Tuesday, July 12, 2011

Serangan Keatas Perawat.. Akhirnya Ustaz M tewas...

Ada beberapa orang sahabat saya yang juga perawat, kerap menerima serangan balas dari jin-jin pesakit terhadap ahli keluarga mereka. Ada yang menyerang isteri perawat, ada yang menyerang anak perawat, ini semua adalah bertujuan untuk melemahkan semangat perawat, dengan harapan perawat akan menyerah kalah dalam perjuangan menentang kezaliman jin dan manusia ini. Walhal amalan membenteng diri, membenteng keluarga dan membenteng rumah diamalkan setiap hari.

Ada diantara perawat-perawat yang dapat menyelesaikan banyak kes-kes gangguan terhadap pesakit, namun mereka menemui jalan buntu apabila gangguan tersebut terkena pada ahli keluarga mereka. Mengapakah ini terjadi? Adakah perawat tersebut belum cukup mantap? InsyaAllah tidak... bukan persoalan mantap atau tidak... tetapi pada pandangan saya, Allah swt nak tarbiah kita bahawa bukan kita yang menyembuhkan tetapi Allah lah yang menyembuhkan..

Oleh itu, apabila ahli keluarga perawat diserang gangguan jin, tetapi perawat itu sendiri tidak dapat menyelesaikannya, jangan rasa segan dan jangan rasa malu, mintalah bantuan sahabat-sahabat perawat yang lain.

Dalam perawat berhati-hati terhadap serangan balas gangguan jin dan bomoh-bomoh sihir, kebanyakan perawat terlepas pandang berkenaan dengan serangan balas jin terhadap mental dan emosional mereka... terlepas pandang terhadap tipu daya-tipu daya yang boleh "menjatuhkan" perawat...

Kita jangan terlupa bahawa syaitan amat membenci perawat-perawat yang membantu pesakit-pesakit untuk mendapatkan kesembuhan. Ini adalah kerana, kebanyakan pesakit yang diganggu jin-jin gangguan, akan mengalami gangguan sukar untuk beribadat, tidak boleh solat, tidak boleh membaca Al-Quran, malas berzikir, terhalang untuk berjaya dalam hidup, rumah tangga yang porak peranda, keluarga berpecah belah, dan perkara-perkara sebegini amat disukai oleh syaitan kerana manusia akan semakin jauh dari Allah.

Apabila perawat membantu pesakit untuk mendapatkan kesembuhan maka matlamat-matlamat syaitan akan terhalang. Oleh yang demikian pada kebiasaannya syaitan-syaitan yang datang untuk menggoda para perawat bukan lah syaitan-syaitan yang berpangkat biasa.

Syaitan-syaitan yang "bersekolah" atau level tinggi ini bersekongkol dengan jin-jin gangguan untuk memusnahkan perawat-perawat. Kerana tumbangnya seorang perawat, maka berleluasa beratus-ratus atau mungkin beribu-ribu bentuk gangguan jin pada masyarakat.

Ada satu kes di mana sekumpulan jin gangguan berdendam dengan seorang perawat (ustaz M), mereka bersepakat hendak "menjatuhkan" perawat tersebut, lalu mereka bermesyuarat dan memikirkan bagaimanakah caranya untuk menjatuhkan perawat yang terkenal itu. Akhirnya mereka mendapat satu jalan, mereka merancang untuk merasuk seorang wanita cantik sebagai perangkap terhadap perawat itu.

Setelah wanita cantik itu dirasuki oleh jin-jin gangguan, maka ramai lah perawat-perawat yang cuba mengikhtiarkan untuk mengeluarkan jin tersebut, ternyata oleh kerana jin-jin gangguan ini adalah jin yang mempunyai keilmuan dan kesaktian yang agak tinggi maka mereka tidak dapat ditumpaskan oleh perawat-perawat yang biasa.

Setelah ramai perawat-perawat yang tidak berjaya, maka pada suatu hari jin gangguan tersebut membuat pengakuan melalui wanita yang mereka rasuki itu. Jin tersebut berkata "Hanya Ustaz M yang boleh keluarkan kami, tiada perawat lain yang sehebat ustaz M, dengan syarat kami hanya mahu berdepan dengan Ustaz M seorang sahaja tanpa orang lain".... Begitulah kata-kata jin tersebut, walhal ini hanyalah tipu helah jin-jin gangguan itu untuk memerangkap Ustaz M.

Lalu, wanita tersebut dibawa berjumpa dengan Ustaz M untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana tertipu dengan syarat jin-jin gangguan tersebut, maka Ustaz M tidak membenarkan sesiapa pun masuk kebilik rawatan. Hanya Ustaz M dan wanita cantik itu sahaja berdua-duaan didalam bilik rawatan. Dan peluang ini diambil oleh jin-jin gangguan itu untuk memerangkap Ustaz M, jin-jin yang merasuk wanita cantik itu menggunakan pelbagai cara untuk menggoda Ustaz M, sehingga menyebabkan aurat wanita itu terdedah... Apa yang berlaku selepas itu...?

Tak sampai hati saya nak teruskan cerita, tetapi akhirnya Ustaz M tewas dengan godaan tersebut, dan peristiwa ini di ketahui oleh ahli keluarga wanita itu, akhirnya Ustaz M ditangkap dan didakwa atas tuduhan.... .. ... (tak sampai hati saya nak cakap, faham-faham je laa)...

Sejak dari peristiwa itu Ustaz M tidak lagi merawat, dan masyarakat sudah hilang kepercayaan terhadap beliau, dengan ini berhasil lah rancangan jin-jin gangguan tersebut untuk "menjatuhkan" Ustaz M.

Inilah tipu daya... inilah tipu daya... inilah tipu daya... berhati-hati lah para perawat sekelian, kita sentiasa diintai oleh musuh-musuh yang tidak pernah leka untuk memusnahkan kita, banyakkan berdoa, semoga kita sentiasa didalam pemeliharaan Allah swt... Amin.

Bersambung...