Wednesday, September 14, 2011

Kes dianggap selesai...

- Merujuk kepada catatan saya sebelum ini...

- Saya telah dihubungi oleh pihak yang berkenaan melalui email

- Beliau memohon maaf diatas apa yang berlaku

- Menurut beliau, artikel tersebut diberikan seseorang kepada beliau, dan beliau tidak tahu bahawa artikel itu diambil dari blog saya

- Yang menjadi isunya, orang yang memberikan beliau artikel tersebut mengaku bahawa artikel tersebut adalah hasil karyanya

- Saya dengan ini, memadamkan nama beliau dari catatan yang lalu, dan membiarkan cerita yang telah saya edit untuk dijadikan pengajaran kepada sesiapa yang ingin melakukan perbuatan yang sama

- Saya menganggap perkara ini adalah akibat dari salah faham, dan saya menganggap beliau melakukan perkara tersebut dengan tidak sengaja

wassalam

Berhati-hati..!!! Ada Yang Menyamar Gunakan Blog Ustaz Azrin...!!!


Bismillahirrahmanirrahim... Segala Puji Bagi Allah yang telah menzahirkan yang Haq dan melenyapkan yang bathil. Allah Maha Kaya lagi Maha Memelihara hambanya pada setiap turun naik nafas dan pada setiap detik kehidupan, semoga kita sentiasa didalam rahmat petunjuk dan hidayahNya...

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang wanita yang mendakwa suaminya telah meninggalkannya tanpa berita selama lebih kurang dua tahun. Wanita tersebut juga mendakwa bahawa suaminya itu telah berhubung dengan saya untuk urusan rawatan melalui email.

"Dari mana awak tahu suami awak email saya?" tanya saya kepadanya. "Saya ada password untuk access email tersebut ustaz", katanya kepada saya..

Oleh kerana saya tak dapat nak ingat mana satu pesakit yang dimaksudkan, maka saya minta wanita itu "foward"kan semula email tersebut kepada saya..

Setelah saya menerima email-email tersebut, saya menyemaknya satu persatu. Salah satu dari kandungan email tersebut adalah catatan-catatan yang saya postingkan di blog sebelum-sebelum ini, dan yang menarik perhatian saya, nama penulis catatan tersebut telah diubah kepada "Tuan Guru ...... Bin Abdul Karim"... Bila pulak saya isytihar diri saya sebagai Tuan Guru, dan bila pulak saya tukar nama...?

Dan apabila saya klik pada tajuk catatan tersebut, ianya terus di link kan ke blog saya ini www.urutbatinrawatsihir.com. Maka terpampang lah gambar saya yang handsome dan kacak di blog ini yang mungkin akan di salahtafsir oleh pesakit tersebut sebagai gambar Tuan Guru tersebut...

Saya telah mengambil tindakan menghantar email kepada hamba Allah tersebut untuk mendapatkan penjelasan, namun tiada balasan darinya. Oleh kerana beliau tidak membalas email saya, maka saya terpaksa mendedahkan hal ini untuk pengetahuan umum. Saya tidak mahu perkara ini mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai.

Kepada sesiapa yang berkenaan, sekiranya anda membaca posting ini, saya nasihatkan anda agar bersikap profesional. Kalau awak nak copy paste tulisan-tulisan saya pun awak mintak izin saya dulu. Kalau tak nak mintak izin pun, jangan gunakan blog saya ini sebagai modal publisiti... Kadangkala niat kita mungkin baik tapi cara kita tak berapa kena..

Kepada sesiapa yang nak copy paste catatan dalam blog ni, saya tak kisah, insyaAllah saya izinkan. Tapi saya mohon agar salinan tersebut tidak di salah guna untuk kepentingan peribadi...

Oleh kerana kes ini terdedah asbab dari wanita yang menghubungi saya itu, maka dengan ini saya nak beri sepatah, dua patah, tiga patah atau "patah riuk" kata, moga-moga nasihat saya ini dapat membantu suami wanita tersebut kembali ke pangkuannya dan menyelesaikan masalah-masalah yang tertunda.

Untuk perhatian suami-suami yang tidak bertanggungjawab, yang meninggalkan isteri sekian lama tanpa sebarang berita. Saya nasihatkan anda semua jangan jadi pengecut, hadapi lah realiti kehidupan ini dengan gentleman. Kalau memang dah tak nak hidup bersama isteri awak tu, selesaikan cara baik. Bawak berbincang elok-elok. Isteri awak tu anak orang, bukannya anak kambing atau anak ayam atau anak kucing...

Dan pada mereka-mereka yang menjadi orang tengah kepada masalah-masalah sebegini, tolong jangan jadi batu api, jangan memburukkan keadaan. Ada banyak kes dimana ibu dan bapa si suami turut sama bersekongkol mempengaruhi si suami agar meninggalkan isteri begitu saja. Ada isteri yang sedang mengandung di tinggalkan begitu saja tanpa sebarang nafkah. Kalau dah tak boleh nak hidup bersama, pergi selesai kat pejabat qadhi, jangan biar gantung tak bertali.

Ada pula kes di mana si suami menggunakan nama isteri untuk membuat pinjaman bank, setelah meminjam beratus ribu, si isteri di tinggalkan begitu saja tanpa rasa tanggungjawab... Lelaki jenis apa macam ni...?

