Wednesday, September 14, 2011

Berhati-hati..!!! Ada Yang Menyamar Gunakan Blog Ustaz Azrin...!!!


Bismillahirrahmanirrahim... Segala Puji Bagi Allah yang telah menzahirkan yang Haq dan melenyapkan yang bathil. Allah Maha Kaya lagi Maha Memelihara hambanya pada setiap turun naik nafas dan pada setiap detik kehidupan, semoga kita sentiasa didalam rahmat petunjuk dan hidayahNya...

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang wanita yang mendakwa suaminya telah meninggalkannya tanpa berita selama lebih kurang dua tahun. Wanita tersebut juga mendakwa bahawa suaminya itu telah berhubung dengan saya untuk urusan rawatan melalui email.

"Dari mana awak tahu suami awak email saya?" tanya saya kepadanya. "Saya ada password untuk access email tersebut ustaz", katanya kepada saya..

Oleh kerana saya tak dapat nak ingat mana satu pesakit yang dimaksudkan, maka saya minta wanita itu "foward"kan semula email tersebut kepada saya..

Setelah saya menerima email-email tersebut, saya menyemaknya satu persatu. Salah satu dari kandungan email tersebut adalah catatan-catatan yang saya postingkan di blog sebelum-sebelum ini, dan yang menarik perhatian saya, nama penulis catatan tersebut telah diubah kepada "Tuan Guru ...... Bin Abdul Karim"... Bila pulak saya isytihar diri saya sebagai Tuan Guru, dan bila pulak saya tukar nama...?

Dan apabila saya klik pada tajuk catatan tersebut, ianya terus di link kan ke blog saya ini www.urutbatinrawatsihir.com. Maka terpampang lah gambar saya yang handsome dan kacak di blog ini yang mungkin akan di salahtafsir oleh pesakit tersebut sebagai gambar Tuan Guru tersebut...

Saya telah mengambil tindakan menghantar email kepada hamba Allah tersebut untuk mendapatkan penjelasan, namun tiada balasan darinya. Oleh kerana beliau tidak membalas email saya, maka saya terpaksa mendedahkan hal ini untuk pengetahuan umum. Saya tidak mahu perkara ini mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai.

Kepada sesiapa yang berkenaan, sekiranya anda membaca posting ini, saya nasihatkan anda agar bersikap profesional. Kalau awak nak copy paste tulisan-tulisan saya pun awak mintak izin saya dulu. Kalau tak nak mintak izin pun, jangan gunakan blog saya ini sebagai modal publisiti... Kadangkala niat kita mungkin baik tapi cara kita tak berapa kena..

Kepada sesiapa yang nak copy paste catatan dalam blog ni, saya tak kisah, insyaAllah saya izinkan. Tapi saya mohon agar salinan tersebut tidak di salah guna untuk kepentingan peribadi...

Oleh kerana kes ini terdedah asbab dari wanita yang menghubungi saya itu, maka dengan ini saya nak beri sepatah, dua patah, tiga patah atau "patah riuk" kata, moga-moga nasihat saya ini dapat membantu suami wanita tersebut kembali ke pangkuannya dan menyelesaikan masalah-masalah yang tertunda.

Untuk perhatian suami-suami yang tidak bertanggungjawab, yang meninggalkan isteri sekian lama tanpa sebarang berita. Saya nasihatkan anda semua jangan jadi pengecut, hadapi lah realiti kehidupan ini dengan gentleman. Kalau memang dah tak nak hidup bersama isteri awak tu, selesaikan cara baik. Bawak berbincang elok-elok. Isteri awak tu anak orang, bukannya anak kambing atau anak ayam atau anak kucing...

Dan pada mereka-mereka yang menjadi orang tengah kepada masalah-masalah sebegini, tolong jangan jadi batu api, jangan memburukkan keadaan. Ada banyak kes dimana ibu dan bapa si suami turut sama bersekongkol mempengaruhi si suami agar meninggalkan isteri begitu saja. Ada isteri yang sedang mengandung di tinggalkan begitu saja tanpa sebarang nafkah. Kalau dah tak boleh nak hidup bersama, pergi selesai kat pejabat qadhi, jangan biar gantung tak bertali.

Ada pula kes di mana si suami menggunakan nama isteri untuk membuat pinjaman bank, setelah meminjam beratus ribu, si isteri di tinggalkan begitu saja tanpa rasa tanggungjawab... Lelaki jenis apa macam ni...?

Ada pula kes di mana si suami beserta dengan ibu bapanya, terpengaruh dengan kata-kata bomoh yang kononnya si isteri melakukan perbuatan sihir untuk menundukkan si suami. Lalu mereka bertindak meninggalkan si isteri tanpa bertanya, tanpa berbincang tanpa menyelidik terlebih dahulu... Tolong jangan terus dengar cakap-cakap macam ni... selidik dulu... rujuk lah kepada ahli-ahli agama terlebih dahulu..

Kepada golongan isteri pula, rendahkan ego anda, "Hawa" diciptakan dengan sikap yang penuh lemah lembut. Anda takkan dapat ubah sikap suami dengan ego anda yang tinggi. Api jangan dilawan dengan api, biar seperti sifat air, titisan lembut yang dapat melekukkan batu.

Cukuplah dulu sampai disini, moga-moga nasihat-nasihat yang saya "bebel"kan ini berguna kepada diri saya, kepada keluarga dan para pembaca sekelian.. sempena Bulan syawal yang mulia ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya 'EidulFitri, maaf diatas segala salah dan silap samada sengaja ataupun tidak... Siapa nak datang beraya call atau sms saya dulu ye...

wassalam..