Wednesday, January 11, 2012

Bakal Pusat Rawatan Ustaz Azrin Yang Baru... InsyaAllah...

Bismillahirrahmanirrahim... Segala puji bagi Allah s.w.t, dengan limpah dan kurniaNya yang berpanjangan dan tidak pernah putus-putus, dengan berkat kemuliaan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, moga-moga kita sentiasa berada dibawah panji-panji Baginda dalam bermujahadah untuk memperbaiki diri dan menegakkan Islam didalam setiap zarah kehidupan kita. Sesungguhnya Islam itulah yang paling tinggi dan tidak ada lagi yang lebih tinggi darinya...

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada tuan/puan yang menghantar email, mesej dan yang cuba menghubungi saya melalui telefon... saya memohon maaf sekiranya saya tidak sempat menjawab dan melayan pertanyaan tuan/puan kerana urusan yang agak padat dalam sebulan dua ini.

Untuk makluman para pembaca dan sahabat sekelian, insyaAllah tidak lama lagi pusat rawatan saya akan beroperasi di tempat yang baru iaitu di Taman Cempaka, Ampang. Buat masa ini, kerja-kerja mengubahsuai ruangan dalam pusat rawatan masih dalam perancangan dan insyaAllah akan bermula minggu depan.

Kepada sesiapa yang bermurah hati untuk menyumbang wang ringgit bagi menjayakan pusat rawatan ini, jasa baik anda sangat-sangat dihargai. Pusat rawatan ini memerlukan dana bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan juga bagi membeli alat penghawa dingin. Ini adalah kerana alat penghawa dingin yang sedia ada telah sangat uzur.

Tempat ini akan digunakan sebagai pusat rawatan, pusat pembelajaran ilmu rawatan / kursus, pusat latihan bagi peserta-peserta kursus yang ingin membuat latihan praktikal merawat, dan juga lain-lain aktiviti seperti majlis zikir dan sebagainya..


Gambar-gambar premis yang bakal dijadikan Pusat Rawatan