah hantu syaitan boleh ambil kesempatan.
ReplyDeleteTerima Kasih kerana memahami... :-) Saya anggap ini ujian untuk saya... Moga2 Allah ampunkan kita semua...
ReplyDeleteSaya mohon maaf kepada sesiapa yang mengalami kesukaran untuk menghubungi saya, juga sms dan email yang masih saya tak jawab atau tak balas, insyaAllah saya akan cuba jawab sedaya saya...
Salam ustaz, biasa dengar atau jumpa x jin bijak pandai?
ReplyDeletetime kita sorang2 kat umah kena ganggu tp bila jumpa perawat, perawat kata x da jin pun .
Pastu,
Saya pernah jumpa seorang perawat sambilan , dia kata ada jin betina duduk dibawah kelopak mata saya itu sbab sy sepet .
Ntah teori itu betul atau tidak cuma yg pasti kalau sy minum dan mandi air tawar memang kelopak mata sy jdi elok kejap 2-3 hari .