Ada pula kes di mana si suami beserta dengan ibu bapanya, terpengaruh dengan kata-kata bomoh yang kononnya si isteri melakukan perbuatan sihir untuk menundukkan si suami. Lalu mereka bertindak meninggalkan si isteri tanpa bertanya, tanpa berbincang tanpa menyelidik terlebih dahulu... Tolong jangan terus dengar cakap-cakap macam ni... selidik dulu... rujuk lah kepada ahli-ahli agama terlebih dahulu..

Kepada golongan isteri pula, rendahkan ego anda, "Hawa" diciptakan dengan sikap yang penuh lemah lembut. Anda takkan dapat ubah sikap suami dengan ego anda yang tinggi. Api jangan dilawan dengan api, biar seperti sifat air, titisan lembut yang dapat melekukkan batu.

Cukuplah dulu sampai disini, moga-moga nasihat-nasihat yang saya "bebel"kan ini berguna kepada diri saya, kepada keluarga dan para pembaca sekelian.. sempena Bulan syawal yang mulia ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya 'EidulFitri, maaf diatas segala salah dan silap samada sengaja ataupun tidak... Siapa nak datang beraya call atau sms saya dulu ye...

wassalam..

Saturday, September 10, 2011

Kursus Rawatan Islam - 18hb & 19hb November, Di Alor Setar, Kedah


KURSUS SELESAI

Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bagi Allah swt yang Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak, dengan izin dan limpah kurniaNya Kursus Rawatan Islam – Perawat Intensif - Mengatasi Masalah Sihir & Gangguan Jin akan diadakan di DEWAN THEATRETTE, MUZIUM NEGERI KEDAH, LEBUHRAYA DARUL AMAN, BAKAR BATA, ALOR SETAR, KEDAH pada 18hb dan 19hb November 2011 (Jumaat dan Sabtu).

Kursus Perawat Intensif bermaksud : Kursus untuk “Merawat Diri Sendiri”, “Merawat Ahli Keluarga” dan juga “Merawat Orang Awam (menjadi perawat)”

Sila hubungi segera (telefon atau sms) untuk pendaftaran awal kerana penyertaan adalah terhad:

En Azfa Rizal – 012 5144106

En Shahril – 013 4516573

Ustaz Azrin Abdul Karim – 013 3239822

Tajuk : Kursus / Seminar Rawatan Islam (Perawat Intensif – Mengatasi Masalah Sihir & Gangguan Jin)

*Fasilitator : Ustaz Azrin Bin Abdul Karim

*Tarikh: 18hb & 19hb November 2011 (Jumaat & Sabtu)

* Masa: 8.45 pagi sehingga 5.30 petang

* Tempat : DEWAN THEATRETTE, MUZIUM NEGERI KEDAH, LEBUHRAYA DARUL AMAN, BAKAR BATA 05100 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

* Yuran Penyertaan: RM 200.00

(Sila Bankin kan RM50 ke akaun CIMB 1416 006 1959 523 atas nama Azrin Abdul Karim sebagai yuran pendahuluan untuk pengesahan kehadiran, kemudian sms kan nama penuh serta maklumat pembayaran - sila simpan slip transaksi perbankan sebagai rujukan nanti. Baki yuran boleh dibayar semasa menghadiri kursus nanti)

Kursus Rawatan Islam Untuk Diri Dan Keluarga ini diadakan dengan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang jenis-jenis gangguan, tanda-tanda dan cara-cara untuk menangani masalah-masalah spiritual yang berkaitan dengan gangguan jin.

Peserta akan diberi pendedahan tentang amalan-amalan ahli sihir, amalan-amalan khurafat dan juga amalan-amalan yang berselindung disebalik label Islam tetapi tanpa disedari boleh mengundang kehadiran jin yang akhirnya menjadi jin saka yang mengganggu diri, keluarga dan keturunan akan datang.

Peserta akan di ajar cara-cara merawat bermula dari langkah-langkah asas sehinggalah kepada teknik-teknik ketika merawat dan akhirnya kaedah-kaedah penutup rawatan.

DIANTARA PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBENTANGKAN ….

Pengenalan Alam Jin dan amalan ahli sihir

Jenis-jenis gangguan Jin dan Sihir
Tanda-tanda gangguan
Rawatan Ruqyah Syar’iyyah sebagai ikhtiar

Teknik-teknik rawatan seperti :

- Teknik merawat paling asas

- Teknik merawat diri sendiri

- Teknik merawat untuk mereka yang berminat menjadi perawat

- Mengesan (scanning) gangguan pada pesakit
- Teknik-teknik Ruqyah

- Ibu Ruqyah
- Teknik-teknik berdialog dengan jin
- Teknik menarik bisa gangguan atau menarik jin
- Teknik memasung dan mengunci pergerakan jin
- Teknik-teknik serangan keatas jin dan ahli sihir
- Teknik memagar rumah / kedai / sekolah dari gangguan jin
- Teknik menyediakan bahan-bahan rawatan

- Dan lain-lain lagi

Amalan Perlindungan Diri :

- amalan-amalan perlindungan diri warisan ulama’ silam
- rahsia zikirullah
- amalan pernafasan untuk membenteng diri
- Pengijazahan amalan