Thursday, June 30, 2011

Perawat Di Serang Jin Dan Bomoh Sihir...


Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bagi Allah swt, Pemelihara Sekelian Alam, dari alam yang sekecil-kecilnya sehinggalah ke alam yang sebesar-besarnya... Maha Suci Allah yang sentiasa melindungi hambaNya yang telah mentaqdirkan bahawa yang Haq pasti menghapuskan yang bathil...

Syukur ke Hadrat Allah swt, saya masih diizinkan untuk bernafas dan menzahirkan luahan perasaan dan berkongsi ilmu serta pengalaman di blog ini.

Apabila mula melangkah ke alam mistik ini, diantara perkara yang selalu menjadi kerisauan para perawat adalah serangan balas... samada serangan balas dari jin pesakit mahupun serangan balas dari bomoh-bomoh hitam yang menyihir pesakit...

Serangan balas ini bukan sahaja berkemungkinan akan terkena kepada perawat malahan tidak terkecuali ahli keluarga perawat...

Segala puji bagi Allah, yang memelihara dan melindungi perawat dari terkena serangan balas yang serius... ini adalah kerana, sekiranya perawat pun "tumbang", siapa pula yang nak melakukan kerja-kerja merawat...

Apakah perawat yang terkena serangan balas ini adalah perawat yang lemah?Adakah benteng diri mereka tidak kukuh? Adakah amalan mereka tidak mantap?

Pada saya tidak.. tidak dan tidak... Perawat-perawat yang terkesan dengan serangan balas jin-jin gangguan atau bomoh-bomoh sihir ini sebenarnya adalah didalam pemeliharaan Allah.... Pemeliharaan yang bagaimana?...

Pemeliharaan, agar hati mereka tidak "rosak"... agar perawat-perawat ini sentiasa sedar bahawa perawat juga manusia biasa yang tidak kebal dan tidak sempurna... agar perawat-perawat sentiasa sedar bahawa yang kuat, yang kebal, yang sempurna hanyalah Allah swt.

Ada diantara serangan balas ini sehingga melibatkan kesan pada fizikal perawat, samada bengkak-bengkak, lebam-lebam, bisa-bisa badan, muntah darah dan lain-lain lagi...

Namun begitu, selalunya apabila benteng perawat agak kukuh dan tidak dapat ditembusi oleh jin-jin gangguan atau bomoh-bomoh sihir, mereka-mereka ini akan menyerang dalam bentuk serangan yang lain yang lebih halus pula... yakni serangan mental dan emosional..

bagaimana?.... InsyaAllah nanti saya sambung lagi... :-)

Wednesday, June 22, 2011

Amalan / Doa Perlindungan Dari Penglihatan Yang Berniat Jahat...



Bismillahirrahmanirrahim... Disini saya kongsikan satu doa dan amalan yang biasa saya amalkan sebagai ikhtiar membenteng diri dari kejahatan jin dan manusia... diamalkan / dibacakan tiga kali selepas solat fardhu atau pada bila-bila waktu... Doa ini dibaca dengan menghayati maknanya, insyaAllah makbul...

ALLAHUMMA YAA MAN NUURUHUU FI SIRRIHII WA SIRRUHUU FII KHOLQIHII, AKHFINII 'AN A'YUNIN NAZIIRIN.
WA QULUUBIL HASIDIIN. WAL BAAGHIINA KAMAA AKHFAITAR RUUHA FIL JASADI, INNAKA 'ALAA KULLI SYAI'IN QODIIR.

Ya Allah, Tuhan yang NurNya berada dalam RahsiaNya, dan RahsiaNya berada dalam makhlukNya, lindungi lah aku dari penglihatan orang-orang yang mengintai, dari hati orang-orang yang hasad dan orang-orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan Ruh manusia didalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa diatas tiap-tiap sesuatu.

Tuesday, June 21, 2011

Amalan Untuk Ghaib Dari Pandangan Jin Sihir...



Assalamu'alaikumwarahmatullahi wabarakatuh, Syukur ke hadrat Allah swt dengan limpah Kurnia dan Kasih Sayang Nya saya masih berpeluang untuk berkongsi serba sedikit ilmu, pandangan dan luahan rasa yang tidak seberapa ini. Semoga blog ini dapat memberi banyak manfaat kepada para pengunjung sekelian...

Diam tak diam, begitu cepat masa berlalu, serasa hanya baru sekerlipan mata, namun..rupa-rupanya sudah masuk tiga minggu saya tak update blog... mengapa? sibuk? menanti ilham..? menanti gerak..? kehabisan idea..? errmmmm... ntah laa... beberapa kali saya meneropong hati ini, namun belum ada signal untuk menulis posting yang terbaru.... sehinggalah saya menerima sms dari beberapa orang sahabat yang bertanyakan mengapa saya tidak meng-update blog... terima kasih sahabat.. nampaknya anda menjadi asbab tergeraknya saya untuk menulis kali ini...

Jadi... topik apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini....? topik yang agak ringkas tetapi saya kira sangat bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah dipantau jin-jin sihir...

Ada diantara jin-jin sihir yang sentiasa memerhatikan pesakit, mengekori pesakit kemana sahaja mereka pergi... jin-jin tersebut kebiasaannya, samada "berupa" burung gagak, kelawar, belalang, lalat, agas dan lain-lain... jikalau tidak "berupa" pun, jin tersebut akan menjadikan haiwan-haiwan itu sebagai tunggangan mereka...

Oleh yang demikian, pesakit yang mengalami masalah sebegini selalunya mereka akan sentiasa diekori oleh haiwan-haiwan yang sama kemana saja mereka pergi...

apakah tujuannya? tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan apa saja yang dilakukan oleh pesakit akan terhalang... ini berkemungkinan akan menyebabkan segala urusan perniagaan tergendala... rezeki dah ada kat mulut boleh terlepas begitu sahaja... sukar bertemu jodoh... dan lain-lain lagi tujuan untuk meyakiti pesakit...

Apakah langkah-langkah yang seharusnya di ambil oleh pesakit..?

1. Dapatkan rawatan dengan perawat yang merawat dengan kaedah yang tidak menyalahi hukum syara'.

2. Setiap kali selepas solat atau pada bila-bila waktu, berdoa kepada Allah swt, "Ya Allah, aku pohon akan kurniaMu, ghaibkan lah aku dari pandangan jin dan manusia yang jahat (doa bahasa yang kita faham je.... ) kemudian bacakan surah yaasiin ayat 9 sebanyak tiga kali atau tujuh kali, tiup pada kedua-dua tapak tangan dan sapukan keseluruh badan dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.



** peringatan - kita hanya memohon kepada Allah agar dighaibkan dari pandangan jin ataupun orang-orang yang jahat... jangan mintak ghaib terus, nanti semua orang tak nampak timbul masalah lain pula...

...mudah bukan...? yang penting sekali pergantungan dan keyakinan kita hanyalah kepada Allah swt...